Anda di halaman 1dari 1

Teks Ucapan Perasmian Penutupan

Hari Puteri PPIM 2023

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Salam sejahtera dan salam Malaysia Madani.

Terima kasih saudarI pengacara majlis, Yang Berusaha Cik Sallina bin� Marup , Pengerusi
Pergerakan Puteri Islam Malaysia Perhubungan Daerah Tawau ,Barisan Ahli Jawatankuasa
Pelaksana Program, guru-guru pemimpin ,seterusnya murid-murid yakni Ahli Puteri yang saya
sayangi sekalian.

Alhamdulillah, se�nggi-�nggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-
Nya dapatlah kita semua berhimpun dalam Majlis Penutupan Program Hari Puteri PPIM yang
cukup meriah ini.

Pertamanya, saya mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan penghargaan dan terima
kasih kerana menjemput saya untuk hadir sekaligus merasmikan majlis penutupan program
ini.

Saya dimaklumkan ada 5 pertandingan yang dipertandingkan pada hari ini. Dan saya juga
difahamkan 31 buah sekolah telah menghantar penyertaan bagi sama-sama menjayakann
program ini. Besarlah harapan saya agar dengan penyertaan anak-anak PPIM dan guru
pemimpin semua sekolah rendah dan menengah di daerah Tawau ini dapat meningkatkan
kuali� diri, nilai Kerjasama dan disiplin di samping mengeratkan hubungan antara ahli-ahli
PPIM di seluruh daerah Tawau.

Sekalung tahniah saya juga ucapkan kepada AJK Pelaksana program yang bersungguh-sungguh
untuk memas�kan program ini dapat berlangsung dengan jayanya. Walaupun saya faham ,
guru juga mempunyai tugasan hakiki di sekolah yang lebih banyak. Syabas saya ucapkan.

Oleh yang demikian, saya berharap semua murid dapat mengambil input yang posi�f hasil
daripada program hari ini dan diaplikasikan di dalam kehidupan masing-masing.

Seterusnya , saya sekali lagi mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih atas
jemputan untuk saya hadir di Majlis Perasmian Penutupan Hari Puteri PPIM pada tengah hari
ini ini serta ucapan tahniah kepada PPIM Perhubungan Daerah Tawau serta semua pihak dan
para peserta yang menyokong dan menjayakan program ini. Semoga program hari ini dapat
memberi manfaat yang banyak kepada anak-anak murid sekalian.

Akhir kata, Dengan lafaz “bismillahhirahmanirrahim, saya dengan sukacitanya merasmikan


Majlis Penutupan Program Hari Puteri PPIM 2023 .

Sekian, wabillahi taufik walhidayah, wasalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai