Anda di halaman 1dari 13

SENARAI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 PENGENALAN 2

2 MASALAH ISU BUDAYA BERETIKA 2

3 LANGKAH PENYELESAIAN MASALAH ISU 3

4 KESIMPULAN 4

5 RUJUKAN 5
1.0 PENGENALAN

Organisasi atau agensi-agensi kerajaan sentiasa berhadapan dengan pelbagai


bentuk ancaman sama ada dari dalam mahupun luar persekitaran dan ancaman ini boleh
menjejaskan prestasi, produktiviti serta masa hadapan sesebuah organisasi. Dewasa ini,
rata-rata ancaman ke atas organisasi berpunca daripada individu-individu dalam organisasi
itu sendiri dan seterusnya melibatkan ahli-ahli lain yang merosakkan identiti organisasi
kerajaan. Lazimnya, ancaman ini mempunyai hubungkait yang erat dengan isu etika dan
integriti. Pengabaian kedua-dua prinsip ini boleh membuka peluang untuk berlakunya
penyelewengan, rasuah, salah laku dan salah guna kuasa dalam sesebuah organisasi.
Dalam konteks pekerjaan atau perkhidmatan, integriti merangkumi sifat-sifat menyeluruh
seseorang individu atau sesebuah organisasi berdasarkan nilai-nilai murni sejagat termasuk
aspek akauntabiliti. Justeru, untuk melangkah ke masa hadapan yang lebih cemerlang,
negara kita seharusnya bijak mengurus kejayaan, mempunyai masyarakat beretika dan
kakitangan yang amanah serta berintegriti. Selain itu, kakitangan organisasi perlu
mempunyai prinsip lebih tegas, kuat dan amanah dalam mengatasi pelbagai kelemahan,
kekurangan diri serta menjaga nama organisasi.

Kemahiran pengurusan yang baik memainkan peranan yang penting dalam


sesebuah organisasi. Namun, perkembangan kemahiran pengurusan sahaja tidak
mencukupi. Tidak kurang pentingnya penekanan yang seimbang diberikan kepada
penerapan dan pengambilan nilai-nilai positif serta beretika. Pengurus-pengurus yang tidak
memperaktikan nilai-nilai kerja yang cemerlang, walaupun mereka mahir dalam proses
pengurusan memberikan kesan yang yang merugikan organisasi masing-masing. Justeru
itu,setiap pengurus perlu membimbing para pekerjanya bagi mencapai perkhidmatan yang
cemerlang dengan berazam bagi meningkatkan mutu kerja mereka secara berkerja dengan
penuh tanggungjawab,berusaha mengikis sikap mementingkan diri,berkhidmat dengan
penuh kemesraan, berkerjasama membanteras kelemahan dan berpegang kepada ajaran
islam.

Selain itu, etika juga adalah sebahagian daripada bidang falsafah yang berkaitan
dengan kehidupan yang baik, menjadi orang baik,melakukan perkara yang betul,dapat
bergaul dengan orang lain dan memerlukan perkara yang betul dalam hidup. Ia juga
dikatakan ilmu yang membincangkan berkenaan teori tingkah laku manusia yang dipandang
daripada sudut baik dan buruk yang dapat ditentukan oleh akal manusia. Etika mempunyai
tanggungjawab menganalisis, menilai dan mengembangkan norma-norma, kriteria-kriteria
moral bagi menyelesaikan masalah-masalah moral. Ia juga adalah teori yang berkaitan
dengan tindakan, hujah-hujah dan tujuan yang diarahkan kepada makna sesuatu tindakan.
Ia juga dikenali sebagai falsafah moral yang tidak berkaitan dengan fakta ataupun fizikal
manusia tetapi sebagai falsafah nilai yang mengambil kira tindakan ataupun tingkah laku.

Selain itu, juga,etika bermaksud suatu ukuran dan piawaian yang digunakan bagi
membezakan kelakuan seseorang sama ada baik ataupun buruk. Perkataan etika juga
berasal daripada perkataan Yunani ethos yang membawa maksud perangai. Dalam
perkataan Latin pula, etika etika dikenali sebagai mores yang bermaksud moral ataupun
perangai. Ia juga didefinisikan sebagai adat atau kebiasaan.Moral lebih sesuai dengan idea-
idea umum bagi diterima pakai dalam tindakan manusia. Persoalan itu mencakupi perbuatan
yang baik dan wajar berhubung dengan etika. Manakala etika lebih bersifat teori bagi
menyelidik,memikir dan mempertimbangkan perkara yang baik dan buruk. Tegasnya,etika
memandang kelakuan dan perbuatan manusia secara universal. Sedangkan moral pula
dibentuk oleh etika yang lahir dengan kelahiran manusia.

Kepentingan etika dalam sesebuah masyarakat tidak dapat dipertikaikan kerana ia


dapat memelihara keamanan,keadilan dan kesejahteraan yang berterusan. Masyarakat
yang beretika juga dapat membentuk persekitaran yang sihat dan menghindari masalah-
masalah sosial seperti pembuangan bayi, rompakan, penyeludupan barangan haram dan
seumpamanya.

Nilai peribadi dan watak moral memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pendirian
dan prestasi etika sesebuah organisasi. Namun tidak mencukupi untuk mencegah salah laku
kerana penyelidikan menunjukan bahawa budaya beretika mempunyai pengaruh yang kuat
pada tingkah laku. Kita perlu mengetahui erti budaya korporat dan peranannya dalam
membentuk proses membuat keputusan sesebuah organisasi. Budaya korporat adalah
kepercayaan, nilai, norma dan adat. Harapan dan makna anggota dalam organisasi yang
membentuk atau mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku mereka. Ia juga adalah cara
semua orang melakukan sesuatu dalam organisasi. Ia juga mengikat individu dalam
organisasi dan membimbing bagaimana cara mereka harus saling memperlakukan.

Selain itu, budaya korporat adalah rasa identiti untuk mencapai matlamat bersama dan
meningkatkan kestabilan sosial kerana ia memegang organisasi itu bersama unsur-unsur
budaya korporat termasuk kaedah menyelesaikan masalah, resolusi konflik, peraturan dan
dasar. Satu contoh budaya korparat adalah daya asing, keseronokkan, kos rendah dan
produktiviti yang tinggi dalam pasukan budaya Air Asia. Organisasi yang mempunyai budaya
etika yang kukuh menanamkan nilai etika dalam tindakan dan keputusan pengurusan dan
pekerja dalam dasar prosedur syarikat.
Penubuhan program etika formal dalam salah satu komponen pertama pembangunan
satu budaya etika. Komponen lain adalah komitmen pengurus atas etika yang dikemas
dalam kepercayaan kepimpinan etika. Dalam budaya etika yang kuat, pekerja tidak hanya
prihatin dengan mendapat kerja tetapi kemudiannya dilakukan dengan cara yang benar.
Malah iklim etnik yang lebih kuat menggalakkan kelakuan etika dan meningkatkan persepsi
pekerja bahawa pengurusan komited terhadap amalan etika.
MASALAH ISU BUDAYA BERETIKA

1) Masalah Rasuah :-

Rasuah dalam kalangan penjawat awam mahupun swasta sering menjadi topik
perdebatan di negara-negara luar begitu juga Malaysia. Menurut laporan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), statistik jumlah tangkapan dari tahun 2014 hingga
2021 telah berlaku kenaikan mendadak sehingga 205 peratus iaitu bersamaan dengan 552
kes kepada 1125 kes. Bahkan Malaysia telah mencatatkan kehilangan hampir RM 1.8 trilion
disebabkan kegiatan ini. Pelbagai langkah dan inisiatif telah diambil oleh kerajaan dalam
menangani kegiatan rasuah namun laporan terhadap aktiviti ini tetap meningkat tidak
menunjukkan sebarang tanda penurunan. Perkara utama yang perlu dititikberatkan sebelum
menghasilkan kaedah yang terbaik adalah dengan mengenal pasti punca sesuatu perbuatan
itu berlaku.

Gejala rasuah dalam kalangan penjawat awam di negara ini disifatkan merupakan
satu pandemik dan merupakan satu isu yang sangat serius. Presiden Persatuan
Pemeriksaan Penipuan Bertauliah Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar berkata perlakuan
mengambil rasuah yang meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan dilihat menjadi
satu budaya di negara ini. Sebagai contoh, di KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur), terdapat lebih 30,000 PATI (pendatang asing tanpa izin) dibenarkan masuk ke
negara ini dengan begitu mudah dengan mendapat imbuhan.

Selain itu, aktiviti pelacuran yang mana pelacur yang masuk ke negara ini
memberikan rasuah kepada pegawai. Ia bukan sahaja memberi kesan yang tidak baik,
malah merosakkan imej negara. Berdasarkan kajian psikologi, Akhbar menjelaskan, teori
‘fraud diamond’ memperincikan empat punca berlakunya jenayah rasuah iaitu peluang,
tekanan, rasionalisasi dan kemampuan. Penjenayah ada dialog dalam dirinya yang berkata-
kata - sekiranya pihak atasannya boleh mengamalkan amalan rasuah, mengapa dia tidak
boleh melakukan perbuatan yang sama. Dari segi faktor kemampuan pula, walaupun kami
mempunyai peluang tetapi tiada ilmu dan kepakaran untuk melakukan perbuatan rasuah,
maka itu tidak akan jadi. Oleh itu, semakin tinggi jawatan seseorang itu, semakin banyak dia
dapat melakukan rasuah.

Seterusnya, ramai yang tidak sedar bahawa salah laku rasuah boleh menjejaskan
ekonomi negara. Pertumbuhan ekonomi negara akan terbantut sekiranya penipuan, salah
laku serta rasuah terus berlaku di dalam organisasi-organisasi di Malaysia. Malah kreadibiliti
kerajaan yang memerintah akan menjadi lemah disebabkan oleh gejala negetif tersebut.
Kes-kes penipuan yang berlaku dalam sektor swasta mahupun kerajaan sebelum ini telah
menjadi ancaman kepada struktur kawal selia, kepercayaan masyarakat dan keyakinan
terhadap pasaran ekonomi negara. Contohnya, kes Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Perkara tersebut telah menyebabkan timbulnya perasaan bimbang dan syak di kalangan
sesetengah pihak berhubung kredibiliti profesion audit.

Isu rasuah di negara ini diibaratkan seperti 'isu tidak pernah habis' walaupun
pelbagai tindakan diambil oleh pihak berkuasa khususnya Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) serta agensi berkaitan dengannya. Rasuah akan menjadi lebih
bahaya daripada pandemik Covid-19 jika ia dibiar berterusan menular dalam kalangan
masyarakat kita. Oleh demikian, kerajaan digesa mengambil tindakan tegas yang drastik
dari sudut perundangan sebagai vaksin untuk mencegah rasuah dan bukannya sekadar
memberi amaran sahaja. Aktivis politik, Rahmad Isahak berkata, amalan rasuah dalam
kalangan penjawat awam juga dilihat semakin membimbangkan apabila setiap hari pasti ada
laporan mengenainya di dada akhbar. Menurutnya, kesemua mereka yang terlibat secara
langsung dalam jenayah rasuah boleh diklasifikasikan sebagai warganegara Malaysia yang
ingin mencemarkan imej pentadbiran dan ekonomi Negara.
2) Penipuan Atas Talian

Perniagaan atas talian merupakan satu cara yang paling berkesan dan mudah untuk
menjalankan perniagaan. Hal ini kerana aktiviti perniagaan atas talian ini dapat
memudahkan lagi urusan jual beli kerana ianya menjimatkan masa dan boleh dilakukan
dimana-mana dan bila-bila masa sahaja asalkan kita mempunyai sambungan internet.
Namun, dalam kemudahan ini ada pihak yang tidak bertanggungjawab yang mengambil
kesempatan untuk kepentingan sendiri hingga membawa kerugian kepada orang lain.
Melalui perniagaan atas talian ini terdapat banyak kes-kes jenayah siber yang boleh berlaku
antaranya penipuan atas talian. Penipuan atas talian ini juga bukan sahaja berlaku dalam
urusan perniagaan sahaja bahkan ia juga dijalankan di media sosial seperti Facebook,
Instagram, tiktok dan sebagainya.

Kes penipuan dalam talian seringkali menjadi tajuk utama media massa tempatan. Di antara
kategori kes yang kerap dilaporkan iaitu melibatkan e-dagang (pembeliaan secara dalam
talian), kes pinjaman tidak wujud, pelaburan, Macau Scam dan Love Scam.Contoh kes
penipuan atas talian yang melibatkan perniagaan atas talian ialah peniaga menjual
barangan dengan harga yang tidak masuk akal.Harga yang diberikan sangat murah
berbanding tempat-tempat lain.Selain itu,penipu itu juga memberikan banyak hadiah
percuma dan menyatakan bahawa tawaran yang diberikan adalah terhad.Ramai orang yang
tertipu dan termakan dengan tawaran tersebut kerana mereka tidak sedar bahawa mereka
telah ditipu.Apabila transaksi telah dijalankan,peniaga tersebut terus menghilangkan diri dan
mangsa menanggung kerugian kerana telah terpedaya.

Seterusnya ialah ‘Macau Scam’. Ianya merupakan antara jenis penipuan atas talian yang
paling berleluasa di Malaysia. Jadi bagaimana boleh anda mengenali penipuan atas talian
sebegini?‘Macau Scam’ biasanya dijalankan melalui panggilan telefon. Kebiasaannya, pihak
yang menjalankan penipuan ini akan menyamar sebagai wakil dari makhamah atau pihak
berkuasa seperti PDRM atau Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).Tetapi, ‘Macau Scam’
juga boleh dijalankan secara dalam talian menggunakan modus operandi yang sama.
Melalui dalam talian, ‘Macam Scam’ dilaksanakan menghantar mesej peribadi yang
kononnya dari pihak berkuasa.Manakala, lagi satu jenis penipuan dalam talian yang popular,
iaitu ‘Love Scam’ pula biasanya dijalankan dalam media sosial seperti Facebook, dan
Twitter. E-mel juga merupakan tempat dimana penipuan jenis ini bermaharajalela.Satu lagi
taktik biasa yang digunakan oleh penipu adalah memancing data (phishing). Dalam kes
seperti ini, penipu akan menyamar untuk menipu anda memberi maklumat peribadi seperti
butiran perbankan dan kad kredit serta kata laluan.Terdapat beberapa cara ini boleh
dilakukan. Seorang penipu mungkin menyamar sebagai kakitangan institusi kewangan yang
terkenal atau syarikat pinjaman dengan laman web yang kelihatan sah, atau cara yang biasa
ialah melalui e-mel.

CADANGAN PENYELESAIAN TERHADAP ISU TERSEBUT

1) Masalah Rasuah

Langkah utama dalam membendung gejala rasuah di Malaysia adalah melalui


peranan pihak kerajaan. Hal ini dikatakan demikian kerana pihak kerajaaan melalui agensi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) perlu mengambil tindakan yang lebih
agresif tanpa mengira pangkat atau kedudukan dalam melaksanakan tugas kerana anggota
SPRM merupakan sebuah badan bebas yang dilantik. Pihak Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) tidak perlu berasa takut dalam menegakkan undang-undang dan
keadilan dalam isu rasuah kerana isu rasuah merupakan isu yang berat dan terang-terangan
dilarang dalam syariat Islam. Kejayaan sesuatu organisasi itu banyak dipengaruhi oleh
strategi yang digunakan. Oleh itu, pihak SPRM perlu mengikut Standard Operating
Procedure (SOP) yang ditetapkan sebelum menjalankan siasatan supaya maklumat yang
diperlukan berjaya diperolehi. Tamsilnya, anggota SPRM perlu turun padang dan bertindak
menyamar sepertik rakyat biasa untuk menyiasat aduan yang dilaporkan tentang kes
rasuah. Dengan cara ini, individu yang terlibat dalam gejala rasuah dapat ditangkap serta
dihukum berdasarkan undang-undang yang telah ditetapkan. Tindakan yang lebih agresif ini
perlu dilakukan secara berterusan agar gejala rasuah dapat dibendung sehingga ke akar
umbi.
Antara Langkah-langkah untuk mengatasi masalah rasuah dalam organisasi, syarikat
serta di tempat kerja adalah menguatkuasakan undang-undang dan hukuman yang berat
kepada penerima rasuah dan pemberi rasuah. Hal ini bagi memastikan pengamal rasuah
akan berfikir dua kali sebelum melakukan rasuah. Hukuman yang berat perlu dijatuhi kepada
pesalah rasuah agar mereka serik untuk melakukan gejala rasuah di kemudian hari. Melalui
langkah ini, masyarakat akan sedar betapa bahayanya aktiviti rasuah ini.

Selain itu peranan media massa juga turut memainkan peranan vital dalam
menimbulkan kesedaran dalam lapisan masyarakat tentang keburukan serta implikasi
mengambil rasuah. Pihak kerajaan juga seharusnya mengadakan kempen iklan yang efektif
dengan menggunakan media massa secara holistik, iaitu melalui akhbar untuk memastikan
setiap lapisan masyarakat didedahkan kepada kempen tersebut. Kempen ini bertujuan untuk
memberikan amaran dan peringatan kepada setiap individu tentang hukuman yang akan
dikenakan jika terlibat dengan kes rasuah. Justeru masyarakat akan berfikir sebelum
menerima ataupun memberi rasuah dan scenario ini akan mengurangkan kes rasuah
dengan signifikasikan.

Kaedah lain untuk membendung gejala rasuah di negara kita adalah dengan
memastikan sektor awam beroperasi secara jujur, telus dan bertanggungjawab. Dalam
sesebuah organisasi, pengurus merupakan jawatan yang paling penting untuk menguruskan
tugas organisasi tersebut dan menjadi contoh kepada pekerja yang lain. Begitu juga dengan
sektor awam di negara kita di mana jika pentadbiran negara dilaksanakan dengan baik dan
menyingkirkan mereka yang parasit seperti mengamalkan gejala rasuah, pasti sektor lain
akan turut serta. Tamsilnya, kes yang berlaku dalam kalangan kakitangan kerajaan,
menyerahkan projek kepada mereka yang melobi harga yang paling tinggi dan bukan
berdasarkan kemampuan sebuah syarikat tersebut. Hasilnya, projek disiapkan pada kos
yang minima kerana berlaku banyak serahan kerja dan orang awam hanya mendapat
infrastruktur yang ala kadar. Situasi ini sepatutnya boleh dielakkan jika kakitangan awam
terutamanya pemimpin negara melantik syarikat yang mempunyai merit serta rekod yang
baik. Bak kata pepatah, hanya jauhari yang mengenal manikam.

2) penipuan atas talian

Cara pertama yang boleh dilakukan adalah dengan sentiasa mengambil langkah-
langkah keselamatan apabila menggunakan gajet atau komputer. Apabila menggunakan
Internet di komputer, kita terdedah kepada pelbagai ancaman siber khususnya sewaktu kita
melayari laman perbankan atau melakukan transaksi dalam talian. Langkah keselamatan
yang boleh diambil adalah dengan memuat turun dan memasang aplikasi perisian antivirus
yang boleh menghalang ancaman siber daripada menyerang gajet yang kita gunakan setiap
hari. Kita juga hendaklah memastikan laman yang dilayari khususnya laman perbankan
adalah laman yang betul dan tepat. Selain itu, bagi mengelakkan penipuan Internet yang
menggunakan panggilan telefon, terdapat pelbagai aplikasi yang membantu untuk mengenal
pasti nombor pemanggil adalah sah atau merupakan pelaku salah yang sudah mempunyai
rekod. Dengan mengambil langkah-langkah keselamatan ini, kita dapat membanteras
pelaku-pelaku penipuan Internet ini daripada berleluasa dan melakukan jenayah.

Langkah seterusnya adalah kita perlu sentiasa semak dan siasat kesahihan
sesebuah perkara di Internet terlebih dahulu sebelum membuat tindakan. Kebanyakan kes
penipuan Internet bermula dengan iklan atau pautan yang tidak sahih. Mangsa-mangsa
terpedaya dengan gambar, nilai habuan atau video yang digunakan hanya untuk menipu
mereka dengan helah secara maya. Kita digalakkan untuk mengelak daripada membuka
SMS atau mesej daripada mana-mana sosial media yang diterima dariapda bukan kenalan
kita. Sekiranya pelaku menyamar sebagai ahli kerajaan atau mana-mana agensi swasta,
kita boleh minta kepada pelaku tersebut untuk membuktikan kesahihan diri mereka atau
semak dengan pihak berkuasa. Untuk makluman, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) telah
menyediakan sebuah laman web untuk masyarakat Malaysia menyemak kesahihan nombor
telefon atau nombor akaun bank yang mempunyai rekod penipuan atau tidak. Inisiatif oleh
PDRM ini wajar dipuji kerana dapat membantu mengekalkan keselamatan rakyat Malaysia
daripada dimanipulasi oleh pelaku yang bersikap seperti ada udang di sebalik batu.

Di samping itu, kita hendaklah selalu mendapatkan khidmat nasihat daripada orang
yang berkelayakan bagi mengelakkan daripada terlibat dengan penipuan Internet. Setiap di
antara kita mempunyai ilmu dan kemahiran yang tidak dipunyai oleh orang lain. Maka,
dengan sikap rendah diri kita hendaklah sentiasa bertanya kepada mereka yang lebih
berpengalaman dalam perkara yang kita hadapi. Jika kita mempunyai masalah kesihatan,
kita akan berjumpa dan menerima nasihat daripada seorang doktor manakala jika kita
mempunyai masalah kewangan, kita minta pendapat daripada penasihat kewangan .
Golongan tua khususnya ibu dan bapa hendaklah sentiasa merujuk dengan anak-anak
dalam menggunakan gajet atau teknologi yang dapat mendedahkan mereka kepada
ancaman penipuan atas talian. Intihannya, mendapatkan nasihat daripada mereka yang
pakar dalam bidang masing-masing mampu membantu kita dalam mendapatkan informasi
yang betul dan tepat.
KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, budaya dalam organisasi merupakan langkah asas untuk


memahami organisasi. Pengetahuan mengenai budaya sesebuah organisasi dapat
dijadikan sebagai asas untuk menentukan pencapaian pekerja-pekerja dalam melaksanakan
tanggungjawab yang diberikan. Kemahiran mengurus dan memimpin bukan sahaja
mempengaruhi budaya dan membawa perubahan kepada organisasi, malah juga memberi
kesan kepada kepuasan pekerja di tempat kerja. Kepuasan pekerja adalah sebagai
penanda tentang produktiviti pekerja. Justeru, pengurus harus memahami perhubungan
antara budaya organisasi dengan kepuasan pekerja
Secara rumusannya, integriti membawa erti kualiti unggul yang wujud secara
keseluruhan dan padu dalam individu dan organisasi. Integriti mempunyai kaitan erat
dengan etika, ianya adalah berlandaskan etika dalam tindakan seharian. Manakala etika
merupakan himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku individu,
organisasi dan profesion. Budaya kerja pula merujuk kepada nilai, kepercayaan, sikap,
kepercayaan dan sikap pekerja terhadap pekerjaannya. Dalam konteks integriti ianya bukan
hanya terfokus kepada isu-isu rasuah sahaja, malah ia merupakan satu konsep yang lebih
besar seperti melibatkan juga amalan budaya kerja yang menuntut amalan berintegriti
seperti integriti dalam ketepatan waktu, integriti dalam menyampaikan maklumat, integriti
dalam memberi perkhidmatan terbaik, integriti dalam berhubung dengan ketua jabatan,
rakan sekerja, masyarakat dan juga kakitangan sokongan.
Secara kesimpulannya dapatlah disimpulkan bahawa etika itu wujud dari dalam diri
seseorang individu dengan adanya disiplin dan kekuatan diri yang utuh. Dalam aspek politik,
nilai-nilai murni merupakan prasyarat kepada keutuhan jentera pentadbiran sesebuah
kerajaan, persepsi rakyat dalam aspek ketelusan dan mejadi penanda aras kepada
kepercayaan terhadap seseorang individu. Oleh demikian usaha memperkukuhkan integriti
dan tadbir urus yang terbaik memerlukan komitmen daripada semua pihak dalam
perkhidmatan awam iaitu pegawai, kakitangan dan organisasi itu sendiri dengan mengikuti
segala peraturan serta amalan-amalan terbaik. Agama Islam amat menggalakkan umatnya
supaya berkerja dengan penuh amanah, jujur, muhibbah, kasih sayang dan kemesraan di
antara majikan dengan pekerja dan di antara pekerja dengan pekerja dalam semua urusan
perkhidmatan selagi tidak melanggar hukumhukum syarak agar membentuk masyarakat
berjaya dan bertaqwa.

RUJUKAN

Blogger, 15 Ogos 2010, Pengenalan etika dimuat turun pada 10 Mac 2023 dari

http://pengurusanetika.blogspot.com/2010/08/pengenalan-etika.html

Blogger, Levindran Ilengo, 15 jun 2020, BUDAYA KERJA DALAM MEMBENTUK ETIKA

KERJA, dimuat turun pada 10 Mac 2023 dari https://www.researchgate.net/publication

/341979496_BEIRNE_BUDAYA_KERJA_DALAM_MEMBENTUK_ETIKA_KERJA

Ipendidikan.MY Copyright 2022,Cara-Cara Mengatasi Amalan Rasuah Di Malaysia, dimuat

turun pada 11 Mac 2023 dari https://www.ipendidikan.my/mengatasi-amalan-


rasuah.html

Anda mungkin juga menyukai