Anda di halaman 1dari 3

Sebelum memulakan majlis, diminta semua murid berada dalam keadaan sedia.

Dari Raub ingin ke Pontian,


Terus pula ke Kuala Perlis,
Harap semua berikan perhatian,
Mohon kami mulakan majlis

Bismillahhirrahmanirrahim..
Alhamdulillah hirabbil alamin.
Wassola tu wassalam,
aala asyrafil anbia iwal mursalin..
saidina Muhammad..
waala aalihi wasohbihi ajmain…

Bissmillahirrahmanirahim pembuka kata.


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera pemula bicara.

Yang berusaha,
Encik A Malek bin Mat
Guru Besar SK Kepayan

Barisan Guru Penolong Kanan,


Encik Muhammad Faizul bin Yusof
Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Cik Rohayah binti Raffae


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Puan Mawar binti Media


Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Guru-guru yang disayangi dan murid-murid yang dikasihi sekalian.


Alhamdulillah, marilah sama-sama kita melafazkan setinggi ucapan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana
dengan Izin Kasih-Nya pada pagi yang barakah ini kita dapat sama-sama berkumpul bagi
melangsungkan Majlis Pelancaran Program Galakan Membaca dan Program NILAM bagi sesi
akademik 2024/2025.

Hadirin hadirat Yang Berbahagia sekalian,


Majlis kita pada pagi yang indah ini dimulakan dengan munajat doa memohon restu berkat dari
Yang Maha Esa.
Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput
__________________________________________
bagi memimpin bacaan doa.
Dengan segala hormatnya,dipersilakan..
Amin Amin Ya Rabbal ‘Alamin..
Semoga dengan bacaan doa itu tadi akan dapatmelancarkan lagi program kita pada hari ini.
Hadirin yang dimuliakan,
Nadi Ilmu Amalan Membaca atau NILAM, merupakan penggabungan atau adunan kesemua
aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang
sesuai. Hasrat, niat serta matlamatnya adalah begitu murni sekali iaitu untuk membudayakan
amalan membaca dalam kalangan murid sekolah dan seterusnya melahirkan generasi murid
yang suka membacadan cintakan ilmu pengetahuan

Makan nasi di tepi bendang,


Bersambal tumis ikan bilis,
Datanglah tuan kami mengundang,
Tampil ke depan merasmi majlis.

Tanpa melengahkan masa lagi,


Majlis menjemput Yang Berusaha Encik A. Malek bin Mat, Guru Besar SK Kepayan untuk
menyampaikan ucapan perasmian dan seterusnya merasmikan Majlis Pelancaran Program Galakan
Membaca dan Program NILAM bagi sesi akademik 2024/2025.
Dengan segala hormatnya Majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Guru Besar di
atas ucapan perasmian itu tadi.
Majlis diteruskan dengan menjemput Tuan Guru Besar bersama barisan Penolong Kanan untuk
merasmikan Majlis Pelancaran Program Galakan Membaca dan Program NILAM bagi sesi akademik
2024/2025.
Ucapan terima kasih kepada Tn.GB selepas memotong reben bunting NILAM.

TAKLIMAT NILAM: DATIN JAHARA

Tinggi sungguh pohon cemara,


Tegak merimbun di tengah kota,
Tersalah, terkasar butir bicara,
Sepuluh jari maaf dipinta.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada AJK pelaksana program, para guru dan para pelajar yang
menjayakan majlis pagi ini.
Sekian,Wabillahi taufik wahidayah.
Wassalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
TAMBAHAN… SEKIRANYA PERLU

Anak-anak murid cemerlang sekalian,


Pastinya ramai yang tertanya-tanya tentang pengiraan pengiktirafan Bintang NILAM.
Pengiraan ini telah mengalami proses tambah baik.
Dengan pengiktirafan Bintang NILAM ini sekaligus dapat meningkatkan markah prestasi PAJSK murid.
Bagi melayakkan murid mendapat
1 BINTANG = 144 – 287
2 BINTANG = 288 – 431
3 BINTANG = 432 – 575
4 BINTANG = 576 – 719
5 BINTANG = 720 ke atas

Sejajar dengan pengiktirafan Bintang NILAM yang disebutkan, Pejabat Pendidikan Daerah Kota
Kinabalu meletakkan KPI iaitu sasaran 100% murid di sekolah membaca sekurang-kurangnya 40 buah
buku dalam tahun semasa. Sekiranya murid ingin mencapai pengiktirafan bintang, maka tanamkanlah
dalam diri supaya sentiasa membaca walau dimana pun jua anda berada.

Guru-guru yang disayangi dan murid yang dikasihi,

Tidak dapat dipisahkan antara buku dan membaca.


Sejarah telah membuktikan ketika penaklukan kota Baghdad oleh tentera monggol, Perpustakaan
Agung Baitul Hikmah yang kaya dengan khazanah ilmu pengetahuan dimusnahkan.
Diriwayatkan Sungai Tigris bertukar warna menjadi hitam akibat banyaknya buku-buku yang dibuang.
Buku mempunyai peranan yang penting dalam mencipta dan merangsang perkembangan ilmiah
dan seterusnya tamadun manusia. Buku sangat berkuasa dan berpengaruh sehinggakan
Napoleon Bonaparte pernah berkata “Aku lebih takut dengan empat orang penulis daripada
seribu senapang”. Kalimah al-Quran yang pertama menekankan kepentingan membaca;“Bacalah,
dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan” (A-Alaq,
96:3-4)
Hal ini jelas sekali mengangkat martabat buku di tempat yang tinggi dalam sejarah tamadun manusia

Anda mungkin juga menyukai