Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS


SK BATU UNJUR
2019

1.0 PENDAHULUAN

Kursus Kepimpinan Pengawas 2019 ini merupakan anjuran Unit HEM SK Batu Unjur, Klang.
Program ini merupakan program tahunan yang meletakkan sasarannya adalah pengawas
sekolah.

Usaha mewujudkan pengawas yang berketrampilan dan mempunyai sifat kepimpinan


yang tinggi adalah satu cabaran yang besar terhadap pihak sekolah. Oleh itu, komitmen dan
kerjasama daripada semua pihak iaitu sekolah, ibu bapa masyarakat dan tentunya pelajar itu
sendiri amatlah perlu untuk mewujudkan pengawas yang serba boleh. Sehubungan itu, pihak
sekolah amnya dan Unit HEM SK Batu Unjur, Klang khasnya bertanggungjawab dalam
membina aspek kecemerlangan sahsiah, kepimpinan dan kerohanian pengawas-pengawas ini
di samping mencorakkan generasi yang cemerlang di dalam bidang akademik. Keseimbangan
kecemerlangan seumpama ini pastinya dapat melahirkan pelajar yang benar-benar berkualiti
selaras dengan status mereka sebagai generasi yang akan mengambil alih tampuk
pemerintahan negara pada masa hadapan.

Pengisian program yang tersusun akan membantu pengawas menyedari kepentingan


tanggungjawab mereka sebagai pemimpin di sekolah dan memahami ciri-ciri pemimpin yang
sewajarnya dan diaplikasikan dalam tugasan harian. Justeru itu, adalah diharapkan
penglibatan dan sokongan daripada semua pihak terutama pentadbir Unit HEM SK Batu
Unjur, Klang guru-guru dan pihak PIBG serta pelajar-pelajar sendiri dapat merealisasikan
hasrat yang murni ini.

2.0 RASIONAL

Memandangkan Bidang HEM adalah tulang belakang sekolah, wajar bagi pihak sekolah dan
Unit HEM menjayakan kem kepimpinan ini. Aktiviti kepimpinan dan pengurusan masa adalah
antara aktiviti-aktiviti utama. Melalui aktiviti ini, unsur-unsur asas pembangunan
kemanusiaan dan dipraktikkan secara hands on di mana para peserta dididik dengan sifat
amanah, tanggungjawab, menepati masa, bertoleransi, dan berdisiplin. Mereka juga akan
didedahkan dengan cabaran-cabaran fizikal dan mental yang secara tidak langsung
memantapkan semangat juang dan jati diri masing – masing.

Usaha yang dijalankan ini diharapkan dapat membantu pelajar untuk melengkapkan
diri dengan keyakinan dan kemahiran yang akan memudahkan mereka untuk menunaikan

1
tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh pihak sekolah, dan seterusnya akan
meningkatkan mutu kepimpinan mereka.

3.0 MATLAMAT

Tujuan kursus kepimpinan ini dilaksanakan adalah untuk melahirkan generasi pelajar yang
berwawasan, berketrampilan, mempunyai daya kepimpinan dan jati diri positif yang mampu
menangani masalah dan pancaroba hidup seterusnya.

Melalui aktiviti yang dilaksanakan, adalah diharapkan agar para peserta memupuk
kesedaran dan kefahaman perlunya mengamalkan prinsip – prinsip kepimpinan dan
pengurusan masa, serta membina sahsiah yang berkualiti selari dengan perkembangan
semasa.

4.0 OBJEKTIF

Kursus Kepimpinan Pengawas 2019 ini menetapkan objektif seperti berikut :

1. Menekankan nilai amanah dan tanggungjawab dalam manjalankan tugas.


2. Meningkatkan kemahiran pelajar dalam aspek pengurusan masa.
3. Melatih pelajar bekerjasama antara satu sama lain.
4. Meningkatkan kemahiran komunikasi para peserta.
5. Membina sikap berani dan yakin dalam membuat keputusan semasa manjalani latihan
yang mencabar.

5.0 TARIKH PELAKSANAAN

29 JUN 2019 ( Sabtu )

6.0 TEMPAT PELAKSANAAN

Dataran Terbilang, SK Batu Unjur, Klang

7.0 SASARAN
200 Pengawas SK Batu Unjur, Klang

2
JAWATANKUASA INDUK
KURSUS KEPIMPINAN
2019

Pengerusi : Pn. Badariah Binti Mahfods (GURU BESAR)


Timbalan Pengerusi : En. Ahmad Ubaidillah Bin Hairun (PK HEM)
Naib Pengerusi : Pn. Fauziah Binti Hassan (PK PENTADBIRAN)
Pn. Hjh Zarina Binti Dzulkifli (PK PETANG)
En. Mohd Rizaudin B Md Yaakub (PK KOKURIKULUM)
Pn. Arba’ayah Binti Jailani (PK PENDIDIKAN KHAS)
Penyelaras Program : Pn. Kalaivani A/P Egamulum (GURU B&K)
Ahli Jawatankuasa : Pn. Nurfadillah Binti Abd Hadi
(Guru Pusat Sumber Sekolah)

8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA


Sila lihat lampiran I

9.0 IMPLIKASI KEWANGAN


Sila lihat lampiran II

10.0 TENTATIF PROGRAM


Sila lihat lampiran III

11.0 PENUTUP

3
Semoga program ini berjaya dilaksanakan dan memberi sedikit sebanyak pendedahan dan
pengalaman baru yang berguna kepada para peserta untuk mereka gunakan semasa
menjalankan tugas masing-masing.

……………………………………..
(KALAIVANI A/P EGAMULUM)
Guru Bimbingan & Kaunseling
SK Batu Unjur,,
41200 Klang, Selangor.

Disemak Oleh :

................................................
(AHMAD UBAIDILLAH BIN HAIRUN)
Penolong Kanan (Hal Ehwal Murid),
SK Batu Unjur,
41200 Klang, Selangor.

Disahkan oleh,

……………………………………………
(BADARIAH BINTI MAHFODS)
Guru Besar,
SK Batu Unjur,
41200 Klang, Selangor.

Lampiran II

4
9.1 Anggaran Perbelanjaan
PENDAPATAN PERBELANJAAN
  (RM) (RM)
 
TUNAI (Bayaran Penyertaan RM 10.00 x 200 orang) 2,000.00  
BKK PERDANA (Kokurikulum) 1,000.00  
PCG B&K 1,300.00
200.00

 
     
Bayaran Penceramah   500.00
(Peruntukan Pusat Sumber Sekolah)  
     
Makan & Minum
Makan Tengah Hari (RM 5x200) 1,000.00
(Peruntukkan BKK Perdana (Kokurikulum) 800.00
Sarapan Pagi (RM4 x 200)    
Hamper (RM100 x 3 kumpulan Terbaik) 300.00
 
Banner   100.00
     

Badge Button (200 x RM4.00) 800.00

Peralatan, Bahan & Lain-lain keperluan (RM5 x 200) 1,000.00

     

JUMLAH 4,500.00 4,500.00

Sumber Kewangan :
a)      PCG B&K (Sarapan Pagi) : RM 800.00
b)     BKK PERDANA (KOKURIKULUM) (Makan Tengah Hari) : RM 1,000.00
c) PUSAT SUMBER SEKOLAH : RM 500.00
JUMLAH PERUNTUKKAN KEWANGAN SEKOLAH RM 2,300.00

5
Lampiran II
KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS
TARIKH : 4 MEI 2019
HARI : JUMAAT
TEMPAT : SK TAMAN KLANG UTAMA
Masa 7.30 pagi 8.30 pg 9.00 pg 10.00 pg 10.20 pg 12.00 tgh
Hari – – – – – -
8.30 pagi 9.00 pg 10.00 pg 10.20 pg 12.00 tgh 12.20 tgh
Jumaat Bacaan Pendaftaran Pengenalan Minum Ceramah Motivasi - Kursus Makan Tengah
Jasin Bidang Pagi Kepimpinan Hari
Tugas Pn. Ramlah - PPD Klang

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS


TARIKH : 5 MEI 2019
HARI : SABTU
TEMPAT : SK TAMAN KLANG UTAMA
KENDALIKAN OLEH : KONSULTANT - SUPERB INSAN

Masa 7.30 pagi 8.30 pg 9.00 pg 10.00 pg 10.20 pg 12.00 tgh 12.30 tgh
Hari – – – – – - -
8.30 pagi 10.00 pg 10.00 pg 10.20 pg 12.00 tgh 12.30 tgh 1.00 tgh

Sabtu Pendaftaran Sesi 1 : Awakend The Minum - Refreshment Sesi 2: Superb Refleksi Makan
Giant Pagi Leader Program Tengah Hari
- Taaruf - Kereta Kabel Majlis &
- Aktiviti Ice Breaking - War Game Perasmian Bersurai
- Tangram Penutup
- Nujum Pak Belalang
- Kasih Sayang

1
1

Anda mungkin juga menyukai