Anda di halaman 1dari 3

Bismillahirrahmanirrahim

1. Yang Berusaha, Cik Azeemah binti Ahmad, Pengarah Pusat Khidmat Pelajar
2. Yang Berusaha, Puan Saptuyah Binti Barahim Ketua Pegawai Psikologi, Unit
Psikologi dan Kaunseling
3. Yang Berusaha, Dr Dessmon Weydon Anak Anjong, Ketua Perkhidmatan Klinikal
Pusat Kesihatan, Hospital Pengajar dan Pusat Perubatan UNIMAS
4. Yang Berbahagia, Professor Dr Siti Raudzah binti Ghazali, Ahli Klinikal Psikologi
dan Pensyarah di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
5. Yang Berbahagia, Dr Rosliwati binti Md Yusoff, Pakar Psikiatri dan Pengarah
Hospital Sentosa Kuching
6. Timbalan –Timbalan Dekan HEPA, Pengetua – Pengetua Kolej, Pegawai – Pegawai,
dan semua peserta bengkel yang hadir pada hari ini. Assalamualaikum WBT dan
Salam Sejahtera.

Aluan
1. Alhamdulillah, syukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, dapat kita
sama –sama berkumpul pada hari ini dalam Bengkel Pemurnian Tatacara
Pengendalian Piawai – Kes Kesihatan Mental dalam Kalangan Pelajar UNIMAS
2023.

2. Terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan penghargaan dan tahniah diucapkan kepada
Pusat Khidmat Pelajar atas penganjuran bengkel ini. Saya percaya banyak input yang
diperolehi peserta bengkel pada hari ini.

3. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penceramah jemputan kita,
Professor Dr Siti Raudzah binti Ghazali selaku ahli klinikal psikologi dan Dr
Rosliwati binti Md Yusoff, pakar psikiatri atas perkongsian pakar dan buah fikiran
dalam bengkel ini.

Bengkel Pemurnian Tatacara Pengendalian Piawai – Kes Kesihatan Mental dalam Kalangan
Pelajar UNIMAS
1. Isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar universiti merupakan isu yang sangat
penting. Pelajar universiti cenderung untuk mengalami isu kesihatan mental akibat
pelbagai perubahan psikososial dan tekanan akademik. Masalah keluarga dan
pembelajaran juga menyumbang kepada gangguan emosi pelajar. Masalah
kemurungan, kebimbangan dan tekanan merupakan masalah yang sering dihadapi
oleh pelajar termasuk yang berada di pusat pengajian tinggi. Di UNIMAS sendiri
terdapat trend peningkatan dalam jumlah kes-kes yang melibatkan isu kesihatan
mental dilaporkan oleh Unit Psikologi dan Kaunseling dan Pusat Kesihatan, HPPPU
sejak kebelakangan ini.
2. Trend peningkatan ini sangat membimbangkan kerana beberapa kes melibatkan
keselamatan para pelajar. Contohnya, terdapat pelajar yang mencederakan diri sendiri
dengan pelbagai cara seperti, self-cut, scratching/burning the skin, pulling out hairs,
dan overdosing medication. Semua ini benar-benar berlaku di universiti kita. Lebih
parah lagi, ada yang membuat percubaan untuk bunuh diri. Oleh itu saya mohon
semua pihak, khusunya mereka yang hadir ke bengkel pada hari ini cakna atas isu-isu
kesihatan mental dalam kalangan pelajar kita.

3. Oleh yang demikian, kita perlukan satu garis panduan khusus untuk mengendali kes –
kes kesihatan mental yang boleh digunapakai oleh PTJ bagi menguruskan pelajar
yang terlibat dengan kes kesihatan mental di Universiti Malaysia Sarawak yang
merangkumi isu-isu kesihatan mental dan kesejahteraan emosi secara holistiknya.

4. Saya berharap objektif utama penganjuran bengkel ini iaitu, untuk memperkasa
peranan dan tanggungjawab PTj yang terlibat dalam menguruskan pelajar yang
terlibat dengan isu kes kesihatan mental di UNIMAS tercapai melalui perkongsian
pakar dan perbincangan kumpulan yang telah dilaksanakan dalam bengkel pada hari
ini.

5. Sebagai penutup tirai bengkel kita pada hari ini, dengan itu saya ingin berkongsi
resolusi Bengkel Pemurnian Tatacara Pengendalian Piawai – Kes Kesihatan Mental
dalam Kalangan Pelajar UNIMAS pada hari ini:

a. Mengusulkan kepada Jawatankuasa Eksekutif bagi penubuhan Jawatankuasa


Kesihatan Mental UNIMAS yang terdiri daripada Timbalan Naib Canselor
HEPA, Pengarah Pusat Khidmat Pelajar, Pegawai Perubatan Pusat Kesihatan
HPPPU, wakil pegawai Bahagian Keselamatan, Semua Pegawai Psikologi,
Semua Timbalan Dekan HEPA dan Semua Pengetua Kolej Kediaman. Di
mana Jawatankuasa Kesihatan Mental UNIMAS berkuasa untuk:
i. Menyediakan garis panduan dalam membantu PTj bagi menguruskan
pelajar yang terlibat dalam kes kesihatan mental di Universiti Malaysia
Sarawak.
ii. Menyediakan panduan pemantauan kes kesihatan mental dalam
kalangan pelajar UNIMAS.
iii. Memantau keadaan pelajar yang berisiko.
iv. Mengkaji semula keberkesanan garis panduan dalam mengurangkan
kes – kes yang berisiko (setiap 5 tahun)
v. Membantu merancang dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab
lain yang berkaitan dengan kesihatan mental dalam kalangan pelajar di
UNIMAS.
vi. Membantu merancang serta melaksanakan intervensi / rawatan yang
berkaitan dengan kesihatan mental dalam kalangan pelajar di UNIMAS
DAN
vii. Sebagai Penasihat untuk menentukan pelajar yang berkeperluan untuk
menangguhkan pengajian, berhenti pengajian dan menukar program /
bidang pengajian atas sebab isu kesihatan mental.

b. Resolusi kedua adalah untuk menggunapakai Tatacara Pengendalian Piawai


atau SOP yang telah diperhalusi dalam bengkel ini di peringkat UNIMAS
dalam pengurusan kes – kes kesihatan mental dalam kalangan pelajar.

6. Sehubungan itu, saya berharap semua pihak yang terlibat mampu memainkan peranan
masing – masing dengan baik dalam mengendalikan kes – kes kesihatan mental dalam
kalangan pelajar UNIMAS. With great power comes great responsibility. Semua
pihak harus bekerjasama dan bukannya menunding jari sekiranya perkara yang tidak
diingini berlaku.

Penutup
1. Sebagai mengakhiri ucapan saya, saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih
sekali lagi kepada pihak penganjur atas penganjuran bengkel ini sebagai salah satu
inisiatif untuk menyokong kepada SDG3: Good health and well-being serta usaha kita
dalam menyediakan pengalaman kampus yang terbaik kepada para pelajar.

2. Terima kasih juga saya ucapkan kepada pihak Pusat Khidmat Pelajar, Pejabat HEPA
terutamanya Unit Psikologi dan Kaunseling kerana menyelaras bengkel pada hari ini
serta kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak
langsung dalam menjayakan bengkel yang sungguh bermakna ini.

3. Sekian Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalammualaikum Warahmatullahi


Wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai