Anda di halaman 1dari 14

UES 3012

KEUSAHAWANAN

FOLIO KEUSHAWANAN

TAHUN 4 SEMESTER 3 TEKNOLOGI PEMBINAAN

NAMA AHLI KUMPULAN


NUR AIN SYAFIKA BINTI MOHAMAD HAMIZAN
NUR EMYLIA FARHANA BINTI MANSOR

NAMA PENSYARAH
CIK NUR NADIRAH BINTI MOHD OSMERA
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT
1 Pengenalan etika
2 Isu 1:barang yang dipesan
tidak sampai ke pengguna
3 Isu 2:Barang yang dibeli
tidak sama seperti di
gambar
4 Isu 3:pengguna barang
tiruan dalam jual beli
5 Isu 4:penipuan dalam
timbangan
7 Isu 5:pengguna duit palsu
dalam jual beli
8 Rujukan
PENGENALAN ETIKA
Etika adalah sebahagian daripada bidang falsafah yang berkaitan dengan kehidupan
yang baik,menjadi orang baik ,melakukan perkara yang betul dapat bergaul dengan orang lain
dan memerlukan perkara yang betul dalam hidup. Ia juga dikatakan ilmu yang
membincangkan berkenaan teori tingkah laku manusia. Etika mempunyai tanggungjawab
menganalisis ,menilai dan mengembangkan norma-norma,kriteria moral bagi menyelesaikan
masalah-masalah moral. Ia juga adalah teori yang berkaitan dengan tindakan,hujah-hujah dan
tujuan yang diarahkan kepada makna sesuatu fizikal manusia tetapi sebagai falsafah nilai
yang mengambil kira tindakan ataupun tingkah laku.

Selain itu,etika bermaksud suatu ukuran dan piawaian yang digunakan bagi
membezakan kelakuan sesorang sama ada baik atau buruk. Perkataan etika juga berasal
daripada perkataan Yunani ethos yang membawa maksud perangai. Dalam perkataan Latin
pula etika ialah dikenali sebagai mores yang bermaksud moral ataupun perangai. Ia juga
didefinisikan sebagai adat atau kebiasaan. Moral lebih sesuai dengan idea-idea umum bagi
diterima pakai dalam Tindakan manusia. Persoalan ini mencakupi perbuatan yang baik dan
wajar berhubung dengan etika. Manakala etika lebih bersifat teori bagi menyelidik ,memikir
dan perbuatan manusia secara universal. Sedangkan moral pula dibentuk oleh etika yang lahir
dengan kelahiran manusia.
Isu 1: BARANG YANG DIPESAN TIDAK SAMPAI KE PENGGUNA.

ULASAN/PENERANGAN:

Penipuan atas talian kini telah meningkat secara mendadak tanpa kita sedari. Penipuan
atas talian ini selalunya terjadi kepada golongan-golongan remaja dan juga warga emas.
Disebabkan kes ini lebih puluhan ribu orang yang telah menjadi magsa penipuan kerana sikap
yang mudah percaya dengan kata-kata manis oleh penipu tersebut.

Penipuan ini dilakukan dalam banyak bentuk seperti penipuan akan memberikan mesej
kepada magsa untuk membayar duit yang berjumlah ribuan ringgit untuk mendapatkan
barangan yang mana hangat dipasaran ataupun sukar untuk didapati di negara sendiri. Selain
itu, terdapat juga kaedah seperti penipuan melalui email yang meminta magsa maklumat kad
kredit untuk membayar barang yang boleh dibeli dengan harga yang sangat murah disbanding
harga pasaran.

Akhir sekali, ketamakan dan kecuaian pengguna sering menyebabkan pengguna menjadi
magsa penipuan. Jika pengguna menerima apa-apa yang mencurigakan, gunakan
kebijaksanaan anda dan jangan lupa untuk menyelidik apabila terdapat keraguan. Kekal
selamat dan jangan menjadi satu lagi tambahan dalam statistic kes penipuan.
CADANGAN:

Antara perkara perlu dilakukan oleh pengguna ialah jangan panik dan bertindak
tegas untuk melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa segera. Tenang dan jangan
bertindak mengikut emosi kerana mereka sering kali mengeksplotasi emosi penerima
panggilan melalui scenario tertentu contohnya seperti;dakwaan pembelian barang atas
talian yang tidak di bayar dan sebagainya.

Pengguna juga perlulah tidak mempercayai sekarang maklumat,walupun benar


seperti nombor ic yang disebutkan oleh pihak pemanggil. Segera semak dengan bank
dan pihak berkenaan untuk pengesahan dan aduan bank. Ini adalah kerana bank dan
pihak berkenaan untuk pengesahan dan aduan. Ini adalah kerana bank jarang
berkomunikasi dengan pelanggan melalui telefon dan selalunya melaui mod surat-
menyurat.

Akhir sekali, pengguna perlu membuat semakan sama ada akaun bank penjual
pernah dilaporkan terbabit dalam penipuan atau sebaliknya. Portal seperti Jabatan
Siasatan Jenayah Komersil, SCAM.MY dan Tipu.my memudahkan pengguna
menyemak segala butiran penjual sebelum membuat transaksi bayaran.
Isu 2 :BARANG YANG DIBELI TIDAK SAMA SEPERTI GAMBAR YANG
DITUJUKKAN

ULASAN/PENERANGAN:

Fenomena e-dagang di Malaysia semakin popular di Malaysia. Keadaan ini turut


meningkatkan penipuan jual beli dalam talian secara mendadak. Pembelian atas talian
kini sering dilakukan oleh para pengguna yang mempunyai kekangan masa untuk
membeli belah dan merasa lebih mudah untuk melakukan aktiviti tersebut secara atas
talian. Melalui aktiviti pembelian secara atas talian ini terdapat banyak manfaat dan
juga masalah yang berlaku.

Antaranya ialah barang yang dipesan tidak sampai kepada pengguna. Ini
merupakan salah satu faktor utama yang menyebabkan bahawa pembelian atas talian
ini mempunyai risiko yang tinggi untuk menjadi magsa yang ditipu.

Perkara ini berlaku adalah disebabkan penggunaan tidak peka dengan produk yang
ingin dibeli dan tidak melakukan kajian terlebih dahulu terhadap penjual produk
tersebut serta pengguna mengambil mudah terhadap pembelian yang dilakukan
sehingga terdapat ramai yang terpedaya dengan penipuan yang dilakukan oleh
pembeli dan ada yang telah ditipu sehingga memcecah puluhan ribu ringgit.
CADANGAN:
Sebelum melakukan sebarang urusan atas talian,indentiti peruncit elektronik berkenaan
perlu dikenal pasti. Pembeli harus perlu memastikan bahawa mereka sedang berurusan
dengan jenama peruncit elektronik yang dikenali sebagai contoh; Zalora dan Lazada .
bagaimanapun untuk menentukan identiti peruncit atas talian yang kurang popular,pembeli
harus mendapatkan nama,nombor pendaftran Syarikat untuk negara pembeli. Butiran
perhubungan yang termasuk e-mel ,alamat pos dan nombor telefon serta petunjuk yang jelas
di mana ibu pejabat syarikat itu terletak.

Selepas mengenal pasti identity sesebuah peruncit elektronik ,pembeli harus memastikan
Syarikat itu mempunyai reputasi yang baik di kalangan pembeli atas talian. Pembeli harus
membaca ulasan pembeli yang pernah berurusan dengan peruncit berkenaan untuk
mengetahui kelebihan serta kelemahan perdagang berkenaan. Jadi, ia adalah penting untuk
mengetahui ulasan berkenaan peruncit atas talian .

Akhir sekali,pengguna hendaklah peka terhadap butir-butir seperti masa,Tarikh, nombor


resit dan pengesahan pesanan perlu direkodkan oleh pembeli sebagai satu bentuk bukti
pembelian.
Isu 3 : PENGGUNAAN BARANG TIRUAN DALAM JUAL BELI

Apa yang dimaksudkan barangan tiruan? Barang membawa maksud benda yang boleh
di jual beli. Tiruan pula bermaksud sesuatu yang tidak asli atau tidak jati. Pada kebiasaannya ,
barang tiruan hampir menyerupai sepenuhnya dengan produk asli dan ini mengakibatkan
pengguna sukar membezakan yang mana tiruan dan yana mana asli. Secara logiknya sesiapa
sahaja dapat mengtafsirkan apa itu definisi barang tiruan.

Pemalsuan barangan dan cetak rompak adalah perbuatan meniru serta menggunakan
barang yang dilindungi oleh undang-undang hak cipta tanpa kebenaran. Perbuatan ini
dikategorikan sebagai satu tindakan mencabul salah satu hak ekslusif pemilik hak cipta asli.
Di Malaysia, terdapat peruntukan undang-undang yang jelas di bawah Akta Perihal Dagangan
1972, jika disabitkan kesalahan, mereka yang menjual produk tiruan boleh dikenakan
hukuman denda RM 100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan
kesalahan.

Di Malaysia, kebanyakan barangan tiruan yang dihasilkan adalah kegunaan harian


pengguna seperti pakaian,kosmetik,ubat-ubatan,barangan elektronikdan lain-lain. Kewujudan
sindiket-sindiket penjual barangan tiruan semakin beleluasa disebabkan oleh permintaan yang
tinggi daripada pengguna. Ini dapat dibuktikan dengan hasil siasatan yang dilakukan oleh
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dianggar
lebih 200 jenama barangan cetak rompak bernilai ratusan juta ringgit diseludup masuk ke
negara ini setiap tahun oleh ‘Lanun Hak Cipta’ (individu yang melakukan proses pemalsuan
barang)

CADANGAN :

Antara cadangan ialah pihak berkuasa yang terlibat seperti Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) perlulah bersama sama pihak
berkuasa lain seperti polis diraja Malaysia, kastam diraja Malaysia dan juga pihak berkuasa
tempatan perlulah mengetatkan lagi rondaan ke atas kawasan pemilik kedai yang mungkin
ingkar dengan menjual barangan tiruan.

Seterusnya, pemilik cap dagang perlulah berkerjasama dengan penguatkuasa supaya


kes kes barangan tiruan ini dapat dibendung.sebagai contoh, pemilik cap dangang perlulah
berbincang dengan pihak KPDNKK supaya jenama jenama anda selamat daripada di ciplak
daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.selain itu,pihak kerajaan perlulah tegas dalam
menangani hal ini dengan menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas untuk hal hak
cipta ini.ini kerana pihak kerajaan juga boleh menambahbaik lagi akta yang sedia ada seperti
Akta Hak Cipta 1987 dan Akta Perihal Dagangan 2011, KPDNKK turut menggunakan
Perintah Perihal Dagangan (Label Barang Tiruan) 2010.

Justeru itu,pihak yang berwajib juga wajar untuk melakukan kempen kesedaran
terhadap barangan tiruan yang paling penting kesedaran ketika di bangku persekolahan lagi
iaitu dengan pendidikan dan latihan supaya menghormati hak cipta intelek di negara kita
ini.sebagai contoh menambahkan tajuk dalam pendidikan sivik iaitu mengenai menghormati
hak cipta seseorang dan lain lain lagi.akhir sekali, pihak KPDNKK perlulah juga menjalinkan
kerjasama dengan agensi agensi lain samada dalam negara ataupun luar negara bagi
membenteras masalah ini daripada melarat.
Isu 4 : PENIPUAN ALAT TIMBANGAN

Berdasarkan artikel di atas penipuan dalam timbangan ini merupakan suatu penipuan
yang selalu digunakkan untuk menipu berat sesuatu timbangan seperti penjual yang menjual
barangan basah seperti sayur sayuran,ikan, ayam dan sebagainya. Alat timbangan juga
memainkan peranan penting bagi penjual penjual yang tidak amanah ini kerana penjual ini
telah mengubahsuaikannya bagi tujuan penipuan. Caranya dengan peniaga peniaga ini
memberatkan timbangan dengan meletakan batu atau benda yang berat didalam penimbang
supaya apabila pembeli membeli sesuatu barang itu tidak sampai 5 kg tetapi penimbang
menunjukan barangan tersebut lebih dari 5kg.

Peniaga ini telah melanggar peraturan dan kedua-duanya boleh didakwa mengikut
Seksyen 17 Akta Timbang dan Sukat 1972 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih
RM5,000 atau empat tahun penjara dan alat timbang boleh dirampas.serta Untuk kesalahan
kedua mengikut Seksyen 14(6) Akta Timbang dan Sukat 1972 kerana menggunakan alat
timbang yang tidak ditentusahkan, boleh didenda RM4,000 atau tiga tahun penjara.
CADANGAN:

Antara cadangan yang perlu untuk membasmi masalah ini ialah pihak berkuasa seperti
kementerian perdangangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan (KPDNKK) perlulah
tegas dalam hal ini dengan mewajibkan hanya penggunaan penimbang digital dan
memastikkan setiap penimbang mempunyai pengesahan iaitu dari metrology corporation
Malaysia (MCM).sebagai contoh perlulah ade pelekat yang menunjukan pengesahan ini serta
boleh ditambahbaik dengan mendaftar setiap no siri penimbang.

Seterusnya, pihak KPDNKK perlulah menempatkan pengawai pengawainya di setiap


pasar pasar yang dirasakan bersesuaian bagi pembeli yang tidak berpuas hati boleh terus
membuat aduan tanpa perlu menunggu serta yang ingin bertanyakan soalan pihak yang
berkaitan juga perlulah berganding bahu untuk membuat kempen kempen kesedaran pada
masyarakat tentang penipuan dalam timbangan ini.

Justeru itu,pihak kerajaan juga perlulah mendenda atau memberikan hukuman yang
lebih berat kepada pesalah pesalah ini supaya jenayah ini boleh dikurangkan dan juga juga
dapat menghapuskan amalan penipuan ini.
Isu 5 : PENGGUNAAN DUIT PALSU DALAM JUAL BELI

Seorang wanita ditahan sekumpulan peniaga selepas dikesan menggunakan wang palsu ketika
membeli barang di tapak ekspo dekat Bandar Seri Jempol, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, suspek berusia 33
tahun sebelum itu membeli pakaian di tapak ekspo pada jam 10.30 malam.Katanya, suspek
dipercayai datang ke ekspo berkenaan dengan seorang rakan yang menunggu di dalam
kenderaan di tempat letak kereta berhampiran ekspo berkenaan.

Suspek membeli pakaian berharga RM40 di sebuah gerai dengan menggunakan


sekeping wang kertas RM100 dan peniaga memulangkan baki sebanyak RM60 kepada
suspek tanpa menyedari duit itu palsu.Kira-kira 30 minit kemudian, datang seorang peniaga
lain bersama suspek ke gerai peniaga berkenaan dan meminta membuat pemeriksaan ke atas
wang RM100 digunakan membeli pakaian.“Hasil pemeriksaan menggunakan mesin
pengimbas wang mendapati wang berkenaan adalah palsu,”suspek kemudian ditahan peniaga
ekspo berkenaan sebelum dibawa ke Balai Polis Bandar Seri Jempol.

Katanya, siasatan polis mendapati suspek memiliki tiga keping wang kertas RM100
yang didakwa diterima hasil jualan telefon bimbitnya.“Suspek turut mengakui menggunakan
wang berkenaan bagi urusan membeli barang lain di tapak ekspo berkenaan. Suspek direman
selama empat hari bermula hari ini sehingga Isnin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen
489C Kanun Keseksaan,”
CADANGAN :

Bagi mengatasi masalah penggunaan wang palsu ini. Ia mempunyai empat cara untuk
mengatasi penggunaan wang palsu. Iaitu rasa dan bezakan kualiti serta ciri-ciri cetakan yang
timbul. Wang kertas yang tulen dicipta menggunakan substrat atau bahan yang bermutu
tinggi. Ini menjadikan unik dan berbeza dengan kertas biasa yang mempunyai cetakan kurang
bermutu serta ciri-ciri keselamatan tiruan. Periksa ciri cetakan timbul yang terdapat pada
potret di wang kertas, angka denominasi dan teks.

Selain itu, pegang dan halakan ke arah cahaya lampu putih. Sekiranya dihalakan kea rah
cahaya, imej samar-samar Potret Yang di-Pertuan Agong Pertama dapat diperhatikan pada
petak kosong di sebelah kiri wang kertas. Potret 3 dimensi DYMM Yang di-Pertuan Agong
pertama kelihatan lebih terang dan nyata jika dibandingkan dengan warna kertas sekitarnya.
Potret ini akan kelihatan tanpa garis-garis yang jelas.

Seterusnya, sengetkan wang kertas untuk melihat perubahan pada jalur holografik dan
benang keselamatan. Kalau ingin melihat benang keselamatan kanta mikro bagi wang kertas
RM 100, wang kertas tersebut perlulah disengetkan di bawah cahaya terang. Benang
keselamatan ini ditenun di permukaan sebelah belakang wang kertas. Semasa dilihat pada
cahaya, benang ini Nampak seperti satu garisan lurus yang kehitaman dengan huruf dan
nombor yang dicetak berulang kali.

Akhir sekali, semak menggunakan kanta pembesar atau lampu sinaran UV, wang kertas
Negara kita Cuma mengandungi 2 elemen warna fluorescent. Sementara itu, teks, logo dan
jalur fiber akan berwarna kemerahan, kekuningan dan kebiruan dibawah pencahayaan UV.
RUJUKAN

Isu 1: https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/131706

Isu 2 : https://apakataorang.com/peniaga-lazada-tipu-pelanggan/

Isu 3 : https://www.bharian.com.my/amp/bhplus-old/2015/12/107275/peniaga-barangan-
tiruan-tak-takut-denda-ciput

Isu 4: https://www.pressreader.com/malaysia/harian-metro/20160913/281754153777860

Isu 5 : https://odisi.my/duit-palsu-orang-ramai-diminta-lebih-berhati-hati-urusan-jual-beli-
secara-cod/

Anda mungkin juga menyukai