Anda di halaman 1dari 4

Teks pengacara majlis pelancaran Program NILAM 2020

Bissmillahirrahmanirahim /

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera pemula bicara

Yang Berusaha,
Pn Norhanis bt Ya’acob
Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Yang dihormati,
Pn Rosmah bt Lamat,
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Yang dihormati
Encik Abdul Rahim b Mohd Zaini,
Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

Guru-guru yang disayangi dan rakan pelajar yang dikasihi sekalian.

Bersyukur kita kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnia serta perkenannya maka dapat kita
bersama-sama berkumpul pada pagi ini bagi memeriahkah majlis pelancaran program Dekad
Membaca dan NILAM Nafas Baharu peringkat Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(3)
bagi Tahun 2020.

Hadirin yg dimuliakan,

Program NILAM NAFAS BAHARU merupakan usaha kementerian pelajaran Malaysia yang
bermatlamatkan membina tabiat membaca dalam kalangan murid dari sekolah rendah sehingga
Pra Universiti Rasional program ini untuk memastikan budaya cintakan ilmu berjaya dipupuk
dalam kalangan semua lapisan masyarakat terutamanya bilangan murid selaras dengan hala tuju
kerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang kaya bermaklumat. Ini kerana membaca adalah
asas kepada kecemerlangan seseorang.

Bagi Tahun 2020,data rekod bacaan NILAM murid-murid akan disimpan didalam fail mengikut
kelas di Pusat Sumber Sekolah. Sekiranya anda ingin merekod bacaan anda, perlulah dibawah
pengetahuan guru yang membawa anda ke PSS bagi sesi persekolahan atau dengan bantuan guru
PSS diluar waktu persekolahan.

Bunga melur dalam jambangan,

Di tepi kolam menjadi hiasan.

Kucipta pantun buat renungan,

Semarak Nilam empunya wawasan.


Hadirin sekalian,

Bagi menyempurnakan majlis kita pada pagi ini, majlis diteruskan dengan menjemput yang
berusaha , Puan Norhanis bt Ya’acob, Guru Penolong Kanan Pentadbiran untuk menyampaikan
ucapan sempena majlis pelancaran program Dekad Membaca dan NILAM Nafas Baharu bagi
tahun 2020 peringkat sekolah, seterusnya merasmikan majlis. Dengan segala hormatnya majlis
mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada yang berusaha , Puan Norhanis binti Ya’acob ,atas ucapan
perasmian itu tadi.

Mari kita sama -sama menyaksikan gimik pelancaran Program Dekad Membaca dan NILAM
Nafas Baharu bagi Tahun 2020 peringkat sekolah, majlis mempersilakan Pn Rosmah binti Lamat
untuk menjemput dan mengiringi Puan Norhanis binti Ya’acob, untuk menyempurnakan Gimik
Pelancaran perasmian.

*Pn Norhanis dan Pn Rosmah beserta Maskot turun untuk GIMIK.

Gimik Perasmian

*PANTUN

Mekar sejambak bunga gubahan,

Jatuh sekuntum di atas peti,

Membaca itu suruhan Tuhan,

Al-alaq diturun menjadi bukti.

Cerana kesumba indah melati,

Cantik tersemat dambaan puteri,

Ilmu ditimba sepenuh hati,

Kekuatan umat minda bestari.

Majlis mengucap terima kasih kepada Puan Norhanis binti Ya’acob dan semua barisan pentadbir
atas kesudian menyempurnakan gimik pelancaran.
Penyerahan Buku daripada wakil Blink Books dan Fail NILAM kepada Penyelaras Kelas

Hadirin yang dihormati,

Majlis diteruskan lagi dengan penyerahan buku daripada wakil syarikat Blink Books.

Dipersilakan Puan Horhanis binti Ya’acob untuk menerima buku dari .

Pihak Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(3) mengucapkan jutaan terima
kasih atas sumbangan buku dari Pihak Blink Books. Semoga ianya memberi manfaat kepada
seluruh warga sekolah.

Hadirin yang dihormati,

Majlis diteruskan lagi dengan penyerahan Fail NILAM kepada Penyelaras Tahun. Dipersilakan
Pn Norhanis untuk menyerahkan Fail kepada

Penyelaras Tahun 1: En Mohd Sollehhudin b Abd Raub

Penyelaras Tahun 2:Pn Amirah bt Mohd Azmi

Penyelaras Tahun 3:Pn Amirah Azni bt Ramli

Penyelaras Tahun 4:Cik Diana Ank John Nyanggau

Penyelaras Tahun 5:Ust Syed Hassan b Saed Hashim

Penyelaras Tahun 6:Pn Nazilawati bt Mat Kassim

Hadirin sekalian,sempurnalah sudah Majlis Pelancaran Program Dekad Membaca dan NILAM
Nafas Baharu peringkat SKPP 11(3) bagi Tahun 2020.Sebelum mengakhiri majls,guru-guru dan
murid-murid diminta berdiri untuk menyanyikan lagu NILAM bersama-sama.

*PANTUN

Kalau ada sumur di lading,

Bolehlah saya menumpang mandi.

Kalau ada umur yang panjang,

Boleh kita bertemu lagi.

Sekian,
Wabillahi taufik wahidayah.wassalamualaikum wbt

Majlis diserahkan semula majlis kepada guru bertugas.

Anda mungkin juga menyukai