Anda di halaman 1dari 1

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,

‫الحمد هلل رب العالمين والصالة والسالم على أشرف األنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه‬
‫أجمعين‬
Yang Berusaha,

Yang dihormati ,
Guru-guru
Barisan ahli jawatankuasa,
Fasilitator-fasilitator,
Para peserta Mukhayyam Tarbawi serta hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurniaNya, pada pagi yang berbahagia
ini dapat kita bersama-sama berkumpul untuk menjayakan Majlis Penutup Mukhayyam
Tarbawi Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Suleiman Tahun 2023.

Saya, mewakili rakan-rakan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru dan
ahli jawatankuasa mukhayyam tarbawi tahun 2023 yang telah terlibat secara langsung atau
tidak langsung demi memastikan kami mendapat pengalaman, ilmu dan silaturrahim yang
amat berharga ini.

Kami berjanji akan berusaha menjadi pelajar yang beradab dan akan berusaha bersungguh-
sungguh dalam pelajaran terutama dalam peperiksaan akhir tahun yang akan kami tempuh
tidak lama lagi.

Sesungguhnya kami mendapat banyak ilmu dan pengalaman sepanjang program ini, dan
yang paling penting program ini dapat menyedarkan kami bahawa menjaga adab atau
akhlak adalah sangat penting kepada kami sebagai seorang pelajar. Program ini telah
memberi motivasi kepada kami untuk menjadi pelajar cemerlang yang beradab.

Kami memohon maaf kepada semua guru jika kami banyak melakukan kesilapan sepanjang
program ini. Tegurlah kami, nasihatlah kami.. jangan tinggalkan kami.

Kami berharap agar semua guru mendoakan kami menjadi pelajar yang cemerlang di dunia
dan akhirat.

Akhir kata segala yang baik itu datangnya daripada Allah, yang lemah itu adalah kelemahan
saya sendiri.

Wabillahitaufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai