Anda di halaman 1dari 15

PENGHARGAAN

Alhamdullilhah syukur ke hadrat illahi kerana dengan izin dan kurnianya akhirnya dapat juga saya menyiapkan folio ini dangan jayanya .Berkat usaha dan kesabaran saya selama dua minggu ternyata berhasil apabila folio ini dapat disiapkan tepat pada waktunya . Di ruangan ini , saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru di maktab rendah sains mara kerana telah memberikan banyak tunjuk ajar dan nasihat yang berguna dalam menyiapkan folio ini . Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada kedua ibu bapa saya dan juga keluarga saya kerana telah banyak berkorban masa dan wang ringgit disamping galakan yang tidak terhingga sepanjang saya menyiapkan folio ini . Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada rakan seperjuangan saya yang telah banyak memberi dorongan dan juga sokongan serta bersama-sama membantu saya dalam menyiapkan folio ini . Akhir kata , ucapan terima kasih kepada semua yang telah membantu saya tidak kira secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan folio ini . Sekian terima kasih .

PENGENALAN

Projek folio kerjaya ini sangat berguna kepada para pelajar . Objektif utama folio kerjaya ini adalah untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang kerjaya yang ingin diceburi oleh para pelajar apabila selepas tamatnya sesi persekolahan ( SPM ). Dengan adanya folio ini , para pelajar boleh mengetahui dimana tempat pengajian di dalam dan di luar Negara , syarat-syarat yang diperlukan untuk kemasukan atau kelayakan ke bidang tersebut disamping mengetahui suasana tempat bidang kerjaya pilihan mereka . Selain itu , dengan adanya folio ini , para pelajar dapat menggunakan folio ini sepenuhnya untuk rujukan masa depan bagi memudahkan para pelajar mengenali kerjaya ini . Konklusinya , folio kerjaya ini adalah sangat penting bagi para pelajar untuk mengetahui hala tuju masa depan mereka kelak .

PENDAHULUAN BERKAITAN KERJAYA PILIHAN

Saya telah dwajibkan untuk menyiapkan folio berkenaan kedoktoran.Saya dapat hasilkan folio ini kurang daripada seminggu.Saya mendapat bahan tentang projek ini melalui laman web,majalah-majalah dan artikel. Saya memilih kerjaya kedoktoran kerana saya amat meminati bidang ini sejak saya berada di bangku sekolah rendah lagi. Melalui folio ini,saya dapat ketahui banyak maklumat tentang bidang kedoktoran yang bakal saya terajui setelah tamat pengajian nanti .Saya juga dapat mengetahui sejarah tentang bidang kedoktoran.Tanpa membuat folio ini sudah tentu sukar untuk saya memahami apa sebenarnya kedoktoran itu. Di samping itu,saya juga dapat mengetahui tentang cabaran dan dugaan yang bakal menimpa seseorang doktor itu yang mana setiap hari mereka berhadapan dengan tanggungjawab menyelamatkan nyawa .Akhir sekali,saya dapat tahu tentang kelebihan seorang doktor itu .

LALUAN KERJAYA
Secara umum, untuk melayakkan diri diterima sebagai penuntut perubatan ini ialah mempunyai keputusan SPM yang cemerlang terutama dari aliran sains dan mempunyai keputusan subjek-subjek sains seperti kimia, matematik tambahan, biologi, fizik, matematik dan bahasa inggeris. Antara subjek sains itu pula, subjek biologi dan kimia serta bahasa inggeris paling sinonim dan paling ditekankan kecemerlangan termasuk menguasai bukan sahaja teori malahan aplikasinya. Selepas SPM perlu menyambung keperingkat pra universiti seperti ke matrikulasi ataupun tingkatan enam, Keputusan peperiksaan dan nilaian gred semasa di matrikulasi, tingkatan 6, diploma mestilah tinggi iaitu sekitar PNGK 3.0-4.0. Tetapi kebanyakan universiti awam dan universiti Malaysia yang terkenal lebih gemar mengambil calon yang mendapat tinggi dari 3.5-3.8 malahan ada yang hanya mengambil yang 3.8-4.0 sahaja. Apabila memilih matrikulasi,bidang yang diperlukan untuk bidang kedoktoran adalah subjek sains hayat dan apabila memilih ke tingkatan 6 adalah untuk bidang yang perlu dikuasai adalah subjek Biologi,kimia,bahasa melayu dan bahasa inggeris.Selepas tamat matrikulasi ijazah terus boleh diambil di universiti tetapi jika tamat STPM,diploma perlu diambil dulu di universiti. Senarai contoh IPT yang menawarkan kursus perubatan :1-Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 2-Universiti Malaya (UM) 3-Universiti Sains Malaysia (USM) 4-Universiti Putra Malaysia (UPM) 5-Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) 6-Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Pengajian Ijazah Doktor Perubatan ini kebanyakan mengambil masa selama 5 tahun. Ia dijalankan secara integrasi berasaskan penyelesaian masalah kesihatan pelbagai penyakit pesakit dan berorientasikan komuniti. Ia dijalankan mengikut 3 fasa iaitu fasa 1 ( tahun pertama ), fasa 2 ( tahun kedua dan ketiga ), fasa 3 ( tahun keempat dan kelima ). Pengajian adalah lebih mementingkan integrasi berlandaskan organ atau sistem dengan memberi penumpuan kepada penyelesaian masalah. Sesi pertama merupakan kurikulum integrasi berdasarkan system-organ. Kelakukan manusia dan etika, kaedah pertanyaan dan pemikiran kritikal adalah sebahagian daripada matapelajaran. Penyelesaian masalah dan strategi pembelajaran berdikari adalah ditekankan. Fasa Pertama junior clerkship menekankan penerimaan kemahiran-kemahiran asas klinikal. Fasa kedua memfokus kepada penggunaan kemahiran klinikal asas ke atas perkara-perkara klinikal. Fasa ketiga atau senior clerkship merupakan penggabungan kemahiran klinikal asas dan pakar yang mana pelajar akan bertanggungjawab bagi beberapa aspek rawatan pesakit di bawah seliaan mereka.Kesihatan masyarakat yang menekankan kesihatan luar Bandar diajar di dalam program lima tahun tersebut. Selain daripada penempatan kesihatan luar bandar selama lapan minggu dan penempatan lapan minggu lagi di hospital daerah untuk menekankan rawatan primer, pelajar juga digalakkan untuk memilih projek masyarakat bagi penempatan elektif selama lima minggu.Setelah berjaya menamatkan kursus perubatan tersebut Ijazah Doktor Perubatan (M.D) diberi. Untuk menjadi seorang doktor, individu itu harus sekurang-kurangnya mendapat Ijazah Doktor Perubatan daripada universiti yang diiktiraf kerajaan. Siswazah kedoktoran yang akan berkhidmat sama ada di sektor awam atau swasta adalah tertakluk kepada Medical Act.1971. Bakal doktor perlu memohon kepada Majlis Perubatan Malaysia untuk Provisional Registration dan seterusnya menjalani latihan amali selama tidak kurang daripada 12 bulan dihospital yang diluluskan. Selepas tamat latihan amali barulah siswazah layak untuk memohon Full Registration dengan Majlis Perubatan Malaysia sebagai pegawai perubatan dan dikehendaki berkhidmat dengan kerajaan di bawah Perkhidmatan Wajib.

PELUANG KERJAYA
Doktor Perubatan menentukan jenis penyakit dan merawat pesakit dengan menggunakan perubatan sistem saintifik. Mereka memeriksa pesakit dengan menggunakan stethoskop, alat pengukur tekanan darah dan lain-lain alat perkakas perubatan bergantung kepada tanda-tanda yang ditunjukkan oleh pesakit dan mengadakan ujian klinikal x-ray dan ujian histo-pathologikal untuk menentukan jenis penyakit dengan betul. Mereka mengesyorkan penggunaan ubat berdasarkan keputusan pemeriksaan serta meminta nasihat doktor-doktor atau pakar lain jika perlu. Mereka menjalankan rawatan dan pembedahan kecil dan menasihatkan pesakit tentang cara-cara rawatan serta memberikan dadah dan ubat bius jika perlu. Mereka menyimpan rekod pesakit-pesakit yang dirawatnya, jenis penyakit dan rawatan yang diberikan kepada pesakit. Keterangan Tugas :1-Memeriksa pesakit untuk menentukan keadaan penyakit; 2-Menjalankan pemeriksaan perubatan dan membuat diagnosis; 3-Menentukan ubat dan rawatan bagi penyakit, gangguan atau kecederaan yang telah didiagnosis; 4-Memberi rawatan perubatan atau pembedahan khas bagi jenis-jenis penyakit, gangguan atau kecederaan yang tertentu; 5-Memberi nasihat mengenai penyakit dan menggunakan kaedah dan rawatan ubat pencegahan; 6-Mengambil bahagian dalam pembangunan dan pelaksanaan undang-undang dan peraturan kesihatan awam bagi melindungi dan mempertingkatkan kesihatan umum; 7-Mengajar penuntut perubatan dan penuntut sains kesihatan yang lain, pakar perubatan dan profesional kesihatan yang lain; 8-Menyediakan dokumen dan laporan saintifik; 9-Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan; 10-Menyelia pekerja lain.

CONTOH PEKERJAAN DI DALAM BIDANG PERUBATAN :-

1-Doktor Perubatan 2-Pakar Bedah 3-Pakar Questetik 4-Pakar Psikiatri 5-Pakar Oftamologi 6-Pakar Kardiologi 7-Obstetrision Dan Pakar Ginakologi 8-Pakar Neurologi 9-Ahli Farmasi 10-Doktor Haiwan 11-Doktor Pergigian

Ciri-Ciri Peribadi :1-Perihatin terhadap manusia tentang masalah mereka, keperluan serta kesusahan mereka; 2-Mempunyai sifat balas kasihan, berakal, bertenaga, sabar dan tabah; 3-Mempunyai pegangan kukuh akan prinsip-prinsip sains dan penggunaan mereka dalam masalah perubatan; 4-Mempunyai kemahiran pemerhatian dan analisis; 5-Mempunyai emosi yang stabil dan berkebolehan untuk membuat keputusan dalam waktu kecemasan. 6-Sihat tubuh badan, kebolehan mental dan stamina fizikal.

7-Boleh menghadapi perubahan mengejut dari rutin kepada krisis dan sebaliknya; 8-Berkemahiran berkomunikasi 9-Sentiasa ingin tahu tentang bagaimana ubat-ubatan boleh memperbaiki hidup; dan 10-Kemahiran dalam kebolehan pengurusan

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain :1-Sektor Awam : Gaji Permulaan RM 1,884.30 2-ETP RM 165.00 3-EKA RM 170.00 4-Elaun Kritikal RM 500.00 5-Sektor Swasta : Gaji Permulaan RM 5,500.00

DI MANA BOLEH BEKERJA :1-Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di hospital-hospital dan klinik di seluruh negara. 2-Di sektor swasta pekerjaan ini terdapat di hospital-hospital swasta dan klinik-klinik dan bagi mereka yang telah disahkan oleh panel perubatan bolehlah membuka kliniknya sendiri. 3-Seorang Doktor Perubatan juga boleh melanjutkan pelajarannya dengan pengkhususan dalam bidang-bidang tertentu seperti pakar bedah, pakar saraf, pakar telinga, hidung, kerongkong dan lain-lain.

TOKOH KERJAYA PILIHAN


Profesor Jafri Malin bin Abdullah :LATAR BELAKANG :1-Lahir pada 5 Disember 1962 di Kuantan,Pahang . 2-Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin atau lebih dikenali pada masa itu sebagai Sekolah Menengah Sains Pulau Pinang. 3-Melanjutkan pelajaran ke Leederville Technical College,Perth di wilayah Western Australia. 4-Kemudianya mendaftar seketika sebagai Sarjana Muda BSc(Mikrobiologi) di University of Western Australia ,Perth. 5-Pada tahun 1999 beliau mendapat Anugerah Saintis Muda Negara Malaysia. 6-Seorang Ketua Jabatan Neurosains, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan. 7-Beliau juga merupakan salah seorang perintis yang memperkenalkan dan

mempertingkatkan bidang neurosains klinikal dan experimental di Malaysia serta memperluaskannya melalui Akademi Sains Malaysia. 8-Beliau menjayakan program di peringkat Sarjana di Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia dengan mendirikan satu-satunya program seperti ini di IPTA/IPTS iaitu Sarjana Surgeri (Neurosurgeri), Sarjana Sains (Neurosains), Doktor Falsafah (Neurosains) dan Sarjana Perubatan Lanjutan (Neurologi).

PERJALANAN TOKOH :Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin atau lebih dikenali pada masa itu sebagai Sekolah Menengah Sains Pulau Pinang daripada 1976 hingga 1977. Kemudian,beliau telah berpindah ke Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra mulai 1978 hingga 1979. Setelah itu beliau dihantar oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia untuk melanjutkan pelajaran ke Leederville Technical College,Perth di wilayah Western Australia pada tahun 1980 dan 1981 dan kemudianya mendaftar seketika sebagai Sarjana Muda BSc(Mikrobiologi) di University of Western Australia ,Perth. Antara ijazah yang Profesor Jafri perolehi adalah Doktor Perubatan, Pusat Pengajian Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia pada tahun 1986. Lapan tahun selepas itu beliau memperolehi Diploma Kepakaran Pembedahan Neuro pada December 1994 daripada Universiti Ghent, Belgium. Seterusnya,ijazah Doktor Falsafah ( Sains Bioperubatan) Universiti Ghent, Belgium di bawah seliaan Prof Luc Calliauw dan Prof Jacques Caemaert, Universiti Ghent, Belgium diberikan kepadanya pada bulan March 1995.

Kerjaya Tokoh :Beliau mempunyai index H sebanyak 12 menggunakan nama MA Jafri,JM Abdullah,J Abdullah.Jafri Malin Abdullah,Jafri Abdullah,Malin J untuk penerbitannya.(www.scopus.com). Prof. Jafri Malin merupakan salah seorang perintis yang memperkenalkan dan mempertingkatkan bidang neurosains di USM serta memperluaskannya. Beliau juga turut menjayakan program pengajian tinggi di USM iaitu program Sarjana Surgeri (Neurosurgeri), Sarjana Sains (Neurosains), Phd (Neurosains) dan Sarjana Perubatan Lanjutan (Neurologi). Beliau juga turut menyelia 27 orang pelajar Sarjana Surgeri (Neurosurgeri), 18 orang pelajar Sarjana Sains (Neurosains) dan empat pelajar Phd. Untuk memperluaskan bidang neurosains dan memperkenalkannya di serata dunia beliau telahpun dilantik oleh Neuroscience Programme Network IBRO, Paris untuk meningkatkan neurosains di negaranegara Asia Tenggara. Beliau juga menjadi Presiden, Society For Neuroscience, USA Malaysia Chapter. Beliau juga banyak menjalankan kolabrasi dengan institusi-institusi dalam dan luar negara seperti Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Putra Malaysia, Universiti Darul Iman Malaysia, University of Vienna (Austria), Max Planck Institute For Neuropsychiatry,European Neuroscience Institute di Germany, CIREN Cuba dan juga University of Ghent (Belgium). Tujuan kerjasama ini diwujudkan adalah untuk memperolehi teknologi baru daripada barat

yang boleh disalurkan kepada staf dan pelajar di USM. Perkongsian teknologi terkini antara negara maju seperti Jerman, Belgium, Sweden, Austria dan Cuba diletakkan sebagai batu asas untuk menyediakan pendekatan penyelidikan yang intensif demi kemajuan negara. Beliau juga turut aktif menjalankan penyelidikan dan menyebabkan jabatan ini adalah antara unit yang paling aktif dalam bidang penyelidikan di USM terutamanya penyelidikan stroke dan kanser otak. Pencapaian yang paling membanggakan antaranya ialah penciptaan peralatan endoskop yang canggih untuk kegunaan surgeri invasif, kajian genetik barah otak yang diiktiraf dengan penerbitan dalam jurnal-jurnal antarabangsa yang terkenal dan penghasilan biomaterial, iaitu Bovine Pericardium untuk Duraplasty. Sejajar dengan halatuju USM iaitu bertanda aras antarabangsa Jabatan ini bergiat aktif dalam bidang penyelidikan di peringkat antarabangsa. Beliau juga merupakan salah seorang yang terlibat dalam pencetusan idea bagi penubuhan "Brain Sciences Cluster" pada tahun 2004 dan seterusnya mulai 2009 menjadi salah seorang ahli "Brain Mind Nexus" pada 29hb Oktober 2009 yang diterajui oleh Prof Zalina Ismail. Kewujudan Brain Mind Nexus yang menyediakan jaringan persefahaman dan penyelidikan bersama yang menyeluruh di antara Kampus-Kampus Kejuruteraan, Induk, Kesihatan, dan Universiti lain di Malaysia untuk memastikan kajian neurosains dan kognitif dapat dikekalkan sekaligus menaikkan nama negara Malaysia serta memperkenal dan memartabatkan bidang Neurosains di persada antarabangsa.

Profesor Jafri Malin bin Abdullah

KESIMPULAN :Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi, dengan limpah kurnianya, dapat juga saya menyiapkan folio kerjaya ini.Secara keseluruhannya, Folio Kerjaya ini telah banyak membantu saya dalam memilih bidang kerjaya dan kursus yang bersesuaian dan bertepatan dengan personaliti saya. Selain itu,tugasan ini juga turut memberi rangsangan kepada saya untuk meneruskan cita-cita yang saya idam-idamkan sejak kecil lagi sehingga saya berjaya mendapatkannya.Oleh yang demikian, saya akan memastikan saya berusaha bersungguhsungguh untuk mencapai tahap terbaik dalam peperiksaan SPM bagi membuka peluang kepada saya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Selain itu, tugasan ini juga telah membuka matasaya menyiapkan diri saya untuk memenuhi syarat-syarat kelayakan ke universiti bagi meneruskan cita-cita saya dalam bidang perubatan dan seterusnya mengecapi matlamat hidup saya.

MAKTAB RENDAH SAINS MARA LENGGONG PERAK

FOLIO KERJAYA BERKAITAN BIDANG KEDOKTORAN

NAMA : IZWAN FAHMIE BIN MD.AZMI KELAS : 5 EPSILON NO.MAKTAB : 12-404

ISI KANDUNGAN :-

PENGHARGAAN PENGENALAN PENGENALAN BERKAITAN KERJAYA PILIHAN LALUAN KERJAYA PELUANG KERJAYA TOKOH KERJAYA PILIHAN KESIMPULAN LAMPIRAN

1 2 3 4-5 6-8 9-11 12 13

LAMPIRAN :-

Anda mungkin juga menyukai