Anda di halaman 1dari 4

Teks pengacara majlis pelancaran Program NILAM

2023

Bissmillahirrahmanirahim /
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera pemula bicara
SALAM MADANI DAN SALAM ABC

Yang Berusaha,
Pn GLENDA ANAK BONIFACE BUNGENG
Guru BESAR SK COMBINED

Yang dihormati,
PUAN ZURRATUL ‘AIN BINTI BUKHARI
Guru Penolong kanan pentadbiran
,
Encik SUAIDI BIN JULAI
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Puan Noraini Binti abdul karim


Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

Puan Hazellina Binti Bolhassan


Penolong kanan pentadbiran murid berkeperluan khas

Guru-guru yang dihormatii dan rakan pelajar yang dikasihi sekalian.

SELAMAT DATANG KE MAJLIS PELANCARAN KEMPEN GALAKAN MEMBACA


DAN PROGRAM NILAM PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2023

Bersyukur kita kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnia serta perkenannya
maka dapat kita bersama-sama berkumpul pada pagi ini bagi memeriahkah
majlis pelancaran Kempn Galakan Membaca dan PROGRAM NILAM Nafas Baharu
peringkat Sekolah Kebangsaan Combined
bagi Tahun 2023.

Hadirin yg dimuliakan, KEMPEN GALAKAN MEMBACA DAN


Program NILAM NAFAS BAHARU INI
merupakan usaha kementerian pelajaran Malaysia yang
bermatlamatkan membina tabiat membaca dalam kalangan murid dari sekolah
rendah sehingga Pra Universiti. Rasional program ini untuk memastikan budaya
cintakan ilmu berjaya dipupuk dalam kalangan semua lapisan masyarakat
terutamanya bilangan murid selaras dengan hala tuju
kerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang kaya bermaklumat.
Ini kerana membaca adalah asas kepada kecemerlangan seseorang.
Bagi Tahun 2023, data rekod bacaan NILAM murid-murid akan disimpan didalam
REKOD BACAAN NILAM untuk memudahkan murid merekod bacaan masing2
bila2 masa dimana jua berada,

Sekiranya anda ingin merekod bacaan anda, perlulah dibawah


pengetahuan guru yang membawa anda ke PSS bagi sesi persekolahan atau
dengan bantuan guru PSS diluar waktu persekolahan.

Bunga melur dalam jambangan,


Di tepi kolam menjadi hiasan.
Pantun dicipta buat renungan,
Semarak Nilam empunya wawasan
.
Hadirin sekalian,
Bagi menyempurnakan majlis kita pada pagi ini, majlis diteruskan dengan
menjemput yang berusaha ,
Puan glenda boniface bungeng
,
Guru Besar Sk combined untuk menyampaikan
ucapan sempena majlis pelancaran kempen galakan membaca dan program
NILAM Nafas Baharu bagi Tahun 2023
peringkat sekolah, seterusnya merasmikan majlis. Dengan segala hormatnya
majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada yang berusaha ,


Puan glenda anak Boniface Bungeng atas ucapan
perasmian itu tadi.

Hadirin sekallian
Mari kita sama -sama menyaksikan gimik
Pelancaran kempen galakan membaca dan Program NILAM
Nafas Baharu bagi Tahun 2023
peringkat sekolah, majlis mempersilakan
Pn zurratul ‘Ain binti Bukhari
untuk menjemput dan mengiringi
Puan Glenda ank boniface bungeng
Bagi menyempurnakan Gimik Pelancaran perasmian.

*Pn GLENDA dan Pn ZURRZTUL ‘AIN beserta Maskot turun untuk GIMIK.
Gimik Perasmian
*PANTUN
Mekar sejambak bunga gubahan,
Jatuh sekuntum di atas peti,
Membaca itu suruhan Tuhan,
Al-alaq diturun menjadi bukti.

Cerana kesumba indah melati,


Cantik tersemat dambaan puteri,
Ilmu ditimba sepenuh hati,
Kekuatan umat minda bestari.

Majlis mengucap terima kasih kepada


Puan Glenda anak Boniface Bungeng dan semua barisan SLT
atas kesudian menyempurnakan gimik pelancaran.

Hadirin yang dihormati,


Majlis diteruskan lagi dengan BACAAN TEKS OLEH ADIK MOHAMMAD FIRAS
(2Z)
Dipersilakan.

Hadirin sekalian,
sempurnalah sudah Majlis Pelancaran KEMPEN GALAKAN MEMBACA DAN
Program NILAM Nafas Baharu peringkat SEKOLAH bagi Tahun 2023

.Sebelum mengakhiri majlIs, Guru-guru dan


murid-murid diminta berdiri untuk menyanyikan lagu NILAM bersama-sama.

*PANTUN
Kalau ada sumur di ladang,
Bolehlah saya menumpang mandi.
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita bertemu lagi.

Sekian,
Wabillahi taufik wahidayah.wassalamualaikum wbt
Majlis diserahkan semula majlis kepada guru bertugas.
Puan Horhanis binti Ya’acob untuk menerima buku dari
_____________________.
Pihak Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(3) mengucapkan
jutaan terima
kasih atas sumbangan buku dari Pihak Blink Books. Semoga ianya memberi
manfaat kepada
seluruh warga sekolah.

Hadirin yang dihormati,


Majlis diteruskan lagi dengan penyerahan Fail NILAM kepada Penyelaras Tahun.
Dipersilakan
Pn Norhanis untuk menyerahkan Fail kepada
Penyelaras Tahun 1: En Mohd Sollehhudin b Abd Raub
Penyelaras Tahun 2:Pn Amirah bt Mohd Azmi
Penyelaras Tahun 3:Pn Amirah Azni bt Ramli
Penyelaras Tahun 4:Cik Diana Ank John Nyanggau
Penyelaras Tahun 5:Ust Syed Hassan b Saed Hashim
Penyelaras Tahun 6:Pn Nazilawati bt Mat Kassim

Anda mungkin juga menyukai