Anda di halaman 1dari 6

QKU 3043

SEMINAR PENDIDIKAN KESIHATAN

TUGASAN INDIVIDU
ULASAN JURNAL

TAJUK: PERANAN KAUNSELING DALAM MENANGANI MASALAH GEJALA


SOSIAL DALAM KALANGAN BELIA MASA KINI

NAMA PELAJAR : MOHAMMAD FIRDAUS BIN LARADA

NO MATRIK : D20121058860

SEMESTER : SEMESTER 8

NO TEL : 0148707058

NAMA PENSYARAH : EN. SADZALI BIN HASSAN


Ulasan Jurnal “Peranan Kaunseling Dalam Menangani Masalah Gejala Sosial Dalam
Kalangan Belia Masa Kini”
Karya Oleh : Prof. Dr. Suradi Salim

1.0 Pengenalan

Di dalam artikel ini, penulis menyentuh dan membincangkan masalah gejala sosial yang
semakin sarat dalam kalangan remaja dan mudaratnya kepada pembangunan negara
sekiranya tidak ditangani segera dengan menggunakan kaedah atau strategi yang berkesan.
Tajuk ini merupakan isu yang sangat penting dan perlu diberi perhatian oleh ibu bapa,
keluarga, kerajaan serta semua pihak agar dapat ditangani secara efektif.

2.0 Sasaran Pembaca

Berdasarkan kepada tajuk fokus kajian dan kertas cadangan jurnal ini adalah ditujukan
kepada semua pihak terutamanya pihak yang terlibat dalam bidang psikologi dan
kaunseling bagi membantu remaja yang terlibat dengan masalah gejala sosial terutamanya
najis dadah. Idea ini kemudiannya dibuka kepada semua untuk dibincang dan dibahaskan
bagi melihat keperluan dan sokongan psikologi kepada remaja.

3.0 Rumusan Jurnal

Jika ditinjau keseluruhan penulisan jurnal ini, Pertamanya, penulis telah mengenalpasti dan
menyenaraikan bahawa sekurang-kurangnya terdapat tiga faktor yang mempengaruhi
perkembangan peribadi manusia. Faktor yang dimaksudkan ialah sifat semulajadi, gaya
asuhan dan ragam persekitaran. Melalui kombinasi ketiga-tiga faktor ini telah terbentuknya
gaya personaliti, perangai dan keperibadian seseorang individu terutamanya golongan
belia yang masih mencari identiti diri.

Menurut penulis, sifat semulajadi ialah binaan genetik atau baka yang diwarisi iaitu
gabungan tret atau sifat yang tersendiri yang unik kepada seseorang individu. Anak-anak
dilahirkan sebagai individu yang istimewa dengan ciri-ciri mental dan fizikal yang
tersendiri yang mempengaruhi tingkah laku dan pilihan tingkah laku mereka. Penulis
mengakui bahawa secara semulajadinya seseorang kanak-kanak yang tidak diberi didikan,
bimbingan dan tidak ditunjuk ajar dengan mencukupi mengenai nilai dan moral, akan
terdorong untuk melakukan tingkah laku memberontak, mementingkan diri sendiri, tidak
jujur, langsang, mengeksploitasi dan tamak. 

Asuhan pula didefinasikan oleh penulis sebagai penjagaan dan pengisian akan
sahsiah atau personaliti anak-anak melalui kasih sayang, jaminan keselamatan, disiplin dan
dorongan. Justeru itu anak-anak yang dibesarkan oleh ibubapa tanpa bertanggungjawab;
tidak mengenali dan mentaati tuhan; dan persekitaran tanpa kasih sayang dan berstruktur
akan mudah terpengaruh dengan persekitaran yang berbahaya dan merosakkan perjalanan
hidup mereka. 

Manakala usaha untuk mendapatkan tempat atau ruangnya sendiri dalam


persekitarannya menurut penulis ialah ruang seseorang kanak-kanak adalah hasil dari
peristiwa, kejadian dan keadaan yang membentuk dunia khusus seseorang bermula dari ia
dilahirkan hingga ke tahap remaja atau dewasa. 

Jelas penulis lagi, sekiranya masalah gejala sosial ini dibiarkan begitu saja tanpa
apa-apa tindakan membanteras, ianya akan membawa akibat negatif bukan sahaja kepada
individu itu sendiri tetapi juga kepada bangsa dan negara. Sekiranya ramai dari remaja dan
belia kita terlibat dalam perbuatan jenayah, melepak, dan lain-lain gejala yang tidak sihat,
ini akan mengakibatkan negara kita pada masa akan datang kekurangan tenaga kerja yang
bertanggungjawab, berpendidikan, amanah dan sihat dari segi mental. Bayangkanlah apa
akan terjadi jika sebahagian besar dari kakitangan awam dan juga swasta di negara kita
tidak amanah dan tidak bertanggungjawab. 

4.0 Hasil Kajian

Penulis mencadangkan tiga bentuk tindakan yang boleh dilakukan untuk menanggani
masalah gejala sosial, iaitu; yang pertama ialah tindakan pencegahan atau preventif. Ia
bertujuan untuk mencegah atau menghalang timbulnya tingkah laku itu. Ia boleh dilakukan
secara proaktif melalui program-program pencegahan dengan mengenalpasti isu-isu utama
yang membawa salah laku seperti tekanan rakan sebaya, perhubungan, sikap keseluruhan,
kebosanan, pelajaran, estim kendiri, dadah dan dorongan seksual. 

Tanpa asas yang kukuh dalam pegangan dan pengetahuan agama, nilai moral,
kekuatan dalaman, matlamat masa depan yang jelas, suasana mesra keluarga yang tidak
suportif, tidak mempunyai kemahiran dalam menyelesaikan masalah dan konflik, dan
mudah terpengaruh dengan persekitaran yang tidak sihat, akan menyebabkan kelapan-
lapan isu di atas boleh menyelewengkan para remaja kepada melakukan salah laku dan
merosakan diri. 

Untuk itu, penulis menyarankan agar setiap remaja perlu diajarkan dengan empat
kemahiran bagi membolehkan mereka membina tembok atau benteng dalam diri mereka
yang boleh menghalang mereka dari tertarik kepada melakukan salah laku iaitu; kemahiran
menyelesaikan masalah dengan teknik yang berkesan; kemahiran mengajar anak-anak
membina matlamat yang jelas dan mengarahtujukan aktiviti harian untuk mencapai cita-
cita dalam hidup; kemahiran menolak tarikan menyalahguna dadah melalui pendidikan dan
penerangan mengenai bahaya najis dadah; dan akhir sekali kemahiran menghadapi tekanan
rakan sebaya melalui program pembinaan remaja iaitu menguatkan sikap mental dan
peribadi supaya mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi. 

Yang kedua; ialah tindakan represif atau menekan. Penulis melihatnya sebagai
tindakan memberhentikan tingkah laku itu seawal mungkin atau menghalang dari
timbulnya masalah yang lebih serius. Usaha menindas pelanggaran norma-norma sosial
dan moral dapat dilakukan dengan mengadakan hukuman ke atas setiap perbuatan atau
penyelewengan sama ada ketika kanak-kanak berada di rumah (ibu bapa atau keluarga
yang mengawal dan bertanggungjawab) mahupun ketika di sekolah (guru atau pengurusan
sekolah yang mengawal dan bertanggungjawab). 

Yang ketiga; ialah tindakan kuratif atau pemulihan iaitu tindakan membaikpulih
orang yang telah terjerumus ke dalam kancah gejala sosial melalui perkhidmatan
kaunseling dan psikoterapi yang mana menurut penulis mampu membantu remaja dalam
menghadapi krisis, kebuntuhan dalam hidup mereka atau pun menghadapi apa jua masalah
peribadi dan sosial. Menurut penulis lagi, perkhidmatan kaunseling boleh dijalankan
secara individu atau kelompok dengan menggunakan pendekatan yang “mesra remaja”
(iaitu bagi remaja yang sebenarnya tidak mahukan kaunseling) selaras dengan apa yang
disarankan oleh William Glasser dalam Teori Realitinya dengan menggunakan lapan
langkah iaitu yang pertama, mengenali dan bermesra dengan klien, mencipta perhubungan
dan dapatkan kepercayaan klien. 

Antara lapan langkah yang dimaksudkan ialah dapatkan gambaran dan pandangan
klien mengenai apa yang mereka lakukan, serta perasaan mereka terhadap tingkah laku
mereka. Selepas itu klien perlu dibantu untuk belajar membuat penilaian mengenai tingkah
lakunya. Bantuan ini penting bagi membantu klien meneliti sama ada apa yang mereka
lakukan benar-benar menolong diri mereka. Setelah klien mampu membuat penilaian,
mereka perlu dibantu untuk meneroka tingkah laku alternatif iaitu tingkah laku yang boleh
dibuktikan lebih menolong. Selain itu, dapatkan komitmen klien untuk membuat
perubahan dan memenuhi komitmen yang telah dibuat. Dalam hal ini, kaunselor atau pihak
yang terlibat perlulah sentiasa memotivasikan klien di samping mempamerkan sikap
tegas. Impaknya, ketegasan kaunselor akan menguatkan keazaman klien untuk memenuhi
komitmennya dan seterusnya akan terus konsisten berusaha untuk berubah.

5.0 Penilaian

5.1 Tema

            Penulis telah memilih tema sosial dan kaunseling sebagai fokus utama penulisan beliau
pada kali ini. Ini bertepatan dengan sasaran utama penulisan beliau iaitu kepada kaunselor
dan masyarakat umumnya agar menerima pendekatan kaunseling sebagai kaedah penting
dalam usaha menangani masalah gejala sosial remaja.

5.2     Ciri-ciri

            Penulisan penulis ini lebih bercirikan kertas cadangan namun dipersembahkan dengan
mewujudkan ciri-ciri kajian dan dapatan. Bagi pengkaji penulis memilih penulisan
bercirikan kajian dan hasil dapatan adalah bagi menguatkan lagi hujah agar boleh
menyakinkan pembaca menerima pendapat beliau.
5.3 Kaitan Teori, Pendapat dan Amalan

            Penulis telah berjaya memberikan banyak pendapat daripada para sarjana dan ilmuan
tentang kesedaran pentingnya peranan kaunseling. Melalui pendapat dan amalan yang
wujud ini penulis cuba meyakinkan pentingnya peranan kaunseling dalam usaha
menangani masalah gejala sosial dalam kalangan remaja. Antara tokoh-tokoh sarjana
seperti William Glasser.

5.4     Kandungan

            Secara keseluruhan kandungan penulisan ini adalah mengenai faktor, peranan dan langkah
pelaksanaan kaedah kaunseling dalam menangani membangunkan perkembangan dalaman
remaja agar mampu menentukan hala tuju mereka ke arah yang lebih positif. Penulis juga
telah memberikan hujjah-hujjah dengan melihat kepada impak yang diperoleh sekiranya
kaedah kaunseling dilaksanakan dengan sistematik. Dalam hal ini, hujah-hujah penulis
banyak disokong dengan pendapat dan amalan yang telah dilakukan dan siri kejayaan
sebagai keperluan kepada kaunselor yang berhadapan dengan remaja bermasalah. Oleh
yang demikian, penulis telah mengemukakan pelbagai rasional tentang factor yang
mempengaruhi perkembangan sosial remaja dan keberkesanan teori William Glasser yang
berasaskan kepada psikologi dan kaunseling untuk membantu remaja bermasalah kembali
berubah ke arah yang lebih. Jika dilihat pada fakta utama yang dikemukakan, penulis telah
menyentuh tentang faKtor-faktor yang mempengaruhi perkembangan peribadi remaja,
kemahiran yang perlu dikuasai oleh remaja untuk membentengi diri mereka daripada
gejala negative dan langkah pelaksanaan kaunseling yang efektif. Dari fakta utama inilah
penulis cuba menyakinkan kumpulan sasarnya tentang betapa pentingnya psikologi dan
kaunseling dalam usaha menangani masalah gejala sosial terutamanya najis dadah.

5.5     Gaya Penulisan

            Gaya penulisan penulis ini lebih kepada memberi hujjah, pendapat dan bukti serta
sokongan daripada para sarjana, ilmuan, tidak kira dari luar atau dalam negara. Namun
begitu penulis menggunakan bahasa yang terus dan mudah difahami tentang massage yang
cuba dibawa dalam penulisannya ini. Melalui sokongan dan bukti kejayaan yang
dikemukakan juga, penulis difikirkan berjaya meyakinkan pembaca tentang peranan
kaunseling di samping penguasaan pengetahuan berkaitan psikologi manusia khasnya
remaja.

5.6    Kredibiliti Kandungan

            Bagi pendapat pengkaji, terdapat kredibiliti yang tinggi terhadap kandungan penulisan
penulis. Ini kerana setiap hujjah penulis disertakan dengan sokongan pendapat para
ilmuan, bukti-bukti amalan dan siri-siri kejayaan yang meyakinkan. Bagi pengkaji penulis
Berjaya menyakinkan pembaca dengan kredibiliti kandungan yang dikemukakan ini.
5.7   Kekuatan Dan Kelemahan

            Penulisan jurnal ini mempunyai kekuatan memandangkan penulis berpegang kepada fakta
dan pendapat-pendapat ahli sarjana dan pakar dalam menguatkan hujah yang diberikan.
Selain itu, penulis berjaya menyedarkan pembaca tentang pentinganya memahami
keperluan psikologi remaja dan pelaksanaan pendekatan kaunseling agar golongan remaja
bermasalah berasa dihargai. Impak daripada cadangan-cadangan yang diberikan dilihat
mampu membimbing remaja kea rah yang lebih positif, apatah lagi remaja seringkali
dilihat salah membuat pilihan akibat pelbagai faktor. Oleh yang demikian secara
keseluruhannya, penulis telah berjaya menghasilkan satu penulisan yang baik dan
berkesan.

6.0       Kesimpulan

Kesimpulannya, usaha baik penulis dalam menghasilkan artikel ini sememangnya langkah
yang bertepatan dan bersesuaian dalam usaha membanteras atau membendung fenomena
gejala sosial yang kian meningkat masa kini. Usaha ini juga dapat membantu memberi
input kepada ibu bapa, keluarga, sekolah, masyarakat, NGO, dan kerajaan untuk
menanggani masalah ini dengan sistematik. Setidak-tidaknya langkah penulis ini telah
meletakkan kaunseling sebagai salah satu alat (tool) kepada penyelesaian gejala sosial
masa kini.

Anda mungkin juga menyukai