Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN MAJLIS PELANCARAN NILAM 2019 DAN

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH NILAM 2018

Terima kasih pengawas bertugas.

Assalamualaikum wbt

Bismiillhairrahmanirrahim

Yang Berusaha __________________ , Tuan Pengetua Maktab Mahmud Kuala Muda.


Yang dihormati, tetamu jemputan kita_______________________________________
_______________________________, Penolong Kanan Pentadbiran,
_______________________________, Guru Penolong Kanan HEM,
_______________________________, Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran,
Guru-guru, pemimpin2 pelajar, dan para pelajar yang dihormati.

Alhamdulillah marilah sama-sama kita panjatkan setinggi-tinggi syukur ke hadrat Illahi,


Tuhan sekalian alam, Tuhan yang maha tinggi dan maha perkasa, kerana dengan limpah
kurnia-Nya, kita diberi luangan waktu dan kesempatan, dianugerahkan kesihatan untuk
bersama-sama berhimpun di Dataran Maktab Mahmud Kuala Muda dalam perhimpunan pada
pagi ini bagi memeriahkah majlis pelancaran program NILAM bagi tahun 2019 peringkat
sekolah.

Saya bagi mewakili pihak sekolah ingin mengalu-alukan kehadiran tetamu jemputan kita
pada hari ini iaitu, wakil daripada syarikat buku NHZ Izara Enterpise. Selamat datang kami
ucapkan dan terima kasih atas kesudian pihak tuan kerana memenuhi jemputan kami.

Hadirin yg dimuliakan, Program NILAM DITAMBAH BAIK merupakan usaha Kementerian


Pelajaran Malaysia yang bertujuan memupuk tabiat membaca dalam kalangan murid dari
sekolah rendah sehingga Pra Universiti. Rasional program ini adalah untuk memastikan
budaya cintakan ilmu berjaya dipupuk dalam kalangan semua lapisan masyarakat.

Selain itu, Kementerian Pelajaran Malaysia juga mengharapkan agar tabiat membaca
yang dipupuk dapat melahirkan rasa cinta akan budaya membaca dan berupaya
menghidupkan budaya ilmu. Budaya ilmu ini adalah satu kesedaran masyarakat untuk terus
membaca dan membaca bagi menambah pengetahuan sedia ada. Bahan bacaan yang boleh
dibaca bukan sahaja berbentuk buku, malah seiring dengan zaman teknologi ini masyarakat
pelajar khususnya boleh menggunakan internet untuk mencari bahan bacaan yang sesuai dan
bermanfaat.

1
Hadirin yang dimuliakan,

Ganjaran dan pengiktirafan terhadap murid-murid yang menjayakan program NILAM


ini selayaknya menjadi pendorong kepada semua untuk berusaha membaca dan
melengkapkan buku NILAM yang telah disediakan. Untuk pengetahuan semua, sekolah juga
akan memberi pengiktirafan yang layak sekiranya pelajar berusaha melaksanakan program ini
melalui buku catatan NILAM.

Guru-guru dan para pelajar yang dihormati,

Bunga melur mekar di jambangan,


Di tepi kolam jadi hiasan,
Kucipta pantun buat renungan,
Semarak Nilam empunya wawasan.

Hadirin yang dihormati, bagi menjelaskan dengan lebih lanjut berkenaan program ini,
saya menjemput Puan Nor Shuhada binti Ahmad Yusuf iaitu guru Pusat Sumber Sekolah
Maktab Mahmud Kuala Muda.
Dipersilakan…

Terima kasih diucapkan kepada Puan Nor Shuhada atas ucapan sebentar tadi.
Semoga dengan penerangan yang diberi boleh menjadi panduan kepada murid-murid untuk
menjayakan program NILAM ini.

Sayap perkasa Si Mergastua,


Mencecah awan, mencari makan,
Tiba masa ucapan pengetua
Aluan kata kami nantikan.

Seterusnya, tanpa melengahkan masa saya ingin menjemput Tuan Pengetua Ustaz Abd Ghani
bin Abidin untuk memberi ucapan sekali gus merasmikan Majlis Pelancaran Nilam Peringkat
Sekolah Maktab Mahmud Kuala Muda bagi tahun 2019.

Dengan segala hormatnya dijemput…….

Sebagai simbolik bagi pelancaran ini dijemput Tuan Pengetua ke meja yang disediakan untuk
memotong kek.
Hadirin sekalian, majlis kita pada hari ini juga turut dimeriahkan dengan kehadiran mascot
Panda yang akan mengiringi Tuan Pengetua untuk upacara memotong kek.

Terima kasih diucapkan kepada………………….

2
Majlis diteruskan dengan penyerahan buku NILAM kepada Guru Tingkatan.
1. Guru tingkatan 1Ihsan:
2. Guru tingkatan 1Ikhlas:
3. Guru tingkatan 2 Ikhlas:
4. Guru tingkatan 2 Ikhlas:
5. Guru tingkatan 3 Ikhlas:
6. Guru tingkatan 3 Ikhlas:
7. Guru tingkatan 4 E1:
8. Guru tingkatan 4 E2:
9. Guru tingkatan 5 E1:
10. Guru tingkatan 5 E2:

Alhamdulillah, selesai sudah majlis pelancaran NILAM peringkat sekolah MMKM.


Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua AJK yang terlibat dalam menjayakan
program pada hari ini.

Semoga bertitik tolak daripada usaha yang dibuat oleh guru-guru ini, dapat membuka peluang
bagi murid-murid menyahut hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia dan pihak sekolah
khususnya dalam menghidupkan budaya membaca dan budaya ilmu.

Tanpa melengahkan masa, saya akan meneruskan acara Penyampaian anugerah NILAM
kepada para murid yang berjaya mencapai tahap terbaik dalam bacaan NILAM bagi tahun
2018. Hadiah yang disediakan adalah berbentuk wang tunai dan sijil.

Untuk pengetahuan semua, murid-murid yang layak mendapat pengiktirafan NILAM ialah
murid-murid yang berjaya membaca buku terbanyak iaitu apabila mencapai 500 mata
ganjaran dan ke atas.

Senarai nama yang mendahului ialah

1. “Sebut nama”

ANUGERAH seterusnya ialah ANUGERAH TOKOH NILAM.


Pelajar ini telah mendapat mata ganjaran sebanyak …….. mata.
Pelajar yang dimaksudkan ialah …………………… dari kelas …………. .
Beliau akan menerima Wang Tunai RM30, sijil dan baucar buku sebanyak RM30 dari NHN
IZARA ENTERPRISE. Baucar tersebut boleh ditebus untuk membeli buku yang dijual pada
hari ini.

Hadirin yang dimuliakan,

3
Sebagai tanda penghargaan kepada tetamu jemputan kita pada hari ini, dijemput tuan
pengetua MMKM diiringi oleh Pn Ahlam binti Samsudin, Penolong Kanan Pentadbiran
untuk menyampaikan sijil penghargaan kepada NHN IZARA ENTERPRISE
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua atas kesudian beliau menyampaikan anugerah
kepada para penerima.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua atas kesudian beliau menyampaikan anugerah
kepada para penerima anugerah.

Demikian tadi berakhirlah majlis penyampaian anugerah kepada murid-murid yang berjaya
menyelesaikan bacaan NILAM dengan mata ganjaran tertinggi bagi tahun 2018.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada para penerima hadiah. Semoga para penerima hadiah
berjaya memberi inspirasi kepada murid-murid lain untuk turut sama mencatat bacaan
NILAM terbaik pada masa akan datang.

Akhir kata daripada saya, ambillah peluang dan ruang yang ada bagi memanfaatkan program
ini agar budaya membaca dapat menjadikan kita sebagai bangsa yang berilmu.

Sebelum majlis berlabuh tirai, sebelum madah bertemu noktah, saya akhiri dengan serangkap
pantun.

Kalau ada jarum yang patah,


Usah disimpan di dalam peti,
Jika ada tutur kata yang salah,
Usah disimpan di dalam hati.

Sekian, Wassalamualaikum Wbt.

Anda mungkin juga menyukai