Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN FELO MOHAMMAD HAKIMI BIN MOHAMMAD HAIDZIR

Terima Kasih diucapkan kepada tuan pengerusi majlis,

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera saya ucapkan. Alhamdulillah dapat kita
bersama-sama menghadiri Majlis Pembukaan Minggu Perpaduan anjuran Kelab Kepimpinan
Highlanders, Kelab Himalayanz dan Kelab Mandarin, Kolej Ibrahim Yaakub. Saya berasa kagum
dan bangga dengan penglibatan semua pelajar UKM yang sudi meluangkan masa untuk menyertai
program yang dianjurkan semasa pembelajaran secara atas talian ini.

Hadirin hadirat sekalian,

Program ini bukan hanya sekadar program biasa, namun program ini memberi ruang dan
peluang kepada para pelajar UKM untuk melatih bakat yang terpendam sekaligus, menimba
pengetahuan mengenai budaya kaum lain. Saya berasa amat gembira kerana mahasiswa Universiti
Kebangsaaan Malaysia menganjurkan program begini kerana ianya menglibatkan pelbagai kaum
dan kita semua dapat mempelajari dan mengenali budaya dan adat bagi kaum lain. Ini jelas
menunjukkan bahawa kita dapat hidup secara harmoni dan bersepadu dengan pelbagai jenis kaum.
Saya berharap agar peserta yang melibatkan diri dengan program ini mendapat impak positif
kepada diri masing-masing.

Hadirin sekalian,

Saya berharap program seumpama ini dapat memupuk semangat perpaduan dan
mengeratkan hubungan silaturrahim antara para pelajar UKM . Saya juga yakin dengan mengenali
dengan lebih dekat budaya kaum yang ada di Malaysia dapat merapatkan lagi ukhwah yang
terbina. Akhir kata, selamat maju jaya saya ucapkan kepada para pelajar dalam menghasilkan
karya yang terbaik. Jadikan program ini sebagai medium untuk kita sama-sama belajar dan
mengenali budaya kaum lain dalam menghasilkan karya yang menarik.

Sekian Wabillahitaufiq Wahidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan terima


kasih.

Anda mungkin juga menyukai