Anda di halaman 1dari 10

KOLEJ VOKASIONAL KUCHING

DIPLOMA TEKNOLOGI AUTOMOTIF

UES 3012 - KEUSAHAWANAN


TAJUK : MENERANGKAN ETIKA DALAM
PELBAGAI ASPEK KEUSAHAWANAN

NAMA MOHAMMAD NAZARUDDIN BIN MOHTAR

KELAS MTA DVM SEM 3

TARIKH 31 JULAI 2023

NAMA
PUAN SUZI ANAK MIHEK
PENSYARAH
ISI KANDUNGAN

isi kandungan Muka surat

PENGENALAN ETIKA 3

ISU PERTAMA 4

ISU KEDUA 5

ISU KETIGA 6

ISU KEEMPAT 7

ISU KELIMA 8

RUJUKAN 9
PENGENALAN ETIKA

Kemahiran pengurusan yang baik memainkan peranan yang penting dalam sesebuah
organisasi.Namun,perkembangan kemahiran pengurusan sahaja tidak mencukupi.Tidak kurang
pentingnya penekanan yang seimbang diberikan kepada penerapan dan pengambilan nilai-nilai
positif serta beretika.Pengurus-pengurus yang tidak memperaktikan nilai-nilai kerja yang
cemerlang,walaupun mereka mahir dalam proses pengurusan,memberikan kesan yang yang
merugikan organisasi masing-masing.Justeru itu,setiap pengurus perlu membimbing para
pekerjanya bagi mencapai perkhidmatan yang cemerlang dengan berazam bagi meningkatkan
mutu kerja mereka secara berkerja dengan penuh tanggungjawab,berusaha mengikis sikap
mementingkan diri,berkhidmat dengan penuh kemesraan,berkerjasama membanteras
kelemahan dan berpegang kepada ajaran islam.

Selain itu,etika juga adalah sebahagian daripada bidang falsafah yang berkaitan dengan
kehidupan yang baik,menjadi orang baik,melakukan perkara yang betul,dapat bergaul dengan
orang lain dan memerlukan perkara yang betul dalam hidup.Ia juga dikatakan ilmu yang
membincangkan berkenaan teori tingkah laku manusia yang dipandang daripada sudut baik
dan buruk yang dapat ditentukan oleh akal manusia.Etika mempunyai tanggungjawab
menganalisis,menilai dan mengembangkan norma-norma,kriteria-kriteria moral bagi
menyelesaikan masalah-masalah moral.Ia juga adalah teori yang berkaitan dengan
tindakan,hujah-hujah dan tujuan yang diarahkan kepada makna sesuatu tindakan.Ia juga
dikenali sebagai falsafah moral yang tidak berkaitan dengan fakta ataupun fizikal manusia
tetapi sebagai falsafah nilai yang mengambil kira tindakan ataupun tingkah laku.

Selain itu juga,etika bermaksud suatu ukuran dan piawaian yang digunakan bagi membezakan
kelakuan seseorang sama ada baik ataupun buruk.Perkataan etika juga berasal daripada
perkataan Yunani ethos yang membawa maksud perangai.Dalam perkataan Latin pula,etika
etika dikenali sebagai mores yang bermaksud moral ataupun perangai.Ia juga didefinisikan
sebagai adat atau kebiasaan.Moral lebih sesuai dengan idea-idea umum bagi diterima pakai
dalam tindakan manusia.Persoalan itu mencakupi perbuatan yang baik dan wajar berhubung
dengan etika.Manakala etika lebih bersifat teori bagi menyelidik,memikir dan
mempertimbangkan perkara yang baik dan buruk.Tegasnya,etika memandang kelakuan dan
perbuatan manusia secara universal.Sedangkan moral pula dibentuk oleh etika yang lahir
dengan kelahiran manusia.

Manakala Definisi pengurusan pula ialah Pengurusan terdiri daripada pengarahan dan
pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih orang atau entiti untuk
tujuan menyeleraskan dan mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu
matlamat. Ia seringnya merangkumi penggunaan sumber-sumber manusia, kewangan, dan
teknologi, serta juga sumber alam semula jadi. Pengurusan juga boleh merujuk kepada
seorang atau sekumpulan orang yang menjalankan fungsi pengurusan.
ISI PERTAMA

Ulasan :
Kaut untung ribuan ringgit sebulan tanpa mempunyai lesen perniagaan sah, itu dilakukan
peniaga haram didominasi warga asing di sekitar Lembah Klang. Tindakan menjual tapas
menyebabkan warga asing kuasai perniagaan secara berluasaan dan polis serbu tempat
kejadian pada waktu malam dan kesemuanya suspek telah dibekas oleh polis telah melakukan
kesalahan meniaga tanpa lesen sah . semua bahan haram telah dibekas untuk menjadi bukti
kesalahan suspek tersebut .

Cadangan :
Kerajaan perlu mengambil tindakan yang tegas untuk mengatasi masalah perniagaan tanpa
lesen sah tidak akan menjadi berluasaan supaya ambik tindakan awal untuk mengawasi setiap
perniagaan dimana sahaja dan polis perlu kerap untuk menjalankan tugasan mengawasi
pergerakan perniagaan tanpa lesen .
ISI KEDUA

ULASAN :
Kementerian Kesihatan mengambil maklum laporan akhbar Harian Metro pada 11 Mei 2015
bertajuk “Zam Zam Tiruan” berkenaan penjualan air zam zam tiruan di pasaran tempatan yang
diragui ketulenan dan keselamatan kepada pengguna. Sekurang - kurangnya tiga jenama air
zamzam yang dijual di negara kita adalah tiruan , malah ujian kimia turut mendapati satu
daripada air zamzam yang dilebalkan pada botol tersebut .

CADANGAN :
Kementerian Kesihatan sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh
mengancam kesihatan pengguna. Sekiranya pengguna mendapati air zam zam di pasaran,
pengguna boleh membuat aduan melalui Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan
Negeri terdekat atau melalui laman sesawang Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
(BKKM)
ISI KETIGA

ULASAN :
PETALING JAYA: Jenayah penipuan atau scammer tidak akan habis malah pihak berkuasa
dipercayai berdepan dengan pelbagai cabaran seiring dengan perkembangan teknologi.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, sumber memberitahu, penipuan seperti Macau Scam,
dalam talian, pelaburan tidak wujud dan sebagainya bukan sahaja berlaku di Malaysia malah
satu dunia turut mempunyai kekangan bagi membanteras sindiket jenayah antarabangsa dan
dalang sindiket sanggup melakukan apa sahaja jika wujud peluang dan ruang untuk menipu
bagi mendapatkan keuntungan secara cepat serta mudah .

CADANGAN :
Kerajaan perlu peka dalam kes penipuan atas talian supaya dapat dicegahkan dengan awal
supaya tidak meningkatkan kes ni semakin teruk dan masyarakat perlu berhati - hati dalam
media sosial jika ada perkara pelik maka biarkan atau membuat laporan pada polis .
ISI KEEMPAT

ULASAN :
MELAKA : seorang bekas penolong jurutera di Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia ( PDRM )
Bakri , Muar , Johor dipenjara 14 tahun dan denda RM 341,000 oleh mahkamah seksyen di sini
semalam kerana menerima rasuah seperti duit . Bukan itu sahaja , suapan rasuah dalam
bentuk barangan rumah membaiki rumah .

CADANGAN :
kerajaan perlu kerap mengawal kes rasuah supaya tidak berlaku lagi perlu dicegah dengan
awal supaya tidak berleluasan . Masyarakat perlu sedar kes rasuah boleh menghalang masa
depan kita dan perkara tersebut adalah tidak baik dan perlu menjadi pengajaran supaya tidak
mengambil tidak baik .
ISI KELIMA

ULASAN :
Perniagaan atas talian atau online business telah menjadi satu sumber pendapatan yang agak
lumayan kepada sesetengah golongan berpendapatan sederhana. Malahan perniagaan atas
talian juga membuka peluang kepada golongan pelajar universiti, terutamanya yang ingin
mencari pendapatan sampingan bagi membiayai pengajian mereka. Dengan wujudnya
perniagaan atas talian ini, segala urusan membeli-belah juga menjadi mudah, iaitu hanya di
hujung jari sahaja. Klik pada barangan yang ingin dibeli dan ia akan tiba di depan pintu rumah.
Kaedah pembelian secara atas talian di laman sosial, seperti Facebook dan Instagram
kelihatan mudah kepada sebilangan golongan yang mempunyai jadual harian yang padat.
Walau bagaimanapun, perniagaan atas talian ini mempunyai risiko yang tinggi dari segi
penipuan. Perniagaan atas talian ini juga telah membuka peluang kepada golongan yang tidak
bertanggungjawab untuk melakukan pelbagai helah dan taktik penipuan. Jika sebelum ini,
kebanyakan kes yang dilaporkan adalah kes peniaga atas talian menipu pembeli. Antara
penipuan yang biasa terjadi ialah penjual meletakkan iklan yang mengelirukan, menjanjikan
harga tawaran yang terendah dan tidak memperoleh produk seperti mana yang diiklankan. 

CADANGAN :
Oleh sebab itu, diingatkan para peniaga dan pembeli perlu berhati-hati sekiranya menjalankan
urusan secara atas talian. Disarankan agar pihak berkuasa untuk sentiasa memantau pihak-
pihak yang tidak bertanggungjawab ini. Kesimpulannya, pengguna perlu menjadi pengguna
yang bijak dalam apa juga bentuk pembelian. 
RUJUKAN :

https://images.app.goo.gl/LxCQCcgQSE47CVmJ7

https://images.app.goo.gl/1kSG1bLUViciw23E9

https://images.app.goo.gl/vpe1xAdWdhijNY9E6

https://images.app.goo.gl/NxFSnnFhrnrWMQfv9

https://images.app.goo.gl/PDuiBiCnKCATgXYN7

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Perniagaan

Anda mungkin juga menyukai