Anda di halaman 1dari 15

ETIKA KEUSAHAWANAN

UES 3012

TEKNOLOGI ELEKTRIK
2 DVM DEA

NAMA ANGKA GILIRAN NO. IC


LOUIS RUSSELL HKV0722EA002 041111-12-0103
CALUSTE
MOHAMMAD KURSANI HKV0722EA011 040827-12-0059
BIN SARIPUDDIN
RICKYMIL BIN RAMLI HKV0722EA017 040508-12-0107
SHAFIK BIN ANSAR HKV0722EA018 041221-12-0075
DISEDIAKAN UNTUK PUAN MYRA BINTI LADAMING

1
Isi Kandungan

Bil Perkara M/S


1 Pengenalan 3
2 Definisi Etika Perniagaan 4
3 Prinsip Ketelusan
5-6
 Isu 1 : Penipuan Atas Talian
4 Prinsip Kemudaratan
7-8
 Isu 2 : Menujual Makanan Yang Tamat Tempoh
5 Prinsip Hak Manusia
9 - 10
 Meniaga Di Atas Jalan Raya
6 Prinsip Keadilan
 Isu 4 : Perbandingan Satu Sama Lain 11 - 12

7 Prinsip Autonomi
13 - 14
 Isu 5 : Pemaksaan
8 Rujukan 15

Pengenalan Etika

2
Kemahiran pengurusan yang baik memainkan peranan yang penting dalam
sesebuah organisasi.Namun,perkembangan kemahiran pengurusan sahaja tidak
mencukupi.Tidak kurang pentingnya penekanan yang seimbang diberikan kepada
penerapan dan pengambilan nilai-nilai positif serta beretika.Pengurus-pengurus yang
tidak memperaktikan nilai-nilai kerja yang cemerlang,walaupun mereka mahir dalam
proses pengurusan,memberikan kesan yang yang merugikan organisasi masing-
masing.Justeru itu,setiap pengurus perlu membimbing para pekerjanya bagi
mencapai perkhidmatan yang cemerlang dengan berazam bagi meningkatkan mutu
kerja mereka secara berkerja dengan penuh tanggungjawab,berusaha mengikis
sikap mementingkan diri,berkhidmat dengan penuh kemesraan,berkerjasama
membanteras kelemahan dan berpegang kepada ajaran islam.

Selain itu,etika juga adalah sebahagian daripada bidang falsafah yang


berkaitan dengan kehidupan yang baik,menjadi orang baik, melakukan perkara yang
betul,dapat bergaul dengan orang lain dan memerlukan perkara yang betul dalam
hidup.Ia juga dikatakan ilmu yang membincangkan berkenaan teori tingkah laku
manusia yang dipandang daripada sudut baik dan buruk yang dapat ditentukan oleh
akal manusia.Etika mempunyai tanggungjawab menganalisis,menilai dan
mengembangkan norma-norma,kriteria-kriteria moral bagi menyelesaikan masalah-
masalah moral.Ia juga adalah teori yang berkaitan dengan tindakan,hujah-hujah dan
tujuan yang diarahkan kepada makna sesuatu tindakan.Ia juga dikenali sebagai
falsafah moral yang tidak berkaitan dengan fakta ataupun fizikal manusia tetapi
sebagai falsafah nilai yang mengambil kira tindakan ataupun tingkah laku.

Definisi Etika Perniagaan

3
Etika perniagaan adalah prinsip-prinsip moral yang standard kelakuan perniagaan
yangditerima oleh komuniti peniaga dan dunia perniagaan. Ia merupakan satu set
nilai danperaturan yang merangkumi peraturan yang baik atau buruk di dalam
operasiperniagaan. Pada kebiasaannya pihak kerajaan, orang ramai, pesaing dan
individumenentukan apa yang boleh diterima umum. Sebagai contoh, seorang
usahawan yang beretika pada kebiasaannya adalah seorang yang jujur dan
amanah.Pada 8 November 1983, Etika Amalan Perniagaan Malaysia (EAPM) telah
dilancarkanoleh Menteri Perdagangan dan Perindustrian Malaysia. Etika ini
merupakan usahakerajaan untuk menimbulkan satu kesedaran di kalangan para
peniaga supayamempunyai tanggungjawab moral dan sosial.

Etika ini diwujudkan kerana desakanpergerakan yang menyatakan terhadap


peningkatan berbagai amalan yang tidak sihat,contohnya perkhidmatan yang tidak
memuaskan dan pembaziran barangan dalampasaran.Etika perniagaan adalah
penting kerana ia akan menyesuaikan perniagaan dengan nilaidan jangkaan
masyarakat. Usahawan dan perniagaan dijangka mematuhi Akta danUndang-undang
tempatan.

Selain daripada peraturan dan akta perniagaan, keputusanberetika dapat


menguatkan perhubungan dan Kepercayaan dalam dunia perniagaan.Keputusan
perniagaan yang tidak beretika bukan sahaja menghilangkan kepercayaanpelanggan
tetapi juga melemahkan perniagaan di kemudian hari kelak.

Prinsip Ketelusan

4
Isu 1 : PENIPUAN ATAS TALIAN

Ulasan / Penerangan :

Penipuan atas talian kini meningkat secara mendadak tanpa kita sedari. Penipuan
atas talian ini selalunya terjadi kepada golongan remaja dan juga warga emas.
Disebabkan kes ini lebih puluhan ribu orang yang telah menjadi mangsa penipuan
kerana sikap yang mudah percaya dengan kata-kata manis oleh penipu tersebut.
Jika pengguna menerima apa-apa yang mencurigakan, gunakan kebijaksanaan anda
dan jangan lupa menyelidik apabila terdapat keraguan. Kekal selamat dan jangan
menjadi satu lagi tambahan dalam statistik kes penipuan

Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja laporan berita tidak kira daripada agensi
media mana sekalipun melaporkan isu mengenai penipuan dalam talian. Bermacam-
macam kes penipuan dalam talian yang bertimbun dilaporkan, antaranya Macau
Scam, penipuan pinjaman, pelaburan, Love Scam dan sebagainya

Mangsa yang terpedaya dengan helah ini terdiri pelbagai peringkat umur dan
pekerjaan. Justeru, keadaan ini menyebabkan mangsa terpaksa mengikut kehendak

5
penipu siber dengan memberi maklumat diminta.Sesiapa sahaja boleh menjadi
mangsa dan penting untuk kita ketahui bahawa pihak berkuasa tidak berurusan
melalui panggilan telefon sepertimana dilakukan scammer.

Seharusnya kita lebih berhati-hati dengan tidak memberi maklumat peribadi kepada
individu yang tidak dikenali. Ia penting bagi mengelakkan kita daripada menjadi
mangsa kegiatan tidak bermoral ini.

Cadangan :

Antara perkara yang dilakukan oleh pengguna ialah jangan panik dan bertindak
tegas untuk melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa segera. Tenang dan
jangan bertindak mengikut emosi kerana mereka sering kali mengeksplotasi emosi
penerima panggilan melalui senario-senario tertentu contohnya seperti ; dakwaan
pembelian barang atas talian yang tidak dibayar dan sebagainya.Semakan juga
boleh dilakukan melalui dalam talian dengan menghubungi talian maklumat Jabatan

Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) 013-2111222 serta melalui laman


Facebook Cyber Crime Alert RMT.Langkah ini diambil bagi memudahkan rakyat
memeriksa maklumat penipu siber sebelum membuat sebarang transaksi. Selain itu,
kita juga dapat meminta pandangan atau pendapat terhadap orang lain sebelum
membeli barang atas talian.

Oleh itu, kita sebagai generasi muda perlu saling mendorong antara satu sama lain
dan saling mengingati agar tiada lagi masyarakat yang menjadi korban mereka yang
seterusnya. Bersama kita dapat membendung masalah penipuan atas talian.

Prinsip Kemudaratan

Isu 2 : MENJUAL MAKANAN YANG TAMAT TEMPOH

6
Ulasan / Penerangan :

Berdasarkan gambarajah tersebut, penjual tersebut pura-pura tidak perasan


makanan yang dijual telah tamat tempoh yang menjadi alasan seorang pengurus
pasar raya di daerah Muar, Dalam manjalankan operasi tersebut, sebanyak 237
makanan pek dan bertin yang telah tamat tempoh selain bungkusan rosak atau
kemek serta kesalahan pada label makanan dikesan PKD Muar.

Kebanyakan dari mereka sering memberikan alasan bahawa itu merupakan


kecuaian pekerja hingga menyebabkan makanan telah rosak masih dijual dan
diletakkan di rak. Hasil daripada pemeriksaan yang dijalankan, didapati terdapat
makanan yang telah tamat tempoh masih terus dijual. Alasan pengurus tersebut
adalah beliau telah mengarahkan pekerjanya namun pekerjanya tidak melakukan
semakan pada makanan yang dijual.

Malah,makanan dalam tin yang jelas sudah kemek namun masih diletakkan di rak
jualan. Kita tahu ia sebenarnya trik ini merupakan satu alasan kerana mereka mahu
mengelakkan kerugian berlaku jika makanan yang telah luput tarikh dihapuskan.

Lewat daripada hasil jualan tersebut, kelakuan tersebut dapat memudaratkan


kesihatan masyarakat kerana menjual makanan yang telah tamat tempoh. Hal ini
demikian kita sebagai generasi yang baru perlu membendung permasalahan
tersebut agar tidak berlarutan.

7
Mereka sering beranggapan bahawa makanan tersebut masih boleh dijual kerana
masyarakat sentiasa lalai dalam memeriksa tarikh luput. Hal ini demikian membuat
para peniaga mendapat keuntungan lebih tetapi memudaratkan kesihatan manusia.

Kesan daripada kelakuan tesebut secara tidak langsung meningkatkan jumlah


pesakit terkena keracunan makanan dan mendapat penyakit yang dapat meragut
nyawa.

Cadangan :

Sebagai generasi muda yang berpendidikan, kita tidak boleh membiarkan kesalahan
ini terus berleluasa di negara kita kerana kelakuan tersebut juga merupakan
kelakuan yang dapat menjatuhkan imej negara kita. Tetapi, kita harus mempelajari
dan mengetahui cara mengelakkan dan membendung perkara ini terus berlaku di
negara kita. Terdapat beberapa langkah yang boleh kita terapkan sebelum membeli
belah d pasar.

Antaranya, kita harus memeriksa barang tersebut sebelum membuat pembayaran.


Pemeriksaan bertujuan memastikan makanan yang dibeli adalah selamat dimakan
dan tidak memudaratkan kesihatan. Kita menasihati pengguna supaya memeriksa
terlebih dahulu tarikh luput pada bungkusan makanan dan melihat keadaan fizikal
makanan sebelum membuat pembelian.

Selain itu, kita dapat menerapkan nilai-nilai moral dalam kehidupan kita. Sebagai
contoh ibu bapa boleh mendedahkan dan menanam sikap kejujuran dalam
kehidupan mereka kerana merekalah yang akan menjadi penentuan masa depan di
negara kita. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.

8
Prinsip Hak Manusia

Isu 3 : MENIAGA DI ATAS JALAN RAYA

Ulasan/penerangan:

Berdasarkan gambar rajah diatas, peniaga telah membuka gerai menjual makanan di
jalan raya. Seperti yang kita semua telah maklum, ramai rakyat Malaysia yang
berniaga di gerai-gerai tepi jalan memperoleh sumber rezeki daripada pengguna
jalan raya yang lalu-lalang.

Namun, lokasi yang dipilih oleh peniaga di atas telah menghalang hak pengguna
jalan raya lain untuk menggunakan jalan raya dengan selamat.

Hal ini kerana, gerai tersebut telah menghalang pemandangan pemandu kenderaan
yang hendak keluar dari simpang tersebut untuk melihat kenderaan yang ingin
membelok atau terus dimana hal ini boleh menyebabkan kemalangan jalan raya.

Selain itu, lokasi gerai tersebut juga telah menghalang kenderaan yang ingin
membelok ke simpang tersebut ataupun terus.Mereka berniaga dengan tidak
mengikuti peraturan kerana berniaga di atas jalan raya.

9
Jalan raya merupakan hak manusia bagi pemandu kereta atau penunggang
motorsikal. Mereka juga sering marah akibat daripada kelakuakn peniaga yang
berniaga di atas jalan raya

Hal ini sangat merbahaya bagi pengguna jalan raya serta peniaga tersebut dan boleh
menimbulkan kontroversi atau kesalahfahaman. Kerajaan boleh mengenakan
tindakan atau hukuman terhadap peniaga tersebut atas tindakan mereka yang
melanggar peraturan

Cadangan:

Dalam kita membendung masalah tersebut, kita sebagai masyarakat perlu mengmbil
berat tentang masalah tersebut.

Antara perkara yang boleh dilakukan oleh peniaga adalah berniaga di lokasi yang
tidak menghalang pengguna jalan raya lain seperti bahu jalan dengan ruang yang
cukup jauh daripada jalan raya, di luar rumah ataupun semasa pasar malam
berdekatan dengan rumah kediaman dijalankan.

Pemilihan lokasi yang tepat untuk membuka gerai amat penting untuk mengelakkan
kemalangan jalan raya dan menjaga hak pengguna jalan raya yang lain. Kerajaan
juga telah menyediakan tempat untuk berniaga seperti bangunan, pasar dan tempat-
tempat yang diperbolehkan untuk berniaga

Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan peratus kemalangan dalam
negara kita atas tindakan kita. Kita sebagai masyarakat yang prihatin juga boleh turut
campur tangan dalam menangani masalah tersebut.

Antara tindakan yang boleh diambil oleh masyarakat ialah dengan berbincang atau
memberitahu secara lembut dan menjelaskan kepada mereka tentang kesalahan
berniaga di atas jalan raya. Hal ini demikian juga dapat merapatkan silaturahim
antara kita.

10
Prinsip Keadilan:

Isu 4 : PERBANDINGAN SATU SAMA LAIN

“Seorang pelanggan butik mewah telah mengajar salah seorang pekerja butik
tersebut cara untuk melayan tetamu. Kejadian ini terjadi tatkala pelayan butik itu
melayaninya acuh tidak acuh memandangkan dia dan kawannya hanya berpakaian
biasa.”

Sumber Harian

Ulasan/penerangan:

Ramai pelanggan telah mengadu di media sosial berkenaan layanan pelayan di


kedai yang mereka kunjungi kurang menyenangkan. Beberapa pekerja atau pelayan
terutama sekali di kedai-kedai butik dan berjenama melayan pelanggan berdasarkan
luaran mereka. Contohnya,pekerja tersebut lebih bersikap ramah terhadap
pelanggan yang memakai pakaian yang kelihatan mewah dan berjenama.

Namun ketika melihat pelanggan yang berpakaian sederhana,pekerja tersebut akan


memandang rendah malahan ada yang memperlekehkan pelanggan tersebut.
Kesannya, pelanggan merasa tidak adil kerana tidak semua orang suka memakai
pakaian yang menunjuk-nunjuk.

Terkadang mereka juga melihat dari segi kaum atau jika di negara barat mereka
melihat warna kulit atau mereka juga melihat dari segi agama. Mereka sering
merendahkan atau melayan pelanggan yang bagi mereka mungkin kelihatan miskin.

Hal ini boleh disebut sebagai rasist kerana mereka sudah melakukan ketidakadilan
terhadap mereka. Mereka hanya melayan mereka yang berpakaian kemas atau
mewah.

Mereka sering hiraukan mereka yang hanya berpakaian sederhana atau miskin
kerana mereka hanya memandang seseorang itu dari luarannya. Kita sebagai rakyat
malaysia tidak boleh membiarkan kejadian seperti ini terus berlaku di negara kita.

11
Cadangan:

Kita sebagai rakyat malaysia perlu berganding bahu untuk mengelakkan kejadian
seperti ini terus berlaku di negara kita kerana jika kejadian ini berterusan, maka
rosaklah masa depan generasi muda serta masa depan negara kita.

Perkara yang boleh dilakukan oleh peniaga ialah melayan setiap pelanggan yang
mengunjungi kedai mereka dengan adil tanpa memandang luaran dan pakaian yang
dipakai oleh pelanggan tersebut.

Orang tua juga memainkan peranan penting dalam memantau anak-anak mereka
untuk terus menjaga percakapan dan menghormati satu sama lain tidak kira pangkat,
kaum, agama dan sebagainya agar tidak ditiru oleh generasi muda yang ingin
membuka perniagaan

Pergaulan mereka juga perlu dipantau agar mereka tidak terbawa dengan arus dunia
sekarang yang sering merendahkan atau memperlekehkan antara satu sama lain.

Oleh itu, golongan-golongan tersebut perlu mengambil berat tentang kes tersebut
agar kes ini tidak berulang demi masa depan negara kita.

12
Prinsip Autonomi:

Isu 5 : PEMAKSAAN

“Semalam (28 Februari) tular satu video di media sosial seorang lelaki meminta
agar orang ramai berhati-hati ketika ingin berbelanja di sekitar kawasan Madinah
kerana terdapat segelintir peniaga bertindak agresif memaksa orang membeli
barangnya.”
Sumber Harian

Ulasan/penerangan:

Terdapat beberapa peniaga sering memaksa pelanggan mereka untuk membeli


barangan yang dijual walaupun telah dimaklumkan bahawa mereka tidak ingin
membelinya.

Sikap peniaga yang memaksa pelanggan untuk membeli barang yang dijual
dianggap tidak menghormati hak pelanggan sebagai pembeli. Malahan, segelintir
peniaga berani menambah barang yang tidak diambil oleh pelanggan semasa
pelanggan ingin membayar barang yang hendak dibeli.

Selain itu, beberapa peniaga juga sering memaksa individu yang lalu lintas di luar
kedai mereka untuk masuk ke kedai dan membeli barang walaupun jelas ditolak oleh
pelanggan.

Mereka juga kadang bersikap agresif seperti menggunakan barang tajam untuk
mengugut pelanggan untuk membelinya. Hal ini boleh menyebabkan kes jenayah

Situasi-situasi ini menyebabkan pelanggan terpaksa membeli barang-barang


tersebut tanpa kerelaan hati mereka kerana mereka memaksa untuk membeli barang
jualan mereka

Sepatutnya kita sebagai peniaga harus mengetahui bahawa mereka mempunyai hak
autonomi iaitu hak mereka dalam bebas memilih apa yang mereka mahukan

Hal ini boleh mencetuskan pergaduhan antara peniaga dan pelanggan akibat tidak
puas hati pelanggan kerana merasa di tipu dan terpaksa untuk membeli barang yang
tidak diminat.

13
Cadangan:

Peniaga haruslah menghormati keputusan pelanggan sama ada ingin membeli


barang di kedai mereka ataupun tidak. Peniaga tidak seharusnya memaksa
pelanggan untuk membeli barang yang tidak ingin dibeli dengan terus-terus
mendesak pelanggan.

Peniaga juga tidak patut menarik pelanggan untuk masuk ke kedai mereka tanpa
kerelaan pelanggan kerana untuk menarik perhatian pelanggan adalah dengan
kerelaan hati mereka sendiri.

Kes ini boleh dilaporkan kepada pihak polis kerana telah merampas hak autonomi
manusia. Hal ini demikian pihak polis akan memberi tindakakan atau hukuman
terhadap mereka.

Peniaga juga harus mengenal erti sabar dalam melakukan perniagaan. Kita tidak
boleh beranggapan bahawa perniagaan kita harus disukai oleh ramai orang. Dalam
melakukan perniagaan pasti akan ada jatuh dan bangun

Jika pelanggan tidak begitu tertarik dengan barang kita, maka kita harus menjadi
kreatif bagaimana untuk menarik perhatian pelanggan tetapi bukan dengan cara
merampas hak autonomi mereka dengan memaksa mereka untuk membeli barang-
barang kita.

14
RUJUKAN

Bakar, A. A. (2018, Januari 11). Tipu alat timbang, dua peniaga kena tindakan.
Didapatkan dari
Berita Harian: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/01/374062/tipu-alat-
timbangdua-peniaga-kena-tindakan
BANDI, N. A. (2019, Ogos 25). Beli telefon bimbit terpakai guna duit palsu.
Didapatkan dari Sinar Harian:
https://www.sinarharian.com.my/article/44767/BERITA/Jenayah/Belitelefon-bimbit-
terpakai-guna-duit-palsu
Hani, D. (2019, April 15). Peniaga Lazada Tipu Pelanggan? Didapatkan dari
ApaKataOrang:
https://apakataorang.com/peniaga-lazada-tipu-pelanggan/
Kamarudin, F. (2019 , Oktober 8 ). Barangan disyaki jenama tiruan bernilai
RM664,000
dirampas. Didapatkan dari Berita Harian:
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/10/615436/barangan-disyaki-
jenamatiruan-bernilai-rm664000-dirampas
norhayati25. (2018, Februari 12). Cara Kenal Pasti Penipuan Melalui Alat Timbang Di
Pasar.
Didapatkan dari deenamik: https://deenamik.com/blog/2018/02/penipuan-alat-
timbang/
Penipuan Internet Yang Anda Harus Awasi. (2019, DESEMBER 6). Didapatkan dari
Loan
Street: https://loanstreet.com.my/ms/pusat-pembelajaran/cara-mengelakkan-
penipuandalam-talian
Sahadin, S. (2019 , Oktober 7). Langkah Pencegahan Dari Penipuan “Scam” .
Didapatkan dari
Jobstore: https://www.jobstore.com/careers-blog/2019/10/07/langkah-pencegahan-
daripenipuan-scam/
Sekaran, K. (2015, September 28). 4 cara paling selamat membeli-belah atas talian.
Didapatkan dari Astro Awani: http://www.astroawani.com/berita-teknologi/4-cara-
palingselamat-membeli-belah-atas-talian-74751
Zolkiply, Z. I. (2018, Mei 4). Dah 'bank in' RM10,000 tapi 'barang' tak sampai...
Didapatkan dari
Harian Metro: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/05/336558/dah-
bankrm10000-tapi-barang-tak-sampai

15

Anda mungkin juga menyukai