Anda di halaman 1dari 26

UES3012 KEUSAHAWANAN FOLIO

DIPLOMA TAHUN 2 TEKNOLOGI


AUTOMOTIF

NAMA PENSYARAH : NORAFIZA BINTI AZHAR

NAMA PELAJAR : NURUL FATIHAH BINTI MOHD


KHAIRUL NAKHAI
NO KAD PERKENALAN : 040305-08-1080
UES3012 KEUSAHAWANAN FOLIO
DIPLOMA TAHUN 2 TEKNOLOGI
AUTOMOTIF

NAMA PENSYARAH : NORAFIZA BINTI AZHAR

NAMA PELAJAR : MUHAMMAD SYIMIR BIN


MOHD SAM
NO KAD PERKENALAN : 040225-02-0587
UES3012 KEUSAHAWANAN FOLIO
DIPLOMA TAHUN 2 TEKNOLOGI
AUTOMOTIF

NAMA PENSYARAH : NORAFIZA BINTI AZHAR

NAMA PELAJAR : MUHAMMAD ALIF HAZIQ BIN


SOBRI
NO KAD PERKENALAN : 041227-02-0147
APA ITU ETIKA ?
Etika berasal daripada perkataan 'ethos' (Greek) yang
membawa maksud perangai atau keperibadian.

Etika adalah satu sistem asas tentang akhlak, adat,


tingkah laku atau kesusilaan yang juga bermaksud
prinsip moral. Oleh itu, etika merupakan
tanggungjawab dan akibat daripada tingkah laku
seseorang atau profesional seseorang terhadap
masyarakat. Dari sudut perspektif Islam, etika merujuk
kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan
ketakwaan kepada Allah.

Etika merupakan salah satu cabang utama falsafah yang


merangkumi kelakuan betul dan kehidupan baik. Skop
etika adalah lebih luas daripada menganalisis apa yang
betul dan salah seperti yang sering dianggap. Antara
aspek utama etika ialah "kehidupan baik", iaitu
kehidupan yang bernilai atau memuaskan.

Etika berkaitan dengan konsep-konsep moral seperti


kebaikan, kejahatan, benar, salah, kewajipan,
tanggungjawab dan keadilan. Etika adalah teori tentang
tingkah laku yang betul dalam kehidupan yang baik
bukannya amalan.
SUMBER : https://beritaperak.com/isu-
plagiat-gambar-jenama-susu-australia-
maafkan-sharifah-rose/
Pada 22 Februari 2022, seorang yang telah digelar

sebagai instafamous telah menimbulkan isu plagiat

gambar serta jenama. Isu plagiat yang membabitkan

Sharifah Rose dengan sebuah jenama susu dari

Australia, Macamilk menjadi mangsa kecaman dalam

media sosial. Menerusi jenama miliknya sendiri,

Sekuntum, Rose atau nama sebenarnya Sharifah Rose

Sabrina Syed Mohd. Mazfira, 24, dikatakan meniru

idea kreatif jenama yang sedia ada dalam pasaran.

Seorang pengguna twitter membongkar Tindakan

Rose disifatkan tidak bertanggungjawab yang ternyata

memberi kesan negative terhadap perniagaan yang

diusahakannya. Difahamkan Rose akan melancarkan

jenama produk sendiri yang diberi namaSekuntum.

Pantas melakukan penyiasatan, netizen juga

membongkar hasil plagiat Rose dengan jenama susu

menggunakan nama Sekuntum. Namun rekaan

pembungkusan saling tidak tumpah dengan satu

jenama luar negara berpangkalan di Australia,

Macamilk.
ETIKA
ETIKA DALAM
DALAM
PERNIAGAAN
PERNIAGAAN
TIADA KEJUJURAN :
setiap peniaga hendaklah bersaing secara sihat, contohnya
sentiasa menanam sifat kejujuran dalam perniagaan yang
ingin dijual agar tidak melanggar undang-undang dengan
cara plagiat produk hasil orang lain tanpa kebenaran demi
keuntungan sendiri . .

TIDAK BERTANGGUNGJAWAB :
peniaga mestilah mempunyai sifat bertanggungjawab dan
mesti bertanggungjawab terhadap apa yang telah
dilakukan walaupun keputusan yang dilakukan itu salah
disisi undang-undang.

MENGAMBIL MUDAH :
setiap peniaga perlulah berfikiran rasional dalam bidang
perniagaan dan tidak mengambil mudah dengan cara
plagiat produk peniaga lain demi keuntungan sendiri.
CADANGAN
CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN
PENAMBAHBAIKAN

: Setiap usahawan/peniaga perlu mempunyai


etika di dalam diri. Usahawan yang beretika
tidak akan mewujudkan produk mereka dengan
mempunyai unsur-unsur plagiat. Mereka
seharusnya mempunyai kreativiti yang
tersendiri untuk menghasilkan sesuatu produk.
Selain itu, pihak yang bertanggungjawab juga
boleh meyarankan kepada usahawan/peniaga
untuk mengambil kelas keusahawanan bagi
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
untuk meningkatkan hasil jualan dan
mendapatkan lebih ramai pelanggan
SUMBER :
https://www.kosmo.com.my/2023/03/19/1
0-kedai-makan-kotor-di-kota-bharu-
diarah-tutup/
KOTA BHARU – Sebanyak 10 kedai makan di sini

diarahkan untuk menutup operasi selama 14 hari

selepas didapati tidak mencapai standard kebersihan

yang ditetapkan mengikut Jabatan Kesihatan Negeri

Kelantan (JKNK). Pengarah JKNK, Datuk Dr. Zaini

Hussin berkata, kesemua premis itu didapati tidak

menepati kriteria semasa beliau bersama Bahagian

Keselamatan Dan Kualiti Makanan jabatan tersebut

menjalankan Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri

03/2023 pada Rabu lalu. Menurutnya, seramai 66

orang kakitangan JKNK telah memeriksa sebanyak 82

buah premis makanan di yang menjadi tumpuan

ramai di sekitar Bandar Baru, Wakaf Che Yeh, Jalan

Kuala Krai, Jalan Pengkalan Chepa dan Jalan Pantai

Cahaya Bulan di sini. “Sebanyak 10 premis diarah

tutup sementara selama 14 hari di bawah Seksyen 11

Akta Makanan 1983 kerana tidak mencapai standard

yang ditetapkan.
ETIKA
ETIKA DALAM
DALAM
PERNIAGAAN
PERNIAGAAN
BERTANGGUNGJAWAB
dalam bidang perniagaan seperti penyediaan makanan atau
pembuatan makanan hendaklah mengamalkan etika kebersihan demi
kesihatan para pelanggan serta dapat menaikkan imej perniagaan
tersebut.

KEBERSIHAN
Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan (PPKM 2009) adalah satu
peraturan di bawah akta induk iaitu Akta Makanan 1983 (Akta 281).
Peraturan ini telah diwartakan pada 2 Februari 2009. Oleh itu setiap
peniaga haruslah mengamalkan etika kebersihan kerana itu adalah
satu kewajipan.

MENGAMBIL JALAN PINTAS

Kebersihan premis juga perlu dijaga bagi mengelakkan kuman


dan bakteria dari kotoran-kotoran yang ada merebak ke dalam
makanan. Misalnya, lantai yang kotor, dinding berlumut,
peralatan-peralatan yang digunakan tidak segera dibasuh, tong
sampah tidak diurus dengan baik, dan sebagainya. Perkara-
perkara ini akan menjejaskan kualiti makanan yang disediakan di
samping membawa imej yang tidak baik kepada premis itu
sendiri. Ia juga boleh menyebabkan kejadian keracunan makanan
yang akhirnya memudaratkan pelanggan.
CADANGAN
CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN
PENAMBAHBAIKAN

Pihak pengurusan kedai makan haruslah


menyediakan program latihan pengendalian makanan
untuk kakitangan mereka. Dengan menyediakan
program latihan begini, kualiti perkhidmatan
pengendalian makanan yang dilaksanakan oleh kedai
makan boleh dipertingkatkan demi menjaga
kebersihan kedai makan. Malahan, semua pekerja di
kedai makan akan lebih arif dalam mengendalikan
makanan. Selain itu, kebersihan adalah penting bagi
memastikan makanan yang dihidangkan adalah bersih
supaya tidak berlakunya keracunan makanan.
ISU 3 : CANTIK TAK DAPAT SAKIT
YANG DAPAT

SUMBER :
https://www.sinarharian.com.my/article/2
21498/suara-sinar/lidah-
pengarang/cantik-tak-dapat-sakit-yang-
dapat
PAKAR bedah plastik dari Universiti Sains
Malaysia (USM), Dr Siti Fatimah Noor Mat Johar
menyentuh mengenai pengusaha produk
kosmetik 'timbang kilo' yang kembali mendapat
sambutan ramai terutama dalam kalangan anak-
anak muda. Selain harga yang murah, produk
kosmetik 'timbang kilo' mudah didapati, bahkan
ramai pengusaha berlumba-lumba
mempromosikan barangan tersebut di media
sosial. Dr Siti Fatimah bagaimanapun
mendedahkan, produk kosmetik ‘timbang kilo’
adalah berisiko kerana kebanyakannya tidak
mendapat lesen yang disahkan Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga boleh
mengakibatkan pengguna mengalami masalah
kulit. Beliau mendedahkan, terdapat pengguna
produk terpaksa merujuk ke hospital dan
mendapati kulit mereka mempunyai kadar
steroid yang tinggi, salur darah halus dan
komplikasi serius.Bagi mereka yang tidak tahu,
kosmetik ‘timbang kilo’ merupakan produk yang
bahannya dibeli secara borong daripada negara
jiran, Thailand.
ETIKA DALAM
PERNIAGAAN
BERWASPADA
setiap pelanggan harus memeriksa sebelum membeli
produk yang ingin dibeli. Oleh itu sebagai pengguna yang
bijak perlulah mengambil cakna dan berhati-hati dalam
memilih dan membeli sesuatu produk kecantikan supaya
tidak mendatangkan risiko terhadap diri.

BIJAK DALAM PERNIAGAAN


Banyak pengusaha pintar yang berani menipu banyak
orang. Berbohong menjadi strategi untuk mendapatkan
keuntungan langsung dengan cara yang ilegal dan tidak
adil. Oleh itu pengusaha hendaklah bijak dalam
perniagaan untuk memajukan produk yang dijual.

EKONOMI JATUH
penggunaan dan penjualan kosmetik tiruan secara tidak
terkawal bukan sahaja memberi implikasi kepada sektor
kesihatan, malah boleh memudaratkan sektor ekonomi
negara khususnya dalam bidang kecantikan (industri spa)
dan juga perubatan estetik.
CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN

Pengguna sepatutnya mempunyai kesedaran


sendiri selain menyemak status notifikasi sesuatu
produk kosmetik itu benar-benar selamat dan
sesuai untuk digunakan. Teliti dahulu
kandungan produk kosmetik sebelum
membelinya. Perkara asas perlu diambil kira
ialah kandungan atau bahan digunakan dalam
penghasilan produk kosmetik selain proses
penyediaan yang baik dan berkualiti.
ISU 4 : JUALAN BARANGAN
TIRUAN DALAM TALIAN

SUMBER : https://www-sinarharian-com-
my.cdn.ampproject.org/v/s/www.sinarharian.co
m.my/ampArticle/218461?
amp_gsa=1&_js_v=a9&usqp=mq331AQIUAKwA
SCAAgM%3D#amp_tf=From%20%251%24s&aoh=
16908551743327&referrer=https%3A%2F%2Fwww
.google.com&share=https%3A%2F%2Fwww.sinarh
arian.com.my%2Farticle%2F218461%2Fberita%2Fs
emasa%2Fjual-barangan-tiruan-secara-online
SHAH ALAM - Peniaga dalam talian mampu
mengaut keuntungan besar dengan mudah
apabila menjual barangan berjenama tiruan
menerusi media sosial dan platform-
platform tertentu. Ketua Pengarah Penguat
Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP),
Azman Adam berkata, peniaga dalam talian
tidak perlu menyewa premis perniagaan,
sekali gus dapat mengurangkan kos seperti
bil utiliti atau upah pekerja bagi tujuan
jualan.
ETIKA DALAM
PERNIAGAAN
Penguatkuasaan undang-undang
tingkatkan tangkapan dan rampasan bukan sahaja
kepada peniaga malahan pengilang dan pengedar -
pasukan risik KPDNHEP perlu lebih proaktif - jangan
buat serbuan hanya berpandukan laporan rakyat.

Kempen kesedaran
sebaran malumat tentang keburukan pencabulan harta
intelek,hak cipta jika ditingkatkan akan mengubah
kelakuan orang awam. Kempen mengajak orang ramai
menggunakan barangan asli melalui media arus
perdana.

MENGHORMATI HAK CIPTA


Setiap individu yang ingin menjual apa-apa produk
hendaklah menghasilkan produk sendiri bukannya
meniru hasil karya produk orang lain demi
keunutungan sendiri.
CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN
Sikap bertanggungjawap perlu ada disetiap
orang yang melakukan perniagaan . KPDNHEP
perlu memperketatkan l undang - undang
berdagang secara atas talian . Seterusnya para
pembeli harus menyemak dahulu gerai atas
talian tersebut , memastikan barang yang ingin
dibeli mempunyai maklum balas sama dengan
barang yang dijual . Dengan cadangan ini isu
penipuan barangan atas talian akan
berkurangan.
ISU 5 : PENIAGA DURIAN
DIKOMPAUN TIPU ALAT
PENIMBANG

SUMBER :
https://www.sinarharian.com.my/ampArti
cle/87220
Pada 11 Jun 2020, di kawasan sekitar Ipoh, Perak

,12 peniaga durian dikompaun akibat melakukan

penjualan durian secara tipu timbang. Pengarah

Pejabat KementeriaanPerdagangan Dalam Negeri

dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak,

Saifullizan Kamarul Zaman mengatakan bahawa

12 peniaga tersebut dikesan melakukan kesalahan

tersebut sewaktu pemeriksaan khas terhadap

peniaga di sekitar kawasan Perak pada hari

pertama Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan

(PKPP). Oleh itu KPDNHEP mengambil tindakan

dengan mengeluarkan kompaun terhadap 12

peniaga tersebut kerana menggunakan alat

penimbang sukat yang tidak diperakui dan

disahkan. Oleh yang demikian, peniaga-peniaga

ini telah melanggar prinsip etika keusahawanan

iaitu prinsip keadilan. Hal ini kerana peniaga-

peniaga tersebut menjual durian secara tipu

timbang yang mana meningkatkan harga jualan

durian.
ETIKA DALAM
PERNIAGAAN
TIDAK JUJUR
penjual perlulah jujur dalam apa jua yang ingin dijual.
Apabila kita berlaku jujur terhadap orang ia akan lebih
membuatkan orang lebih mempercayakan kita oleh
itu kita akan dapat keuntungan yang lumayan lagi.

TIDAK MEMATUHI PRINSIP KEUSAHAWAN


penjual tidak patuh akan prinsip keusawanan yang
telah ditetapkan. Iaitu dengan cara menjual dan
menipu jualan yang dijual. Perkara ini sewajarnya kita
mencegah bagi mengelakkan berlakunya sikap
seperti ini.

TIDAK BERTANGGUNGJAWAB
peniaga harus bersikap sederhana dalam semua
perkara tanpa menguntungkan sebelah pihak, layanan
sama rata atau saksama terhadap semua pelanggan,
memberikan pertimbangan yang adil dan tidak berat
sebelah serta memberikan hak kepada orang yang
berhak. Dalam erti kata lain, keadilan bererti
meletakkan sesuatu di tempatnya yang betul.
CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN
Setiap peniaga perlu mempunyai etika
terhadap pelanggan dengan tidak menjual
barangan lebih daripada harga yang
ditetapkan terutama sekali apabila
menggunakan penimbang.

Peniaga juga perlu bertanggungjawab dengan


tindakan yang akan diambil oleh pihak atasan
sekiranya ditangkap. Antara cadangan yang
boleh diambil kira adalah pihak atasan
memantau peniaga yang menggunakan
penimbang yang tidak ditetapkan sekurang-
kurangnya sebulan sekali.

Selain itu, pihak atasan juga boleh


menyarankan peniaga untuk mengambil kelas
keusahawanan bagi meningkatkan
pengetahuan dankemahiran untuk
meningkatkan hasil jualan dan mendapatkan
lebih ramai pelangan
RUJUKAN
ISU 1 : https://beritaperak.com/isu-plagiat-gambar-
jenama-susu-australia-maafkan-sharifah-rose/
ISU 2 : https://www.kosmo.com.my/2023/03/19/10-
kedai-makan-kotor-di-kota-bharu-diarah-tutup/
ISU3 :
https://www.sinarharian.com.my/article/221498/sua
ra-sinar/lidah-pengarang/cantik-tak-dapat-sakit-
yang-dapat
ISU 4 : https://www-sinarharian-com-
my.cdn.ampproject.org/v/s/www.sinarharian.com.
my/ampArticle/218461?
amp_gsa=1&_js_v=a9&usqp=mq331AQIUAKwASCA
AgM%3D#amp_tf=From%20%251%24s&aoh=169085
51743327&referrer=https%3A%2F%2Fwww.google.co
m&share=https%3A%2F%2Fwww.sinarharian.com.m
y%2Farticle%2F218461%2Fberita%2Fsemasa%2Fjual-
barangan-tiruan-secara-online
SUMBER :
https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/
87220
KESIMPULAN

Kesimpulannya , ciri ciri usahawan perlulah


diterapkan supaya isu isu yang melibatkan
keusahawanan berkurangan . Ciri ciri
keusahawanan amat penting bagi memupuk
cara kerja yang baik . Contohnya , bersikap
jujur dengan perniagaan yang dilakukan ,
kualiti juga perlu dititikberatkan supaya dapat
menjaga kelangsungan produk yang
dihasilkan pada jangka masa yang lama .
Seterusnya , untuk mengelakkan isu isu
keusahawanan ini berlaku setiap bidang yang
ingin diceburi haruslah mempunyai sikap
bertanggungjawap atas kesalahan yang
berlaku . Hal ini , dapat menggelakkan
daripada isu isu ini berlaku di masa hadapan

Anda mungkin juga menyukai