Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN YDP (JI)

Assalamualaikum w.b.t. selamat sejahtera. salam pertemuan, salam 1 Malaysia.

Terima kasih kepada pengerusi majlis.

Yang Berusaha Encik Zulkifli bin Che Hussin , Penasihat himpunan anak-anak
Kelantan , Universiti Sains Malaysia . ( jika ada ) Yang dihormati, barisan majlis
tertinggi, dan barisan exco serta para pelajar pra universiti Sekolah Menengah
Kangkong yang dikasihi sekalian .

Alhamdulillah , syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya dapat kita
bertemu di majlis yang indah ini.

Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan


penghargaan terima kasih kepada pihak Sekolah Menengah Kangkong kerana
mengadakan kunjungan mesra dan tautan ukhwah di universiti ini . Di kesempatan
ini, saya bagi pihak HaakUSM merasa bangga dan berbesar hati menerima
kunjungan ini. “Kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan”. Kami di sini sangat
berbangga dan bersyukur kerana mempunyai kesempatan untuk bertemu dan
beramah mesra bersama pelajar-pelajar SMK Kangkong dalam majlis ini. Dengan
adanya kunjungan seperti ini sudah tentu akan mengeratkan lagi hubungan
muhibbah yang sudah sedia terjalin antara kita. Mudah-mudahan kehadiran semua
akan meninggalkan kenangan manis dalam hidup masing-masing. Bagi yang
pertama kali menjejakkan kaki di universiti yang satu-satunya bertaraf Apex,
salam perkenalan kami hulurkan dan bagi yang pernah ke sini, kami sentiasa
mengalu-alukan kehadiran tuan puan dan saudara saudari semua. Menerima tetamu
sebenarnya membawa rezeki untuk kita. Nampaknya benarlah kata orang tua-tua
kita itu.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Sememangnya program yang melibatkan anjuran HAAKUSM ini adalah sebagai


medan perkongsian ilmu antara pelajar USM dengan pelajar-pelajar pra universiti
sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Di samping itu juga,
melalui program ini juga mampu memberi ruang untuk bertemu mesra antara
pelajar-pelajar untuk mengeratkan ukhuwah yang terjalin bermula di sini.
HAAKUSM juga sentiasa bersedia untuk memberikan bantuan kepada mana-mana
persatuan ataupun program. Di samping itu juga, melalui program ini juga mampu
memberi ruang untuk bertemu mesra antara pelajar-pelajar untuk mengeratkan
ukhuwah yang terjalin bermula di sini.

HAAKUSM semakin melangkah ke hadapan. Barisan penggerak dalam Himpunan


Anak-Anak Kelantan ini sentiasa komited dan cakna untuk memastikan setiap
program yang dijalankan dapat berjalan dengan lancar dan jayanya. Untuk
makluman hadirin, saya mempunyai barisan EXCO dan Pembantu Exco yang
sangat cemerlang dan dedikasi, yang mana tanpa mereka, tentu sukar bagi saya
untuk menjalankan tugas.

Para pelajar yang dihormati sekalian,

Sebagai mengakhiri ucapan saya pada pagi ini, saya selaku Yang diPertua
HAAKUSM memohon kemaafan kepada cikgu-cikgu dan pelajar-pelajar sekiranya
terdapat kekurangan dalam majlis hari ini,. Saya berharap kita semua dapat
mengabadikan kenangan ini bersama-sama kami pada hari ini sehingga masa-masa
akan datang. Syabas dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Semoga
pertemuan kita mendapat keredhaan ALLAH S.W.T. Saya menyusun jari
memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan, salah dan silap.

Sekian, saya sudahi dengan wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh.

Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai