Anda di halaman 1dari 4

Teks PROGRAM SARJANA BUKU

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Pasir Gudang Teguh Bitara.

Yang berusaha Puan Surieyani binti Samsudin Timbalan Pegawai


Pendidikan Daerah Pembelajaran PPD Pasir Gudang, En Husnizar bin
Ahmad , Pemangku Timbalan PPD Pembangunan Murid, barisan SIP+,
barisan SISC+, rakan -rakan pegawai PPD dan AKP Pejabat Pendidikan
Daerah Pasir Gudang.

Kebersamaan kita pada pagi ini bagi menjayakan Program Bulanan PPD
Pasir Gudang iaitu Program Sarjana Buku Pasir Gudang Membaca yang
dianjurkan oleh Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan PPD Pasir
Gudang , Sektor Pembelajaran. Program pada pagi ini adalah salah satu
usaha untuk melahirkan bangsa Malaysia yang mengamalkan budaya
membaca dan mempunyai minda kelas pertama.

Untuk makluman semua program ini akan dlaksanakan setiap hari khamis
secara bergilir – gilir melibatkan pegawai dan AKP di PPD , warga pendidik
Pasir Gudang dan juga murid – murid sekolah daerah Pasir Gudang.

Antara objektif program ini adalah untuk menggalakkan warga PPD, guru
dan murid menjadikan amalan membaca sebagai budaya selain memberi
nilai tambah kepada Kempen Galakan Membaca.

Program Sarjana Buku mendapat namanya dengan merujuk kepada


Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka yang membawa maksud cendiakawan
/ seseorang yang berilmu pengetahuan mendalam dalam sesuatu perkara
dan apabila digabungkan dengan buku memberi maksud seseorang yg
mempunyai pengetahuan meluas tentang buku.

Bertepatan dengan itu, besar harapan kami agar kita semua menjadi warga
membaca dan mempunyai minda kelas pertama.

Tanpa melengahkan masa, saya menjemput Puan Surieyani binti


Samsudin diiringi Puan Rosita binti Manas untuk menyempurnakan
pelancaran Program Sarjana Buku Pasir Gudang Membaca. Dengan
segala hormatnya dipersilakan…

Terima kasih Puan Surieyani.

Dengan termeterainya bingkisan montaj Pelancaran Program Sarjana Buku


Pasir Gudang Membaca membuka tirainya.

Seterusnya, majlis sekali lagi menjemput Puan Surieyani binti Samsudin


utk berkongsi buku kegemaran beliau dalam siri Resensi buku yang
pertama. Dipersilakan puan.

Terima kasih Puan Surieyani atas perkongsian buku beliau sebentar td.
Pastinya buku ini sangat dekat dan istimewa kepada Puan Surieyani
sehingga kita pun dapat merasakan keistimewaan buku ini dan memberi
inspirasi kepada kita semua.
Merujuk kepada kata-kata Buya Hamka seorang ilmuan dan penulis yg
hebat, “Membaca buku yang baik ibarat memberi makanan yang baik
kepada rohani manusia”.

Seterusnya, Puan Surieyani akan membuat 10 cabutan ..ini bukan cabutan


bertuah ye..cabutan ini adalah untuk memilih siapakah dalam kalangan
warga PPD seterusnya yang akan berkongsi buku kegemaran beliau dalam
siri resensi buku seterusnya.

Baik.. Jika Puan Surieyani dah bersedia sila putarkan roda wheel of names
itu sebanyak 10 kali.

Alhamdulillah begitulah nama2 bertuah yang akan berkongsi resensi buku


seterusnya. Jika nama yang telah dipilih tiada mengikut masa yang telah
ditetapkan, nama seterusnya diminta bersedia.

Sebelum kita berakhir, dijemput Puan Rosita binti Manas untuk


menyampaikan sedikit cenderahati kepada Puan Surieyani binti Samsudin
atas kesudian menyempurnakan majlis pada hari ini.

Suka untuk saya ingatkan semua warga PPD Pasir Gudang untuk mengisi
sinopsis pembacaan buku dalam pembelajaran kendiri SPLKPM untuk
menambah mata kredit tahunan.

SEKIAN ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

Membaca , membuka minda, mendidik hati , mentransformasi peribadi.


PROGRAM SARJANA BUKU

DILAKSANAKAN DALAM TEMPOH SEBULAN SEKALI

SETIAP HARI SELASA JAM 10 PAGI

CADANGAN PERUNTUKKAN MASA

Moderator: 5 minit aluan dan pengenalan panel pengulas

Pengulas : 10 minit pertama

Moderator: 5 minit rehat tayangan SAJAK / SYAIR PELAJAR

Pengulas : 10 minit sambung resensi

Moderator : Penutup dan soal jawab

Cadangan Tarikh dan senarai Pengulas Buku

Bilangan Tarikh Pengulas Buku


1 23 Jun 2020
2 21 Julai 2020
3 25 Ogos 2020
4 22 September 2020
5 27 Oktober 2020
6 23 November 2020
7 22 Disember 2020

Anda mungkin juga menyukai