Anda di halaman 1dari 2

PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN INTERVENSI OLEH

SEKOLAH BAGI MENINGKATKAN PENGLIBATAN IBU BAPA DAN


KOMUNITI

NAMA SEKOLAH SK BATU UNJUR KOD SEKOLAH BBA0044


PPD KLANG NEGERI SELANGOR
TARIKH 13 OGOS 2018

NAMA PROGRAM : PERKAMPUNGAN ILMU UPSR 2018


JUSTIFIKASI PROGRAM :
Program ini dirancang supaya murid-murid yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini
dapat memupuk matlamat yang jelas demi mencapai kecemerlangan akademik mereka. Dengan
itu, mereka juga dapat mengetahui hala tuju yang ingin dicapai serta langkah-langkah menuju
kecemerlangan.
DESKRIPSI PROGRAM :
a) Tarikh Program : 27 Julai 2018 (Jumaat) & 28 Julai 2018 (Sabtu)
b) Sasaran : Murid-murid Tahun 6
c) Bilangan Peserta : 150 orang murid Tahun 6
d) Skop Program :
 Memupuk matlamat yang jelas dalam kalangan murid demi mencapai kecemerlangan akademik
mereka.
 Melahirkan murid yang tahu hala tuju yang ingin dicapai dan langkah-langkah menuju
kecemerlangan.
 Memastikan murid-murid mempunyai visi dan misi yang selari dengan visi dan misi demi mencapai
kecemerlangan dalam akademik dan sahsiah.
e) Ringkasan Perjalanan Program :
25 Julai 2018 (Jumaat)
Program telah dimulakan dengan pendaftaran peserta pada pukul 3.00 petang. Selepas pendaftaran,
murid-murid mengikuti Study Group sebelum berhenti untuk minum petang dan Solat Asar. Acara
senaman ringan turut diadakan untuk memastikan murid kekal cergas. Pada sebelah malam, slot
motivasi “Jati Diri” telah disampaikan oleh penceramah jemputan. Setelah itu, murid mengikuti bengkel
pecutan akhir bagi mata pelajaran Matematik telah diadakan.
26 Julai 2018 (Sabtu)
Pada hari kedua, para peserta telah memulakan hari dengan aktiviti Qiaimulail, Solat Subuh dan
bersarapan. Selesai bersarapan, para peserta mengikuti pecutan akhir bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris dan Sains. Majlis ini berakhir dengan acara penyampaian hamper yang
disumbangkan oleh Pihak Yayasan Konssan kepada kumpulan terbaik sepanjang majlis ini serta
sijilnya.

ANGGARAN KOS :

PERKARA PERBELANJAAN
Makanan Murid RM 2,700.00
Bahan Cetakan RM 750.00
Cenderahati murid (Button Badge) RM 750.00
Penceramah RM 500.00
Kecemasan RM 100.00
Pengurusan RM 200.00
JUMLAH RM 5,000.00

Sumber Kewangan :
- Yuran Tahun 6 : RM 3,000.00
- PIBG : RM 2,000.00

Disediakan oleh, Cop Sekolah :

….…………………………….
Nama :
Jawatan :

Ulasan Kementerian Pendidikan Malaysia


______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai