Anda di halaman 1dari 4

AMALAN 3S

AMALAN 5S
(SENYUM, SAPA & SALAM, SOPAN DAN SANTUN )

PENDAHULUAN
Amalan senyum, sapa dan salam (5S) bukanlah sesuatu yang baharu. AMALAN
5S ini sewajarnya dipraktikkan oleh semua warga sekolah dalam
membentuk hubungan yang erat dan suasana yang kondusif serta
harmonis. Konsep dan amalan 5S ini dapat mewujudkan hubungan saling
hormat menghormati, sifat kasih sayang, peka kepada keadaan sekeliling
dan menjadikan suasana yang kondusif dan harmoni.
Amalan ini boleh dipraktikkan pada bila-bila masa semasa bertemu rakan, guru
ibubapa atau tetamu sekolah. Ini dapat mewujudkan suasana yang
harmonis

dan

kondusif

dalam

menyuburkan

budaya

masyarakat

penyayang.
S yang pertama dalam amalan ini ialah senyum yang didefinisikan dalam kamus
dewan yang keempat iaitu gerak bibir yang ternaik pada hujungnya yang
membayangkan rasa suka seperti geli hati, setuju dan sebagainya. Menurut
Islam, ia salah satu amalan yang baik.
Sabda Nabi Muhammad SAW, Senyummu di depan saudaramu adalah
sedekah. Hadits Riwayat At Tirmidzi dalam sahihnya. Seterusnya, S yang
kedua dalam program ini ialah Sapa.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,

sapa ialah kata-kata yang dituturkan

untuk menegur ataupun mengajak berbual. Salam mewakili S yang ketiga

Page 0 | 4

AMALAN 3S

dalam amalan 5S ini ,didifinisikan sebagai berjabat tangan tanda memberi


hormat. Dalam Al-Quran ada menyebut :
"Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat
(seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang
lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama)." (AnNisa' : 86)
Rasulullah SAW telah memerintahkan umatnya untuk menebarkan salam iaitu
ucapan

salam

sejahtera:

Assalamualaikum

Warahmatullahi

Wabarakatuh.
Pemberian salam yang ikhlas dengan nada dan mimik muka yang manis akan
memancing jawapan yang baik atau malah lebih baik lagi sehingga
terjadilah komunikasi dua hala yang disenangi.
Amalan ini disenaraikan sebagai antara amalan yang paling baik di dalam Islam.

Seterusnya ialah Sopan. Sopan mengikut kamus dewan bererti hormat dengan
tatatertib, baik budi bahasa, tahu tertib peraturan, beradap, baik perangai
dan kelakuan serta berasa segan akan adat istiadat dan tatasusila. Sopan
juga bermaksud akhlak yang baik. Dan S yang terakhir iaitu Santun
didifinisikan sebagai halus budi bahasa atau budi pekerti, beradab atau
sopan

TUJUAN
Antara tujuan dilaksanakan amalan 5S ini ialah mahu menjadikan amalan ini
sebagai satu budaya

Page 1 | 4

AMALAN 3S

dalam kalangan murid dan semua golongan didalam sekolah terutamanya dan
seterusnya diharapkan dapat dijadikan budaya dalam masyarakat. Amalan ini
juga antara inisiatif guru dalam mengurangkan salahlaku pelajar yang semakin
hari semakin membarah. Dengan kurangnya salahlaku ini, ia akan memberikan
kesan yang positif kepada peningkatan kehadiran pelajar ke sekolah dan dapat
merapatkan hubungan antara sekolah dengan masyarakat.

KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran dalam menjayakan amalan ini ialah semua warga sekolah iaitu
pihak

pengurusan,

guru-guru,

pelajar-pelajar,

kakitangan

sekolah,

pengawal keselamatan dan tetamu yang hadir ke sekolah. Hal ini demikian
kerana tidak cukup hanya dilaksanakan diperingkat murid sahaja, tetapi
perlu dilakukan secara menyeluruh agar kesannya yang positif ini boleh
berkekalan.
KAEDAH PELAKSANAAN AMALAN 5S
Antara kaedah pelaksanaan amalan ini ialah apabila murid sampai ke sekolah,
mereka akan disambut dengan senyuman daripada guru-guru dan
pengawas bertugas. Murid juga digalakkan untuk turut melemparkan
senyuman sebagai tanda pertemuan dengan guru-guru. Selain itu, murid
dianjurkan untuk menyapa guru

dengan ucapan-ucapan yang sopan

seperti Assalamualaikum cikgu, Selamat pagi cikgu, Good Morning teacher,


ataupun Apa khabar cikgu.
Sapaan juga boleh berlaku sebaliknya di mana guru yang terlebih dahulu
memberikan salam.
Seterusnya murid boleh bersalaman dengan guru-guru atau memberikan tanda
hormat yang lain seperti menundukkan kepala, membongkokkan badan
atau meletakkan tangan di dada.

Page 2 | 4

AMALAN 3S

Kesimpulan
Kejayaan AMALAN 5S ini memerlukan kerjasama semua pihak samaada
didalam atau diluar sekolah. Ini juga adalah aspirasi murid dalam Pelan
Pembangunan

Pendidikan

Malaysia

(PPPM)

2013-2025

yang

mahu

melahirkan murid yang berkualiti dari aspek intelek, rohani, emosi dan
jasmani. Adalah diharapkan agar amalan ini menjadi sebahagian daripada
rutin kehidupan pelajar dan impaknya dapat dilihat dalam seluruh
kehidupan pelajar.

Rujukan :
1. Kamus Dewan (1984), hal. 1115
2. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=santun&d=10
3.

https://books.google.com.my/books?
id=SmOmeYrBw20C&pg=PA1&lpg=PA1&dq=maksud+sopan+dalam+kamus
+dewan&source=bl&ots=WFVakHfwoB&sig=XIQHF4JW3orUBUer2x3s8cBPeE&hl=en&sa=X&redir_esc=y#v=onepage&q=ma
ksud%20sopan%20dalam%20kamus%20dewan&f=false

4.

https://www.google.com/url?
sa=t&source=web&rct=j&url=http://jpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachm
ents/article/2480/3S.doc&ved=0ahUKEwjxlc2Z85rQAhVJN48KHY_OBkQFghGMAs&usg=AFQjCNEq8R23tG4R_Qgx4UYzu0Sqj8cmg&sig2=0zqUqqmR2SU9ABZ-7beTtA

5.

http://www.moe.gov.my/my/pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia-20132025

Page 3 | 4

Anda mungkin juga menyukai