Anda di halaman 1dari 2

Bismillah Hirrahman Nirrahim

Yang Amat Berhormat

Yang Berbahagia

Yang Berbahagia

Pengarah projek, wakil-wakil kampong dan para mahasisiwa UUM yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

Terlebih dahulu marilah kita bersama-sama bersyukur kehadrat Allah subhanallahuwataala kerana
dengan limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama pada hari ini dalam Majlis Perasmian Jalinan
Rantaian Kasih yang akan bermula pada hari ini sehingga 19 Desember 2010.

Saya mewakili () ingin merakamkan ucapan penghargaan dan tanda terima kasih yang tidak
terhingga kepada Yang Amat Berhormat ()kerana sudi hadir untuk merasmikan majlis pada hari ini.

Uacapan terima kasih juga diucapkan kepada barisan tetamu dan dif-dif kehormat yang sudi
melapangkan masa, hadir bagi memeriahkan lagi majlis. Sesungguhnya kehadiran tuan-tuan dan
puan-puan amat besar untuk kami meraikannya.

Sekalung tahniah dan setinggi penghargaan diucapkan buat ahli jawatankuasa dan kakitangan yang
terlibat dalam majlis ini baik secara langsung atau tidak langsung sekaligus memastikan kejayaan
program Baktisiswa.

Harapan saya agar panganjuran program seumpama ini akan merapatkan lagi hubungan silaturrahim
dalam kalangan warga UUM amnya dan penduduk Kampung Permatang Berangan khasnya.

Hadirin dan Hadirat sekalian,

Program Baktisiswa ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh UUM. Program ini juga
merupakan salah satu program wajib yang akan dilakukan setiap tahun.

Penganjuran program ini merupakan antara usaha dan inisiatif kerajaan dalam membentuk minda
kelas pertama dalam kalangan masyarakat kampung sebagai tanggungjawab sosial untuk membantu
kerajaan negeri.

Suka saya selitkan di sini sebagai mahasiswa, setiap pelajar mestilah menganggap penganjuran
progam ini bukan sekadar membuang masa sebaliknya saya amat berharap agar anda semua
menjadikan pengalaman untuk menyertai program seumpama ini sebagai peluang yang mungkin
tidak dapat diperolehi pada masa akan datang.

Hadirin dan Hadirat sekalian,

Seperti yang diketahui ramai, negara kita kini sedang mengamalkan konsep 1 Malaysia yang mana
konsep ini telah diutarakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd
Najib Tun Razak pada 3 April lalu ketika beliau mula memegang tampuk kepimpinan negara.
Oleh itu,saya yakin dan percaya,program yang kita anjurkan ini dapat memupuk perpaduan antara
kaum kerana semua mahasiswa yang terlibat yang dalam program ini terdiri daripada pelbagai
kaum iaitu Melayu,China dan India.

Mereka akan tinggal bersama-sama keluarga angkat masing-masing selama 4 hari 3 malam dan
sepanjang program ini,para mahasiswa terutamanya dari luar negeri Kedah akan mempelajari gaya
hidup masyarakat di negeri ini serta mendalami budaya dan adat tradisi masyarakat Kedah yang
tinggi dengan adat dan susilanya.

Bagi para pelajar UUM, inilah masanya untuk memupuk semngat kerja berpasukan dan bekerja
dengan masyarakat,menimba pengalaman kehidupan bersama masyarakat kampung,melatih
kemahiran berkomunikasi dan menyebarkan maklumat kepada keluarga angkat serta masyarakat
kampong khususnya mengenai program-program yang ditawarkan oleh UUM bagi memupuk minat
adik-adik kita di sekolah untuk lebih berminat dalam menimba ilmu pengetahuan bagi mengikut
jejak langkah abang-abang dan kakak-kakak mereka.

Sebelum mengakhiri ucapan pada petang ini,sekali lagi saya ingin merakamkan ucapan terima kasih
yang tidak terhingga kepada………………….kerana sudi hadir untuk melancarkan majlis padas petang
ini.

Harapan saya agar penganjuran program kemasyarakatan ini oleh UUM akan memberikan manfaat
besar kepada seluruh masyarakat di kampong Permatang Berangan.

Sekian,Wassalamualaikum

Anda mungkin juga menyukai