Anda di halaman 1dari 21

BACHELOR OF MEDICAL AND HEALTH SCIENCES WITH HONOURS

(BMHS)

SEMESTER 1/YEAR 2

NBCP2522

CLINICAL PRACTICE

OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTHCARE


MANAGEMENT

MATRICULATION NO : 880129035043001

IDENTITY CARD NO. : 880129035043

TELEPHONE NO. : 0124489332

E-MAIL : aimanazri88@oum.edu.my

LEARNING CENTRE : KEDAH LEARNING CENTRE

LECTURER : ; MR ZULHILMI MOHD


JURNAL REFLEKTIF

TITTLE: A SOCIAL-TECHNICAL PERSPECTIVE ON THE APPLICATION OF


GREEN ERGONOMICS TO OPEN-PLAN OFFICES

Pengenalan

Pertama sekali,saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana berjaya


menyiapkan tugasan subjek NBCP 2512 yang telah diberikan dalam semester ini.Laporan
reflektif ini akan menghuraikan beberapa isu penting tentang keselamatan dan kesihatan
tempat pekerjaan di Unit Kardiologi Jabatan Perubatan Hospital Sultan Abdul Halim Sungai
Petani. Sepanjang menyiapkan tugasan subjek ini saya telah banyak menerima
pengalaman baru sama ada secara langsung dan tidak langsung walaupun dengan
melakukan tugasan harian. Tidak kurang juga cabaran dan dugaan yang saya
terima sepanjang menyiapkan tugasan ini. Namun berbekalkan semangat kecekalan, saya
tempuhi segalanya dengan tenang dan sabar.Secara keseluruhannya, banyak perkara
yang saya telah pelajari mengenai isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan
khususnya di tempat kerja harian kita.Perlu sentiasa diperakui betapa pentingnya
isu keselamatan pekerjaan dititikberatkan dan dipromosi serta diperbaharui
kepada seluruh warga kerja Hospital Sultan Abdul Halim.

Dalam masa untuk menyempurnakan laporan refleksi ini, saya telah banyak mempelajari dan
mengenalpasti isu isu dan tanggungjawab setiap individu dalam memastikan keselamatan
dan kesihatan di tempat kerja terjamin.Untuk pengetahuan,walaupun ketika bekerja, kelihatan
tiada risiko yang boleh buat anda cedera, anda tetap terancam dengan potensi untuk mendapat
sakit jangka masa panjang jika tidak beri perhatian kepada ergonomik di tempat kerja.
Pernahkah anda terfikir tentang keselamatan dan kesihatan sewaktu bekerja.Sebenarnya, lebih
dari 12 jam kita berada di luar rumah mencari rezeki di tempat kerja. Waktu yang anda
luangkan untuk bekerja sebenarnya boleh dikira sejak perjalanan bertolak dari rumah, punch-
in, seterusnya bekerja 8 jam dan akhirnya pulang ke rumah. Sangat lama masa diberikan
untuk anda fokus menjalankan tugasan yang diamanahkan kepada anda. Tanpa sedar, fokus
anda ini mungkin mengalpakan diri sehingga tak perasan ia merosakkan kesihatan tubuh
badan dek tidak prihatin tentang hal ergonomik di tempat kerja.

2
Isi Kandungan

Tujuan Jurnal Refleksi ini dilakukan bertujuan untuk memberi penjelasan dan
keterangan setiap langkah kerja yang dibuat dalam usaha menjayakan program
“Mengenalpasti dan Memperbaiki Isu isu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di
Klinik Perubatan Hospital Sultan Abdul Halim”. Selain itu, di sini saya ingin saya
menjelaskan refleksi berkaitan program yang kami jalankan. Hal ini telah mengambil
kira beberapa perkara iaitu sebelum,semasa dan selepas program dijalankan Oleh itu,
sekiranya tiada kerjasama dari semua pihak terutama pihak pengurusan dan staf di
Jabatan Perubatan sudah pastinya program ini tidak dapat dijayakan dengan
sempurna.Walaubagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang dikenalpasti seperti
kekuatan dan kelemahan yang terdapat dalam program ini. Justeru, penambaikan
perlulah dilakukan agar program ini dapat dilaksanakan dengan lebihefisyen dan dapat
mencapai matlamat di masa-masa yang akan datang.Di samping itu, pengalaman yang
diperolehi dengan melibatkan diri dalam program ini secara langsung ini amat
berguna dan serta memberi makna terutama kepada generasimuda dan yang akan
datang. Semangat dalam memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi yang
diberikan oleh staf yang terlibat telah menunjukkan suatu pencapaian yang positif
dalam semangat berpasukan.

Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia mengamalkan kod etika kerja yang


seharusnya diamalkan oleh semua Penbantu Perubatan yang berdaftar di lembaga.Kod
etika kerja yang diwujudkan adalah untuk mempromosikan serta mengekalkan tahap
atau ‘standard’ yang tinggi dalam setiap skop pekerjaan yang diamalkan secara
professional oleh semua pengamal perubatan.Namun begitu, kesedaran terhadap
perlaksanaan sistem kerja ergonomik terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan
dalam kalangan pekerja di Malaysia adalah sangat rendah. Ini mendorong berlakunya
kejadian seperti kemalangan, bertambahnya penyakit dan stres di tempat kerja.
Keadaan ini dapat dilihat melalui faktor tugas, faktor organisasi, faktor persekitaran
dan faktor teknologi yang akan mempengaruhi prestasi organisasi, produktiviti kerja
dan perkembangan organisasi secara keseluruhannya.Terdapat empat dimensi yang
terlibat sebagai pembolehubah bebas untuk mengukur sistem kerja ergonomik
3
merujuk kepada faktor tugas, faktor organisasi, faktor persekitaran dan faktor
teknologi, sementara prestasi keselamatan dan kesihatan pekerjaan sebagai
pembolehubah bersandar diukur melalui stres pekerjaan, kemalangan pekerjaan, dan
kesakitan.

Terdapat satu dimensi tambahan iaitu untuk melihat faktor kesatuan sekerja terhadap
keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Permintaan kerja yang tinggi menyumbang
kepada stres dan kemalangan di tempat kerja. Masalah ketidakselesaan di tempat kerja
juga mendorong berlakunya stres dalam kalangan pekerja seterusnya mengurangkan
produktiviti kerja. Selain itu,penekanan kepada aspek ergonomik penting bagi
meningkatkan pengetahuan, sikap dan kemahiran pekerja semasa menjalankan kerja.
Penambahbaikkan amalan aspek Pengurusan Sumber Manusia (PSM) terutamanya
penekanan terhadap aspek-aspek sistem kerja ergonomik di tempat kerja seperti
bebanan kerja yang seimbang, keadaan dan persekitaran kerja yang selamat,
menguatkuasakan aspek-aspek ergonomik, melaksanakan latihan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan serta sokongan kesatuan sekerja akan membantu untuk
memastikan prestasi keselamatan dan kesihatan pekerja lebih terjamin.

Adalah tepat pada masanya untuk Kementerian Kesihatan mengkaji semula dasar
sedia ada dan melihat pelbagai isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) di
semua hospital yang boleh menjejaskan kakitangan dan petugas mereka.Ini akan
membolehkan kementerian mengenal pasti kelemahan dan mencari penyelesaian KKP
untuk semua kecederaan dan penyakit yang berkaitan dengan pekerjaan di hospital
awam dan swasta. Terdapat juga kes di mana kakitangan tidak mematuhi prosedur
operasi standard (SOP), termasuk keperluan memakai peralatan perlindungan diri
yang sesuai (PPE), sementara kecederaan akibat tercucuk jarum masih dilaporkan
dalam kalangan kakitangan perubatan. Kecederaan dan penyakit melibatkan kos yang
tinggi kerana pihak hospital perlu membayar pampasan dan kos perubatan apabila
pekerja cedera ketika bekerja. Kos semakin tinggi manakala imej hospital akan
tercalar jika terdapat kes maut.

4
Keselamatan di tempat kerja akan turut memberi kesan kepada pesakit kerana para
petugas yang keletihan, sakit atau tertekan mempunyai risiko lebih tinggi untuk
melakukan kesilapan memberi ubat selain menyebabkan jangkitan kepada pesakit.
Oleh itu, semua pihak harus bekerjasama untuk mengurangkan kecederaan, penyakit
dan kematian yang disebabkan oleh kemalangan tempat kerja dan kemalangan
perjalanan kerana mereka ia akan mengurangkan produktiviti dan semangat bekerja
dalam organisasi.

Perlaksanaan program

Oleh itu, dalam melaksanakan program perspektif teknikal sosial ini, saya telah
membahagikan kepada tiga peringkat dalam perlaksanaan iaitu sebelum, semasa, dan
selepas. Tiga peringkat ini dilakukan bagi memudahkan serta melancarkan
perancangan dalam menjalankan aktiviti ini dan berjaya mencapai matlamat yang
disasarkan

Sebelum perlaksanaan program

Saya dan ahli terlebih dahulu telah berbincang sesama pelajar pada bulan pertama
subjek ini disampaikan oleh pensyarah. Hasil perbincangan tersebut, kami bersetuju
untukmendapatkan kerjasama dengan staf di Klinik Perubatan untuk menyertai
aktiviti khidmat masyarakat ini.Atas factor keselamatan satu surat permohonan telah
dibuat dan telah diberikan kepada pengurus klinik atau penyelia klinik
tersebut.Seterusnya, satu perjumpaan telah diaadakan bersama-sama staf untuk
membincangkan perkara yang akan dilakukan. Saya selaku pengerusi
bertanggungjawab untuk menetapkan setiap tugasan yang akan dilakukan oleh ahli
kumpulan. Tugasan yang perlu dilakukan adalah melantik ahli jawatan kuasa serta
membahagi kumpulan untuk melakukan aktiviti mengikut zon.Terdapat beberapa zon
yang dikenalpasti untuk melaksanakan program ini antranya bilik pemeriksaan
echocardiography,bilik pemeriksaan ‘holter’ bilik senaman ‘stress test’,bilik
pengambilan darah,bilik pemeriksaan elektrosensefalografi dan bilik ‘PUI’ di Klinik
Perubatan HSAH.Sebelum memulakan sesi pemeriksaan ini,saya telah pun
memaklumkan kepada semua staf yang bertugas agar melakukan tugasan seperti biasa

5
Semasa perlaksanaan program

Saya mengarahkan 2 orang rakan memulakan sesi kajian dan pemeriksaan di lokasi
yang pertama iaitu bilik echocardiography.Butirannya dalah seperti berikut;

1) Bilik Echocardiography

Kumpulan pertama terdiri daripada 2 orang PPP akan melakukan pemeriksaan di bilik
echocardiography iaitu bilik pemeriksaan jantung yang merupakan prosidur utama di
kilik perubatan ini.Bilik ini mempunya sebuah katil,mudah alih pesakit,sebuah meja
dan 2 buah kerusi pejabat serta sebuah mesin echpcardiography.Selain itu terdapat rak
kabinet bagi penyimpanan barang.Elemen elemen utama yang akan dibincangkan
dalam isu ergonomic ini ialah

i) Posisi duduk yang betul


Cara duduk adalah sangat penting sama ada anda sedang melakukan
pemeriksaan terhadap pesakit atau pun sedang menulis laporan di meja
pejabat atau pun sedang duduk melakukan tugasan. Jika suasana kerja yang
tidak mengizinkan postur duduk yang betul,Cara duduk yang salah boleh
menyeabkan kesakitan pada tubuh badan suatu hari nanti.Didapati staf atau
PPP yang melakukan prosidur tidak duduk dengan postur badan yang betul
dan telah diberikan nasihat dan pandangan mengenai cara duduk dengan lebih
sempurna

ii) Pemandangan mata yang tidak membebankan


Sebagai PPP yang membuat prosidur echocardiograpghy,penglihatan sangat
penting dalam menentukan keadaan jantung pesakit,oleh itu pandangan yang
terlalu lama dan statik ke arah ‘screen’ secara berterusan akan menyebabkan
kesakitan pada mata dan juga boleh menyebabkan kerosakan pada kanta mata.
Kami mendapati staf mengambil masa yang agak lama semasa melakukan
pemeriksaan dan menyebabkan terlalu lama memandang ke arah skrin.Oleh
itu cara dan langkah untuk mengurangkan tekanan terhadap mata telah
diberikan kepada staf dengan menyarankan beliau berehat seketika dengan

6
melihat ke arah pandangan lain pada sela masa yang tertentu yang lebih jauh
serta memalapkan sedikit pencahayaan pada skrin.Mata kita juga tak mampu
melihat sesuatu yang terlalu terang maka, kesesuaian pencahayaan perlu
diberi perhatian.Jika terlalu cerah pula, pastikan ada tirai yang menutupi.

iii) Tekanan setempat yang menyakitkan


Saya mendapati PPP yang bertugas akan menggunakan tangan unuk
memegang ‘prob’ serta meletakkan tangan di atas meja dan keyboard untuk
menulis dan menaip. Pergelangan tangan mereka ditekan bucu meja. Ia
membuatkan rasa kebas atau rasa tercucuk secara berpanjangan. Sebenarnya,
ini adalah pemerhatian ergonomik di tempat kerja yang penting untuk
ditegaskan.Saya mencadangkan kepada pengurusan klinik untuk mendapatkan
meja atau peralatan komputer yang lebih ergonomic

iv) Posisi statik dalam masa yang lama


Ramai staf terutamanya PPP yang berada dalam keadaan pegun (statik) untuk
tempoh masa yang lama. Sebagai contoh, PPP yang melakukan prosidur
‘echocardiography’ ini berada dalam keadaan pegun untuk suatu tempoh yang
agak lama jika seharian bekerja di meja kerjanya.Kami turut memberi nasihat
bahawa kedudukan yang sentiasa pegun ini membahayakan diri terutama jika
ia dilakukan dalam tempoh berjam-jam. Ini bakal menyumbang kepada
ketegangan dan kecederaan otot.Ianya nampak seperti perkara remeh namun
mereka perlu beri perhatian kepada ergonomik di tempat kerja. Menaip di
keyboard juga termasuk dalam hal ergonomik di tempat kerja.Penggunaan
keyboard tanpa mempelajari teknik menekan kekunci secara ergonomik.
Teknik yang asas ini memberi faedah besar bagi
mengelakkan Muskuloskeletal (MSDs) iaitu penyakit otot, tulang dan rawan
dan Carpal Tunnel Syndrome.

v) Pencahayaan kawasan bekerja.


Saya juga mendapati suasana kerja di bilik echocardiography berada dalam
keadaan gelap.Mata manusia tidak seperti haiwan yang boleh melihat dalam
gelap. Mata kita juga tak mampu melihat sesuatu yang terlalu terang.

7
Maka,saya menasihati agar kesesuaian pencahayaan perlu diberi perhatian.
Jika mereka biasa bekerja dalam bilik gelap, pastikan ambil tindakan
mengakses kepada cahaya yang mencukupi.
2) Bilik Ujian Senaman ‘Stress Test’

Kumpulan ke-2 pula terdiri daripada 2 orang akan melakukan uji kaji tentang isu
ergonomik di bilik senaman ‘stress test’.Bilik ni lebih besar daripada bilik
echocardiography dan mempunyai lebih banyak peralatan berbanding bilik bilik
lain.Antara peralatan peralatan penting yang digunakan ialah mesin
‘treatmill” ,mesin BP,mesin ECG,cardiac monitor,katil pesakit,komputer,meja dan
kerusi pejabat.Saya mendapati terdapat beberapa isu ergonomik yang harus
dititikberatkan dalam bilik ini.Butirannya adalah seperti berikut;

i) Posisi berdiri yang betul


Semestinya berdiri sangat penting dalam memastikan postur badan kita
betul agar kita tidak mengalami kepenatan dan kesakitan.Prosidur ini
didapati sangat berisiko dan mampu mendatangkan kecederaan samada
terhadap pesakit atau pun staf jika berlakunya kecuaian.PPP yang
ditugaskan akan mengarahkan pesakit berlari di atas ‘treatmil’ sambal
beliau akan memerhati ECG pesakit di skrin computer.Pada masa yang
sama PPP akan sentiasa bersama membantu dan kadang kala terpaksa
memegang atau memapah pesakit setelah selesai ujian tersebut.Adalah
sangat penting bagi PPP tersebut menjaga postur badannya samada ketika
berdiri atau pun duduk.Rakan saya telah memberi panduan kepada PPP
tersebut cara cara berdiri dan duduk dalam posisi yang betul agar
keselamatan dan kesihatan beliau serta pesakit berada dalam keadaan baik.

ii) Daya berlebihan semasa melaksanakan tugasan


Untuk sedia maklum berdiri secara berlebihan termasuk dalam hal
ergonomik di tempat kerja.Saya mendapati PPP terpaksa berdiri dengan
agak lama semasa prosiding ini Teknik berdiri yang sesuai amat penting
ketika membantu pesakit menjalani prosidur ini.Ia merupakan asas bagi
mengelakkan Muskuloskeletal (MSDs) iaitu penyakit otot, tulang dan
rawan dan Carpal Tunnel Syndrome (CTS).Antara lain,Kami juga
8
menyarankan PPP tersebut agar memastikan keadaan mesin serta peralatan
berada dalam keadaan yang baik seperti bersih dan tiada kekotoran kerana
ia mungkin mendatangkan bahaya seperti tergelincir dan juga jatuh.
iii) Posisi statik (berdiri/membongkok) dalam masa yang lama
Seperti yang diperkatakan oleh kumpulan pertama,terdapat pekerja yang
berada dalam keadaan pegun (statik) untuk tempoh masa yang lama.
Sebagai contoh,saya mendapati PPP akan berdiri agak lama ketika
menguruskan pesakit,Kedudukan yang sentiasa pegun ini membahayakan
diri terutama jika ia dilakukan dalam tempoh berjam-jam. Ini bakal
menyumbang kepada ketegangan dan kecederaan otot.Saya ada bertanya
kepada beliau tentang isu penyumbang kepada ergonomic,ternyata beliau
masih kurang penjelasan namun beliau menyedari kepentingannya dan
memberi perhatian kepada ergonomik di tempat kerja.

9
Gambarajah menunjukkan cara berdiri dengan pegun dan selesa agar dapat
melindungi tulang belakang dan mengelakkan kecederaan jangka panjang.

iv) Bilik Pengambilan Darah/Spesimen


Kumpulan terakhir pula iaitu kumpulan ke -3 pula terdiri daripada 2 orang
rakan akan melakukan uji kaji tentang isu ergonomik di lokasi terakhir
iaitu di bilik pengambilan darah dan spesimen.Bilik ni bersaiz sederhana
besar dan mempunyai banyak peralatan kecil berbanding bilik bilik
lain.Antara peralatan peralatan penting yang digunakan ialah 2 buah meja
dan 2 buah kerusi untuk pesakit,alatan pengambila specimen serta sebuah
komputer.Saya juga mendapati terdapat beberapa isu ergonomik yang
harus diberi pandangan yang serius dengan cara kerja yang betul di dalam
bilik ini.Butirannya adalah seperti berikut;

i) Posisi duduk yang betul


Memandangkan posisi duduk merupakan posisi utama yang harus dilakukan
oleh staf dan pesakit maka kami ingin melihat dan memberi pandangan
tehadap isu ergonomic ini.Cara duduk adalah sangat penting sama ada anda
sedang mengambil darah terhadap pesakit atau pun sedang menulis laporan di
meja pejabat dan juga sedang duduk menulis laporan.Staf yang terlibat adalah
jururawat dan juga Pembantu Perawatan Kesihatan ( PPK). Jika suasana kerja
yang tidak mengizinkan postur duduk yang betul,Cara duduk yang salah boleh
menyebabkan kesakitan serta kelesuan pada tubuh badan.Didapati SN dan
juga PPK yang melakukan prosidur tidak duduk dengan postur badan yang
betul malah didapati bebrapa orang pesakit juga kelihatan tidak begitu selesa
dalam posisi mengambil darah terutamanya pesakit obesiti dan juga yang
berkerusi roda.Mereka telah diberikan nasihat dan pandangan mengenai cara
duduk dengan betul agar tidak mengalami masalah tulang belakng ‘spinal
injury’ pada masa hadapan.
Saya juga mendapati meja dan kerusi yang digunakan berada dalam keadaan
yang agak using.Oleh itu nasihat telah diberikan agar mereka menggantikan
dengan perabot yang lebih sesuai dan selesa.

10
ii) Pemakaian PPE yang lengkap
Isu ini seharusnya diberi pandangan yang serius oleh semua kakitangan yang
bertugas walau dimana sahaja mereka bertugas.Pemakaian PPE yang lengkap
mampu mengelakkan dan mengurangkan pelbagai risiko jangkitan.Di bilik
pengambilan darah pemakaian ‘glove’,gaun dan juga pelitup muka sangat
dititikberatkan.Oleh itu rakan setugas saya cuba memerhatikan pemakaian
PPE yang betul di kalangan staf di bilik pengambilan darah dan juga
specimen.Hasil pemerhatian,mereka mengenakan pemakaian PPE yang betul
dan kelihatan selesa semasa melakukan tugasan,
Seperti sedia maklum,tatkala negara pernah dilanda episod pandemik yang
sangat merbahaya,staf dan juga pesakit masing masing memakai pelitup muka
dengan sempurna.Kami juga melihat dan menilai cara pemakaian ‘glove’ oleh
staf.Ini kerana pemakaian ‘glove’ yang terlalu ketat juga mampu memberi
tekanan dan kesan terhadap tangan mereka.Lama kelamaan kulit tangan
mereka mampu kering dan mengelupas.Sepeti mana ‘glove’ pemakaian
pelitup muka yang terlalu ketat untuk jangka masa yang lama juga mampu
memberi kesan terhadap cara pernafasan seseorang,jika terlalu ketat mungkin
mereka akan lebih kepenatan dan keletihan kerana kekuranga tahap oksigen di
dalam badan.

iii) Bekas pembuangan sisa tajam/shut bin


Alatan ini sangat penting di dalam bilik pengambilan darah/specimen.Cara
pembuangan yang betul dan teliti mampu mengurangkan risiko ‘needle prick’
yang kerap berlaku di kalangan staf kesihatan.Hasil pemerhatian Saya
mendapati mereka menggunakan cara pembuangan yang betul dan
mengelakkan kecuaian semasa dan juga selepas menggunakan jarum dan juga
picagari.Kecuaian mampu mengakibatkan ‘needle prick’ dan boleh mendapat
jangkitan virus daripada pesakit.Rakan setugas saya juga ada menasihati staf
agar mereka lebih berhati hati dan menghubungi pihak ‘Fiber atau Eugenta’
yang bertanggungjawab menguruskan sisa pembuangan tersebut jika ianya
penuh atau pun yang sudah rosak.
11
Selepas Perlaksanaan Program

Setelah selesai semua tugasan dan pemerhatian,saya mengarahkan rakan rakan


mengumpulkan hasil kajian dan dapatan dari setiap lokasi yang dilawati.Kami
mendapati masalah berkaitan ergonomik di kalangan pekerja-pekerja kita
sukar untuk di atasi.Sukar disini bermaksud masalah masalah berkaitan OSH
dan ergonomik ini memang wujud, cuma kaedah atau strategi untuk mengatasi
masalah ini perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya, bukan sekadar 'ambil
mudah' atau sekadar untuk 'menggembirakan' pihak pengurusan.

Justeru itu saya telah menyiapkan rangka kerja untuk diserahkan kepada pihak
pengurusan tertinggi di Klinik Perubatan HSAH agar cadangan dan
perkongsian saya dinilai dan diambil tindakan.
Terdapat 6 faktor risiko ergonomik iaitu;
1) Posisi yang salah (Awkward postures)
2) Berulangan (repititive)
3) Tekanan setempat (contact stress)
4) Posisi Statik
5) Daya berlebihan
6) Persekitaran – Pencahayaan, suhu, kebisingan

Setelah selesai saya mengucapkan ribuan penghargaan kepada rakan rakan


yang terlibat dan membantu dalam menjayakan program ini.Surat
penghargaan juga turut diberikan kepada pengurus klinik kerana memberi
Kerjasama yang baik di sepanjang tugasan ini dilakukan.Saya juga berharap
agar dapat bekerjasama lagi di masa yang akan datang.

12
Kesimpulan

Berdasarkan kebaikan yang dinyatakan di atas, tidak dinafikan lagi peranan ergonomik di
tempat kerja boleh mempengaruhi prestasi sesebuah tempat kerja. Kesimpulannya, adalah
penting untuk mengurangkan risiko berkenaan ergonomik di tempat kerja. Selain membantu
pekerja dalam memberikan keselesaan ketika bekerja, membaiki postur sama ada ketika
mengangkat barang atau duduk, meminimakan daya lebihan ketika bekerja dan
mengurangkan tugasan berulang, perlu diingatkan sentiasa memberi ruang kepada pekerja
untuk belajar dan memperbaiki diri kerana pengadaptasian ini adalah proses yang berterusan
dan memerlukan sokongan dan kerjasama daripada semua pihak. Antara kebaikan yang
diperolehi jika sesebuah tempat kerja mengamalkan ergonomik yang baik ialah dapat
mengurangkan kos pembiayaan rawatan pekerja berkaitan MSDs, meningkatkan kualiti dan
produktiviti pekerja, mengurangkan peratusan ketidakhadiran pekerja ke tempat kerja,
mengurangkan kesilapan ketika bekerja, meningkatkan semangat pekerja untuk bekerja,
mewujudkan budaya kerja yang selamat, meningkatkan jenama syarikat di mata dunia dan
meningkatkan kesetiaan pekerja terhadap syarikat.

Justeru, setiap majikan dan pekerja perlu bekerjasama dalam memainkan peranan dalam
mengurangkan risiko ergonomik. Majikan perlu menyediakan tempat kerja yang selamat
tanpa risiko kepada kesihatan seperti yang dinyatakan dalam Akta Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan 1994. Penaksiran awal terhadap risiko ergonomik boleh dilakukan jika
terdapat aduan daripada pekerja seperti sakit belakang ketika melakukan kerja, keadaan
tempat kerja yang kurang pencahayaan, sukar untuk mencapai sesuatu barang ketika berkerja
di sesuatu tempat, yang mana faktor aduan tersebut berkaitan dengan risiko ergonomik.
Penaksiran awal boleh dilakukan dengan mengedarkan soal selidik kepada pekerja yang
terlibat untuk mengetahui punca kepada permasalahan tersebut. Dalam soal selidik tersebut
boleh ditanyakan berkenaan kekerapan tubuh badan yang terlibat sama ada tidak pernah,
kadang kala atau pun kerap. Melalui dapatan tersebut, keputusan awal boleh dinyatakan
dengan berapa ramai yang kerap, kadang kala atau kerap sakit ketika melakukan pekerjaan.

13
Jika nilai risiko ergonomik adalah tinggi, penaksiran ergonomik lanjutan perlu dilakukan.
Hasil akhir bagi keputusan boleh digunakan bagi menyatakan kawalan risiko yang perlu
dilakukan bagi meminimakan hazad ergonomik yang dihadapi.

Rujukan

1. https://iea.cc/what-is-ergonomics/
2. https://www.bharian.com.my/hujung-minggu/lain-lain/2018/02/392411/kesan-
ergonomik
3. https://www.dosh.gov.my/index.php/industrial-hygiene-ergonomic-v/pamplet/
2892-pengurusan-ergonomik-di-tempat-kerja/file

14
TUGASAN KE 2
RUMUSAN AKTIVITI KLINIKAL

Tarikh ; 4 Ogos 2022


Lokasi/Unit ; Klinik Perubatan Hospital Sultan Abdul Halim
Tajuk Aktiviti ; Skil Komunikasi (2.1)

Perakuan daripada Supervisor :

Terdapat beberapa perkara dan elemen yang kita boleh amalkan sebagai aktiviti pembelajaran
dalam memahami dan juga peka terhadap isu ergonomik ini.Salah satunya adalah skil
komunikasi yang baik dengan semua pihak.Dalam memahami serta mempromosikan isu
ergonomik ini,selaku PPP saya menyarankan agar sentiasa mengadakan dialog bersama rakan
sekerja,pihak pengurusan ,pesakit dan juga ahli keluarga.Saya merasakan dengan adanya skil
komunikasi yang baik bersama mereka,setidaknya kita mampu mengurangkan tekanan di
tempat kerja dan menangani isu ergonomik di tempat kerja dengan lebih efisen dan efektif.
Bedasarkan kajian mendapati kelemahan skil komunikasi dapat memberi kesan psikologi
terhadap individu.Sebagai contoh,jika seseorang petugas kesihatan memberi penerangan dan
pencerahan yang baik tentang sesuatu perawatan kepada pesakit melalui cara komunikasi
yang betul dan mampan akan mengurangkan tekanan psikologi terhadap pesakit dan begitu
juga sebaliknya.Selain daripada itu,cara komunikasi bersama rakan setugas dan juga ahli
keluarga juga mampu mengurangkan tekanan atau stress di tempat kerja.Sebagai
contoh,penggunaan kata kata yang sopan dan lembut terhadap rakan setugas akan memberi
kesan terhadap hubungan psiko-sosial di tempat kerja dan menjadikan suasana tempat kerja
lebih harmoni dan tenteram seterusnya kita dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik
terhadap pelanggan khususnya.Malah setelah pulang bekerja,kita akan berasa lebih dihargai
jika disambut dengan kata kata yang sopan dan manis oleh ahli keluarga sendiri.
Cara komunikasi yang baik juga dapat diterapkan dalam isu ergonomic di tempat kerja
juga sebagai contoh,apabila kita berkomunikasi dengan baik postur badan juga berada dalam

15
keadaan ‘relax’ dan tidak tegang.situasi ini dapat mengurangkan tekanan terhadap sistem
musculoskeletal kita.

Disahkan oleh :

TUGASAN KE 2
RUMUSAN AKTIVITI KLINIKAL

Tarikh ; 4 Ogos 2022


Lokasi/Unit ; Klinik Perubatan Hospital Sultan Abdul Halim
Tajuk Aktiviti ; Advance Occupational Safety and Healthcare Mnagement
Rumusan;
Perakuan daripada Supervisor/Nama

OSHMP yang merupakan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan sentiasa


memberi perhatian isu keselamatan dan disiplin di tempat kerja agar dapat mengelakkan dan
mengurangkan risiko bahaya kepada para pekerja.Tertakluk pada Akta Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan 1994 (akta 514) Peraturan 7 yang terkandung dan tertakluk di bawah
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.Salah satu aktiviti pembelajaran yang saya
akan lakukan di Jabatan Perubatan HSAH adalah dengan memastikan isu ergonomik di
tempat kerja.Matlamat utama adalah memastikan persekitaran pekerjaan yang selamat dan
sihat.Saya telah memastikan pemakainan PPE yang betul dan sempurna dalam pengurusan
pesakit di bilik PUI (patient under investigation).Dengan pemakaian PPE yang sempurna,kita
dapat mengelakkan jangkitan silang dan juga jangkitan virus yang merbahaya kepada diri
sendiri dan juga rakan setugas lain.Selain daripada itu saya telah melakukan pemeriksaan
lantai dan peralatan di bilik ujian ‘stress test’ .Pemeriksaan peralatan secara berkala dapat
mengurangkan risiko kecederaan kepada petugas dan juga pesakit.Dengan memastikan
peralatan berfungsi dengan sempurna serta permukaan yang bersih dapat mengurangkan
risiko tergelincir dan jatuh.Selari dengan objektif utama OSH,saya telah memastikan agar
peralatan seperti perabut dan komputer diselengara dengan baik agar petugas dapat
menggunakannya serta mengurangkan risiko ergonomik seperti kesakitan sendi tangan dan
juga kesakitan di bahagian tulang belakang.Pencahayaan yang sempurna juga penting bagi
memastikan kesihatan mata terjaga.Oleh itu saya telah memastikan lampu serta tingkap di
bilik echocardiography berfungsi dengan baik.Pencahayaan yang malap akan menyebabkan
risiko penyakit mata kepada petugas.

16
Disahkan oleh:
TUGASAN KE 2
RUMUSAN AKTIVITI KLINIKAL

Tarikh ; 3 Ogos 2022


Lokasi/Unit ; Klinik Perubatan Hospital Sultan Abdul Halim
Tajuk Aktiviti ; Koleberasi serta Kerjasama Berpasukan

Kerjasama dan koleberasi antara semua pihak adalah penting dalam memastikan isu
keselamatan dan kesihatan dapat dilaksnakan dengan lebih efisen dan memberi sepenuh
manfaat kepada semua lapisan pekerja.Pihak majikan dan pekerja perlu sentiasa
mempromosikan KKP di tempat kerja supaya tahap kesedaran terhadap KKP di kalangan
pekerja dan ahli pengurusan berada di tahap yang maksima.Saya bekerjasama dengan petugas
kesihatan di Jabatan jabatan lain seperti ENT dan juga Oftalmologi bagi membentuk pasukan
tindakan kecemasan (ERT) dan pertolongan cemas (first aider) dan diberikan latihan asas
supaya sentiasa bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan insiden atau kemalangan di
tempat kerja. Kami terdiri daripada 4 orang PPP dan juga PPK bekerjasama dalam
memastikan keselamatan di bahagian koridor klinik pakar.Pihak Eugenta juga
bertanggungjawab menyediakan keperluan PPE yang bersesuaian untuk semua pekerja
mereka. Merancang dan melaksanakan aktiviti aktiviti pemantauan dan pemeriksaan
keselamatan dengan bekerjasama dengan pihak pengawal keselamatan bagi memlihara
keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja.Sebagai contoh pihak Eugenta dengan
kerjasama Fiber perlu menyediakan keperluan bahan dan peralatan untuk aktiviti keselamatan
dan kesihatan pekerjaan bagi mengurus dan menyelia proses pengumpulan dan penghantaraan
sisa buangan terjadual untuk dilupuskan.Merekod dan menyimpan dokumen berkaitan
inventori bahan kimia dan sisa terjadual juga memerlukan kerjasama dan kolebrasi antara
pihak Eugenta dan hospital.

17
Diselia oleh :
TUGASAN KE 2

RUMUSAN AKTIVITI KLINIKAL

Tarikh ; 4 Ogos 2022


Lokasi/Unit ; Klinik Perubatan Hospital Sultan Abdul Halim
Tajuk Aktiviti ; Penjagaan Psiko-sosial

Pandemik COVID-19 trlah memberi impak yang amat besar kepada kesihatan mental setiap
individu terutama pekerja di sektor kesihatan di seluruh dunia dan tidak terkecuali rakyat
Malaysia. Sesetengah individu berisiko tinggi untuk mengalami masalah kesihatan mental
termasuk kemurungan terutama ketiba berada di dalam keadaan stress yang
melampau dan isolasi daripada rangkaian sokongan keluarga dan sahabat handai. Sekiranya
kemurungan ini gagal dikenal pasti dan dirawat dengan baik, ianya boleh meningkatkan risiko
tingkah laku seperti bunuh diri. Masyarakat dipohon untuk lebih peka dan prihatin kepada
ahli keluarga dan rakan setugas serta pesakit dalam mengenal pasti simptom-simptom awal
kemurungan yang boleh menyumbang kepada tingkah laku bunuh diri seperti perubahan
tingkah laku kepada individu:
Sentiasa kelihatan sedih dan murung,hilang minat terhadap aktiviti yang biasa
dilakukan,mengalami kesukaran untuk menumpukan perhatian dan melakukan tugas harian
yang biasa.Selain itu sentiasa mengasingkan diri daripada keluarga dan rakan-rakan serta
mengalami gangguan tidur dan selera makan,Sebagai PPP,saya berasakan ianya sangat
penting dan boleh membantu dengan berkomunisasi secara berkesan dengan individu yang
mengalami kemurungan, antaranya seperti mengambil serius tentang masalah yang dialami
seperti meluangkan masa untuk mendengar luahan mereka,Di samping itu tidak mengambil

18
mudah atau memperlekehkan masalah mereka serta menunjukkan sifat empati dan
simpati,Akhir sekali kita akan memberikan sokongan sosial kepada mereka seperti membantu
dalam urusan seharian jika diperlukan; dan mengalakkan dan membantu mereka untuk
dapatkan penilaian dan rawatan profesional.

Diselia oleh ;
TUGASAN KE 2

RUMUSAN AKTIVITI KLINIKAL

Tarikh ; 3 Ogos 2022


Lokasi/Unit ; Klinik Perubatan Hospital Sultan Abdul Halim
Tajuk Aktiviti ; Skil Pengurusan dan Kepimpinan

Selaku PPP yang mejalankan kajian saya akan menemui Ketua Penyeliaan Hospital bagi
membentangkan cadangan saya ini.Umun diketahui Unit Persekitaran, Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (OSHE) HSAH telah ditubuhkan bagi memenuhi Akta Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) yang telah dikuatkuasakan pada 25 Februari 2007.
Matlamat utama akta ini ialah untuk memupuk komitmen majikan dan juga pekerja terhadap
amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Oleh itu, langkah penguatkuasaan akta ini
merupakan satu daripada usaha kerajaan untuk membendung kejadian-kejadian kemalangan
dan penyakit pekerjaan di negara ini yang kian meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan
ini.Dengan kerjasama unit keselamatan dan juga Unit Penyeliaan PPP saya merancang dan
melaksanakan aktiviti aktiviti pemantauan dan pemeriksaan keselamatan dan kesihatan
pekerjaan di tempat kerja.Selain itu saya menyelaras dan melaksanakan program latihan
mengenai kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan.Selain itu juga kami merancang
dan menjalankan aktiviti pengauditan berkala dan pemeriksaan keselamatan dan kesihatan
pekerjaan. Serta menyediakan keperluan bahan dan peralatan untuk aktiviti keselamatan dan
kesihatan pekerjaan.Objektif utama unit ini adalah mencegah kemalangan dan masalah
kesihatan pekerja dan orang awam di HSAH.Melaporkan dan menyiasat semua insiden yang
menyebabkan kecederaan dan kerosakan pada asset di hospital dan merancang langkah-

19
langkah pengawalan.Unit OSHE berada di bawah pentadbiran Pejabat Pengarah Hospital
Sultan Abdul Halim yang diketuai oleh Pengarah Hospital,Dr Zainal Che Mee. Manakala
Unit OSHE pula diketuai oleh seorang Pegawai Perubatan , dibantu oleh tiga orang IK,
PPP,SN dan juga jurutera yang bertanggungjawab dalam isu Keselamatan & Kesihatan
Pekerjaan.bagi melancarkan pengurusannya, Unit ini mempunyai beberapa staf profesional
dan sokongan yang terdiri daripada Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan,IK dan
SN staf pentadbiran.

Diselia oleh:

20
21

Anda mungkin juga menyukai