Anda di halaman 1dari 7

Teks pengacaraan

Majlis Pelancaran Nilam, Bulan Bahasa Dan Kesusasteraan Serta Kedai


Buku Al-Fateh 2018

SMK PEKAN BARU MUAR

Tentatif
Bacaan doa - Wakil pelajar

Nyanyian - Bangsa negeri johor


dua buah - Lagu negaraku
lagu

- Wakil pelajar
Bacaan ikrar
- Guru bertugas minggu lepas
Laporan
guru
bertugas

Salutasi Indah berbalam si awan petang,


berarak di celah pepohon ara;
pemanis kalam selamat datang,
awal bismillah pembuka bicara.

Ke pekan kuala membeli bingka,


sayang pesanan terlupa sudah;
majlis bermula tirai dibuka,
dengan alunan madah yang indah.

Yang berusaha Encik Zainudin bin Kusnin,


Pengetua SMK Pekan Baru Muar,
Yang dihormati, Tuan Haji Razak bin Leman,
Guru Penolong Kanan Akademik,
yangdihormati, Puan Hajah Habsah binti Maan,
Guru penolong kanan hal ehwal murid,
Yang dihormati Encik Mokhtar Sani Bin Sulaiman,
Guru penolong kanan kokurikulum,
Yang dihormati, Encik Mohd Ikramfadhly Bin Mohd Rafdi
Guru penolong kanan tingkatan enam,
Yang dihormati, Encik Ariffin Bin Idris,
Guru penolong kanan pendidikan khas,
Yang dihormati,
Ketua-ketua bidang, guru-guru cemerlang,
Guru-guru yang berdedikasi, para pelajar dan hadirin sekalian.

Assalamualaikum wbt..
Salam sejahtera dan salam muafakat johor...

Penyampaia Majlis kita pada hari ini akan dimulakan dengan penyampaian
watikah kepada pengawas pusat sumber sekolah smk pekan baru
n watikah
muar bagi tahun 2018.
PSS Smk
Dengan itu, majlis mempersilakan
Pekan Baru
Muar 2018 Yang berusaha, Encik Zainudin Bin Kusnin

Dengan diiringi oleh

Tuan Haji Abdul Razak Bin Leman,

Bagi menyempurnakan majlis.

Dipersilakan.

(rujuk lampiran penerima watikah)

Terima kasih kepada yang berusaha, Encik Zainudin bin


Kusnin dan Tuan Haji Abdul Razak bin Leman,
Di atas penyampaian watikah sebentar tadi.

Pelancaran Pohon seroja di dalam taman,


NILAM jadi idaman si anak rusa,
marilah anakanda marilah teman,
2018
kita membaca sepanjang masa

Hadirin yang dihormati,


Nilam (nadi ilmu amalan membaca) merupakan satu usaha
kementerian pelajaran malaysia untuk membina tabiat membaca
dalam kalangan murid dengan hasrat mewujudkan masyarakat
malaysia yang cintakan budaya membaca dan budaya ilmu.
Program ini juga merupakan penggabungan atau adunan semua
aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah
dengan memberikan pengiktirafan yang sesuai. Program ini
merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah-masalah
yang menghalang penyuburan tabiat membaca dalam kalangan
warga sekolah.

Pada tahun 2018, objektif nilam ditambahbaik bagi memberi


impak yang lebih baik kepada program nilam itu sendiri. Antara
objektif nilam 2018 ialah:
A. Melestarikan budaya pembacaan berkualiti, membantu
proses pencarian ilmu pengetahuan, membina kemahiran,
penguasaan literasi maklumat dan digital sepanjang hayat
B. Menyediakan murid malaysia untuk menjawab soalan yang
menguji pemikiran aras tinggi (kbat) yang menguji
keupayaan menaakul, membuat refleksi, dan menilai
melalui aktiviti pengayaan
C. Menggalakkan pelibatan semua warga sekolah dalam
pelaksanaan program dan aktiviti membaca merentasi
kurikulum dan
D. Menggalakkan pelibatan masyarakat/komuniti setempat/
pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan

Beberapa perubahan juga dilakukan khususnya dari segi kategori


bahan bacaan yang pelbagai dan lebih banyak lagi pilihan bahan
pembacaan yang akan menggalakkan lebih ramai golongan
pembaca yang terlibat dalam program nilam.

Penyampaia Majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah tokoh nilam


n anugerah peringkat sekolah bagi tahun 2018.
nilam 2018
Dengan itu, majlis sekali lagi dengan sukacitanya menjemput,

Yang berusaha,
Encik Zainudin bin Kusnin,

Dengan diringi oleh


Puan Hajah Habsah binti Maan,

Bagi menyampaikan
Anugerah tokoh NILAM peringkat SMK Pekan Baru Muar bagi
tahun ini.

Dipersilakan tuan,

Bagi anugerah tokoh nilam bahasa melayu,


Majlis mempersilakan
_____________________________________________
(5 sains agama)

Anugerah tokoh nilam bahasa inggeris,


Dipersilakan
_____________________________________________________
__
(5 sains agama)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada puan pengetua di atas


penyampaian anugerah sebentar tadi

Bulan Guru-guru dan pelajar yang dikasihi sekalian,


bahasa
Kerja sepakat membawa berkat , sederap melangkah menjana
kecemerlangan.  Dua ungkapan indah ini menjadi api semangat
membakar empat panitia  yang bernaung di bawah panitia bahasa
untuk bersama-sama berganding bahu, dan menggembleng tenaga 
menyubur  usaha  dengan mengadakan pelbagai aktiviti
koakademik di peringkat sekolah.

Panitia bahasa melayu, panitia kesusateraan melayu, panitia 


bahasa inggeris dan panitia bahasa arab  seia sekata dalam
menggerakkan aktiviti tahun ini untuk mendepani pelbagai
cabaran baru dunia teknologi maklumat generasi pada masa
sekarang. Impian  dan harapan panitia, semoga  ke empat-empat
bidang bahasa ini terus bernafas merentas tuntutan era baru.

Panitia bahasa melayu:

Antara aktivti-aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan bahasa


ialah:-

 Pertandingan penulisan kreatif


 Pertandingan mendeklamasikan sajak dan melagukan syair
 Pertandingan forum remaja dan pidato

panitia bahasa inggeris – puan ida haryani binti ideris

Panitia bahasa arab - puan zahanifa binti rohan

Ucapan
Perasmian Selasih mekar di tengah desa
Mencelah sama kembang melati
Bahasa kebangsaan jiwa bangsa
Perpaduan disemai bersatu hati

Melilit rotan di dahan ara


Di celah angsana mekar sekata
Ucapan alu-aluan pembuka bicara
Ketua pentadbir bermadah kata

Rakan-rakan guru dan para pelajar yang dikasihi.

Pihak majlis dengan hormatnya mempersilakan


Yang berusaha
Encik Zainudin bin Kusnin,
Pengetua, SMK PEKAN BARU MUAR
Untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya melancarkan
program nilam, Kedai Buku AlFateh dan program bulan bahasa
bagi tahun 2018.

Dipersilakan...

Gimik Drone Pembawa Kunci


Pelancaran
Guru-guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian,
Sedikit informasi tentang program sahabat nilam anjuran pusat
sumber sekolah...

Program sahabat PSS merupakan salah satu kempen untuk


mendapatkan sumbangan melalui media digital, pengumuman
perhimpunan dan juga brosur.

Sumbangan boleh dilakukan sama ada berbentuk wang tunai,


koleksi buku atau bantuan khidmat tenaga dan nasihat. Sumbangan
tersebut akan digunakn untuk menambah koleksi bahan, prasarana,
keceriaan dan lain-lain lagi mengikut keperluan.

Dan sebagai penghargaan terhadap sumbangan yg diberikan, para


penyumbang akan dpt sebuah mangga untuk diabadikan pada
monumen sahabat pss yg disediakan.

Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila kunjungi perpustakaan al


fateh atau daripada pengawas perpustakaan kelas masing-masing.

Persembaha Sebelum majlis berlabuh tirai, sebelum titik bertemu noktah,


n majlis akan diserikan dengan persembahan 4 Sains Agama.
Para pelajar ini telah mendapat bimbingan daripada Puan
Nurshimah binti Mohamed Radzi.

Majlis mempersilakan.
Penutup - Lagu sekolah

Pihak majlis merakam setinggi-tinggi penghargaan atas


persembahan yang telah disampaikan.

Majlis kita sampai ke penghujungnya.

Yang kurik itu kendi


Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Jejaran mengkudu bias kesuma


Dicelah angsana di kuala sedeli
Akhir di sini noktah bersama
Di lain masa bersua kembali

Sekian, wassalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai