Anda di halaman 1dari 3

Sekolah Menengah Kebangsaan Prai

Majlis Pelancaran Bulan Bahasa dan Sejam Bahasa Melayu

Teks Ucapan Tuan Pengetua


Pn. Vijayaletchumi a/p Vairavan
Terima kasih kepada saudara/ saudari pengerusi majlis.

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan atas kurnia-Nya, kita dapat


berkumpul pada pagi ini bagi menyempurnakan Majlis Pelancaran Bulan
Bahasa dan Sejam Bahasa Melayu
Selamat sejahtera, salam satu Malaysia.
Yang Berusaha, Chandramohan A/L Muthiah (PK Pentadbiran SMK Prai )
En. Zaharin Bin Abdul Aziz (PK HEM SMK Prai), En. Hasnizal Bin Hassan
(PK KOKO SMK Prai), Barisan Guru Kanan, Guru-guru, murid-murid yang
dikasihi sekalian.

Pertamanya marilah kita bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah


dan kurnia-Nya dapat kita berkumpul di sini pada hari ini dalam keadaan
yang aman, damai dan ceria. Seterusnya saya ingin mengucapkan tahniah
dan syabas kepada guru-guru dan murid-murid yang terlibat dalam
menjayakan majlis kita pada pagi ini.

Pada pagi ini kita akan melancarkan 2 dalam 1 iaitu Bulan Bahasa Dan
Sejam Bahasa Melayu. Program ini mempunyai matlamat akhir yang sama
iaitu untuk melahirkan murid yang rajin membaca, mencintai bahasa
Melayu, iaitu bahasa kebangsaan Malaysia dan melahirkan insan yang
berkemahiran, berdikari dan yakin pada diri sendiri. Justeru, saya menyeru
guru-guru dan murid-murid berlumba-lumba melibatkan diri secara langsung
dengan program yang telah dirancang. Sesungguhnya, Peribahasa Melayu
ada menyebut Bahasa Jiwa Bangsa dan Membaca Jambatan Ilmu

Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian,

Slogan Bahasa Jiwa Bangsa menjelaskan betapa pentingnya sesuatu


Bahasa kepada Masyarakat itu kerana setiap kata yang keluar daripada
lidah kita melambangkan keperibadian kita. Oleh itu, saya menyeru kepada
semua warga SMK Prai untuk menuturkan Bahasa yang elok-elok untuk
membawa keperibadian kita dan mengangkat martabat diri kita.

Program ini bertujuan Memberi motivasi, galakan dan kesedaran kepada


pelajar agar minat mereka bertambah terhadap bidang bahasa serta melatih
pelajar lebih kreatif, Seterusnya mencapai keputusan yang cemerlang.
Selain itu juga, Program Bulan Bahasa dapat mencungkil bakat murid-murid
melalui aktiviti yang dijalankan. Murid-murid dapat mengembangkan dan
meningkatkan daya intelek serta pemikiran rasional, kritis dan kreatif.
Menanamkan minat murid-murid supaya beradab dan berbahasa.
Hal ini juga dapat memberi kesedaran tentang kepentingan Bahasa.
Sifat suka membaca ialah satu amalan mulia dan seharusnya dijadikan
budaya seumur hidup. Membaca adalah langkah untuk menimba ilmu,
memperkaya maklumat, ilmu pengetahuan dan kebolehan dalam pelbagai
bidang. Dalam erti kata yang lain, melalui membaca kita boleh mendidik diri
sendiri dalam pelbagai aspek ilmu pengetahuan dan maklumat,
membolehkan kita mempertingkat taraf hidup, mampu berdaya saing dan
bergerak maju dalam dunia kini yang semakin mencabar dan berteknologi
tinggi. Rakyat yang suka membaca merupakan aset kerajaan yang tidak
tehingga nilainya kerana kehidupan hari esok banyak bergantung kepada
apa yang kita pelajari pada hari ini.

Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian,


Untuk pengetahuan semua, Program ini akan melibatkan hampir semua
panitia dalam bidang Bahasa dan beberapa aktiviti dan pertandingan akan
dijalankan dalam memeriahkan program ini lagi. Pelbagai pertandingan
yang menarik yelah dipertandingkan dalam Panitia Bahasa Melayu, Panitia
Bahasa Inggeris, Panitia Bahasa Cina dan Panitia Bahasa Tamil.

Harapan saya agar semua guru dan murid-murid akan mengambil bahagian
dalam aktiviti yang dipertandingkan kerana hadiah yang menarik dan sijil
akan diberikan kepada pemenang.
Akhir kata saya ingin memetik kata-kata Imam Al-Ghazali buat renungan
dan panduan kita semua,
“Sesungguhnya hati manusia itu mati, kecuali mereka yang berilmu,
“Sesungguhnya mereka yang berilmu itu lena kecuali mereka yang
beramal,”
“Sesungguhnya mereka yang beramal itu tertipu kecuali mereka yang
ikhlas.”

Marilah kita sama-sama menghayatinya”

saya merasmikan Bulan Bahasa dan Sejam Bahasa Melayu


Sekian Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai