Anda di halaman 1dari 7

TUGASAN INDIVIDU 1

KRIKTIKAN ARTIKEL

BOOK: COMMUNITY PROGRAMMES FOR TEENAGERS

NAME : HANI SHAFINAZ BINTI MOHAMAD ARIS


NO. MATRIK : P135208
1.0 Pengenalan

Jurnal yang dikritik adalah bertajuk “Community Programmes for Teenagers”


oleh Dr. Teoh Hsein-Jin dari Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Penulisan jurnal ini adalah untuk menitik beratkan sejauh mana program
komuniti yang diadakan kepada pelajar berhubung kait antara Sekolah dan
Masyarakat.

Jurnal ini dimulakan dengan penenalan tentang perspektif remaja di kalangan


masyarakat. Terdapat banyak berita yang berfokuskan negatif tentang remaja
masa kini. Jurnal ini diterbitkan bertujuan untuk menghuraikan tentang dilema
yang dilalui oleh remaja tentang kesihatan mentalnya.Penulisan berangapan
remaja adalah tidak mempunyai banyak sifat sabar,terbuburu dan suka kan
cabaran.

Remaja juga mempunyai makna kepada masyarakat, antaranya adalah penjaga


masa hadapan, pemimpin di masa hadapan dan menjadi seseorang yang akan
meneruskan tradisi keluarga. Remaja akan menjadi generasi berikutnya yang
mengambil alih pelbagai tanggungjawab, termasuk sebagai pekerja, pemimpin,
dan ibu bapa. Mereka akan membawa warisan dan nilai-nilai kepada generasi
seterusnya.

Penulis menjelaskan remaja juga mempunyai tugas di dalam hidupnya. Pertama


adalah Remaja memainkan peranan yang penting dalam membangunkan jati diri
mereka sendiri. Kedua, cara remaja menjalinkan hubungan degan rakan
sebaya.Ketiga, bagaimana remaja meneroka minat dan bakat mereka. Tugas
remaja adalah bukan mudah. Remaja perlu diberikan sokongan, bimbingan, dan
ruang untuk menjalani proses ini. Selain itu, mereka juga perlu diakui sebagai
individu yang mempunyai hak untuk mengenalpasti dan membentuk identiti
mereka sendiri.

Pengenalan ini berkaitan juga dengan pengalaman hidup seseorang remaja.


Remaja akan melalui pengalan hidup suka dan duka tiada siapa yang akan
terkecuali.Tepapi dalam hal ini bagaimana mereka menjalani dan menjaga
kesihatan mental. Antara peristiwa yang buruk yang akan menyebabkan kesihatan
mental terjejas adalah kehilangan orang tersayang, ahli keluarga mempunyai
kadar keishatan yang tidak memuaskan, konflik keluarga, berpindah randah,
kerap bertukar sekolah, tekanan belajar dan tekanan rakan sebaya. Peristiwa-
peristiwa ini boleh menyebabkan kecemasan, depresi, ketidakstabilan emosi, atau
masalah kesihatan mental lain dalam kalangan remaja. Penting untuk memberi
sokongan dan bimbingan kepada remaja yang menghadapi peristiwa-peristiwa
ini, serta menggalakkan mereka untuk mencari bantuan profesional jika perlu.
Menerima, mendengar, dan memahami perasaan remaja dalam situasi yang sukar
adalah langkah awal yang penting dalam membantu mereka menghadapi cabaran
tersebut.
2.0 Manfaat dan Hubungkait dengan Sekolah dan Masyarakat

Tedapat banyak manfaat jika program komuniti boleh menjadi solusi kepada
remaja. Penulis berpendapat masalah kesihatan mental ini lebih baik di cegah
daripada diubati. Terdapat banyak program yang dilaksanakan di sekolah dan
program komuniti untuk mencegah masalah kesihatan menjadi lebih kritikal.
Program mengawal emosi remaja dapat membantu mereka membangunkan
kemahiran dan strategi yang diperlukan untuk mengatasi emosi dengan cara yang
positif dan produktif. Ini membantu mereka menjalani kehidupan yang lebih
seimbang dan berkesan serta mengurangkan risiko masalah kesihatan mental.

Penulis memberi contoh program “The Penn Prevention Programe” adalah


program berdasarkan bukti yang terkenal yang dibangunkan oleh penyelidik di
University of Pennsylvania, khususnya oleh Dr. Jane Gillham dan Dr. Martin
Seligman. Program ini direka untuk mempromosikan kesihatan mental dan
mencegah kemurungan dan kebimbangan di kalangan orang muda, terutamanya
remaja. Program ini memberi tumpuan kepada pengajaran teknik kognitif-tingkah
laku dan kemahiran untuk membantu peserta membangunkan daya tahan dan
menguruskan situasi kehidupan yang mencabar. Ia sering digunakan dalam
persekitaran sekolah dan telah diadaptasi untuk pelbagai kumpulan umur,
termasuk remaja dan orang muda. Komponen penting “The Penn Prevention
Programe” biasanya termasuk dalam Pembinanya Semula Kognitif, Kemahiran
Pemecahan Masalah, Pengawalan Emosi, Kemahiran Antara Individu, Pembinan
Daya Tahan, Strategi Pemulihan.Program ini biasanya disampaikan dalam format
berkumpulan dan bertujuan untuk melengkapi orang muda dengan kemahiran
untuk mengurangkan risiko kemurungan dan kebimbangan. Ia telah terbukti
berkesan dalam pelbagai kajian penyelidikan dan sering digunakan dalam
persekitaran pendidikan dan klinik sebagai sebahagian daripada usaha promosi
kesihatan mental dan pencegahan.

Remaja juga mempunyai masalah ketidakpuasan bentuk badan (gangguan


pemakanan). Penulis menyatakan gangguan pemakanan berlaku apabila remaja
terlalu mementingkan bentuk tubuh badan yang menarik. Antara meraka ada
melakukan “diet” yang ekstrem dan lebih teruk mereka makan dengan kadar yang
banyak dan memuntahkan “anorexia”. Kebanyakan remaja yang mementingkan
bentuk tubuh ini terpengaruh melihat di kaca telivisyen dan media massa.
Program kesedaran gangguan pemakanan bertujuan untuk meningkatkan
kesedaran dan pemahaman mengenai gangguan pemakanan dalam kalangan
masyarakat, termasuk di kalangan remaja. Program ini bertujuan untuk mengenali
isu-isu berkaitan dengan gangguan pemakanan, meruntuhkan stigma, dan
memberikan maklumat tentang gejala, serta sumber bantuan yang tersedia.
Program-program kesedaran gangguan pemakanan sering melibatkan langkah-
langkah seperti berikut:Pendidikan Awam,Perbincangan dan Pengalaman
Peribadi, Promosi Kesejahteraan Mental dan Kesihatan Badan, Pengurangan
Stigma, Keterlibatan Masyarakat, Sumber Bantuan dan Sokongan, Pelatihan
Profesional, Kempen Kesedaran. Kempen dan acara kesedaran boleh diadakan
untuk menarik perhatian masyarakat dan meningkatkan kesedaran mengenai
gangguan pemakanan pada peringkat yang lebih luas. Program kesedaran
gangguan pemakanan adalah penting untuk membantu masyarakat, termasuk
remaja, memahami gangguan pemakanan, mengenalpasti tanda-tanda awal, dan
menyediakan sokongan kepada mereka yang memerlukan bantuan. Kesedaran
adalah langkah awal penting untuk mengurangkan insiden gangguan pemakanan
dan mempromosikan kesejahteraan mental dan fizikal yang baik.

Penulis juga menekan masalah buli juga adalah menyebabkan masalah


kesihatan mental oleh para remaja. Buli dalam kalangan pelajar boleh berlaku
dalam pelbagai bentuk, termasuk buli fizikal, buli verbal, buli sosial, atau buli
siber (dalam talian). Masalah buli di kalangan pelajar adalah isu yang kompleks,
dan langkah-langkah perlindungan dan pencegahan yang berkesan adalah
penting. Sekolah, ibu bapa, dan masyarakat perlu bekerjasama untuk mencipta
persekitaran di mana semua pelajar merasa selamat, dihormati, dan boleh
berkembang dengan baik. Tindakan segera harus diambil untuk melindungi
mangsa dan mendidik penjenayah buli.

Terdapat Program-program pencegahan buli bertujuan untuk mencipta


persekitaran yang selamat, menyenangkan, dan bebas daripada buli dalam
pelbagai konteks, terutamanya di sekolah. Ini adalah beberapa elemen yang boleh
dimasukkan dalam program pencegahan buli: Pendidikan Kesedaran,
Silahturahmi dan Budaya Sokongan, Penyertaan Ibu Bapa, Kempen Kesedaran,
Program Keselamatan Dalam Talian, Pemantauan dan Penilaian Berkala, Sumber
Bantuan, Komitmen Institus. Program pencegahan buli adalah usaha berterusan
yang memerlukan kerjasama semua pihak di sekolah, termasuk pelajar, guru,
pentadbiran, dan ibu bapa. Membina persekitaran yang selamat dan mencegah
buli adalah tanggungjawab bersama, dan program pencegahan adalah langkah
penting dalam mencapai matlamat ini.
3.0 Manfaat di dalam sistem pendidikan malaysia

Program komuniti di kalangan remaja boleh memberi manfaat di dalam sistem


pendidikan di Malaysia. Program komuniti dapat memperkasakan remaja.
Program komuniti dapat memberi peluang kepada remaja memperkukuhkan
kemahiran, keyakinan dan kepimpinan. Mereka dapat membangunkan diri
mereka dan juga bergiat aktif dalam pembelajaran.

Penyelarasan nilai murni juga dapat di bagunkan di kalangan remaja. Program


komuniti remaja sering kali berfokus pada perkembangan nilai murni seperti
kepimpinan, kerjasama, kebertanggungjawaban, dan kasih sayang. Ini sejajar
dengan matlamat pendidikan Malaysia untuk membentuk individu yang
berakhlak mulia, menjadikan program komuniti remaja sebagai pelengkap kepada
pendidikan formal.

Pembangunan kemahiran sosial di kalangan remaja dapat dipertingkatkan jika


program-program komuniti. Ini memberi peluang kepada mereka untuk
berinteraksi dengan rakan sebaya dan masyarakat. Kemahiran sosial, seperti
berkomunikasi, bekerjasama, dan menyelesaikan konflik boleh dipupuk kepada
remaja yang menyertai program komuniti.

Melalui program komuniti remaja, remaja mungkin mendapat sokongan


tambahan dalam pembelajaran mereka. Ini boleh membantu meningkatkan
prestasi akademik mereka, kerana mereka mungkin mendapat bimbingan
tambahan, sokongan tuisyen, atau akses kepada sumber pendidikan yang lebih
baik.

Program komuniti remaja yang berkaitan dengan nilai-nilai keagamaan atau


moral boleh membantu remaja memahami nilai-nilai dan keyakinan mereka
dengan lebih mendalam. Ini juga membantu dalam memupuk etika dan moral
yang kukuh.

Dengan melibatkan remaja dalam program komuniti yang positif, ia dapat


membantu mengurangkan masalah sosial seperti pengabaian sekolah, penggunaan
dadah, dan jenayah remaja. Remaja yang terlibat dalam program komuniti
cenderung memiliki kehidupan yang lebih sihat dan positif.

Kesimpulannya, program komuniti remaja memainkan peranan penting dalam


memperkukuhkan sistem pendidikan Malaysia dengan memberikan pelbagai
manfaat kepada remaja, termasuk pemerkasaan, peningkatan nilai murni,
pembangunan kemahiran sosial, dan sokongan dalam pembelajaran. Ia membantu
melengkapi pendidikan formal dengan pengalaman dunia nyata yang dapat
membentuk individu yang lebih baik dan menyumbang kepada pembangunan
negara.
4.0 Jurang/ Kekurangan dalam buku ini

Kekurangan yang saya dapati adalah program komuniti tidak patut di limitasi
kepada remaja sahaja. Program komuniti remaja mungkin menghadapi masalah
dalam mengekalkan penyertaan remaja sepanjang jangka masa program. Remaja
boleh hilang minat atau berhenti hadir atas sebab-sebab tertentu.

Penglibatan keluarga juga amat penting kerana remaja perlukan sokogan


daripada ibu bapa mereka. Kebanyakan masalah mental mungkin bermula dari
rumah, oleh itu keluarga juga adalah tunggak utama untuk menjadikan remaja
menjadi sihat dari fizikal dan mental.

Tidak memadai dalam memenuhi keperluan pelbagai kumpulan remaja. Setiap


kumpulan remaja mungkin mempunyai keperluan yang berbeza, termasuk remaja
dari latar belakang budaya yang berbeza, remaja dengan keperluan khas, dan
sebagainya. Program komuniti remaja mungkin kurang memadai dalam
menyediakan sokongan yang bersesuaian untuk pelbagai kumpulan remaja.

Program-program ini mungkin kurang memantau dan menilai


keberkesanannya secara berterusan. Ketiadaan data berkualiti boleh membuat
program-program ini sukar untuk menilai kesan positif yang dihasilkan. Tiada
kerjasama antara pelbagai agensi, badan, dan pihak berkepentingan mungkin
menghalang program komuniti remaja daripada memaksimumkan kesan positif
mereka. Kerjasama antara pihak yang berbeza adalah penting untuk menyediakan
sokongan yang komprehensif kepada remaja.

Untuk mengatasi kekurangan ini, penting untuk mengambil langkah-langkah


seperti melibatkan keluarga dalam proses, menyesuaikan program dengan
keperluan remaja, dan meningkatkan pemantauan dan penilaian program secara
berterusan. Dengan usaha-usaha ini, program komuniti remaja boleh menjadi
lebih berkesan dalam membantu remaja mencapai potensi mereka dan membina
masyarakat yang lebih baik.

Anda mungkin juga menyukai