Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN ALU-ALUAN

DR ABDUL RAZAK ABD MANAF


DEKAN, PUSAT PENGAJIAN PSIKOLOGI GUNAAN, DASAR DAN KERJA SOSIAL
CAS UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

DI DKG 6/2 PADA 12 NOVEMBER 2019

Bismillahir Rahmanir Rahim


Asalamualaikum Warahmahtulahi Wabarakatuh.

Terima kasih Saudara/i Pengerusi Majlis

Yang Dihormati:

Tuan Nasrud’-Din Abdul Rahman


Tim. Pengarah Kanan Penguatkuasa dan Keselamatan AADK Kedah

KIP Mohamad Awadi Abdullah


Pegawai PAROL dan Perkhidmatan Komuniti Daerah Kota Setar

Yang Berusaha:
Dr Norruzeyati Binti Che Mohd Nasir
Penyarah Kursus Kemahiran Kerja Sosial Dalam Pusat
Pemulihan (SSWA 3313)

Yang dikasihi,
Muhammad Luqman Bin Mansor
Pengarah Program Penerimaan Mampu Memulihkan.
Ahli-Ahli Jawatankuasa bersama

Para Pensyarah, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian,

Terlebih dahulu marilah kita merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T


kerana dengan limpah dan kurnia-Nya kita diberi kesempatan untuk bersama-
sama pada pagi ini bagi menjayakan Program Penerimaan Mampu
Memulihkan.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan kehadiran


Yang dihormati ( ) kerana sudi meluangkan
masa bersama-sama kita sekaligus akan menyempurnakan Program
Penerimaan Mampu Memulihkan pada hari ini. Terima kasih sekali lagi
diucapkan.

Saya juga ingin merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr Norruzeyati


Che Mohd Nasir Penyarah Kursus Kemahiran Kerja Sosial Dalam Pusat atas
bimbingan beliau kepada pelajar untuk menjayakan program ini.

Untuk makluman para hadirin,

Program ini bertujuan memberi pendedahan mengenai agensi yang telah terlibat
dalam pemulihan banduan dan penagih dadah iaitu AADK dan Jabatan Penjara
Malaysia (JPM) kepada pelajar dan masyarakat setempat di samping mengubah
persepsi dan memberi kesedaran kepada pelajar universiti dan masyarakat
terhadap golongan yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah serta
perkongsian berkaitan cara pemulihan dan rawatan di AADK kepada pelajar dan
masyarakat setempat. Saya percaya bahawa sasaran penganjur iaitu memilih
Jabatan Penjara Malaysia, Alor Setar dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan,
Kubang Pasu adalah tepat. Program sebegini bukan sahaja dapat memberi input
pengetahuan kepada para pelajar tetapi melatih mereka dalam mengendalikan
program berimpak serta dapat meningkatkan kemahiran insaniah mereka.
Para hadirin sekalian,

Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya sekali lagi ingin mengucapkan setinggi-
tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang dihormati ( )
atas kesudian bersama-sama kita pada hari ini. Syabas dan tahniah juga kepada
seluruh Ahli Jawatankuasa dan semua pihak yang bertungkus lumus merancang,
menyusun serta mengatur aturcara untuk majlis kita pada hari ini. Saya yakin
dan percaya segala usaha dan kerjasama erat yang ditunjukkan ini akan
memberi impak kepada semua pihak.

Sekian, Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai