Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN PERASMIAN

MAJLIS PELANTIKAN PEMIMPIN MURID

SMK SAUJANA IMPIAN SESI 2018

SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

TERIMA KASIH SAUDARA PENGACARA MAJLIS.

Yang dihormati, Puan Massita binti Mohamed Sin,

Tuan Pengetua SMK Saujana Impian

Yang dihormati, Encik ……………………….

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SMK Saujana Impian

Yang dihormati, En. Mohamad Yunus bin Daud,

Guru Penolong Kanan Akademik, SMK Saujana Impian

Yang Dihormati Puan Hajah Siti Noriza binti Samean,

Guru Penolong Kanan HAL EHWAL MURID

Barisan guru kanan mata pelajaran, Kaunselor Sekolah,

Guru-guru, para tetamu jemputan, Para pelajar

Serta Barisan Pemimpin Murid yang diraikan pada pagi ini

1. Tahniah diucapkan kepada barisan pemimpin pelajar atas pemilihan anda


sebagai barisan kepimpinan SMK Saujana Impian. Anda semua selaku
ketua-ketua dari potfolio masing-masing pastinya mempunyai kelebihan
yang tersendiri berbanding rakan-rakan anda yang lain sehingga terpilih
untuk ditauliyahkan dalam majlis yang serba meriah bagi mengiktiraf
peranan dan tanggungjawab anda. Saya yakin para pemimpin yang
diraikan pada pagi ini faham dan tahu akan tujuan utama Majlis Pelantikan
ini diadakan untuk mengiktiraf peranan dan fungsi mereka sebagai
pemimpin kecil yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan tugas
membantu guru dan pentadbir sekolah agar dapat mewujudkan suatu
persekitaran yang lestari dan kondusif. Anda merupakan “mata dan
telinga” bagi memastikan segala peraturan dan disiplin sekolah dapat
dipatuhi oleh semua murid di SMK Saujana Impian.

2. Di sini saya juga merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada barisan
jawatankuasa majlis yang diterajui oleh tuan pengetua sendiri kerana
berjaya mengadakan MAJLIS PELANTIKAN PEMIMPIN MURID SMK
SAUJANA IMPIAN, BAGI SESI 2018. Pastinya majlis sebegini mampu
menyuntik semangat dalam diri para pemimpin murid yang terpilih untuk
melaksanakan tugas mereka dengan jayanya.

3. Yang dihormati, tuan puan dan murid-murid sekalian,


Golongan pelajar hari ini adalah khazanah kepada negara kita kerana
mereka merupakan modal insan yang penting untuk masa depan negara.
Setiap sekolah pasti ingin melahirkan pelajar yang berketrampilan dan
memiliki sahsiah diri yang unggul selaras dengan Falsafah Pendidikan
negara. Kita tidak mahu hanya berjaya melahirkan generasi pelajar yang
cemerlang keintelektualannya, tetapi tempang dari segi sahsiah diri dan jati
diri. Hanya hebat di pentas ilmu, tetapi miskin peribadi. Hal ini
menggambarkan kita gagal dalam membentuk insan kamil dalam kalangan
pelajar. Oleh itu, saya pasti pihak sekolah mengharapkan agar Barisan
Pemimpin murid tahun ini akan benar-benar menjadi role model dan ikon
kepada para pelajar yang lain. Sesungguhnya, dengan kemantapan disiplin
dalam kalangan pelajar diharapkan dapat menjulang prestasi pelajar dalam
bidang akademik.
4. Kepada para pemipin pelajar,
Slogan yang sentiasa kita dengar “Kepimpinan melalui teladan” perlu
diamalkan dalam mematuhi seluruh peraturan, disiplin dan undang-undang
sekolah, demi tujuan akhirnya untuk mencapai misi dan visi sekolah.
Kepada andalah diletakkan segala hasrat untuk melihat keunggulan
kepimpinan murid SMK Saujana Impian. Namun, di sini suka saya
ingatkan kamu, dalam kesibukan melaksanakan tanggungjawab sebagai
pemimpin, perlulah seiring dengan tanggungjawab sebagai pelajar yang
tugas hakiki menuntut ilmu di dalam bilik darjah, kamu perlu bijak
membahagikan masa dalam melaksanakan tugas sebagai pelajar juga
sebagai pemimpin kecil di sekolah. Jadilah insan yang sentiasa berani
menegakkan keadilan dan sentiasa dahaga mencari gali ilmu dari guru-
guru.
Saya sendiri, para guru anda pastinya sentiasa mendoakan kejayaan dan
kecemerlangan kamu.
Dengan ini…

SAYA MERASMIKAN MAJLIS PELANTIKAN PEMIMPIN


MURID SMK SAUJANA IMPIAN BAGI SESI 2018.

saya akhiri ucapan dengan ucapan.. Tahniah dan Selamat Maju Jaya.
Sekian, Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai