Anda di halaman 1dari 16

KAQ1033 PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF UNTUK BAYI & KANAK-KANAK

1.0 Penghargaan

Alhamdulillah hirrabbil‟alamin, saya memanjatkan sepenuh kesyukuran kehadrat ilahi


dengan limpah dan kurnianya, dapat saya menyelesaikan tugasan ini dengan penuh jayanya. Saya
menjulang sepenuh penghargaan kepada Puan Azila binti Alias , Pensyarah Persekitaran
Pembelajaran yang Responsif untuk Bayi dan Kanak-kanak (KAQ1033), di atas kesudian beliau
memberi tugasan ini kepada saya. Beliau juga banyak membantu saya sepanjang proses
pembentukan tugasan ini berlaku. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-
rakan yang banyak membantu saya secara langsung aatau tidak langsung sepanjang proses
merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat saya rungkai sepanjang saya
menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah
dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai
pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari
segenap sudut begitu pesat terbina, begitulah juga pembangunan dalam bidang pendidikan.
Sebelum saya mengundur diri terimalah serangkap mutiara kata dari saya sebagai renung-
renungan dan selamat beramal. "Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu
bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-
menerus”.

1
KAQ1033 PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF UNTUK BAYI & KANAK-KANAK

2.0 Pengenalan

Tadika : Tadika Kemas Balai Polis Tanjung Malim

Tarikh : 11,12,13,14/07/2011

Jumlah Murid : 25 orang

Guru : 2

Berdasarkan maklumat diatas, saya telah menjalankan kajian penyelidikan terhadap salah
seorang daripada kanak-kanak di tadika tersebut bagi melihat tahap perkembangan kanak-kanak.
Perkembangan yang dapat di lihat ialah fizikal, sosial, kognitf, emosi, bahasa, motor halus dan
motor kasar . Tadika tersebut berdekatan dengan UPSI, apabila tiba di tadika tersebut saya
meminta kebenaran daripada pembantu tadika untuk menjalankan kajian penyelidikan. Pada
awalnya saya memerhatikan keadaan tadika itu. Keadaan kanak-kanak di tadika tersebut agak
tidak terkawal ini kerana guru tadika tidak ada pada ketika itu kerana ada urusan luar, manakala
pembantu guru sibuk menguruskan urusan di dapur. Kanak-kanak tersebut dibiarkan begitu
sahaja membuat hal sendiri, ada yang bermain, berlari, ada pula yang membaca, keadaan tersebut
amat bising sekali. Setelah memerhati selama beberapa minit saya memilih salah seorang kanak-
kanak perempuan yang bernama Aida. Aida merupakan kanak-kanak yang suka bercakap,
bergaul serta boleh menyesuaikan diri pada keadaan di sekelilingnya. Tahap perkembangan
merupakan satu proses yang berterusan dari peringkat lahir hingga peringkat kematangan,
melalui perkembangan kita dapat mengenalpasti proses atau sifat seseorang oleh sebab itu
perkembangan amatlah penting bagi menilai tahap penilaian diri bagi kanak-kanak. Setiap yang
hidup mengalami perubahan mengikut proses pertumbuhan dan perkembangan. Perkembangan
fizikal kanak-kanak bermula sejak lahir hingga ke peringkat umur enam tahun yang merupakan
satu tahap yang amat penting kerana tumbesaran pada peringkat ini akan mempengaruhi
perkembangan seseorang kanak-kanak pada masa akan datang. Perkembangan fizikal ini dapat
dilihat dari perubahan berat, tinggi, perubahan saiz badan dan kepala, rangka tulang dan gigi.

2
KAQ1033 PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF UNTUK BAYI & KANAK-KANAK

Oleh itu makanan yang bernutrisi tinggi dan seimbang perlu diberikan kepada kanak-kanak ini
agar perkembangan fizikal mereka berlaku dengan sihat seiring dengan peningkatan umur
mereka.

Perkembangan sosial merupakan satu proses perkembangan yang membolehkan kanak-


kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh sesuatu masyarakat
serta budaya. Hal ini kerana perkembangan sosial melibatkan proses sosialisasi yang
membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial atau melakukan penyesuaian sosial
mereka. Kanak-kanak juga mempelajari peraturan-peraturan sosial yang diamalkan oleh sesuatu
kumpulan sosial. Melalui bermain kanak-kanak dapat berinteraksi dengan ibu bapa, rakan
sebaya dan masyarakat sekaligus memperkembangkan lagi hubungan sosial dalam kalangan
mereka. Perkembangan kognitif kanak-kanak mentafsir pengalaman mengikut peringkat
perkembangan mental mereka. Alam kognitif awal kanak-kanak atau kanak-kanak pra sekolah
adalah kreatif, bebas dan imaginatif. Mereka melihat persekitaran mereka melalui perspektif diri
mereka dan belum berupaya melihat melalui perspektif orang lain. Menurut Piaget (1896) dalam
Suppiah et al. (2008), perkembangan kognitif kanak-kanak berlaku dalam tahap-tahap yang
mengalami perubahan melalui equilibration (penyeimbangan). Kanak-kanak akan menggunakan
konsep yang sedia ada untuk mentafsir idea atau pengalaman baru melalui proses asimilasi dan
proses akomodasi iaitu apabila kanak-kanak mengubah suai konsep sedia ada kepada idea atau
pengalaman baru untuk menjadi lebih bermakna seterusnya mereka mempunyai keupayaan untuk
berinteraksi dengan pemikiran dan bertingkah laku untuk mengembangkan pengalaman hidup.
Perkembangan Emosi pula merupakan suatu ekspresi perasaan naluri yang kuat seperti sayang,
gembira, malu, sedih, takut dan sebagainya. Iaitu kehebatan dan kesensitifan perasaan yang
selalunya diluahkan dari dalaman kepada tingkah laku tertentu atau cara kita menyampaikan
perasaan. Perasaan-perasaan yang kuat ini akan mempengaruhi tindak balas luaran sama ada
pada perubahan tubuh fizikal terkawal seperti mimik muka dan tidak terkawal seperti badan
berpeluh kerana ketakutan. Emosi juga berkait rapat dengan tindak balas (fizikal) daripada
sensitiviti perasaan dalaman dan luaran (pergaulan sosial). Ia adalah suatu pergerakan dalam
minda yang dikeluarkan oleh pengaruh luaran. Minda adalah pasif dan sentiasa menerima semua
yang terlintas untuk mempengaruhinya. Apabila minda tersebut bangkit untuk menunjukkan apa
yang dirasainya, maka itulah yang dimaksudkan sebagai emosi.

3
KAQ1033 PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF UNTUK BAYI & KANAK-KANAK

Perkembangan bahasa kanak-kanak bermula sejak kanak-kanak lahir iaitu daripada tangisan
pertama. Perkembangan bahasa kanak-kanak dapat dilihat daripada segi kemampuan menerima,
memahami dan melahirkan semula. Kemampuan ini berkembang beransur-ansur mengikut masa
saling berkait antara satu sama lain. Dengan perkembangan bahasa yang semakin meningkat ini,
kanak-kanak tersebut akan dapat membuat huraian dengan lebih baik dan cekap dalam situasi
perbualan. Peringkat perkembangan bahasa kanak-kanak berlaku mengikut urutan yang sama
tanpa mengira bangsa dan jantina. Umumnya, perbendaharaan kata kanak-kanak yang berumur 3
hingga 6 tahun meningkat daripada 1,000 hingga 10,000 patah perkataan. Aktiviti bercerita
membantu kanak-kanak meningkatkan keupayaan mendengar, bertutur, menulis dan membaca.
Oleh itu, orang dewasa harus berkemahiran menjalankan aktiviti bercerita.

4
KAQ1033 PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF UNTUK BAYI & KANAK-KANAK

3.0 Laporan Kajian Penyelidikan Kanak-kanak

3.1 Gambar Pelajar

5
KAQ1033 PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF UNTUK BAYI & KANAK-KANAK

3.2 Biodata Pelajar

Nama : Wan Norhaida Narieeyna binti Wan Mohd Rahim


Umur : 6 tahun
Tarikh lahir : 14 Mei 2005

Jantina : Perempuan

Bangsa : Melayu

Agama : Islam

Bil Adik-beradik : 2 orang

Anak ke :1

Nama bapa : Wan Rahim bin Wan Abdul Rahman

Nama ibu : Norhaida binti Mohd


Tempat tinggal : NOD 201, jalan kmp 1/7, studio prima blok D Kota Malim Prima 35900,
Tanjong Malim.
Hobi : Bermain basikal dan Membaca

Makanan kegemaran : Nasi Ayam

Minuman kegemaran ; Milo Ais

Warna kesukaan : Biru dan Merah

Jenis Kecacatan : Tiada

6
KAQ1033 PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF UNTUK BAYI & KANAK-KANAK

4.0 Hari Pertama

Pada hari pertama Aida melihat dan membelek buku yang dipegangnya, dia melihat gambar pada
belakang buku cerita itu. Seterusnya Aida menyusun buku itu, dan mencari buku cerita yang lain.
Aida membaca buku cerita mengikut pada gambar bukan pada ayat yang terdapat pada buku itu.
Ini kemungkinan Aida menceritakan apa berlaku pada gambar tersebut. Aida juga suka
berkongsi buku cerita dan cerita dengan kanak-kanak yang lain. Pada tahap ini Aida akan
melalui perkembangan kognitif iaitu dimana Aida akan mentafsir pengalaman. Alam kognitif
awal kanak-kanak atau kanak-kanak pra sekolah adalah kreatif, bebas dan imaginatif. Mereka
melihat persekitaran mereka melalui perspektif diri mereka dan belum berupaya melihat melalui
perspektif orang lain. Dalam teori perkembangan kognitif Jean piaget, beliau percaya fungsi
kecerdasan adalah untuk membantu menyesuaikan diri kanak-kanak terhadap persekitaran.
Perkembangan berlaku dalam tahap-tahap yang mengalami perubahan melalui penyeimbangan,
keadaan ini menyebabkan kanak-kanak mencari suatu keseimbangan dia antara apa yang dialami
dalam persekitaran dengan proses dan struktur kognitif yang dihadapinya. Penyeimbangan
melibatkan proses penyerapan dan pengubahsuaian. Pada tahap ini juga Aida akan melalui
perkembangan sosial iaitu melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak
mempelajari tingkah laku sosial atau melakukan penyesuaian sosial mereka. Kanak-kanak juga
mempelajari peraturan-peraturan sosial yang diamalkan oleh sesuatu kumpulan sosial.
Contohaya Aida sentiasa memegang banyak buku cerita, setelah kanak-kanak lain sudah
membaca Aida akan mengambil buku itu. Selepas itu Aida meminta salam dengan kawannya
“Tina salam, salam balik”. Cara Aida bersalam dengan kawannya agak berkasar. Pada pendapat
saya ini kerana Aida sahaja berbuat demikian kerana ingin melepaskan geram kepada kawanya.
Salah seorang kanak-kanak meminta buku dengan Aida tetapi Aida tidak mahu memberi
kepadanya, “Bagi buku,aida cakap tak nak”. Berkemungkinan Aida tak nak bagi buku kerana dia
inginkan buku itu ada padanya sahaja tanpa ada kanak-kanak lain yang memilikinya. Selepas itu,
Aida berbisik dengan kawannya untuk bertanyakan sesuatu, pada waktu itu juga Aida memarahi
kawan nya itu dengan berkata “kau marah aku kenapa”. pada pandangan saya Aida tidak boleh
melakukan perkara tersebut, ini mungkin kanak-kanak tersebut tidak memahami apa yang Aida
ingin sampaikan atau mungkin juga Aida mengaggap dirinya lebih tua daripada kanak-kanak
supaya kanak-kanak itu hormat padanya.

7
KAQ1033 PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF UNTUK BAYI & KANAK-KANAK

5.0 Hari Kedua

Pada hari kedua pula Aida kelihatan agak begitu menengking kepada kawannya. Dia berkata “ini
rumah kita, rumah kau sana”. Ini mungkin kerana pengaruh kawannya yang berbisik dengan
Aida tadi ataupun Aida sengaja berbuat demikian untuk melepaskan perasaannya terhadap
kawanya itu. Pada tahap ini Aida mengalami perkembangan emosi iaitu dengan menenking
kawannya. Perasaan-perasaan yang kuat ini akan mempengaruhi tindak balas luaran sama ada
pada perubahan tubuh fizikal terkawal seperti mimik muka dan tidak terkawal seperti badan
berpeluh kerana ketakutan. Emosi juga berkait rapat dengan tindak balas (fizikal) daripada
sensitiviti perasaan dalaman dan luaran (pergaulan sosial). Ia adalah suatu pergerakan dalam
minda yang dikeluarkan oleh pengaruh luaran. Ketika sedang menonton televisyen, mendengar
nyanyian kawan-kawan Aida menari tetapi Aida sendiri tidak menari, dia sibuk untuk memilih
cd iaitu lagu mana yang akan dimainkan sebaik sahaja lagu sebelumnya habis. Aida dan
kawannya berebut untuk memasang lagu atau cerita pilihan masing-masing. Kawannya berkata
“kita nak ipin, Aida menjawab kejaplah, tak nak”. Aida masih lagi memengang cd yang ingin
dipasangkan olehnya. Aida berkata “kita nak pasang cd kereta”. Akhirnya cerita daripada cd
yang Aida pegang tadi dipasang oleh kawannya. Aida begitu khusyuk sekali melihta cerita
tersebut. Pada tahap ini kanak-kanak perlu diberi kebebasan untuk membuat sesuatu perkara.
Dalam teori David Elkind menggalakkan kanak-kanak bermain dengan membentuk persekitaran
yang bebas daripada stres merupakan amalan sihat dan akan lebih baik perkembangannya.
Beliau juga percaya kanak-kanak yang memperolehi pengalaman sedemikian dapat
mengendalikan masalah stress dalam kehidupan dewasa mereka kelak. Seterusnya Aida bermain
dengan kawan-kawannya iaitu bermain polis-polis dengan meletakkan kaki dia dengan kawan-
kawannya. Selepas itu dia membuat kiraan huruf pada setiap kaki. Aida begitu lancar menyebut
setiap huruf. Perkembangan bahasanya begitu baik sekali, ini mungkin kerana faktor persekitaran
iaitu ketika dia berinteraksi dengan ibu bapa, kawan-kawan dan masyarakat sekeliling serta guru.
Dalam teori Lev Semenovich Vygotsky (1896 – 1934) menekankan pendekatan tersebut.
Seterusnya Aida berlari sambil melambaikan tangan dengan kawannya, ini melibatkan
pergerakan motor kasar. Selepas itu Aida membuka buku untuk mengeja. Aida mengeja mata
dengan melihat tulisan dan gambar yang ada pada buku tersebut. Disposisi ini perlu diteruskan
ialah kecenderungan meneruskan aktiviti atau minat. Misalnya, mengajar kanak-kanak proses

8
KAQ1033 PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF UNTUK BAYI & KANAK-KANAK

membaca dan cara-cara melakukannya, tetapi juga memupuk disposisi mereka dalam pembacaan
supaya mereka terus terlibat dalam tingkah laku membaca walaupun ia tidak diperlukan (Teori
Lilian Katz). Keadaan Aida ketika mengeja tidak sesuai kerana Aida duduk di atas meja. Ini akan
memepengaruhi kawan-kawannya yang untuk berbuat sedemikian. Selain itu juga tiada nasihat
atau perhatian yang diberikan terhadap Aida. Aida terus melompat dan meniarap di atas meja.
Selepas itu Aida menyanyi lagu bahasa inggeris yang bertajuk “Twinkle Littler Start” sambil
meniarap. Selepas habis menyanyi Aida mengambil buku lain untuk di lihatnya, dia mengeja
“kakak”. Dia memerahi kawannya yang naik diatas meja dengan memakai kasut getah, Aida
menolak kawannya itu untuk suruh turun daripada meja itu. Aida mengulangi nyanyian yang dia
menyanyi tadi, beberapa kawannya melihat dia menyanyi. Ketika sedang leka Aida dengan
memilih buku-buku lain, kawan-kawanya asyik bermain. Apabila Aida tersedar Aida terus
mendapatkan teropong untuk teropong kawan-kawannya yang asyik bermain. Aida berebut
dengan kawannya untuk melihat teropong dan akhirnya Aida berkongsi teropong tersebut dengan
kawannya dimana Aida teropong kawannya sendiri yang duduk di hadapan teropong tersebut.
Kini teropong itu menjadi milik Aida, Aida enggan berkongsi lagi dengan kawannya. Setelah
puas bermain dengan teropong itu barulah dia memberikan kepada kawannya. Selepas itu Aida
pergi dekat rak buku dan mengambil alat permainan yang berhuruf abjad untuk tujuan
menembak kawan-kawannya “ porm, porm, porm”. Selepas itu Aida naik semula di atas meja
dan membaringkan dirinya dengan memeluk tedy bear yang kecil. Aida mengeluh
“mengantuknya”. Ini mungkin Aida tidak cukup tidur atau keletihan bermain seketika tadi.
Selepas itu Aida menghalang kawannya ketika bermain dengan menyekat tangannya dan
menyebut “kena tutup kena tak boleh masuk”. Aida memberitahu kawanya “bisinglah, bising
nak tidurlah”. Selepas itu Aida merebut teropong daripada kawannya untuk bermain dan pada
masa yang sama juga Aida bermain dengan kawannya sambil berlari untuk meghalang kawannya
untuk mengelilingi meja.

9
KAQ1033 PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF UNTUK BAYI & KANAK-KANAK

6.0 Hari Ketiga

Pada hari ketiga Aida bermain dengan kawan-kawannya, ketika itu dia memengang beberapa
buah buku. Dia mengusun buku itu dengan kawannya dan membawa buku tersebut keluar,
selepas itu Aida dan kawan-kawannya berlari mengelilingi meja. Selepas itu Aida melakukan
persembahan berbentuk fizikal, iaitu bergantungan di „monkey bar‟ dengan menaiki kerusi
yang bertingkat tingginya dan berjalan diatas tempat itu. Pada pandangan saya Aida melakukan
perkara tersebut seolah-olah bangga dengan apa yang dilakukannya atau untuk menguji kekuatan
dan kemahiran otot. Ini mungkin kerana dia sudah biasa melakukannya dan tidak takut dalam
keadaan situasi tersebut. Aida berulang-alik diatas tampat tersebut dan setelah turun daripada
tempat tersebut Aida bergayut pula. Perbuatan Aida boleh dianggap sama dengan teori Bandura
ini kerana perbuatan Aida di ikuti ditiru oleh kawan-kawannya yang lain. Selain itu, pada tahap
ini kanak-kanak bertambah kuat untuk sesuatu perkara, contohnya bermain dengan kawan-
kawannya. Disamping itu juga kanak-kanak mula membentuk sahsiah sendiri dimana kanak-
kanak penuh dengan perasaan ingin tahu. Kanak-kanak juga akan egoistik dan mula meneroka
persekitarannya dan akan belajar melalui pencaindera secara terus dengan persekitaran. Mereka
memikir tentang diri mereka lebih dari tentang orang lain sehingga umur mereka 7 hingga 8
tahun. Mereka selesa bermain dalam kumpulan tetapi kadang-kandang memerlukan masa
bermain bersendirian. Ramai kanak-kanak punyai seorang kawan karib dan musuh permainan.
Mereka lebih selesa bermain bersama kanak-kanak yang sama jantina. Mereka selalu mengacum
sesama mereka. Mereka lakukan ini kerana dua sebab iaitu membantu mereka memahami
peraturan dan mendapat perhatian orang dewasa. Mereka tidak menyukai kritikan dan kegagalan.
Paling baik adalah untuk membuatkan mereka bersaing dengan diri sendiri, bukan dengan kanak-
kanak lain. Mereka boleh menolong untuk tugasan-tugasan mudah. Mereka inginkan kasih-
sayang daripada ibu bapa. Mereka mula memahami perasaan dan kehendak orang lain. Mereka
mungkin mula pandai bermain atau menjaga kanak-kanak lebih muda. Bagi mereka, baik dan
buruk adalah apa yang ibu bapa dan guru mereka gariskan. Mereka mula memahami tentang
kejujuran, membina citarasa jenaka dan mula berminat dengan irama-irama yang pelik. Mereka
akan kecewa jika kelakuan atau kerja sekolah mereka dikritik atau tidak dipedulikan.

10
KAQ1033 PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF UNTUK BAYI & KANAK-KANAK

7.0 Hari Keempat

Pada hari keempat Aida menulis namanya, pada tahap ini penggunaan motor halus berlaku.
Setelah siap menulis namanya Aida berkata “dah siap dah”. Seterusnya Aida melukis gambar
puteri. Aida melukis apa yang dia bayangkan dalam fikiran dia. Pada tahap ini kanak-kanak perlu
diberi sokongan dan dorongan untuk dalam melakukan sesuatu perkara terutamanya guru. Guru
sebagai pendidik haruslah memberi tunjuk ajar dan teladan yang baik untuk di contohi oleh
pelajar.oleh kerana sekolah merupakan institusi sosial dan masyarakat, maka guru memainkan
peranan yang penting di dalam perkembangan sosial kanak-kanak. Sekiranya perkembangan
sosial ini tersekat, maka kanak-kanak akan mengalami masalah interpersonal dan gangguan
emosi. Seterusnya aktiviti berkumpulan dimana empat orang satu kumpulan. Aida melakukan
aktiviti iaitu dimana Aida dan beberapa kawannya menyusun puzzle. Pada tahap ini kanak-kanak
saling membantu, bekerjasama antara satu sama lain. Dalam Model Respons Kognitif Anthony
G. Greenwald teori memberi fokus kepada kenyataan bahawa penerima sesuatu maklumat bukan
sekadar memberi tindak balas terhadap maklumat yang diterima, tetapi juga menggerakkan
pemikirannya terhadap maklumat tersebut. Apabila seseorang menerima sesuatu perkara,
maklumat yang cuba memberi mesej tentang sesuatu perkara, maklumat tersebut akan dihubung
kaitkan dengan pengetahuan sedia-ada, menjadikan pemikirannya bertindak balas secara aktif
terhadap maklumat yang diterima seperti bagaimana Aida ingin menyusun puzzle tersebut
mengikut turutan gambar yang diberikan disini Aida akan berfikir secara kreatif. Disamping itu,
guru perlu memberi tunjuk ajar bagi membantu kanak-kanak tersebut. Secara tidak langsung
kanak-kanak akan meningkatkan lagi tahap komunikasi antara kanak-kanak yang lain serta guru
dan ibu bapa. Disamping itu kanak-kanak akan meningkatkan lagi perkembangan sosial yang
dapat dilihat dari aspek persahabatan antara hubungan dua-hala dimana kedua-dua pihak
menerima kepuasan. sahabat dianggap sebagai teman sepermainan iaitu tinggal berhampiran
serta senang dimulakan dan mudah dilupakan. Pada tahap ini juga kanak perlu selalu diberikan
sokongan, perhatian, pujian untuk menjaga perkembangan emosi yang baik. Kanak-kanak juga
akan berkawan dan bermain dengan kanak-kanak lain di sekitar rumahnya serta belajar peranan
ikut jantina. Seterusnya kanak-kanak mula membentuk pandangan terhadap diri sendiri iaitu teori
kendiri melalui perkembangan moral peringkat awal kanak-kanak berkelakuan baik untuk
mengelakkan hukuman (kohlberg, 1976). Akhirnya Aida dapat menyiapkan susunan puzzle itu

11
KAQ1033 PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF UNTUK BAYI & KANAK-KANAK

dengan bantuan guru, kumpulan Aida mendapt no 2 Aida berkata “yeah kita menang,kita no 2”,
Aida begitu gembira sekali. Aktiviti seterusnya ialah Aida mengeja buku mnegenai anggota
badan bersama dengan kawannya seperti mengeja tangan “ta angan=tangan”, kuku, selepas itu
kawan menyuruh Aida mngeja siku “ si ku”, pergelangan tangan “pe ran….” Aida tidak dapat
mengeja perkataan tersebut ini kerana perkataan tersebut terlalu panajang dan mnyukarkan untuk
Aida menyebut setiap suku kata perkataan itu. Aida dibantu oleh guru dan kawannya untuk
mengeja perkataan tersebut “per ge langan ta ngan”. Selepas itu, Aida mengeja ejaan lutut “lu
tu bunyinya lutut”,Aida tertinggal satu huruf iaitu huruf “t”, kawan Aida membetulkan sebutan
Aida dengan menyatakan ejaan yang sebanar “lutut bunyinya lutut”, Aida mngeja sebutan “ja
ri=jari, ka ik=kaki” Aida tersalah menyebut perkataan “ka ik” sepatutnya “ka ki”, ini mungkin
Aida keliru dengan ejaan tersebut.. Akhirnya Aida dapat menyebut suku kata perkataan tersebut
berkata kepada Aida. Selepas itu cikgu Aida menyuruh Aida mengulangi apa yang telah Aida
baca tadi contohnya “ma ta = mata”, “hi dung=hidung” Aida tidak dapat menyambungkan
perkataan “hi” kepada “dung”, dengan bantuan guru dan kawan Aida dapat menyebut perkataan
tersebut. Kawan Aida menunjukkan hidung pada muka Aida dan Aida mebalasnya kembali
kepada kawannya itu. Aida begitu gembira sekali. Seterusnya Aida mengeja mulut “mu
lut=mulut”, “gi gi=gigi”,” “li da=lidah”, Aida teringgal satu huruf iaitu h di belakang. Ini
kerana Aida mungkin sudah terbiasa mengeja perkataan tersebut “li da”, “pu st=pusat” sebutan
perkataan ini juga sama dengan ejaan “li da” tadi. Aida tetinggal huruf a. “te li nga=telinga”,
“le her=leher” Aida menyebutnya dengan bunyi “leher” gurunya membetulkan ejaan yang
disebut oelh Aida. “ta angan=tangan” Aida di bantu oleh gurunya untuk mengeja ejaan
“tangan”. kawan Aida mengajar Aida mengeja “pergelangan tangan”, “pe r = per, g e=ge, l
a=la, n g a n=ngan” “pergilangan”, kawan Aida tersalah menyebut “pergelangan”
“pergilangan”, “ta angan=tangan”, “pergelangan tangan”. Guru menanya kepada Aida dan
kawannya dimana pergelangan tangan, Aida dan kawanya menunjukkan ia. Guru Aida
memperingat kepada Aida dan kawannya bahawa setiap anggota badan. Dalam teori Konteks
Budaya oleh Lev Vygotsky (1896-1943) menyatakan pemikiran kanak-kanak berkembang akibat
daripada pergaulan dengan orang lain. Pergaulan dan interaksi yang bermakna ini selalunya
berlaku antara kanak-kanak dengan individu yang lebih berpengetahuan darinya. Kanak-kanak
belajar belajar daripada pengalaman contohnya kanak-kanak berinteraksi dengan ibu bapa, guru

12
KAQ1033 PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF UNTUK BAYI & KANAK-KANAK

dan masyarakat. Guru juga perlulah mengajar kanak-kanak menggunakan bahan yang wujud dan
member arahan yang pendek, jelas ringkas dan beserta dengan contoh. Gunakan contoh-contih
yang berkait dengan pengalaman kehidupan kanak-kanak serta memberi peluang kepada kanak-
kanak melakukan aktiviti sendiri. Selain itu, kanak-kanak juga perlu menggelakkan pembelajaran
secara paksa sebelum kanak-kanak bersedia. Teori Ibnu Khaldun pernah menyatakan bahawa
Jangan diajar kanak-kanak dengan perkara-perkara yang susah. Belajar daripada mudah kepada
yang lebih susah secara berperingkat-peringkat, mengadakan latih tubi, menggunakan benda-
benda maujud, menggunakan bahan-bahan bantu mengajar dan kanak-kanak jangan dibebankan
dengan perkara-perkara yang diluar kemampuan mereka. Ini boleh menyebabkan mereka tidak
mahu belajar, dan mencerca pengajaran yang diberi. Kanak-kanak harus dibentuk dengan penuh
kasih sayang, lemah lembut dan bertimbang rasa bukannya dengan cara kekerasan kerana ini
boleh menyebabkan mereka menjadi pemalas, pembohong, berlagak untuk menyembunyikan
yang sebenar, membuat tipu helah dan tidak berperikemanusiaan. . Mulailah dengan menulis dan
membaca, kemudian kaitkan dengan makna. Pendekatan Ibnu Khaldun merupakan contoh
pendekatan yang baik dalam membentuk peribadi kanak-kanak.

13
KAQ1033 PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF UNTUK BAYI & KANAK-KANAK

8.0 Kesimpulan

Secara kesimpulannya ialah, setiap kanak-kanak akan melalui tahap perkembangan yang berbeza
setiap umur kanak-kanak ini bergantung faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan
kanak-kanak tersebut. Pelbagai faktor yang dapat di kaitkan seperti faktor baka keturunan ibu
bapa iaitu semulajadi atau pengaruh daripada alam persekitarannya iaitu pemupukan. Faktor
baka atau keturunan amat menpengaruhi perkembangan seseorang individu. Terdapat banyak
ciri-ciri manusia dipengaruhi oleh keturunan seperti warna kulit, saiz fizikal, warna mata dan
lain-lain. Aidan mungkin mempengaruhi salah satu daripada ibu atau bapanya contoh warna kulit
Aida yang agak bewarna sawo matang. Selain itu, ibu bapa atau orang dewasa haruslah
memainkan peranan yang penting dalam memenuhi keperluan kanak-kanak seperti keperluan
asas, kasih sayang, kebajikan dan memberi kata semangat atau keyakinan kepada kanak-kanak
untuk peringkat yang seterusnya. Adalah penting untuk menentukan had-had yang dibenarkan
dan memastikan mereka tahu apa yang diharapkan daripada mereka. Lakukan dengan dengan
suara yang lembut, sabar, jelas dan konsisten. Setiap kanak-kanak perlu berasa istimewa dan
diambil berat dalam jagaan anda. Kanak-kanak pada usia begini sangat mengembirakan hati.
Mereka suka menjadikan diri mereka berguna kepada orang-orang dewasa. Kata-kata dorongan
dan pujian haruslah diberikan kepada kanak-kanak ini sebagai inisiatif terhadap pembangunan
diri mereka. Dalam teori Iman Al-Ghazali pernah menyatakan kanak-kanak awal ibarat kain
putih, ibu bapalah menjadi pencorak kain tersebut. Didik kanak-kanak supaya memperolehi
tingkah laku yang mulia, merendah diri, tidak berbohong, bersederhana dalam perlakuan, tidak
berkawan dengan orang jahat dan tidak berbangga. Bimbingan dan didikan yang betul akan
mempengaruhi corak pemikaram kanak-kanak. Justeru itu, wajarlah kiranya kanak-kanak
dibentuk berdasarkan kemampuan intelektualnya. Jika kanak-kanak itu dibentuk dengan baik,
maka kanak-kanak- itu akan menjadi insan yang mulia. Seterusnya kemahiran bercakap dan
menyatakan kehendak mereka berkembang dengan amat pantas. Kejayaan di sekolah adalah
penting. Mereka bercakap tentang diri mereka dan keluarga kepada sesiapa sahaja. Ketika
bermain, mereka belajar menggunakan perkataan-perkataan yang tepat dan bahasa yang mereka
belajar di sekolah. Mereka mula memahami masa dan hari dalam seminggu. Mereka menyukai
irama-irama dan lagu-lagu pelik dan jenaka. Tempoh tumpuan mereka semakin panjang. Mereka
boleh mengikuti cerita-cerita yang lebih panjang. Mereka boleh belajar huruf dan perkataan.
Selalunya pada umur 6 tahun, mereka sudah boleh membaca ayat-ayat mudah.

14
KAQ1033 PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF UNTUK BAYI & KANAK-KANAK

9.0 Rujukan

Tadika Kemas Tanjung Malim.


Perkembangan Kanak-kanak Penilaian Secara Portfolio Rohani Abdullah (2001). Penerbit
Universiti Putra Malaysia Serdang.
Atan Long. (1988). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

10.0 Lampiran

Gambar 10.1.1 Aida sedang membaca

15
KAQ1033 PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF UNTUK BAYI & KANAK-KANAK

Gambar 10.1.2 Aida sedang berkomunikasi dengan kawannya

Gambar 10.1.3 Aida sedang berjalan diatas tempat bergayut

Gambar 10.1.4 Aida sedang menyusun puzzle

16

Anda mungkin juga menyukai