Anda di halaman 1dari 13

PSET1104: PERKEMBANGAN MORAL V.

TUGASAN 2: INDIVIDU
Kepentingan Teori dengan Peranan Pelbagai Pihak dalam
Meningkatkan Tahap Kemoralan Murid di Sekolah Menengah di
Malaysia

Nama:
NAZEEHA BINTI ZIARAT KHAN
(PET140010)

Tarikh Akhir:
MINGGU KE-13

Pensyarah:

DR. MOHAMAD FAISAL BIN MOHAMED


PENGENALAN
Moral merupakan ajaran tentang baik buruknya perbuatan dan kelakuan. (Poerdarminta.
1961) Manusia yang tiada moral boleh diibaratkan seperti burung tanpa sayapnya. Melihatkan
keadaan moral ini yang menjadi asas dalam kehidupan seseorang insan, maka elemen ini perlu
untuk diterapkan dalam jiwa setiap pelajar, terutama di Malaysia.
Walaupun begitu, bersandarkan kepada scenario gejala-gelaja yang melibatkan pelajar
sekolah mutakhir ini, dapat disimpulkan bahawa pelajar kita mempunyai nilai moral yang lemah.
Dari kes buli, meragut, pembungan bayi, hinggalah membunuh, semuanya menunjukkan betapa
dangkalnya moral dalam diri pelajar ini. Malahan, statistik saban tahun juga menunjukkan
peningkatan tanpa ada penurunan. Sehubungan dengan itu, dalam usaha meningkatkan tahap
kemoralan murid di sekolah terutamanya, peranan pelbagai pihak dilihatkan sebagai satu
keperluan. Ibu bapa, keluarga, sekolah, rakan sebaya, masyarakat dan media massa masingmasing mempunyai kuasa yang cukup besar dalam menerapkan nilai-nilai murni dalam diri
pelajar.
Secara asasnya, ada sembilan teori perkembangan moral yang memberi panduan tentang
pemupukan dan pengaplikasian moral dalam diri seseorang manusia. Oleh hal yang demikian,
setiap pihak yang terbabit sebenarnya boleh menjadikan teori ini segai asas dalam membaja nilai
moral dalam diri pelajar.

TEORI 1: TEORI PERILAKU SOSIAL (EISENBERG & FABES)


Menurut Eisenberg & Fabes (1998), perilaku sosial merupakan perlakuan secara sukarela
rela yang dilakukan dengan niat untuk memberi manfaat kepada orang lain. Hal ini bermaksud,
seseorang itu bermoral apabila dia membuat kebaikan kepada orang lain ada dasar empati,
altruisme, mahupun dasar ego. Berdasarkan teori ini juga, terdapat lima faktor yang
menyebabkan seseorang untuk berperilaku sosial iaitu faktor situasi, individu, jantina, agama dan
budaya masyarakat. Sebagai contoh, sekiranya seseorang jatuh di tempat awam yang dipenuhi
ramai orang, adakah mereka akan membantu? Keputusan yang diambil, sama ada untuk
membantu atau tidak dipengaruhi faktor situasi.

Peranan Ibu Bapa & Keluarga


Dalam usaha meningkatkan tahap kemoralan murid di sekolah menengah, semuanya
perlu bermula dari rumah. Sudah terang lagi bersuluh, didikan oleh ibu bapa dan keluarga
menyumbang kepada pembentukan moral seseorang pelajar. Menurut teori ini, antara faktor
individu iaitu pergaulan dan pembelajaran semasa kanak-kanak menyumbang kepada tahap
moral seseorang pelajar. Oleh itu, pertama sekali, ibu bapa bersama keluarga perlu untuk
menjadikan empati sebagai amalan sedari anak-anak mereka kecil kerana mereka sentiasa
cenderung untuk mengikuti perlakuan ibu bapa mereka (Bandura, 1963). Sebagai contoh,
pelaziman amalan bersedekah, memberi tempat duduk dalam pengangkutan awam kepada yang
memerlukan dan membantu orang dalam kesusahan oleh ahli keluarga sebenarnya akan
membantu membangunkan sifat empati dalam diri anak-anak.

Peranan Sekolah & Rakan Sebaya


Sudah terang lagi bersuluh, seorang pelajar sekurang-kurangnya menghabiskan masa
selama enam jam di sekolah lima hari seminggu. Justeru, pihak sekolah termasuklah para guru
turut mempunyai peranan yang cukup besar dalam meningkatkan nilai moral pelajar.

Tidak dapat dinafikan, silibus buku teks subjek seperti pendidikan moral dan pendidikan
sivik dan kewarganegaraan ada mengetengahkan nilai empati sama ada secara sisipan atau tidak.
Oleh itu, sekolah berperanan untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran mengikut silibus
yang sedia ada. Setelah itu, guru-guru bertanggungjawab untuk bukan sekadar mengajar tetapi
membaja nilai empati dalam diri pelajar. Sekadar mengarahkan pelajar untuk mengetahui dan
menghafal makna empati tidak cukup untuk meningkatkan tahap moral mereka. Oleh hal yang
demikian, guru-guru perlu memastikan pembelajaran nilai empati secara handson. Sebagai
tamsilnya, para guru bergandingan dengan pihak sekolah boleh membuat lawatan ke rumah
orang-orang tua. Melalui program tersebut, nilai empati dalam diri setiap pelajar dapat dicungkil
kerana mereka mendekati sendiri golongan-golongan yang memerlukan bantuan ini.

Selain itu, rakan sebaya juga boleh membantu meningkatkan nilai empati. Sebagai
contoh, apabila ada rakan sebaya yang memberi derma kepada tabung bantuan banjir, rakanrakan lain yang melihat akan terdorong untuk melakukan perkara yang sama kerana. Hal ini
kerana menurut teori ini pelajar sekolah menengah berada di fasa approval and interpersonal
orientation yang memerlukan mereka untuk melakukan sesuatu yang dirasakan wajar mengikut
masyarakat sekeliling.

Peranan Masyarakat & Media Massa


Mengikut teori ini, seseorang itu bermoral tatkala ada sifat empati yang dizahirkan
melalui bantuan yang diberikan kepada orang lain. Sehubungan dengan itu, masyarakat
sebenarnya berupaya menyumbang kepada pemupukan nilai empati dalam melahirkan golongan
masyarakat pelajar yang bermoral. Pertama sekali, masyarakat seharusnya menunjukkan contoh
yang baik kepada pelajar. Hal ini kerana, teori ini mengatakan bahawa antara faktor yang
menyumbang kepada perilaku empati ini ialah faktor individu, iaitu seseorang individu akan
cenderung melakukan kebaikan sekiranya perkara tersebut menjadi norma atau amalan
masyarakat. Hal ini bermaksud, masyarakat perlu didoktrinkan dan mendoktrinkan amalanamalan serta bantuan yang menunjukkan sifat empati dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh,
ialah kesesakan jalan raya di waktu puncak. Masyarakat yang saling memberi laluan kepada

orang lain menunjukkan sifat empati yang paling mudah apabila masing-masing cuba
meletakkan diri mereka di tempat orang lain yang mungkin dalam kekalutan dan kecemasan.
Apabila perbuatan-perbuatan seperti ini menjadi satu kelaziman dan adat dalam masyarakat,
maka para pelajar khususnya di sekolah menengah yang hidup dalam kelompok masyarakat
tersebut akan turut mengamalkan perilaku yang sama. Misalnya, oleh sebab masyarakat sering
membantu orang yang memerlukan, pelajar juga akan membantu rakan-rakan mereka yang
dalam kesusahan sekali gus meningkatkan tahap kemoralan para pelajar.
Seterusnya, media massa yang berbahagi kepada media cetak dan media elektronik juga
berperanan dalam bertindak menyebarkan nilai empati dalam kalangan pelajar. Bagi media cetak,
syarikat penerbitan seperti majalah dan surat khabar boleh mencetak paparan grafik yang
mempunyai mesej moral nilai empati. Sebagai contoh, gambar seorang kanak-kanak yang
membantu seorang nenek tua membawa barang juga sudah cukup untuk menjentik jiwa pembaca
khususnya para pelajar ini untuk mengamalkan perbuatan sebegitu. Untuk media elektronik pula,
syarikat penyiaran boleh menyiarkan iklan yang juga menerapkan nilai moral. Sebagai contoh,
setiap kali musim perayaan, iklan bertemakan kekeluargaan dari syarikat Petronas akan disiarkan
dan telah menyentuh hati ramai orang. Berpaksikan idea yang sama, syarikat penyiaran ini boleh
menyiarkan iklan berbaur empati kerana sama ada kita sedar atau tidak, media elektronik
merupakan medium yang paling dekat generasi Y yakni para pelajar skeolah menengah ini.
Oleh itu, lama-kelamaan para pelajar juga dapat meningkatkan nilai moral mereka.

TEORI 2: TEORI PSIKOSOSIAL (ERIK & ERIKSON)


Teori Psikososial Erikson ini menerangkan lapan peringkat dalam proses pembentukan
identiti seseorang individu seiring perkembangan moral (Erikson, 1950). Menurut Erikson,
proses ini berlaku sepanjang hayat dan terbentuk melalui interaksi sosial sejak mereka lahir
hinggalah berusia lebih tiga perempat abad. Malahan, elemen pengalaman sangatlah perdana
dalam pembentukan insan dalam teori ini. Peringkat-peringkat yang dinyatakan Erikson
termasuklah peringkat satu, Trust vs. Mistrust, peringkat ke-2 iaitu Autonomy vs. Shame &
Doubt pada jeda umur satu hingga tiga tahun seterusnya peringkat Initiative vs. Guilt yakni
peringkat ke-3, peringkat ke-4 iaitu Industry vs. Inferiority yang terjadi sewaktu seseorang

berumur enam hingga 11 tahun tatkala interaksi sosial di sekolah berlaku, peringkat ke-5 iaitu
Identity vs. Confusion, peringkat ke-6, Intimacy vs. Isolation, peringkat ke-7 iaitu
Generativity vs. Stagnation bagi individu berumur 35 hingga 64 dan akhir sekali peringkat ke-8
yang dinamakan Ego Integrity vs. Despair sewaktu individu berumur 65 dan ke atas bagi
mereka membuat refleksi diri.

Peranan Ibu Bapa dan Keluarga


Dalam teori ini, ibu bapa dan keluarga memainkan peranan yang utama dalam
membentuk moral. Sama ada masyarakat cakna atau tidak, pembentukan moral pelajar sekolah
menengah bermula sejak mereka kecil lagi. Maka, sewaktu kecil, ibu bapalah yang merupakan
pendidik utama pelajar-pelajar ini. Dalam teori psikososial Erikson, terdapat lapan peringkat
pembentukan diri dan perkembangan moral dan proses itu bermula sejak bayi lahir. Peringkat
pertama dalam teori ini ialah Trust vs. Mistrust iaitu sewaktu seseorang berumur sifar hingga
satu tahun. pada peringkati ni, ibu bapa lah yang bertanggungjawab untuk member keselamatan,
perlindungan dan penjagaan yang sempurna kepada bayi supaya mereka supaya kepercayaan
dapat dibina. Kemudian, peringkat kedua ialah Autonomy vs. Shame & Doubt yakni pada jeda
umur satu hingga tiga tahun. Pada tahap ini, kawalan peribadi anak-anak akan terbina apabila
mereka belajar berdikari misalnya latihan ke tandas tanpa bantuan. Perkara ini seterusnya
membentuk keyakinan dalam diri kanak-kanak tersebut.
Seterusnya, sewaktu -kanak berumur tiga hingga enam tahun, mereka akan melalui
peringkat ketiga atau peringkat Initiative vs. Guilt. Dalam tahap ini, mereka akan meluaskan
kawalan terhadap dunia dan mula berinteraksi sosial dengan orang lain dengan aktiviti bermain.
Oleh itu, ibu bapa dan keluarga bertanggungjawab membawa anak-anak mereka untuk bergaul
dengan kanak-kanak yang lain. Hal ini bagi memastikan interaksi sosial berlaku yang seterusnya
memupuk kepercayaan terhadap kemampuan diri mereka dalam memimpin orang lain. Secara
deduksinya, kejayaan setiap peringkat ini bergantung kepada peranan yang dijalankan oleh ibu
bapa dan keluarga. Sekiranya ada tahap-tahap yang gagal membentuk nilai yang dinyatakan
seperti keyakinan dan kepercayaan terhadap kemampuan diri, maka setelah kanak-kanak ini
membesar menjadi pelajar sekolah menengah, mereka gagal mengembangkan nilai moral mereka

kerana tidak yakin dengan keputusan tidak tidak percaya akan kemampuan diri mereka dalam
membuat keputusan.

Peranan Sekolah dan Rakan Sebaya


Secara lazimnya, pelajar sekolah menengah di Malaysia berumur antara 13 hingga 17
tahun. Jika dibandingkan dengan teori ini, peringkat yang terlibat ialah peringkat ke-5 iaitu
Identitiy vs. Confusion pada umur 12 hingga 18 tahun. Tahap ini sebenarnya merupakan tahap
yang terpenting kerana di sinilah sebenarnya hala tuju dan bentuk kehidupan seseorang
ditentukan. Remaja akan meneroka dan bereksperimen dengan pelbagai tingkah laku. Sekiranya
perlakuan yang buruk dan tidak bermoral yang dipilih sebagai identiti mereka, maka runtuhlah
institusi kemoralan pelajar

ini. Oleh itu, sekolah sebenarnya berperanan penting dalam

mendedahkan pelajar kepada pelbagai pilihan atau hala tuju yang boleh mereka terokai dalam
hidup. Sebagai contoh, pihak sekolah boleh menganjurkan ceramah motivasi secara berkala
tentang hala tuju hidup misalnya ceramah tentang aktiviti kesukarelawan yang bermoral dan
memanfaatkan orang lain di sebalik laluan hitam seperti mengambil dadah. Semakin banyak
perkara yang terdedahkan kepada pelajar ini, semakin mudah mereka dapat membanding beza
perkara yang baik atau buruk.
Selain itu, rakan sebaya juga member impak yang besar terhadap perkembangan moral
pelajar. Hal ini demikian kerana, pelajar cenderung untuk melakukan perkara yang dilakukan
oleh rakan sebaya mereka. Jika kawan mereka merokok, mereka juga akan tertarik untuk
melakukan perkara yang sama. Oleh itu, pada peringkat ke-5 tatkala remaja masih tercari-cari
akan identiti diri yang sebenar, rakan sebaya yang sentiasa melakukan amalan yang baik seperti
menghormati orang yang lebih tua dan membantu orang dalam kesusahan dapat mempengaruhi
pelajar lain untuk melakukan kebaikan. Hal ini kemudiannya akan dapat mengekang mereka
melakukan perkara yang tidak bermoral sekali gus meningkatkan tahap kemoralan para pelajar.

Peranan Masyarakat & Media Massa


Seperti yang telah disebut, pada peringkat ke-5 dalam teori ini, para pelajar akan keliru
dalam mencari identiti diri dan pencapaian terbaik di peringkat ini ialah kebolehan untuk
menjalani kehidupan mengikut standard yang ditetapkan masyarakat. Hal ini bermaksud, dalam
mencari arah kehidupan, identiti diri yang mengikut norma masyarakat adalah yang terbaik. Oleh
itu, dalam memastikan pelajar-pelajar ini berada di landasan yang betul, masyarakat boleh
memperbanyak aktiviti kemasyarakat seperti bergotong-royong yang melibatkan pelajar-pelajar
ini sekali. Program sebegini akhirnya dalam mencetuskan nilai-nilai moral yang tinggi dan
membentuk identiti invdividu yang terbaik mengikut acuan masyarakat yang sentiasa melakukan
kebaikan sebegini.
Seterusnya, media massa juga berperanan dalam menyebarkan fahaman yang jelas
tentang perkara yang bermoral dan perkara yang tidak. Misalnya, nukilan artikel-artikel yang
menekankan keburukan perkara-perkara yang tidak bermoral seperti isu pembuangan bayi dapat
memberi garis panduan kepada remaja dalam memilih laluan hidup mereka. Hal ini seterusnya
dapat melahirkan pelajar-pelajar yang bermoral.

TEORI 3: TEORI PERKEMBANGAN MORAL (KOGNITIF) (JEAN PIAGET)


Satu lagi teori perkembangan moral yang cukup penting ialah teori perkembangan moral
(kognitif) oleh Jean. Dalam teori ini, Jeam Piaget mengatakan bahawa penilaian moral seseorang
berubah mengikut masa. Perubahan ini boleh diklasifikasikan kepada dua tahap iaitu
heteronomous pada umur lima hingga 10 tahun dan autonomous dalam lingkungan umur 10
tahun ke atas. Bagi heretonomous, kanak-kanak terikat kepada peraturan moral tanpa
mempunyai justifikasi moral yang jelas manakala bagi fasa autonomous pula, kanak-kanak mula
memahami keperluan dan kontrak sosial atau pemahaman bersama dalam menggunakan sesuatu
peraturan mengikut konteks serta manfaat. Piaget percaya bahawa semua individu akan melalui
kedua-kedua fasa ini dalam perkembangan moral mereka cuma yang membezakan adalah umur
individu tersebut berubah dari satu fasa ke fasa yang lain.

Peranan Ibu Bapa & Keluarga


Sebelum seseorang kanak-kanak ke fasa dua teori ini iaitu autonomous, mereka akan
berada di fasa heteronomous. Dalam peringkat ini, kanak-kanak akan mengikut peraturan yang
digariskan oleh orang lain termasuklah ibu bapanya secara bulat-bulat. Namun, kanak-kanak ini
menepati kesemua peraturan ini bukan kerana manfaatnya dari sudut moral itu sendiri, tetapi
kerana mahu mengelakkan diri daripada mendapat kesan negatif akibat tidak mengikuti
peraturan tersebut. Oleh hal yang demikian, ibu bapa dan keluarga perlu menetapkan beberapa
peraturan moral yang perlu menjadi ikutan dan amalan anak-anak mereka. Sebagai contoh, ibu
bapa boleh melarang anak-anak daripada melakukan perbuatan mencuri. Walaupun, peraturan
moral ini diikuti kerana takut akan denda dan bukan kerana perbuatan tersebut mendatangkan
mudarat kepada orang lain, namun secara halusnya, kanak-kanak ini akan terdoktrin dengan
perlakuan yang baik dan bermoral. Hal ini akan memudahkan mereka untuk ke fasa seterusnya.

Peranan Sekolah & Rakan Sebaya


Dalam peranan pihak sekolah, para gurulah yang sebenarnya dilihat sebagai aspek yang
dominan dalam menitipkan kemoralan dalam diri pelajar. Oleh itu, terdapat beberapa perkara
yang boleh dilakukan oleh guru dalam meningkat tahap kemoralan pelajar sekolah yang sudah
berada di tahap autonomous (10 tahun ke atas) menurut teori ini. Pertama sekali, pendidik
khususnya guru moral boleh merangsang pemikiran para pelajar dengan memberikan situasi
dilemmatic kepada mereka. Oleh sebab pada peringkat autonomous ini individu melihat
peraturan sebagai sesuatu yang boleh dirunding mengikut keadaan, maka situasi yang berbelah
bagi ini dapat mewujudkan penaakulan moral yang lebih baik. Antara contoh situasi yang boleh
diberikan ialah seperti berikut:
Pihak sekolah membuat peraturan dengan melarang untuk berada di dalam kelas
sewaktu rehat bagi mengelakkan kes kecurian. Namun, Alia yang berusia 13 tahun
terlihat rakannya, Anis duduk berseorangan di dalam kelas. Apa yang perlu dilakukan
oleh Alia?

Sekiranya individu yang ditanyakan soalan ini berada di fasa heteronomous, maka jawapan yang
dinyatakan adalah melaporkan segera kepada guru. Namun, sebagai pelajar sekolah menengah,
jawapan yang terbaik adalah tidak terburu-buru dan selidik dahulu sebab Anis berada di dalam
kelas. Walaupun hal ini menyalahi peraturan moral, namun mengikut konteks, penaakulan moral
ini adalah yang terbaik. Maka, guru moral boleh memberikan beberapa situasi dan jawapan
terbaik dalam memastikan pelajar dalam meningkatkan penilaian moral mereka dari hari ke hari.
Selain itu, pihak sekolah boleh berperanan dalam menetapkan peraturan-peraturan moral
asas yang perlu dipatuhi oleh pelajar. Sebagai tamsilnya, pelajar dilarang untuk mencuri. Apabila
pelajar sekolah ini berjaya mematuhi peraturan ini, mereka dikatakan mempunyai
tanggungjawab moral. Namun, tahap kemoralan mereka dapatkan ditingkatkan sekiranya mereka
memahami bahawa kepatuhan atau ketidakpatuhan terhadap peraturan adalah berasaskan motif
dan bukan akibat semata-mata. Maka, perbuatan seorang rakan yang mencuri kerana ketiadaan
wang untuk makan contohnya tidak akan dilihat sebagai sesuatu yang salah walaupun melanggar
peraturan kerana motif kejadian tersebut adalah bertujuan positif. Hal ini akhirnya dapat
meningkatkan tahap kemoralan dalam diri pelajar.
Peranan rakan sebaya pula, sekiranya rakan mereka yakni pelajar ini berada dalam situasi
dilematik yang sebenarnya, moral boleh membantu dengan memberikan nasihat yang bernas
supaya keputusan yang terbaik dapat dicapai, bukan semata-mata terikat dengan peraturan moral
yang telah ditetapkan.

Peranan Masyarakat & Media Massa


Dalam melahirkan pelajar dengan tahap kemoralan tinggi yang boleh membuat keputusan
moral dengan baik, masyarakat juga berperanan penting. Hal ini kerana, menurut Piaget dalam
teori kognitifnya ini, dalam peringkat kedua yang dialami pelajar sekolah menengah, mereka
mula memahami bahawa peraturan itu sebenarnya kontrak sosial yang member manfaat kepada
masyarakat dan bukan diri mereka semata-mata. Oleh itu, dalam sesebuah masyarakat
menetapkan peraturan-peraturan moral, perlu ada toleransi dan persetujuan bersama dalam
menjalankan peraturan tersebut. Peraturan-peraturan yang dibuat juga mestilah fleksibel
menigkut konteks kerana keperluan memanfaatkan orang lain lebih utama daripada keperluan

sekadar mengikut peraturan tersebut. Pelajar-pelajar sekolah yang berada dalam kelompok
masyarakat ini seterusnya akan cenderung untuk memahami keterikatan mereka terhadap
peraturan moral masyarakat dan akhirnya membolehkan mereka untuk mengambil keputusan
yang lebih bermoral.
Seterusnya, media massa iaitu media eletronik seperti televisyen dan radio, serta media
cetak seperti surat khabar boleh menerbitkan iklan-iklan yang menunjukkan perlakuan dan
keputusan yang bermoral walaupun seseorang berada dalam situasi dilematik. Hal ini
kemudiannya dapat menyemai penilaian moral dalam diri pelajar yang lebih baik dan akhrinya
meningkat tahap moral mereka.

KESIMPULAN
Secara rumusannya, dapat disimpulkan bahawa teori-teori perkembangan moral ini
sebenarnya berkepntingan secara langsung sebagai panduan bagi setiap pihak menjalankan
peranan. Dalam masa yang sama, tidak dapat dinafikan bahawa peranan pelbagai pihak seperti
ibu bapa, keluarga, masyarakat, media massa, sekolah dan rakan sebaya sebenarnya mempunyai
kuasa yang cukup besar dalam mengubah landskap kemoralan pelajar sekolah menengah
dinegara ini. Namun demikian, perkara yang menjadi masalah ialah kesedaran setiap pihak ini
dalam mengambil inisiatif tepat dan berkesan yang menyumbang kepada peningkatan moral
pelajar. Justeru itu, usaha secara kolektif antara semua pihak ini adalah penting dan perlu dalam
usaha mewujudkan generasi alaf baru yang bukan sekadar berilmu, namun diteladani nilai moral
yang tinggi.

RUJUKAN
Pengertian

Moral

Menurut

Para

Ahli.

(Disember,

2012).

Diambil

dari

http://www.ejurnal.com/2013/12/pengertian-moral-menurut-para-ahli.html
Piaget, J. (1932). The moral judgment of the child. London: Kegan, Paul, Trench, Trubner & Co.
McLeod,

Saul.

(2015).

Piaget's

Theory

of

Moral

Development.

Diambil

dari

http://www.simplypsychology.org/piaget-moral.html
Knafo A., Weiner M., Dubrovsky I. (23 Disember 2009). Prosocial Behaviour. Diambil dari
http://www.education.com/reference/article/prosocial-behavior/
Rosenthal D. A., Gurney R.M., & Moore S. M. (December 1981). From trust on intimacy: A new
inventory for examining erikson's stages of psychosocial development. Journal of Youth
& Adolescence, Volume 10, Issue 6, pp 525-537.

Anda mungkin juga menyukai