Anda di halaman 1dari 18

KOLEJ VOKASIONAL KEMAMAN

KM 6 JALAN AIR PUTIH

24000 KEMAMAN

TERENGGANU DARUL IMAN

UES 3012

KEUSAHAWANAN

TAJUK :

FOLIO INDIVIDU

NAMA : MUHAMMAD IZZARUL HAZEEQ BIN MOHD SALIMAN

NO KAD PENGENALAN : 040617-11-0055

PROGRAM : 2 DIPLOMA TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI

NAMA PENSYARAH : EN.MOHD HAFIZUDDIN BIN YA’AFAR


1.1 Isi Kandungan

BI PERKARA MUKA
L SURAT

1 Isi kandungan 2

2 Pengenalan 3

3 Isu 1 : SCAM PINJAMAN 4-5

4 Isu 2 : BARANG YANG DIBELI TIDAK SAMA SEPERTI GAMBAR 6-7


YANG DIPAMERKAN

5 Isu 3 : PENGGUNAAN DUIT PALSU KETIKA MEMBELI 8-9

6 Isu 4 : TIDAK JUJUR KETIKA MENJUAL 10-11

7 Isu 5 : BARANG TIDAK ORI DIJUAL KEPADA PENGGUNA 12-13

8 Rujukan 14

2BI
3L
4PERKARA M/S
51 ISI KANDUNGAN 1
62 PENGENALAN 2

2
73 ISU 1 : BARANG YANG
DIPESAN TIDAK SAMPAI
KE PENGGUNA 3-4
84 ISU 2 : BARANG YANG
DIBELI TIDAK SAMA
SEPERTI GAMBAR YANG
9DITUNJUKKAN
105-6
115 ISU 3 : PENIPUAN ALAT
TIMBANGAN 7-8
126 ISU 4 : BARANGAN
TIRUAN 9-11
137 ISU 5 : PENGGUNAAN
DUIT PALSU SEMASA JUAL
BELI 12-13
148 RUJUKAN 14
15BI
16L
3
17PERKARA M/S
181 ISI KANDUNGAN 1
192 PENGENALAN 2
203 ISU 1 : BARANG YANG
DIPESAN TIDAK SAMPAI
KE PENGGUNA 3-4
214 ISU 2 : BARANG YANG
DIBELI TIDAK SAMA
SEPERTI GAMBAR YANG
22DITUNJUKKAN
235-6
245 ISU 3 : PENIPUAN ALAT
TIMBANGAN 7-8
256 ISU 4 : BARANGAN
TIRUAN 9-11
267 ISU 5 : PENGGUNAAN
DUIT PALSU SEMASA JUAL
BELI 12-13
4
278 RUJUKAN 14
28BI
29L
30PERKARA M/S
311 ISI KANDUNGAN 1
322 PENGENALAN 2
333 ISU 1 : BARANG YANG
DIPESAN TIDAK SAMPAI
KE PENGGUNA 3-4
344 ISU 2 : BARANG YANG
DIBELI TIDAK SAMA
SEPERTI GAMBAR YANG
35DITUNJUKKAN
365-6
375 ISU 3 : PENIPUAN ALAT
TIMBANGAN 7-8
386 ISU 4 : BARANGAN
TIRUAN 9-11
5
397 ISU 5 : PENGGUNAAN
DUIT PALSU SEMASA JUAL
BELI 12-13
408 RUJUKAN 14
41BI
42L
43PERKARA M/S
441 ISI KANDUNGAN 1
452 PENGENALAN 2
463 ISU 1 : BARANG YANG
DIPESAN TIDAK SAMPAI
KE PENGGUNA 3-4
474 ISU 2 : BARANG YANG
DIBELI TIDAK SAMA
SEPERTI GAMBAR YANG
48DITUNJUKKAN
495-6

6
505 ISU 3 : PENIPUAN ALAT
TIMBANGAN 7-8
516 ISU 4 : BARANGAN
TIRUAN 9-11
527 ISU 5 : PENGGUNAAN
DUIT PALSU SEMASA JUAL
BELI 12-13
538 RUJUKAN 1

PENGENALAN ETIKA

Etika perniagaan adalah prinsip-prinsip moral yang standard kelakuan perniagaan yang
diterima oleh komuniti peniaga dan dunia perniagaan. Ia merupakan satu set nilai dan
peraturan yang merangkumi peraturan yang baik atau buruk di dalam operasi perniagaan.
Pada kebiasaannya pihak kerajaan, orang ramai, pesaing dan individu menentukan apa
yang boleh diterima umum. Sebagai contoh, seorang usahawan yang beretika pada
kebiasaannya adalah seorang yang jujur dan amanah.Pada 8 November 1983, Etika Amalan
Perniagaan Malaysia (EAPM) telah dilancarkan oleh Menteri Perdagangan dan
Perindustrian Malaysia. Etika ini merupakan usaha kerajaan untuk menimbulkan satu
kesedaran di kalangan para peniaga supaya mempunyai tanggungjawab moral dan sosial.

7
Etika ini diwujudkan kerana desakan pergerakan yang menyatakan terhadap peningkatan
berbagai amalan yang tidak sihat, contohnya perkhidmatan yang tidak memuaskan dan
pembaziran barangan dalam pasaran.Etika perniagaan adalah penting kerana ia akan
menyesuaikan perniagaan dengan nilai dan jangkaan masyarakat. Usahawan dan
perniagaan dijangka mematuhi Akta dan Undang-undang tempatan. Selain daripada
peraturan dan akta perniagaan, keputusan beretika dapat menguatkan perhubungan dan
Kepercayaan dalam dunia perniagaan. Keputusan perniagaan yang tidak beretika bukan
sahaja menghilangkan kepercayaan pelanggan tetapi juga melemahkan perniagaan di
kemudian hari kelak.Contoh keadaan perniagaan tang tidak beretika adalah seperti
sesetengah penjual yang mengenakan harga yang berlainan terhadap pelanggan yang
berlainan. Ini biasa berlaku di pasar malam atau kedai runcit. Ini dikatakan kurang beretika
dan dilarang oleh undang-undang.

8
ISU 1 : SCAM PINJAMAN

ULASAN PENERANGAN

Jangan mudah terpedaya dengan maklumat mengenai kadar faedah 0% dan dijamin
kelulusan pinjaman 100% kerana ada scammer yang menyamar menjadi platform pinjaman
dengan menggunakan nama syarikat yang dipercayai untuk menarik mangsa membuat
pinjaman dengan mereka. Scammer akan meminta bayaran pendahuluan atau deposit
kononnya untuk tujuan pemprosesan. Buat pengetahuan anda, tiada pemberi pinjaman
yang sah akan meminta peminjam membayar apa-apa sebelum peminjam menerima
pinjaman.

Selain itu, scammer pinjaman juga akan mendesak anda untuk membuat keputusan dengan
terburu-buru dan anda akan menerima tawaran walaupun tidak memohon pinjaman dari
mana mana. Anda akan menerima panggilan atau emel dari scammer yang mengatakan
bahawa anda layak meminjam dengan kadar faedah yang rendah. Scammer akan
menyasarkan individu yang mempunyai rekod CCRIS & CTOS yang teruk dan yang sangat
memerlukan wang.

9
CADANGAN :

Terlalu banyak kes melibatkan scammer di Malaysia dan biasanya mereka akan mengaku
panggilan berkenaan merupakan wakil dari pihak bank.
Jika anda pernah menggunakan mesin ATM sebelum ini, anda mungkin melihat mesej yang
ada pada skrin seperti amaran dari bank supaya tidak memberikan butiran peribadi anda
melalui telefon. Mungkin saat itu anda terfikir yang tidak semudah itu untuk anda di tipu.
Bila duit gaji dah mula surut, mula lah nak cari duit lebih. Dengar pula ada pinjaman tanpa
kadar faedah 0% atau kelulusan pinjaman yang dijamin, mula lah mata tu bersinar-sinar.

Kalau dah mula rasa terdesak, scammer ini pun dah dapat hidu dah ‘bau’ anda. Dorang
akan mula mencari mangsa. Mereka akan menyamar sebagai salah seorang daripada
institusi kewangan atau platform pinjaman kewangan peribadi.

Selalunya mangsa scam pinjaman online ini daripada anda yang mempunyai rekod CCRIS
atau CTOS yang tidak baik dan yang terdesak memerlukan wang tunai. Anda jangan tertipu
okay

10
ISU 2 : BARANG YANG DIBELI TIDAK SAMA SEPERTI GAMBAR YANG DIPAMERKAN

ULASAN PENERANGAN :

Fenomena e-dagang di Malaysia semakin popular di Malaysia. Keadaan ini turut


meningkatkan penipuan jual beli dalam talian secara mendadak. Pembelian atas talian kini
sering dilakukan oleh para pengguna yang mempunyai kekangan masa untuk membeli
belah dan merasa lebih mudah untuk melakukan aktiviti tersebut secara atas talian. Melalui
aktiviti pembelian secara atas talian ini terdapat banyak manfaat dan juga masalah yang
berlaku.

Antaranya ialah barang yang dipesan tidak sampai kepada pengguna. Ini merupakan salah
satu faktor utama yang menyebabkan bahawa pembelian atas talian ini mempunyai risiko
yang tinggi untuk menjadi mangsa yang di

Perkara ini berlaku adalah disebabkan pengguna tidak peka dengan produk yang ingin dibeli
dan tidak melakukan kajian terlebih dahulu terhadap penjual produk tersebut serta
pengguna mengambil mudah terhadap pembelian yang dilakukan sehingga terdapat ramai
yang terpedaya dengan penipuan yang dilakukan oleh pembeli dan ada yang telah ditipu
sehingga mencecah puluhan ribu ringgit.

11
CADANGAN:

Pada hari ini, kita telah disajikan dengan pelbagai platform atas talian yang menempatkan
sejumlah kedai maya yang menarik. Namun perlaksanaan sistem pada sesebuah platform
sebenarnya banyak memainkan peranan dalam menjadikan urusan jual beli lebih selamat.
Sistem yang berkuasa dapat memberi pengurusan wang yang lebih baik, selain
mengelakkan isu penipuan .

Pada waktu sekarang, ada beberapa buah platform telah menyediakan sistem dompet
tersendiri untuk menguruskan transaksi antara pembeli dan penjual. Perkara ini
membuatkan sesebuah platform ini dikenali sebagai orang tengah kerana mereka
memegang duit pengguna sebelum ia diberikan kepada penjual. Apabila seseorang
pengguna menerima barangan yang dibeli, barulah duit tersebut dilepaskan kepada pihak
yang menjual barangan tersebut

Sebagai contoh di Malaysia, Lazada dan Shopee sedia menyediakan program jaminan
mereka tersendiri untuk mengelakkan kes penipuan berlaku. Program ini menjanjikan
barangan yang dibeli pasti qkan diterima oleh pengguna atau sekiranya tidak, wang pastinya
akan dikembalikan semula. Untuk menjayakan sistem ini, kedua-dua platform ini akan
memegang duit pengguna selepas bayaran dibuat dan penjual hanya akan boleh menerima
duit tersebut selepas barang sampai di tangan pengguna

12
ISU 3 : PENGGUNAAN DUIT PALSU SEMASA MEMBELI

ULASAN/PENERANGAN

Seorang wanita ditahan sekumpulan peniaga selepas dikesan menggunakan wang palsu
ketika membeli barang di tapak ekspo dekat Bandar Seri Jempol, malam tadi.Ketua Polis
Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, suspek berusia 33 tahun sebelum
itu membeli pakaian di tapak ekspo pada jam 10.30 malam.

Katanya, suspek dipercayai datang ke ekspo berkenaan dengan seorang rakan yang
menunggu di dalam kenderaan di tempat letak kereta berhampiran ekspo berkenaan.

"Suspek membeli pakaian berharga RM40 di sebuah gerai dengan menggunakan sekeping
wang kertas RM100 dan peniaga memulangkan baki sebanyak RM60 kepada suspek tanpa
menyedari duit itu palsu.

13
CADANGAN:

Bagi mengatasi masalah penggunaan wang palsu ini. Ia mempunyai empat cara untuk
mengatasi penggunaan wang palsu. Iaitu rasa dan bezakan kualiti serta ciri ciri cetakan
yang timbul.

Wang kertas yang tulen dicipta menggunakan substrat atau bahan yang bermutu tinggi.Ini
menjadikan unik dan berbeza dengan kertas biasa yang mempunyai cetakan kurang
bermutu serta ciri-ciri keselamatan tiruan.

Periksa ciri cetakan timbul yang terdapat pada potret di wang kertas, angka denominasi dan
teks.

Selain itu, pegang dan halakan ke arah cahaya lampu putih. Sekiranya dihalakan kearah
cahaya, imej samar-samar Potret Yang di-Pertuan Agong Pertama dapat diperhatikan pada
petak kosong di sebelah kiri wang kertas.

Potret 3 dimensi DYMM Yang di-Pertuan Agong pertama kelihatan lebih terang dan nyata
jika dibandingkan dengan warna kertas sekitarnya.Potret ini akan kelihatan tanpa garis-garis
yang

Seterusnya, sengetkan wang kertas untuk melihat perubahan pada jalur holografik dan
benang keselamatan. Kalau ingin melihat benang keselamatan kanta mikro bagi wang
kertas RM 100, wang kertas tersebut perlulah disengetkan di bawah cahaya terang.
Benang keselamatan ini ditenun di permukaan sebelah belakang wang kertas. Semasa
dilihat pada cahaya, benang ini Nampak seperti satu garisan lurus yang kehitaman dengan
huruf dan nombor yang dicetak berulang kali.

Akhir sekali, semak menggunakan kanta pembesar atau lampu sinaran UV, wang kertas
Negara kita Cuma mengandungi 2 elemen warna fluorescent. Sementara itu, teks, logo dan
jalur fiber akan berwarna kemerahan, kekuningan dan kebiruan dibawah pencahayaan UV

14
ISU 4 : TIDAK JUJUR KETIKA MENJUAL

ULASAN/PENERANGAN

Segelintir peniaga minuman di bazar Ramadan Senawang dikesan tidak menjual air kelapa
asli sebaliknya menggunakan bahan perisa kelapa untuk mendapatkan keuntungan lebih.
Ketua Perhubungan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Negeri Sembilan, Mohd
Fadil Baharuddin berkata, perkara itu amat dikesali dan setakat ini 10 aduan sudah diterima
pihaknya.

Katanya, harga kelapa muda antara RM3.50 hingga RM4 sebiji menyebabkan peniaga
terpaksa menggunakan bahan perisa bagi menyedapkan air kelapa yang dijual.

“Tindakan itu tidak wajar dan ia amalan tidak sihat dalam perniagaan sekaligus menjejaskan
peniaga lain yang menjual air kelapa asli.“Dalam usaha melariskan jualan dan mengejar
keuntungan, peniaga tidak harus menipu atau menganiaya orang ramai,” katanya

CADANGAN:

Penjual dan pembeli perlu amanah semasa melakukan urusniaga dengan bersikap jujur dan
tidak menipu dalam perniagaan.

Antara contoh amanah seorang peniaga adalah mereka tidak mencampurkan buah-buahan
yang lama dengan yang baharu, kemudian menjualnya pada harga yang sama nilai.

15
ISU 5 : BARANG TIDAK ORI DIJUAL KEPADA PENGGUNA

ULASAN/PENERANGAN :

Apa yang dimaksudkan dengan barangan tiruan? Barang membawa maksud benda yang
boleh di jual beli. Tiruan pula bermaksud sesuatu yang tidak asli atau tidak jati. Pada
kebiasaannya, barang tiruan hampir menyerupai sepenuhnya dengan produk asli dan ini
mengakibatkan pengguna sukar membezakan yang mana tiruan dan yang mana asli.
Secara logiknya sesiapa sahaja dapat mentafsirkan apa itu definisi barangan tiruan.

Pemalsuan barangan dan cetak rompak adalah perbuatan meniru serta menggunakan
barang yang dilindungi oleh undang-undang hak cipta tanpa kebenaran. Perbuatan ini
dikategorikan sebagai satu tindakan mencabul salah satu hak ekslusif pemilik hak cipta asli.
DiMalaysia, terdapat peruntukan undang-undang yang jelas di bawah Akta Perihal
Dagangan1972, jika sabit kesalahan, mereka yang menjual produk tiruan boleh dikenakan
hukuman denda RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit
kesalahan.

16
Di Malaysia, kebanyakan barangan tiruan yang dihasilkan adalah kegunaan harian
pengguna seperti pakaian, kosmetik, ubat-ubatan, barangan elektronik dan lain-lain.
Kewujudan sindiket-sindiket penjual barangan tiruan semakin berleluasa disebabkan oleh
permintaan yang tinggi daripada pengguna. Ini dapat dibuktikan dengan hasil siasatan yang
dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
(KPDNKK) dianggar lebih 200 jenama barangan cetak rompak bernilai ratusan juta ringgit
diseludup masuk ke negara ini setiap tahun oleh ‘Lanun Hak Cipta’ (individu yang
melakukan proses pemalsuan barang)

CADANGAN:

Sebelum membeli, kami mencadangkan agar anda membuat kajian terlebih dahulu produk
yang mahu dibeli dari stor rasmi jenama tersebut, bagi mengetahui harga rasminya.

Selain tiruan, ada juga peniaga yang menjual set import telefon pintar dengan harga
beberapa ratus lebih murah dari set rasmi. Ia adalah produk asli tetapi tidak menikmati
jaminan tempatan seperti set rasmi Malaysia.

Anda boleh menyemak di ruangan jaminan (warranty) untuk mengetahui sama ada ia
dilindungi “Local Manufacturer Warranty” iaitu dijamin pengeluar tempatan.

17
RUJUKAN

https://www.google.com/search?
q=cadangan+untuk+mengelakkan+scam+pinjaman&oq=CADANGAN+UNTUK+MENGELAK
KAN+SCAM+PINJ&aqs=chrome.1.69i57j33i10i160l4j33i10.36364j0j4&sourceid=chrome&ie
=UTF-8#ip=1
https://www.google.com/search?
q=barangan+online+tidak+sama+dalam+gambar&oq=&aqs=chrome.2.35i39i362i524l8.3395
j0j9&sourceid=chrome&ie=UTF-8
https://www.google.com/search?
q=penggunaan+duit+palsu&oq=PENGGUNAAN+DUIT+PAL&aqs=chrome.1.0i512l2j69i57j0i
22i30.11750j1j9&sourceid=chrome&ie=UTF-8
https://www.google.com/search?
q=TIDAK+JUJUR+KETIKA+MENJUAL&oq=TIDAK+JUJUR+KETIKA+MENJUAL&aqs=chro
me..69i57j0i546l5.23490j1j9&sourceid=chrome&ie=UTF-8
https://www.google.com/search?
q=shopee+barang+tidak+ori&oq=BARANG+TIDAK+ORI&aqs=chrome.1.69i57j0i22i30.1134
7j1j9&sourceid=chrome&ie=UTF-8

18

Anda mungkin juga menyukai