Anda di halaman 1dari 4

BUKU FOLIO PENDIDIKAN SIVIK

KHIDMAT MASYARAKAT 2010

GEJALA-GEJALA SOSIAL DI
SMK TAMAN JASMIN 2

DISEDIAKAN OLEH:
KAVEETHIRAA RAVINDRAN
KANSHINEE RAMAH
DEXTER LEE
TAQIUDDIN YAZID
MELVINDER SINGH
5 WAWASAN

Bentuk-bentuk gejala sosial di sekolah.


- menghisap rokok

- bergaduh sesama sendiri

- ponteng sekolah

- melepak

- kumpulan gengsterisme

- vandalisme

CARA MENGATASI
Peranan ibubapa

Telah kita ketahui antara punca utama dalam penglibatan remaja dalam gejala social ini adalah kurangnya perhatian dan kasih
sayang daripada ibu bapa dan keluarga. Bagi mengatasi masalah ini dari terus berpanjangan, para ibu bapa seharusnya
memberi perhatian, kasih sayang dan bimbingan kepada anak-anak mereka lebih-lebih lagi pada peringkat remaja. Ini
bertepatan dengan teori motivasi Maslow (1954) yang menyatakan teori motivasi melalui hirarki keperluan. Manusia perlu
memenuhi keperluan peringkat asas atau keperluan hayat atau fisiologi terlebih dahulu sebelum timbul keperluan peringkat
berikutnya iaitu keperluan keselamatan.
Seterusnya keperluan kasih sayang dan pada peringkat berikutnya keperluan peringkat kendiri. Peringkat yang terakhir
adalah sempurna kendiri. Berdasarkan teori ini kasih sayang diletakkan pada peringkat ketiga di mana memberi gambaran
bahawa penghargaan dan kasih sayang sangat penting kepada manusia lebih-lebih lagi
diperingkat remaja. Ini termasuklah keinginan kasih sayang dari ibu bapa atau rakan sebaya dalam kumpulannya. Sekiranya
ibu bapa kurang atau tidak memberi kasih sayang yang secukupnya maka anak-anak akan mencari kasih sayang tersebut dari
orang lain seperti rakan sebaya.

Peranan Sekolah

Mewujudkan Sekolah Bebas Gejala Sosial dengan mengadakan pendidikan secara komprehensif melalui kurikulum dan ko-
kurikulum di sekolah/IPT, intervensi, latihan guru dan penglibatan ibubapa. Pendidikan ini adalah elemen penting dalam
strategi pencegahan dan sekolah merupakan institusi penting bagi melahirkan
masyarakat Malaysia yang bebas dari gejala sosial. Kementerian Pelajaran telah diberi tanggungjawab bagi mengenalpasti,
merancang dan melaksanakan segala program dan aktiviti tindakan berhubung dengan pendidikan pencegahan masalah sosial
di peringkat sekolah, Institusi Latihan Guru dan IPT untuk mewujudkan pemikiran generasi muda supaya menjauhi gejala
sosial, menyediakan alternatif-alternatif berfaedah yang dapat mencegah daripada terlibat dengan gejala sosial dan
mewujudkan suasana sekitar yang menjadikan masalah sosial itu dibenci dan jijik. Bagi mencapai hasrat diatas semua pihak
perlu memberikan komitmen, kerjasama dan
berusaha melaksanakan pelbagai pendekatan.
Antara pendekatannya ialah semua guru mestilah mempunyai pengetahuan tentang selok belok dan punca penyebab
berlakunya masah sosial dan pendidikan pencegahan melalui KBSR dan KBSM mula dilaksanakan, melaksanakan program
pendidikan pencegahan gejala sosial di Tadika/Pra sekolah, dan semua guru mempunyai kemahiran untuk mengendalikan
pelajar-pelajar yang bermasalah. Antara program-program yang boleh dilaksanakan adalah seperti; program intelek asuhan
rohani (pintar), kem pintar, latihan tenaga pengajar (TOT), program untuk PIBG/guru, program sekolah anak didik kami,
ujian saringan air kencing, seminar/ ceramah/ pameran/ tayangan video, program kampus sejahtera dan menubuhkan skuad
anti masalah sosial di IPT.

Peranan Masyarakat

Pencegahan merupakan strategi jangka panjang yang bertujuan mencegah seseorang daripada terlibat dengan dadah, budaya
melepak, ponteng sekolah dan samseng. Sungguhpun masalah ini bermula dengan masalah individu tetapi jika tidak
dibendung ianya akan memberi kesan kepada keseluruhan masyarakat sekitarnya. Masalah dadah berkaitan rapat dengan
masalah jenayah, keganasan, keselamatan dan HIV/AIDS di satu-satu kawasan. Oleh itu semua pihak mestilah mewujudkan
kesedaran tentang kesan dan bahaya dadah disamping merangsang penglibatan seluruh masyarakat setempat dalam usaha
memerangi dadah. Setiap individu, keluarga dan masyarakat di satu-satu kawasan bekerjasama dan mempunyai peranan
dalam pencegahan gejala ini
dan memastikan kawasan mereka bersih daripada gejala sosial ini.
Pemimpin-pemimpin masyarakat setempat juga perlu tampil ke hadapan bagi membantu kerajaan terutamanya Agensi
Antidadah Kebangsaan dalam melaksanakan program-program seperti pencegahan dadah di kawasan mereka. Strategi jangka
panjang ini juga untuk mewujudkan kesedaran kepada semua lapisan masyarakat
Objektif Kajian

 mengenalpasti gejala-gejala sosial yang berlaku di

sekolah

 mendapat tahu sebab-sebab gejala social berlaku

 menyatakan kesan-kesan buruk gejala sosial

 mengemukakan langkah-langkah mengatasi gejala

sosial

Anda mungkin juga menyukai