Anda di halaman 1dari 5

Jawapan

1) Dua (2) isu kesihatan mental yang dihadapi oleh para pelajar di Malaysia,
akibat daripada kawalan pergerakan semasa pandemik Covid-19

Pandemik Covid-19 merupakan era baru yang terpaksa dihadapi oleh semua orang di dunia.
Semestinya keadaan ini sangatlah memberi impak yang sangat besar terhadap kehidupan
seharian yang biasa kita lakukan seperti bekerja, belajar, melancong, bersukan dan
sebagainya. Covid-19 merupakan satu wabak yang sangat berbahaya dan boleh membunuh
serta merebak dengan sangat cepat tanpa kita ketahui. Namun, bagaimanakah keadaan
para pelajar di negara kita yang menghadapi situasi ini? Kajian mendapati bahawa para
pelajar yang belajar secara atas talian sangatlah memberi kesan negatif terhadap kesihatan
mental mereka.

Antara isu kesihatan mental yang dihadapi oleh para pelajar di Malaysia akibat
perintah kawalan pergerakan semasa pandemik Covid-19 ialah pengurusan emosi. BUKAN
mudah menyesuaikan diri dengan suasana kebiasaan baharu sepanjang Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP). Kehidupan masyarakat berubah malah ada yang terasa 'terpenjara' di
kediaman sendiri. Melalui empat fasa PKP, keadaan ini boleh memberi kesan kepada emosi
dan tingkah laku jika tidak diurus dengan baik. Perunding Psikiatri Sunway Medical Centre
Velocity, Dr Lim Wai Jenn berkata, setiap perubahan yang berlaku dalam kehidupan boleh
memberi tekanan hingga menyebabkan individu mengalami kebimbangan dan kemurungan.
ada juga individu mengalami serangan panik apabila ia mempunyai gejala fizikal seperti
sesak nafas, menggeletar, tekanan di dada, jantung berdebar-debar, menggeletar, berpeluh
atau hampir pengsan. Biasanya gejala ini berlaku secara tiba-tiba, tanpa dijangka dan tiada
sebarang punca. Sebilanganya mungkin berasakan mereka mengalami serangan jantung.
Gejala ini boleh berulang tanpa amaran. Dalam situasi ini, mereka digalakkan berjumpa
pakar psikiatri untuk mendapatkan perundingan bagi mengurangkan gangguan kehidupan
individu terbabit. PKP tidak menghalang pesakit mendapatkan rawatan dan berjumpa
doktor. Komunikasi berkesan amat penting supaya pesakit mengetahui masih ada yang
mengambil berat tentang dirinya dan bersedia membantu mengurangkan masalah dialami,
katanya. Katanya, pendekatan saling mengambil berat dan memberi perhatian antara satu
sama lain boleh membantu mengharungi PKP selain menitikberatkan penjagaan kesihatan
mental dan emosi. Di sekolah, kanak-kanak menjalinkan persahabatan dan sistem
sokongan yang menjadi langkah untuk mereka memenuhi keperluan sosio-emosi. Remaja
selalunya memilih untuk berhubung dengan dunia sekeliling mereka secara bebas dan lebih
gemar meluangkan masa bersama rakan-rakan berbanding keluarga. Namun, akibat
peralihan sistem pembelajaran ke alam maya kerana Covid-19, interaksi mereka dalam
bersosial terganggu (Dr Arman Rashid, 2021). Oleh itu, hal ini sekaligus memberi kesan
yang buruk terhadap tahap kesihatan mental merek

Selain itu, para pelajar yang terdiri dari golongan muda juga mempunyai risiko dalam
menghadapi masalah ‘anxiety’ yang tinggi. Hal ini berpunca daripada penggunaan media
sosial yang terlalu kerap (Nur Aiza Rafiqah, 2021). Oleh kerana golongan muda yang
mengalami masalah emosi kerana kebosanan, mereka beralih ke media sosial. Namun,
peningkatan penggunaan skrin ada kesan buruknya. Kajian mendapati bahawa pelajar
sekolah telah diketahui lebih ‘anxious’ atau resah jika dibandingkan dengan mereka yang
lebi berusia. Tidak dapat disangkal lagi bahawa amatlah penting untuk kita mengetahui
perkembangan semasa terutamanya ketika ‘lockdown’. Walau bagaimanapun, penggunaan
media sosial yang terlalu kerap boleh menyebabkan tekanan emosi terhadap golongan
muda. Kerisauan mengenai jangkitan wabak meningkat kerana golongan muda sentiasa
terdedah kepada berita negatif mengenai Covid-19 yang meningkatkan lagi ‘anxiety’.
Tambahan pula, liputan media yang sentiasa ada berkenaan Covid-19 boleh menyebabkan
golongan muda rasa terganggu dan bimbang kerana mereka sangat rindukan kehidupan
lama mereka.

2) Dua (2) pendekatan/kaedah yang diambil oleh unit bimbingan dan kaunseling
sekolah untuk membantu pelajar yang memerlukan sokongan emosi dan sosial
semasa dan selepas pandemik Covid-19

Antara kaedah yang diambil oleh unit bimbingan dan kaunseling sekolah untuk
membantu pelajar yang memerlukan sokongan emosi dan sosial semasa dan selepas
pandemik Covid-19 ialah mengadakan platform kaunseling khas kepada para pelajar.
Platform ini haruslah diuar-uarkan di kalangan murid-murid bagi membolehkan mereka
menghubungi guru-guru kaunseling sekiranya mereka mengalami ketidakstabilan emosi
ketika sesi PdPR semasa pandemik ini. Guru kaunseling memainkan peranan penting
dan memerlukan kreativiti dalam membantu pelajar yang berdepan dengan cabaran sesi
PdPR. Pensyarah Kanan Jabatan Pendidikan Kaunselor dan Psikologi Kaunseling
Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Yusni Mohamad Yusop berkata, komunikasi
melibatkan guru kaunseling dan pelajar amat membantu ketika mereka berdepan sesi
pengajian yang mencabar. Kaunselor perlu mengambil tahu keadaan para pelajar
mereka. Pasti ada sebab mengapa mereka sering tidak menghadiri kelas secara PdPR.
Keadaan akan menjadi lebih membimbangkan sekiranya tekanan yang dialami murid
menjadi punca mereka tidak lagi mempunyai minat untuk teruskan sesi pengajian di
rumah (Hilmi Malik, 2021).

Selain itu, kaunselor sekolah juga haruslah sentiasa berhubung dengan ibu bapa
pelajar untuk mengenai perkembangan semasa mereka. Kaunselor sekolah boleh
mencadangkan sedikit nasihat dan peringatan kepada ibu bapa mereka untuk
disampaikan kepada mereka. Hal ini demikian kerana sesetengah pelajar berasa segan
untuk bercakap atau menceritakan perkembangan semasa mereka kepada guru
kaunseling. Ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak
mereka dan membantu mereka untuk menghadapi sesi pembelajaran yang baharu bagi
mereka. Kemudian, ibu bapa perlu memaklumkan kepada guru mereka mengenai anak-
anak mereka. Ibu bapa juga boleh bertanya tentang prestasi anak-anak mereka dari
semasa ke semasa (Nor Hidayati Mokhtar, 2020)

3) Dua (2) prinsip etika yang perlu dipatuhi oleh unit bimbingan dan kaunseling
sekolah semasa proses bimbingan, penasihatan, dan kaunseling bersama
pelajar

Etika adalah suatu tindakan yang menuntut kepatuhan terhadap piawaian profesional


serta undang-undang tentang apa yang dianggap betul dan yang salah.
Menurut Othman Mohamed, (Othman Mohamed, 2005), kod etika merupakan
tatasusila yang menentukan peraturan kawalan diri terhadap praktis yang dijalankan
oleh ahli sesuatu profesion. Ianya merupakan asas bagi mencerminkan satu praktis
profesional. Etika juga boleh membawa maksud yang berlainan tetapi saling
berhubungan di antara satu dengan yang lain. Etika dalam bidang kaunseling
bertujuan menjamin keselamatan dan juga perhubungan yang dibina dalam sesuatu
sesi. Kaunselor perlu menjelaskan kepada klien mengenai etika kaunseling pada
peringkat awal supaya klien memahami konsep kaunseling. Menurut Persatuan
Kaunseling dan Perkembangan Amerika Syarikat ,1952, penghuraian tentang Kod
Etika Kaunseling tersebut terbahagi kepada tujuh bahagian iaitu: Kaunselor-
kaunselor yang mempengaruhi perkembangan profesion dengan usaha yang
berterusan bagi membaiki perkhidmatan, mengajar dan penyelidikan. Perkembangan
profesion adalah untuk kerjaya kaunselor. Kaunselor digalakkan mengumpul data
berdasarkan kebolehan Mereka, juga dibimbing untuk mencari data. Setiap
kaunselor mempunyai tanggungjawab dalam perkhidmatan terhadap individu yang
dijaga dan juga institusinya. Penerima sesuatu institusi bermakna seseorang
kaunselor itu telah bersetuju dengan polisi dan prinsip institusi itu. Jadi, aktiviti
profesion yang dijalankan adalah berdasarkan objektif institusi. Kaunselor akan
dihentikan dari institusi jika kaunselor tidak dapat memberi apa yang dijanjikan dalam
perjanjian dengan majikan. Tingkah laku etika diharapkan dikalangan profesion
sering berlaku. Ahli boleh mengambil tindakan melalui beberapa cara, berbincang
dengan individu lain, mencari maklumat tambahan, bertanya atau berunding dengan
jawatankuasa setempat dan sebagainya. Kaunselor tidak harus mencari kemajuan
dengan cara perbandingan yang merugikan orang lain. Kaunselor juga tidak boleh
menuntut atau menunjukkan kelayakan yang ada padanya daripada orang lain.
Tetapi, bertanggungjawab untuk membetulkan segala interpretasi yang salah yang
dibuat oleh orang lain. Bagi menentukan yuran ke atas perkhidmatan prefesion,
kaunselor mesti mengambil tahu bahawa yuran dibayar hanya bergantung kepada
kemampuannya. Apabila kaunselor mendapat maklumat untuk awam, dia mesti
memastikan bahawa isi kandungan maklumat itu adalah tepat, tidak berat sebelah,
objektif dan data yang nyata. Pihak kaunselor perlulah bersikap professional dalam
mengadakan sesi kaunseling lebih-lebih lagi pada waktu pandemik seperti ini. Kita
tidak mahu keadaan kesihatan mental pelajar menjadi semakin buruk. Tugas pihak
kaunselor adalah untuk mencegah sesuatu masalah yang dihadapi oleh pelajar
sementara ia masih boleh dikawal.
Di samping itu, pihak kaunselor juga haruslah merahsiakan maklumat-
maklumat pelajar yang menghadiri sesi kaunseling (Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim et.
al, 1992). Pihak kaunselor yang bersikap professional sentiasa bersifat terbuka
dengan apa jua masalah yang ingin diceritakan yang sedang mereka hadapi. Oleh
hal yang demikian, ada kemungkinan para pelajar menghadapi masalah peribadi
yang menjejaskan prestasi pembelajaran mereka ketika PdPR. Contohnya ialah
masalah keluarga, masalah kesihatan dan masalah percintaan. Islam juga telah
mengajar dan mengingatkan kita supaya sentiasa menjaga aib manusia sesame
manusia. Oleh itu, pihak kaunselor perlulah tidak sewenang-wenangnya
menceritakan tentang masalah yang diceritakan oleh pelajar kepada orang lain atau
guru-guru lain. Jika pelajar

tersebut mendapat tahu bahawa masalah yang diceritakan itu telah dihebahkan,
mereka akan berasa malu dan berisiko untuk menjauhkan diri dari semua orang
yang terdekat. Hal ini juga boleh membawa kearah kes bunuh diri jika pelajar
tersebut tidak dapat menerima bahawa ceritanya itu dihebahkan. Maka, pihak
kaunselor wajiblah sentiasa ingat untuk tidak menghebahkan masalah pelajar
kepada orang lain sesuka hati.

RUJUKAN

Dr Arman Rashid. (2021). Kemerosotan Emosi Disebabkan Kurangnya Perhubungan


Sosial Akibat Penutupan Sekolah. Pengarah Kajian dan Sokongan SOLS Health

Hilmi Malik (2021). PdPR: Peranan Guru Kaunseling Penting, Elak Pelajar Hilang
Minat. Astro Awani Sdn. Bhd.

Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim et, al, (1992). Perlaksanaan Perkhidmatan Bimbingan
dan Kaunseling di Sekolah. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nur Aiza Rafiqah. (2021). ‘Anxiety’ Berpunca Daripada Penggunaan Media Sosial. A
local Univeristi Student

Nor Hidayati Mokhtar. (2020). Pembelajaran Atas Talian Untuk Pembelajaran


Sepanjang Hayat. Universiti Teknologi Malaysia, Fakulti Sains Sosial Dan
Kemanusiaa

Anda mungkin juga menyukai