Anda di halaman 1dari 1

TEKS UCAPAN TNC

Bismillah hirrahman nirrahim


Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam satu Malaysia.
Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama merafakkan rasa syukur ke hadrat allah swt yang tidak putusputus bermurah hati memanjangkan usia, mengurniakan kesempurnaan akal, menganugerahkan kesihatan
jasad dan memberikan keupayaan hingga membolehkan kita semua sekali lagi berhimpun dan bertemu
dalam majlis santapan malam ini.
Y.bhg prof. dr zulkepli bin buang, dekan hal ehwal pelajar dan dan ahli jawatankuasa pelaksana majlis
makan malam jasamu dikenang.
Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pelajar program ISMP Awal Kanak-Kanak kerana
mengundang saya pada majlis ramah mesra ini.
Aktiviti seperti ini juga akan dapat meningkatkan ikatan persaudaraan antara saudara-saudari dengan
rakan-rakan pasca siswazah yanglain. pada hari-hari biasa kemungkinan kita sentiasa sibuk dengan
tugasan yang diberikan dan tidak dapat bertemu atau bertanya khabar kerana menumpukan perhatian
terhadap pengajian dan pembelajaran yang ada. namun dengan adanya aktiviti seperti ini kita dapat
bertanya khabar dan saling bertukar pandangan tidak sahaja dalam aspek akademik tetapi juga dalam
kehidupan seharian.
Suka saya selitkan di sini sebagai mahasiswa, setiap pelajar mestilah menganggap penganjuran program
ini bukan sekadar membuang masa sebaliknya saya amat berharap agar anda semua menjadikan
pengalaman untuk menyertai program seumpama ini sebagai peluang yang mungkin tidak dapat
diperolehi di masa akan datang sekali gus terus bersemangat menjadi lebih baik dari sehari ke sehari.
Akhir kata, saya mengucapkan berbanyak terima kasih kerana menjemput saya ke majlis ini. Saya
berharap saudara-saudari memperolehi kejayaan dan bergelar graduan pasca siswazah sama ada pada
peringkat sarjana dan doktor falsafah. dengan ilmu yang diperolehi itu, saya mendoakan kejayaan saudara
saudari dalam bidang kerjaya dan kehidupan masing-masing.

Tenang-tenang air di laut,


sampan kolek mudik ke tanjung,
hati terkenang mulut menyebut
budi yang baik rasa nak junjung
sekian, terima kasih
wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai