Anda di halaman 1dari 4

Masturina Binti Bolhasan (PPRBMM1-5)

Berdasarkan poster 5S yang diberikan, Bincangkan bagaimana kempen ini berjaya


dijalankan dalam kalangan pelajar IPGKS. Idea anda haruslah asli dan berkualiti.
(500 hingga 1000patah perkataan).

Sejak kebelakangan ini, seperti mana yang kita ketahui nilai-nilai berbudi
bahasa dan sopan santun semakin terpinggir dan tidak dipandang tinggi oleh
masyarakat atau remaja khususnya juga dalam kalangan pelajar di institut pengajian
tinggi. Oleh yang demikian, amalan 5S dan budi bahasa haruslah di pupuk dalam diri
setiap individu agar amalan ini tidak akan luntur. Justeru itu, amalan ini haruslah
diamalkan dalam kalangan pelajar di Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak.
Dengan ini, terdapat sebuah kempen yang telah dijalankan di Institut Pendidikan
Guru Kampus Sarawak diantara dengan menerusi poster 5S.

Oleh itu, 5S yang terdapat di dalam poster bermaksud amalan, senyum, sapa,
salam, sopan dan santun. Amalan senyum, sapa dan salam, sopan dan santun (5S)
bukanlah sesuatu yang baharu. Ia merupakan sebahagian daripada amalan yang
dipraktikkan dalam program guru penyayang. Amalan 5S ini sewajarnya dipraktikkan
oleh semua warga kampus dalam membentuk hubungan yang teraputik dan
suasana yang kondusif serta harmonis. Konsep dan amalan 5S ini akan
mewujudkan hubungan saling hormat menghormati, sifat kasih sayang, peka kepada
keadaan sekeliling dan menjadikan suasana yang kondusif dan harmoni. Kempen ini
adalah wajar untuk diadakan bagi mengembalikan tradisi amalan yang murni agar
kesantunan dan akhlak yang mulia dalam kalangan pelajar semakin bertambah.
Tujuan kempen amalan 5S ini diadakan adalah untuk menjadikan amalan ini sebagai
satu budaya yang dapat dipraktikkan di kampus, mengurangkan salahlaku pelajar,
meningkatkan kehadiran pelajar, Hal ini kerana, objektif utama kempen amalan 5S
ini adalah membentuk budaya positif dalam kalangan warga kampus, membentuk
hubungan yang teraputik dan suasana yang kondusif di kampus, membentuk sifat
hormat menghormati dan kasih sayang.

Lantaran itu, melalui pelaksanaan kempen ini, secara tidak langsung akan
meningkatkan nilai berbudi bahasa dalam kalangan di kampus ini. Misalnya, dengan
mencetak poster “Amalan 5S” dan melekatkan nya di sekitar kampus agar pelajar
dapat melihat dan mengingati amalan 5S dan sentiasa di amalkan oleh mereka.
Dengan ini, menerusi poster yang dipamerkan, pastinya setiap kalangan pelajar di
Kampus Sarawak ini akan sentiasa mengamalkan amalan ini dalam kehidupan
seharian mereka di kampus. Seperti mana yang kita tahu, Institut Pendidikan Guru
Kampus Sarawak mempunyai pelbagai jenis bangsa dan etniknya di antaranya
bangsa Melayu, Iban, Cina, Bidayuh, Melanau, Murut, Kedayan dan banyak lagi.
Oleh yang demikian, wajarnya sekiranya kempen ini diadakan kerana di samping itu
juga dapat memupukkan nilai hormat-menghormati dalam kalangan pelajar. Apabila
amalan ini di amalkan sudah pasti dalam kalangan pelajar di Institut Pendidikan
Guru ini dapat mempamerkan kualiti keperibadian mereka sebagai seorang calon
guru yang tinggi budi bahasanya dan mempunyai akhlak yang baik dan mulia.
Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya di antara orang-orang
yang paling aku cintai dan paling dekat tempat duduknya pada hari kiamat dengan
ku iaitu orang-orang yang paling baik akhlaknya.” Hal ini menunjukkan bahawa
sebagai seorang pelajar yang bakal menjadi seorang pendidik masa kelak haruslah
mempraktikkan amalan 5S dalam diri agar amalan ini menjadi budaya dalam (IPG)
Kampus Sarawak.

Oleh yang demikian, sebagai bakal guru kita hendaklah menunjukkan dan
mempamerkan kesantunan dan amalan yang baik. Sebagai contohnya, apabila kita
secara langsung dan tidak langsung berjumpa dan terserempak dengan rakan kita
dalam perjalanan misalnya hendak pergi kuliah ataupun pergi ke perpustakaan dan
cafeteria kita hendaklah bertegur sapa tidakpun kita saling senyum. Bukan itu
sahaja, kita juga boleh mengungkapkan perkataan “Selamat Pagi” kepada pelajar
yang bukan muslim dan memberi salam kepada pelajar muslim. Justeru itu, sebagai
pelajar PPISMP seharusnya juga kita menghormati pelajar PISMP iaitu pelajar yang
lebih tinggi pengajian mereka di kampus dengan mempamerkan amalan 5S ini. Oleh
itu, kita hendaklah sentiasa mempamerkan wajah yang ceria pada setiap hari
bukannya muka yang musam dan kerut. Natijahnya, dengan menunjukkan tingkah
laku dan perlakuan yang baik ini pasti nya kempen menerusi poster 5S pasti berjaya
di praktik dan diamal oleh kalangan pelajar di IPGKS.

Di samping itu, amalan 5S ini juga dapat di praktik dalam diri pelajar di IPG pada
setiap hari. Hal ini dikatakan kerana, tidak kiralah dimana kita berada di dalam
kampus ini seharusnya perlu kita membudayakan diri dengan amalan 5S ini.
Sebagai contohnya, sekiranya kita sedang belajar di perpustakaan secara tidak
langsung kita boleh menyapa ataupun senyum kepada pelajar lain yang turut belajar
di perpustakaan. Selain itu, situasi dimana pada sebelah petangnya, ramai pelajar
yang akan keluar untuk bersenam, bersukan dan berjogging iaitu pada situasi dan
keadaan ini sesuailah sekiranya kita berjogging sama-sama mengelilingi IPG
dengan rakan-rakan kita kerana pada masa yang sama kita oleh bertegur sapa dan
bertanya khabar ataupun bertanya nama sekiranya kita ingin mengenali seseorang
itu. Maka dalam masa yang sama kita dapat mengenali antara satu sama lain
disamping dapat mengeratkan hubungan dengan rakan sepejuangan kita. Selain itu
juga, kita juga harus budayakan amalan 5S ini sekiranya kita berhadapan dengan
pensyarah ataupun mentor kita, kita hendaklan senyum, atau menyapa pensyarah
kita dengan memberi salam misalnya Asssalamualaikum, Puan/Encik atau
mengucap Selamat Pagi, Encik/Puan. Kita janganlah menunjukkan sikap kurang ajar
dan sombong kepada pensyarah kita kerana ini tidak menunjukkan kualiti sebagai
seorang pelajar yang bakal bergelar seorang guru.

Secara keseluruhannya, apabila semua pelajar telah menunjukkan dan


mempamerkan amalan 5S dalam kehidupan seharian mereka di IPGKS pastinya
kempen yang dilaksanakan ini berjaya mempengaruhi amalan dan tingkah laku
semua pelajar kerana jika hendak dikatakan sudah hampir sebulan pelajar berada di
IPGKS ini telah membudayakan diri mereka dengan amalan 5S dalam kehidupan
seharian di dalam kampus. Amalan 5S merupakan amalan yang amat mulia pada
masa yang sama dapat meningkatkan nilai kesantunan berbahasa dan nilai-nilai
murni. Izharnya, kempen amalan 5S ini pasti berjaya meningkatkan amalan
kesantunan dan berbudi bahasa dalam kalangan pelajar kerana ini dapat
mempengaruhi akhlak diri pelajar agar menjadi lebih baik.

Kesimpulannya, Kejayaan ’AMALAN 5S’ ini adalah pengembelingan bersama-


sama semua pihak khususnya seluruh warga IPG Kampus Sarawak iaitu guru, staff
sokongan dan pelajar-pelajar. Ini juga adalah aspirasi pelajar dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013- 2025 yang mahu melahirkan
pelajar yang ’berkualiti’ dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Adalah
diharapkan agar amalan ini menjadi sebahagian daripada rutin kehidupan pelajar
dan impaknya dapat dilihat dalam seluruh kehidupan pelajar.

Anda mungkin juga menyukai