Anda di halaman 1dari 12

DIPLOMA:

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK SECARA ISLAMIK.


KURSUS:
PENGAJIAN SOSIAL AWAL KANAK-KANAK.

KOD KURSUS:
AAK 2213
TAJUK:
KEPENTINGAN INTERAKSI SOSIAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK.

DISEDIAKAN OLEH:
BIL. NAMA NO. MATRIK KUMPULAN
1. MUHAMMAD HANAFI BIN OTHMAN. PID 19006 PIAKK

PENSYARAH:
CIK SITI NURUL AIN BINTI MOHD YUSOF.

JABATAN PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN INSAN.


FAKULTI PENGAJIAN ISLAM.
SEMESTER 1 SESI 2021/2022.

0
ISI KANDUNGAN.
NO. PERKARA. MUKA SURAT.
1. Pengenalan. 2-3
2. Kategori Keluarga. 3-4
3. Ciri-ciri permasalahan berlaku dalam 4-5
kalangan kanak-kanak.
4. Faktor yang mempengaruhi 5-6
perkembangan sosial kanak-kanak.
5. Kesan kepada diri kanak-kanak. 6
6. Peranan ibu bapa dan komuniti. 7-8
7. Rumusan. 8-9
8. Rujukan. 10

1
1. PENGENALAN.
Interaksi sosial ialah hubungan-hubungan antara orang perseorangan, kelompok manusia,
mahupun kedua-duanya sekali. Interaksi sosial pula merupakan salah satu kebijaksanaan
manusia dalam hal sosial, hal ini kerana manusia merupakan makhluk bersifat sosial yang
berkomunikasi dengan orang lain. Tujuan sosialisasi ini adalah setiap orang memberikan ilmu
dan keterampilan, mengembangkan kemampuan, menanamkan nilai-nilai murni dan norma serta
memahami peranan dan status sosialnya. Pengertian interaksi sosial menurut Homans (dalam
Ali, 2004: 87) mendefinisikan sebagai suatu kejadian ketika suatu aktiviti yang dilakukan oleh
seseorang terhadap individu lain diberi ganjaran atau hukuman menggunakan suatu tindakan
oleh individu lain yang menjadi pasangannya. Menurut Bonner (dalam Ali, 2004) merupakan
suatu hubungan antara dua orang atau lebih individu, di mana kelakuan individu mempengaruhi,
mengubah atau sebaliknya.Pengertian Interaksi Sosial Menurut John Lewis Gillin, “Interaksi
sosial merupakan hubungan-hubungan sosial dinamis yang menyangkut hubungan antara
individu, antara individu dan kelompok, atau antara kelompok yang lain”.

Oleh hal yang demikian, tingkat hubungan sosial juga berkembang secara kompleks.
Kerana itu, tidak hairan jika masih ada kanak-kanak yang kurang berinteraksi atau tidak
berinteraksi dengan orang lain walaupun mereka berada pada zaman yang serba moden ini.
Perkembangan sosial merupakan pencapaian kematangan dalam hubungan sosial. Ini bermaksud,
kanak-kanak akan cepat matang, mempunyai keyakinan diri yang tinggi, cepat belajar sekiranya
mereka banyak terlibat dan terdedah dengan hubungan sosial bersama orang sekeliling samada
ibu bapa, guru, dan rakan sebaya. Hubungan sosial adalah hubungan antara individu dengan
individu yang lain, dan ianya saling mempengaruhi terutama bekaitan dengan akhlak, jati diri,
keyakinan dan sebagainya. Kanak-kanak yang dapat berinteraksi atau mampu bekerja dalam
kumpulan merupakan contoh hubungan sosial di antara kanak-kanak yang baik. Pada era
globalisasi kini, kanak-kanak sering didedahkan dengan teknologi yang saban hari semakin
canggih. Kanak-kanak sekarang bukanlah seperti kanak-kanak pada zaman dahulu yang hanya
bermain dengan alat permainan yang ada di rumah, taska dan tadika.

Perkembangan sosial kanakkanak bermula sejak bayi lagi. Mereka belajar berhubung den
gan orang lain mengikut cara yang telah didedahkan oleh budaya setempat. Mereka meniru
segala tingkah laku yang dilakukan oleh ibu bapa dan masyarakat tanpa membuat penilaian

2
mengenai sesuatu tingkah laku samada bersesuaian atau tidak untuk diamalkan. Perkembangan
sosial terdiri daripada kemahiran berinteraksi dengan oranglain, pembentukan identiti kendiri,
penghargaan kendiri dan kawalan kendiri. Matlamat yang penting ditekankan dalam bidang
perkembagan sosial ini adalah lebih menerapkan serta memupuk sikap sivik melalui
pengetahuan,kemahiran,dan sikap yang harus seorang pelajar wajib ada selaras dengan situasi
dunia persekitaran masa kini lebih berdemokrasi.halnya disini lebih jelas dan terang bahawa nilai
amalan sivik perlu diserapkan bagi melahirkan sesorang individu yang mempunyai
pengetahuan,berkemahiran serta nilai-nilai murni yang mampu membimbing kearah
kecermerlagan diri.

2. KATEGORI KELUARGA.
Keluarga merupakan satu tanggungjawab dalam kehidupan seharian, Keluarga
merupakan sekelompok manusia yang dihubungkan melalui pertalian darah, perkahwinan atau
penjagaan di mana para anggotanya tinggal dalam suatu tempat di bawah suatu rumah dalam
keadaan saling bergantungan. Berdasarkan antropologi dan sosiologi, fungsi utama sesebuah
keluarga ialah untuk menambah bilangan anggota masyarakat sama ada dengan cara biologi atau
sosial (iaitu perkahwinan). Oleh itu, seseorang akan merasai perubahan perasaan berkeluarga
misalnya bagi anak anak, keluarga bersifat orientasi: keluarga bertanggungjawab untuk meletak
mereka kepada masyarakat melalui pendidikan dan sebagainya. Fungsi bagi keluarga ini adalah
menyediakan pendidikan, dilihat dari bagaimana keluarga mendidik dan menyekolahkan anak
untuk mempersiapkan kedewasaan dan masa depan anak. Bagi sosialisasi, anak dilihat dari
bagaimana keluarga mempersiapkan anak menjadi anggota masyarakat yang baik. Perlindungan:
dilihat dari bagaimana keluarga melindungi anak sehingga anggota keluarga merasa terlindung
dan merasa aman. Perasaan, dilihat dari bagaimana keluarga secara instuitif merasakan perasaan
dan suasana anak dan anggota yang lain dalam berkomunikasi dan berinteraksi antar sesama
anggota keluarga. Sehingga saling pengertian satu sama lain dalam menumbuhkan keharmonisan
dalam keluarga. Agama pula dilihat dari bagaimana keluarga memperkenalkan dan mengajak
anak dan anggota keluarga lain melalui kepala keluarga bagi menanamkan keyakinan yang
mengatur kehidupan kini dan kehidupan lain setelah dunia. Dari sudut ekonomi dilihat dari
bagaimana kepala keluarga mencari penghasilan, mengatur penghasilan sedemikian rupa

3
sehingga dapat memenuhi keperluan-keperluan keluarga. Rekreasi dilihat dari bagaimana
menciptakan suasana yang menyenangkan dalam keluarga, seperti acara menonton TV bersama,
bercerita tentang pengalaman masing-masing, dan lain-lain. Aspek biologi dilihat penting
bagaimana keluarga meneruskan keturunan sebagai generasi seterusnya. Dan paling utama ialah
memberikan sepenuh kasih sayang, perhatian, serta rasa aman di antara keluarga.

Peranan penting dalam membentuk identiti seseorang individu tidak boleh diabaikan.
Peranan ini dimainkan oleh individu-individu seperti ibu bapa, ahli keluarga, rakan sebaya, guru
dan media massa. Kesemua faktor-faktor ini memberikan pengaruh yang kuat dalam
pembentukan jati diri setiap individu masyarakat. Pengaruh persekitaran sosial yang paling awal
diterima oleh seseorang manusia sudah tentulah daripada ibu bapa. Ibu bapa memainkan peranan
penting dalam mencorakkan pendidikan anak-anak dan membentuk asas-asas perkembangan diri
seseorang anak. Ibu bapalah yang dapat membantu anak-anak memperolehi pendidikan yang
cemerlang dan bermutu. Oleh itu, mereka bertanggungjawab membentuk sikap yang positif di
dalam diri kanak-kanak seperti ingin belajar, rajin membaca, ingin tahu, suka bergaul dengan
orang lain, sentiasa aktif dan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti sekolah. Ibubapa juga
harus menunjukkan contoh sikap ini kepada anak-anak dan membimbing kelakuan mereka. Ibu
bapa juga bertanggungjawab meletakkan asas-asas nilai murni dan pembentukan konsep diri
yang positif di kalangan kanak-kanak.

Ibubapa juga merupakan ejen sosialisasi yang paling penting bagi kanak-kanak sebelum
mereka dipengaruhi oleh ejen sosialisasi yang lain. Walaupun sekolah merupakan 6 satu lagi ejen
sosialisasi yang kuat mempengaruhi kanak-kanak tetapi pengaruh ibu bapa mungkin lebih kuat
kerana jumlah masa kanak-kanak berada di rumah adalah lebih panjang dari jumlah masa kanak-
kanak berada di sekolah.

3. CIRI-CIRI PERMASALAHAN BERLAKU DALAM KALANGAN


KANAK-KANAK.
Antara ciri-ciri permaslahan berlaku dalam kalangan kanak-kanak pada masa kini ialah
munculnya budaya-budaya negatif. Cuba bayangkan kalau kita perhatikan akhir-akhir ini kanak-
kanak menunjukkan perubahan perilaku yang kurang baik. Contohnya kanak-kanak akan

4
menjadi mudah marah, tersinggung, mengeluh, membantah, dan menangis. Kebiasaan kanak-
kanak yang bercakap jujur yang sentiasa mereka lakukannya mungkin akan berganti perlahan-
lahan menjadi kerap berbohong.

Menarik diri daripada keluarga atau pergaulan. Apabila kanak-kanak mengalami


masalah, kanak-kanak mungkin memilih untuk menghindari dari berinteraksi dengan keluarga
ataupun kawan-kawannya. Sentiasa 7 memerhatikan adakah kanak-kanak selalu menggelakkan
diri ketika ibubapa bertanya, tidak mahu diajak makan, keluar bersama, atau lebih suka
menghabiskan masa di dalam bilik. Begitu juga perubahan ketika kanak-kanak jarang bermain
dengan kawan-kawannya. Ciri-ciri tersebut boleh dijadikan sebagai petanda kanak-kanak
mengalami permasalahan dalam diri mereka.

Kanak-kanak selalu ubah waktu tidur. Perubahan kanak-kanak yang secara tiba-tiba pada
jadual tidur seperti tidur lewat atau tidur yang terlalu kerap adalah satu punca kanak-kanak
mengalami masalah. Ketika kanak-kanak mengalami permasalahan, pola tidur mereka boleh
terganggu dan lebih mudah terbangun pada waktu malam. Kebiasaanya kanak-kanak yang
sentiasa terbangun pada waktu malam disebabkan kanak-kanak mengalami mimpi ngeri dan itu
yang menyebabkan kanak-kanak susah mahu tidur.

Ubah waktu makan. Perubahan secara tiba-tiba rutin makan seperti terlampau kerap
makan atau tidak mahu makan adalah satu punca juga kanak-kanak mengalami masalah dalam
diri mereka. Ia juga membuatkan selera makan berubah. Salah satu sebabnya adalah rasa bosan
dengan makanan di rumah dan nafsu makan mereka berubah menjadi tidak berselera dengan
makanan yang dihidangnya di rumah.

Kanak-kanak semakin agresif. Sesetengah kanak-kanak, apabila mereka berada dalam


keadaan tertekan kerana mengalami masalah akan bertindak agresif melalui fizikal contohnya
menggigit, menendang, menumbuk ataupun melakukan tindakan secara lisan contohnya
menjerit. Mereka juga akan mengalami kesukaran untuk menyiapkan segala tugasan yang
memerlukan kesabaran. Itu sebab apabila kanak-kanak tidak boleh menangani masalah mereka
sendiri, maka mereka akan bertindak dengan agresif.

5
4. FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN SOSIAL
KANAK-KANAK.
Pada masa kini, kanak-kanak mempunyai masalah tingkah laku mereka sendiri mengikut
keadaan semasa. Masalah tingkah laku kanak-kanak adalah berkait rapat dengan perkembangan
sosial mereka. Masalah tingkah laku juga bermaksud sejauh mana seseorang kanak-kanak itu
berupaya menunjukkan tingkah laku seperti yang diterima oleh masyarakat. Secara umumnya
tingkah laku seseorang kanak-kanak mula terbentuk daripada keluarga. Pembentukan kelakuan
dan tingkah laku kanak-kanak bergantung pada apa-apa yang diperoleh mereka daripada ibu
bapa dan keluarga mereka. Terdapat faktor yang mempengaruhi perkembangan sosial kanak-
kanak.

Faktor persekitaran. Berlakunya sesuatu tingkah laku biasanya dipengaruhi oleh faktor
persekitaran seperti persekitaran rumah iaitu tidak mendapat perhatian dan kasih sayang daripada
ibu bapa dan pengaruh rakan sebaya faktor persekitaran sekolah seperti kurikulum yang terlalu
padat, bilik darjah yang kurang kondusif, faktor rakan sebaya, faktor taraf sosioekonomi
keluarga dan faktor pemakanan.

Faktor emosi juga mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak. Masalah emosi yang
dialami oleh kanak-kanak sering menganggu diri mereka dan menyebabkan emosi mereka tidak
stabil. Selain itu, individu terbabit juga tidak dapat memberikan tumpuan yang agak lama
terhadap proses pembelajaran apabila emosinya terganggu. Tingkah laku individu tersebut juga
lazimnya sukar dikawal dan pada kebiasaannya akan bertindak mengikut emosi tanpa berfikir
panjang.

Faktor daripada didikan ibu bapa. Didikan ibu bapa juga boleh merupakan salah satu
punca masalah emosi yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Sikap serta layanan ibu bapa
akan mempengaruhi tingkah laku anak-anak mereka. Kekurangan perhatian serta kasih sayang
oleh ibu bapa boleh menyebabkan seseorang kanak-kanak itu berasa tersisih, tidak dihargai dan
tidak selesa dan perasaan ini seterusnya akan menyebabkan timbulnya pelbagai karenah dan
tingkah laku negatif yang sukar dikawal. Sikap sesetengah ibu bapa yang tidak mengambil kisah
pergerakan anak-anak mereka akan memburukkan lagi keadaan.

6
5. KESAN KEPADA DIRI KANAK-KANAK.
Masalah sosialisasi dan tingkah laku akan memberi kesan kepada diri kanak-kanak.
Kesan utama ini adalah daripada tekanan ahli keluarga. Tekanan yang berlaku dalam keluarga
memberi kesan yang negatif sehingga memberikan kesan buruk kepada kanak-kanak. Selain itu,
ia turut memberi kesan yang negatif kepada masyarakat secara umumnya. Tekanan keluarga
turut menjadi punca kepada masalah sosial dalam kalangan kanak-kanak. Tekanan yang berlaku
juga menjadi punca kepada perbalahan dalam kalangan ahli keluarga. Fenomena sedemikian
mewujudkan masalah tekanan dalam kalangan ahli keluarga. Sebagai contoh, ahli keluarga yang
bermasalah akan terdorong untuk melakukan perbuatan yang boleh mencederakan fizikal dan
mental mereka seperti cubaan untuk membunuh diri.

Hubungan keluarga yang tegang dan tidak berkualiti boleh mempengaruhi perkembangan
kanak-kanak. Keluarga yang mengalami tekanan dan sering bertengkar, bergaduh, kurang mesra,
tidak menaruh minat terhadap kanak-kanak, terdapat kematian dan perpisahan akan membawa
keadaan gangguan emosi kanak-kanak. Dari segi tingkah laku, kanak-kanak mungkin akan
bertindak berlainan di antara satu sama lain. Sesetengahnya ada yang menjadi kaku, ada juga
yang meluahkan emosi manakala ada juga yang tidak menunjukkan sebarang emosi. Keluarga
yang mesra antara satu sama lain, demokratik dan ibu bapa yang memenuhi keperluan kanak-
kanak akan meningkatkan penyesuaian kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak yang melihat dirinya
diterima oleh ibu bapanya akan menunjukkan ego yang lebih tinggi, ketabahan dan ketekunan
dalam melaksanakan sesuatu perkara.

6. PERANAN IBU BAPA DAN KOMUNITI.


Masalah ini boleh diatasi dengan penglibatan ibu bapa dan komuniti masyarakat. Ibu
bapa merupakan individu yang paling penting di dalam setiap aktiviti yang dilakukan oleh
kanak-kanak sama ada di rumah mahupun di sekolah. Keterlibatan mereka di dalam setiap
aktiviti kanak-kanak membantu perkembangan kanak-kanak itu sendiri sama ada dari segi

7
perkembangan emosi, rohani, jasmani dan sahsiah kanak-kanak itu sendiri. Namun begitu, masih
terdapat ibu bapa mahupun masyarakat yang mengambil mudah akan perkara ini dan tidak
menyedari bahawa pendidikan awal kanak-kanak adalah penting dan harus diberi perhatian.
Masyarakat juga harus sedar akan hal ini dan tidak menganggap kanak-kanak adalah individu
kecil yang tidak tahu apa-apa. Tetapi harus ditekankan di sini bahawa proses pembelajaran bagi
kanak-kanak telah berlaku sewaktu mereka kecil lagi.

Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran kanak-kanak. Ibubapa juga hendaklah


memantau dan mengawal akademik anak-anak mereka. Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti
persekolahan kanak-kanak adalah penting dalam membantu perkembangan sosioemosi kanak-
kanak. Ibubapa yang menyertai aktiviti persekolahan anak-anak mereka, menghadiri perjumpaan
dengan guru, membantu anak-anak menyiapkan kerja sekolah dan memantau pergerakan mereka
akan mempengaruhi pencapaian akademik anak-anak mereka. Semakin aktif ibu bapa memberi
perhatian kepada kerja sekolah anak-anak dan semakin banyak perhatian diberi kepada
pergerakan tingkah laku mereka, maka semakin tinggi pencapaian kanak-kanak. Aktiviti yang
melibatkan penyertaan bersama ibu bapa sebenarnya akan memberikan keyakinan kepada kanak-
kanak untuk tidak berasa takut dan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan atau suasana baharu
mereka. Aktiviti yang dijalankan juga akan lebih menyeronokkan kerana bukan guru sahaja
terlibat secara langsung di dalam sesuatu aktiviti malah melibatkan penyertaan ibu bapa juga.
Keyakinan dalam diri adalah elemen penting yang perlu ditonjolkan oleh seseorang kanak-kanak
kerana keyakinan diri yang ada pada seseorang kanak-kanak akan membantu dalam
pembentukan personaliti individu itu sendiri.

Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti pembelajaran sama ada yang telah dirancang oleh
guru mahupun cadangan aktiviti daripada ibu bapa sebenarnya sedikit sebanyak membantu
kanak-kanak untuk terus melakukan aktiviti, berani untuk tampil ke hadapan dan berkeyakinan
untuk bergaul dengan rakan-rakan di dalam kelas. Ibu bapa yang prihatin adalah ibu bapa yang
sentiasa menyedari akan keperluan serta kehendak kanak-kanak, menyedari akan perkembangan
anak-anak mereka di samping sentiasa ingin tahu berkenaan perkembangan kanak-kanak seawal
usia ini. Hal ini secara tidak langsung menepati kehendak kerajaan yang inginkan perkembangan
kanak-kanak secara holistik tercapai. 11 Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti pembelajaran

8
kanak-kanak di prasekolah juga membolehkan kanak-kanak dapat melihat peranan yang berbeza
daripada ibu bapa.

Terdapat beberapa yang menyatakan bahawa terdapat empat peranan yang diambil
perhatian oleh ibu bapa menyumbang kepada pembelajaran kanak-kanak seperti iaitu ibu bapa
sebagai guru, ibu bapa sebagai penyokong, ibu bapa sebagai peguam dan ibu bapa sebagai
pembuat keputusan. bu bapa yang selalu di lihat oleh kanak-kanak di rumah adalah sebagai
penjaga atau pengasuh untuk mereka bertukar peranan menjadi guru apabila ibu bapa mereka
terlibat secara langsung dalam aktiviti pembelajaran mereka di prasekolah. Melalui penglibatan
ibu bapa dalam aktiviti pembelajaran ini akan merubah persepsi kanak-kanak akan peranan ibu
bapa itu sendiri. Kanak-kanak akan mempelajari sedikit demi sedikit bahawa ibu bapa mereka
juga boleh menjadi guru bukan sahaja di sekolah malahan di rumah juga turut diambil perhatian.

Pelbagai peranan yang dilihat pada ibu bapa ini membantu memberikan keyakinan
kepada kanak-kanak untuk menyertai aktiviti di prasekolah dan juga aktiviti di rumah. Di
samping itu, ibu bapa yang telah didedahkan dengan aktiviti pembelajaran di prasekolah boleh
mempraktikkan aktiviti tersebut di rumah juga. Hal ini bagi memberi pendedahan kepada kanak-
kanak berkenaan aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan yang akan dilakukan oleh mereka
sama ada di prasekolah mahupun di rumah. Selain dapat melihat perbezaan peranan ibu bapa,
penglibatan ibu bapa bersama anak-anak dalam aktiviti pembelajaran sebenarnya memudahkan
ibu bapa dalam memahami konsep sebenar pembelajaran di prasekolah serta membantu
membimbing dan mendidik anak-anak dalam pembelajaran. Di samping itu, penglibatan ini
sebenarnya membantu ibu bapa untuk mengetahui tahap perkembangan dan kemahiran anak-
anak serta membantu mereka untuk meningkatkan mutu pembelajaran anak-anak.

7. RUMUSAN.
Pada kesimpulannya, pendidikan awal kanak-kanak penting bertujuan membantu ibu
bapa dalam perkembangan kanak-kanak secara holistik melalui pengalaman belajar yang

9
bermakna dan menyeronokkan serta persekitaran yang luas dan selesa serta merangsang
perkembangan otak kanak-kanak. Pendidikan awal kanak-kanak ini merujuk kepada pendidikan
yang disediakan oleh kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun. Namun begitu, kejayaan dalam
pendidikan awal kanak-kanak ini ditentukan oleh penglibatan ibu bapa dalam perkembangan
kanak-kanak itu sendiri. Penglibatan ibu bapa penting bagi membantu perkembangan
menyeluruh kanak-kanak disamping memperkembangkan keyakinan diri mereka dalam apa
sahaja aktiviti yang dilakukan oleh mereka. Ibu bapa merupakan sokongan yang secara langsung
memberikan kesan positif kepada perkembangan kanak-kanak. Justeru, dalam kajian ini pengkaji
menekankan pentingnya penglibatan ibu bapa terhadap aktiviti pembelajaran kanak-kanak sama
ada di rumah mahupun di prasekolah.

Penglibatan ibu bapa terhadap pendidikan awal kanak-kanak akan membantu


meningkatkan kualiti sesebuah program tadika dengan menyumbang tenaga dan berkongsi
kebolehan masing-masing dalam program pendidikan awal kanak-kanak. Penglibatan ibubapa
dalam aktiviti pembelajaran kanak-kanak secara tidak langsung boleh meningkatkan kendiri
kanak-kanak dan ibu bapa itu sendiri. Ibu bapa boleh menjadi pendidik di rumah melalui
penglibatan diri mereka terhadap aktiviti pembelajaran anak-anak. Kanak-kanak yang
mempunyai ibu bapa yang sering melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran kanak-kanak
seperti meluangkan masa membaca buku cerita, memberi peluang kepada kanak-kanak untuk
mengenali potensi diri mereka sendiri dan sebagainya sedikit sebanyak menjadikan kanak-kanak
tersebut seorang yang mempunyai jati diri dan keyakinan diri yang tinggi.

Oleh itu, penglibatan ibu bapa amatlah penting dalam aktiviti pembelajaran kanak-kanak
sama ada di rumah mahupun di taska atau tadika. Hal ini kerana, dapat membantu meningkatkan
penglibatan ibu bapa dalam aktiviti pembelajaran kanak-kanak dan memberi kesedaran kepada
ibu bapa bahawa pendidikan awal kanak-kanak adalah sesuatu yang amat penting dan tidak
boleh di pandang remeh. Kanak-kanak berhak diberikan pendidikan dan seharusnya didedahkan
dengan pendidikan di awal usia. Kajian ini diharapkan memberi pendedahan kepada ibu bapa
bahawa penglibatan mereka dalam aktiviti pembelajaran kanak-kanak adalah penting dan
pendidikan awal kanak-kanak perlu diberikan pada peringkat awal dalam membantu
perkembangan mereka yang menyeluruh.

10
8. RUJUKAN.

ZAKARIA STAPA, AHMAD MUNAWAR ISMAIL, NORANIZAH YUSUF (2012) FAKTOR


PERSEKITARAN SOSIAL DAN HUBUNGANNYA DENGAN PEMBENTUKAN JATI DIRI.
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
http://journalarticle.ukm.my/6104/1/JD005862_155-172.pdf

MUHAMMAD SAIFULLAH BIN MAMAT, KHAIRULNAZRIN NASIR, ABDUL RAHIM


KAMARUL ZAMAN (2018) INTERAKSI SOSIAL TERHADAP KANAK-KANAK: TEORI
DAN APLIKASI NABAWI BERDASARKAN HADITH YA ABA UMAYR.
http://conference.kuis.edu.my/imam/images/eprosiding/2018/bm/1015-imam-2018.pdf

HABIBIE BTE HJ IBRAHIM, MAZNI MUSTAPHA, JOKI PERDAN,PUTERI HAYATI


MEGAT AHMAD (2018) PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB IBUBAPA DALAM
PENGASUHAN ANAK DAN REMAJA. FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN,
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)
file:///C:/Users/Me%20Pc/Downloads/61-Article%20Text-243-1-10- 20181224%20(1).pdf

NOOR AZMIRA BINTI MOHAMED (2015) PEMAHAMAN MAKNA TERSIRAT DALAM


INTERAKSI KANAK-KANAK PRASEKOLAH. FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK
UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR
http://studentsrepo.um.edu.my/5908/1/NOOR_AZMIRA_BINTI_MOHAMED.pdf

11

Anda mungkin juga menyukai