Anda di halaman 1dari 2

Teks ucapan guru besar untuk Proram Anak Yang Baik Lagi Cerdik (ABC)

Selamat pagi, salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Yang dihormati, puan PPD, dif-dif
jemputan, Seterusnya semua guru-guru yang berdedikasi dan murid-murid dikasihi. Selamat
datang ke majlis pelancaran Anak Yang Baik Lagi Cerdik (ABC) peringkat sekolah SJKC Chung
Hwa Tamparuli. Kita sangat bersyukur kerana diberi kesempatan untuk berkumpul pada pagi
yang mulia ini dalam majlis yang penuh bermakna ini.

Sidang hadirin sekalian,

Sememangnya perlaksanaan program ABC ini adalah sangat baik untuk murid-murid.
Ini adalah untuk memastikan setiap murid memiliki sifat baik, akhlak dan sahsiah terpuji.
Melalui amalan nilai murni yang dipupuk sejak dari peringkat sekolah lagi ini akan dapat
seterusnya menjadi salah satu budaya yang akan diterapkan dalam diri warga sekolah. Bukan
itu sahaja, murid boleh menjadi contoh serta membimbing rakan-rakan yang lain.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Terdapat beberapa amalan ABC yang seharusnya diterapkan dalam diri murid-murid
terutamanya di sekolah. Antaranya adalah mengucapkan salam dan sapaan kepada warga
sekolah, mengucapkan perkataan terima kasih, saling hormat-menghormati, menjaga
kebersihan persekitaran sekolah dan banyak lagi amalan yang boleh diamalkan. Penerapan
dan penghayatan amalan ini adalah sangat penting kerana pembentukan akhlak murid ini
adalah bermula dari kecil lagi. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Setiap murid perlulah menghayati dan memahami pelaksanaan program ini supaya
matlamat program ini dapat dicapai seterusnya dapat melahirkan murid SJKC Chung Hwa
yang beradab dan mempunyai sahsiah yang terpuji.
Hadirin yang dihormati,

Sebagai mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengucapkan tahniah sekali lagi kepada
jawatankuasa pengelola atas kejayaan menganjurkan program yang sangat baik ini. Semoga
dengan pelancaran program ini akan dapat melahirkan murid yang baik lagi cerdik, selaras
dengan matlamat yang ingin dicapai selain dapat memupuk budaya saling hormat-
menghormati antara satu sama lain bagi menjamin keharmonian warga SJKC Chung Hwa
Tamparuli.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai