Anda di halaman 1dari 5

UCAPAN ALUAN

Yang Dihormati Pn. Rusmawati binti Hazali, Guru Besar SK Tunku Munawir

Yang Dihormati Pn. Julia binti Othman, PK Pentadbiran

En. Mohd Razman bin Omar, PK Hal Ehwal Murid,

Pn. Shafina binti Mohamma Yusof, PK Kokurikulum

Barisan pendidik, staf dan seterusnya murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh dan salam 1 Malaysia.

Bersyukur kita kehadrat illahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita
berhimpun bersama-sama pada pagi yang berbahagia ini untuk menjayakan
Majlis Perasmian Jom Baca Bersama 10 minit Tahun 2022.

BACAAN DOA

Bunga mawar di atas beca,

Dibawa nyonya ke Tanjung Jati

Tangan ditadah doa dibaca

Semoga majlis sentiasa diberkati

Demi keberkatan dan kesejahteraan majlis pada pagi ini, marilah kita bersama-
sama memohon doa memanjat kesyukuran dengan pimpinan
_________________________.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin amin Ya Rabbil alamin.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada atas bacaan doa itu tadi.
PENGENALAN PROGRAM

Hadirin sekalian,

Program Jom Baca Bersama Untuk 10 minit atau Let’s Read Together 10
Minutes diadakan sempena sambutan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia.

Hari Buku dan Hakcipta Sedunia adalah resolusi daripada Persidangan


Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu
(UNESCO) pada 19 Nov 1995 yang mengisytiharkan bulan April sebagai Hari
Buku.

Program ini diadakan sebagai salah satu Program Galakan Membaca peringkat
kebangsaan bagi tujuan melahirkan masyarakat Malaysia berbudaya membaca
dan berilmu pengetahuan.

Tepat jam 11 pagi, semua individu, pejabat, komuniti adalah dipohon untuk
berhenti sebentar dari melakukan apa jua pekerjaan atau aktiviti untuk
MEMBACA pelbagai bahan bacaan selama 10 minit.

Program ini diharapkan mendorong rakyat Malaysia membaca, dimulai dengan


LANGKAH AWAL selama 10 MINIT.

Ia juga melambangkan sebagai tanda KOMITMEN semua pihak terhadap


kepentingan membaca dalam kehidupan.

PERSEDIAAN PROGRAM

Hadirin sekalian,

Pada hari program akan bermula dengan Bacaan selama 10 Minit yang
bermula pukul 11.00 sehingga 11.10 pagi.
Kemudian, diikuti dengan pengisian bahan bacaan ke dalam buku NILAM
sehingga jam 11.30 pagi.

Mohon warga SK Tunku Munawir bersedia dengan bahan bacaan yang dibawa.
Edaran pinjaman buku secara pukal turut dilaksanakan antara kelas ke kelas.

PERMULAAN PROGRAM

Mohon hadirin bersedia. Program akan bermula sebentar lagi.

(pasang countdown)

Majlis bermula.

TRANSISI KE AKTIVITI NILAM

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan dengan aktiviti pengisian maklumat ke dalam buku NILAM.


Mohon guru membimbing murid dalam aktiviti ini.
PENUTUP

Umpama belayar telah sampai di pelabuhan,

Umpama berkayuh telah sampai di muara,

Umpama berjalan telah sampai di destinasi.

Maka Program Jom Baca Bersama untuk 10 minit ini akan melabuhkan
tirainya.

Majlis sekali lagi merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan majlis
pada hari ini.

Semoga berjumpa lagi pada masa akan datang dalam suasana yang lebih
gilang-gemilang.

Sungguh besar pohon bidara

Tegak merimbun di tengah kota

Andai terkasar butir bicara

Maaf dan ampun juga dipinta.

Sekian dari saya Mohammad Ziyad Farhi & _____________.


Wabillahhitaufiqwalhidayah

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai