Anda di halaman 1dari 2

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Salam Pasir Gudang Teguh Bitara.

Yang Berbahagia Puan Mawar Noor Abdullah,


Timbalan Ketua Pustakawan, UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat.

Yang Berusaha Puan Afzam Binti Abdullal,


Penolong PPD, Sumber dan Teknologi Pendidikan,

Yang Dihormati En Idris bin Muhamad


Pustakawan Kanan, UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang

Yang Dihormati En. Ahmad Akmal Mohd Idris


Pustakawan Kanan, UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat

Yang Dihormati Encik Rizalisma Bin Abdul Hashim,


Penyelaras Program Bengkel Pemantapan Guru Perpustakaan dan Media,
Barisan jawatankuasa tertinggi Bengkel Pemantapan Guru Perpustakaan dan Media,
Para Guru Perpustakaan dan Media, staf-staf UiTM, dif-dif jemputan serta hadirin yang dimuliakan.

Alhamdulillah, bersyukur kepada Tuhan yang Maha Esa kerana dengan limpah dan rahmat-Nya dapat
kita bersama-sama dalam Program Bengkel Pemantapan Guru Perpustakaan dan Media ini.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada barisan ahli Jawatankuasa Majlis Guru Perpustakaan dan
Media Daerah Pasir Gudang yang dapat mengupayakan dan menganjurkan program sebegini.
Permuafakatan dan sokongan berterusan sebegini akan terus menyemarakkan lagi semangat dan
matlamat untuk terus memperkasakan pusat sumber sekolah. Selain itu, ia juga dapat pertingkatkan
kerjasama dan perkongsian yang utuh antara pihak sekolah serta institusi pendidikan setempat.

Saya merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang telah sama-sama berganding bahu
dan komited membantu pihak PPD dalam menjayakan pelbagai program bagi meningkatkan
kecemerlangan dalam kalangan Guru Perpustakaan dan Media. Segala kejayaan seperti hari ini tidak
akan dapat direalisasikan tanpa komitmen dan kesungguhan semua pihak dalam melaksanakan
amanah ini dengan penuh dedikasi.
Kalungan tahniah juga diucapkan kepada semua warga Guru Perpustakaan dan Media yang telah
berusaha gigih tanpa mengenal erti penat lelah dalam menguruskan pusat sumber dengan
cemerlang. Kita mestilah mewujudkan satu budaya kerja yang sistematik bagi merealisasikan
pemimpin berprestasi tinggi di daerah Pasir Gudang.

Dikesempatan ini juga saya ingin merakamkan setinggi -tinggi penghargaan kepada pihak
Perpustakaan Tun Dr Ismail, UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang atas kesudian
mengemudikan dan menyediakan peluang dan ruang untuk warga GPM terus berkarya, tidak lupa
juga pihak UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat atas khidmat dan kepakaran. Semoga jalinan
kolaboratif ini berterusan sebagai rakan stratergik PPD Pasir Gudang dan memberi impak dalam
pembudayaan ilmu dan penerokaan pengetahuan yang meluas dan holistik.

Akhir kalam, semoga kehadiran tuan puan dapat membugar serta memperkasa kembali Guru
Perpustakaan dan Media dengan aktiviti-aktiviti yang boleh mengetengahkan kepimpinan dalam
pentadbiran serta meningkatkan potensi dan daya saing dalam kalangan Guru Perpustakaan dan
Media semasa mengurus dan mentadbir pusat sumber sekolah masing-masing.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai