Anda di halaman 1dari 2

Latihan Rumusan 1:

Rumuskan punca lambakan barangan tiruan di Malaysia dan langkah


mengatasinya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.
Barang-barang terkenal terutamanya yang berjenama terkenal telah
berada di pasaran tempatan sejak beberapa tahun yang lalu. Gejala ini
berterusan kerana memiliki barangan berjenama terkenal menjadi idaman
kebanyakan orang yang mengutamakan prestij. Namun begitu, bukan semua
orang mampu memiliki barangan yang berjenama kerana harganya yang
mahal. Untuk memenuhi tuntutan kemahuan tersebut, maka segelintir anggota
masyarakat beralih kepada barangan tiruan. Mereka berpendapat mutu
barangan ciplak itu tiada bezanya daripada kualiti barangan asli.
Penimbunan barangan tiruan itu disokong oleh pasaran globalisasi yang
memudahkan barangan berkenaan memasuki negara kita. Barangan tiruan ini
biasanya dibawa masuk melalui pintu sempadan dan pelabuhan dalam dua
bentuk iaitu, separuh siap atau siap sepenuhnya. Barangan separuh siap akan
melalui proses pembungkusan dan pelebelan sebelum memasuki pasaran.
Dengan kemudahamn logistik, barangan ini dapat dihantar oleh pengedar ke
sesuatu destinasi dengan cepat dan mudah. Pertambahan kontena barangan
yang sampai di pelabuhan dan lapangan terbang menjadi satu cabaran
kepada pihak berkuasa untuk mengenalpasti isinya. Keadaan ini bertambah
rumit apabila para pengimport membuat perisytiharan palsu terhadap
barangan itu. Kaedah lain yang digunakan oleh golongan tidak
bertanggungjawab ini antaranya adalah melalui penghantaran cepat dengan
perkhidmatan bas ekspres atau kereta api. Malah kecanggihan teknologi kini
mengizinkan pesanan dan bayaran barangan dibuat melalui talian laman web
yang dilayari oleh pelanggan.
Modus operandi kegiatan pengedaran dan penjualan barangan tiruan
dibuat secara tunai tanpa sebarang resit. Oleh itu, apabila serbuan dibuat ke
atas penjual, maka pembekalnya tidak dapat dikesan. Sekalipun dikenali
pembekalnya namun penjual tidak berani memaklumkannya kepada pihak
berkuasa tentang identiti pembekalnya kerana hal ini membabitkan kegiatan
sindiket dan mengancam nyawa mereka. Bagi para pengguna pula, mereka
sukar membezakan antara barangan tiruan dengan barangan asli. Lebih-lebih
lagi dengan penggunaan mesin canggih yang dapat menghasilkan bahan
tiruan yang hamper menyerupai barangan tulen. Pada masa ini, barangan
tiruan yang paling banyak di pasaran ialah pakaian, makanan, ubat-ubatan,
alat ganti kenderaan, alat komunikasi, cakera optik dan perisian kompeter.
Barangan ini laris di pasaran atas kecenderungan sebahagian pengguna yang
tidak memperdulikan ketulenannya asalkan barangan itu berjenama dan
murah.
Penjualan barangan tiruan kian berleluasa kerana dipayungi oleh sindiket
besar dengan modal yang banyak. Oleh sebab itulah kita dapati sekalipun
barangan itu dirampas hari ini, namun keesokan harinya mereka boleh

beroperasi semula kerana sumbernya mempunyai rangkaian perniagaan besar


yang boleh bertukar ganti dan stok barangan tersebut mungkin berada di
mana-mana sahaja.

Pendahuluan
Petikan membincangkan faktor yang menyebabkan lambakan
barang tiruan di Malaysia kini.
Isi-isi Tersurat
1. Golongan yang tidak berkemampuan ingin memiliki barangan
berjenama dengan memilih barangan tiruan
2. Pasaran globalisasi memudahkan barangan tiruan memasuki
Malaysia
3. Teknologi terkini mengizinkan pesanan dan bayaran dibuat
melalui talian laman web
4. Kegiatan pengedaran barangan tiruan boleh dibuat secara
tunai menyebabkan serbuan dibuat menemui kegagalan.
5. Pengguna sukar membezakan di antara barangan tiruan
dengan barangan asli kerana bentuknya yang hamper sama.
6. Penjualan barangan tiruan dilindungi oleh sindiket besar.
Isi-isi Tersirat
1. Tindakan undang-undang yang tegas dikenakan kepada
semua pihak yang terlibat
2. Masyarakat juga boleh melaporkan jenayah ini kepada pihak
berkuasa tanpa rasa takut.
3. Mengurangkan harga dan mempromosikan barangan buatan
tempatan
Kesimpulan
Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama agar masalah
pengedaran barang-barang tiruan dapat dibanteras.

Anda mungkin juga menyukai