Anda di halaman 1dari 7

(a) KEPENTINGAN NILAI DALAM PERKHIDMATAN AWAM Nilai boleh ditakrifkan sebagai kepercayaan dan sikap yang mendorong

seseorang atau institusi untuk melakukan sesuatu tindakan (Mok S.S., 2010) mengikut pemilihan yang berasaskan nilai-nilai utama masyarakat (Shahrul Azman, 2010). Terjemahan daripada Nelson (2004)mendefinisikan nilai sebagai kecenderungan dan penilaian terhadap persekitaran dan perilaku sosial. Secara keseluruhannya, interpretasi terhadap nilai boleh dikatakan sebagai kecenderungan individu atau organisasi dalam melaksanakan tindakan bersesuaian dengan masyarakat dan persekitarannya.Isu yang paling banyak dapat kita lihat dan dengar di kaca-kaca televisyen, dan dapat kita baca di dada-dada akhbar yang melibatkan penjawat awam sama ada di peringkat bawahan, pertengahan atau atasan adalah rasuah. Walaupun tertubuhnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang menempatkan beribu-ribu pegawainya di setiap negeri di Malaysia, gejala ini saban hari kian meningkat. Rasuah yang berlaku bukan hanya melibatkan wang puluhan atau jutaan ringgit, malah ada yang melibatkan rasuah seks. Punca gejala ini berterusan berlaku sudah tidak dapat kita tebas pucuk pangkalnya kerana telah terlalu lama berlaku. Gejala ini dapat dielak jika nilai-nilai utama seperti amanah, bersih, jujur, bertanggungjawab, akauntabiliti, dan berkecuali ditanam dengan kukuh dalam hati kakitangan awam. Sekiranya pekerja awam itu amanah dalam pekerjaan, jujur dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas, mengamalkan sikap berkecuali dalam memberikan khidmat kepada pelanggan, dan berhemat dalam membelanjakan bajet yang diberi, sudah pasti kegiatan rasuah ini tidak akan berleluasa dan boleh berkurang.Isu rasuah juga boleh dikaitkan dengan integriti. Mahupun begitu, integriti tidak terhad untuk dikaitkan dengan isu rasuah juga. Budaya kerja juga berkait rapat dengan integriti dari segi ketepatan waktu, menyampaikan maklumat, memberi perkhidmatan yang terbaik, dan perhubungan dengan ketua jabatan, rakan sekerja dan juga kakitangan sokongan. Nilai integriti memberikan halatuju kepada kakitangan dan pentadbiran organisasi untuk bekerjasama dalam mencapai visi dan misi organisasi di samping mencapai perpaduan yang lebih erat selaras dengan ideologi Rukun Negara dan huraian kepada Konsep 1Malaysia. Disebabkan itu, suatu pelan yang dinamakan Pelan Integriti Nasional (PIN) telah diperkenal pada tahun 2004 oleh mantan Perdana Menteri, Tun AbdullahAhmad Badawi. Ini menunjukkan betapa pentingnya nilai integriti untuk diterapkan dalam diri setiap kakitangan terutamanya kakitangan awam supaya negara bebas daripada fenomena rasuah, penyalahgunaan kuasa dan amalan penyelewengan yang tinggi. Di samping itu, keberkesanan perkhidmatan awam juga dapat ditingkatkan dengan cara pembasmian budaya birokrasi.Masalah yang berkaitan dengan tatatertib kakitangan awam sering timbul seperti datang lewat ke tempat kerja, tidak menghadirkan diri untuk melaksanakan tugas, cuai dalam melaksanakan tugas, melanggar prosedur kerja dan tidak

kurang juga yang terlibat dalam kes-kes jenayah sehingga disabit di mahkamah. Jika masalah ini berterusan, pihak perkhidmatan akan dipersalah kerana gagal melatih anggotanya mematuhi peraturan. Kepercayaan orang awam untuk mendapatkan

khidmatyang telus dan berkualiti akan terjejas akibat daripada ini. Bak kata pepatah, kerana nila setitik,rosak susu sebelanga. Hanya disebabkan beberapa anggota yang melanggar peraturan, masyarakatakan memberi persepsi negatif terhadap seluruh organisasi tersebut. Sebaliknya, jika peraturan kerja ditekankan dan nilai yang tercatat dalam Tonggak Dua Belas iaitu menghargai masa, ketekunan membawa kejayaan, keseronokan bekerja, kemuliaan kesederhanaan, ketinggian peribadi, kekuatansifat baik hati, pengaruh teladan, kewajipan menjalankan tugas, kebijaksanaan berhemat, keutamaan kesabaran,

peningkatan bakat, dan nikmat mencipta (Mok S.S., 2010) dilaksanakan, sudah pasti rakyat akan berpuas hati dengan sektor perkhidmatan awam kerana berjaya memainkan peranan dalam meningkatkan mutu pencapaian negara seterusnya membangunkan negara menjadi lebih maju setanding dengan negara maju yang lain.Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, terdapat banyak nilai yang telah kerajaan perkenalkan. Setiap anggota kerajaan dikehendaki menyemai nilai-nilai tersebut dalam melaksanakan tugas di samping menjalani hidup sebagai rakyat Malaysia. Jika nilai-nilai yang disebutkan sebelum ini dapat disemai dan ditanam dalam diri, maka akan lahirlah nilai-nilai murniyang lain dari segi peribadi, kepimpinan, profesionalisme, mengutamakan pelanggan, keagamaandan produktiviti atau kualiti. Sebagai contoh, sekiranya seorang kakitangan awam mengamalkan nilai baik hati dan ketinggian peribadi, secara tidak langsung kakitangan ini akan berdisiplin, berdedikasi, amanah, ikhlas, bersopan-santun, berintegriti, adil dan menghasilkan kerja yang produktif. Sedar atau tidak, nilai-nilai positif boleh lahir secara sendiri kerana nilai yang tercatat dalam Tonggak Dua Belas berjaya dihayati dengan mendalam. Keseronokan bekerja akan timbu ldalam diri anggota perkhidmatan sekaligus hasil kerja yang dilakukan akan menjadi bermutu tinggi.Produk seperti inilah yang diinginkan oleh setiap organisasi dalam mencapai kejayaan yang memberangsangkan di samping meningkatkan pembangunan dan ekonomi negara.Penerapan nilai-nilai murni oleh pentadbir awam kepada anggota dalam organisasi dapat memberikan khidmat yang berkualiti kepada pelanggan. Selain daripada itu, tugas dapat dijalankan dengan bersih, cekap dan amanah iaitu dasar yang telah diperkenal oleh mantan Perdana Menteri,Tun Dr. Mahathir Mohamad pada April 1982. Rasionalnya, dasar ini diperkenal untuk meningkatkan kesedaran anggota perkhidmatan awam dan swasta, dan dalam kalangan rakyat tentang amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan terhadap tugas yang dilaksanakan. Jika amanah dan tanggungjawab ini dapat difahami oleh setiap orang, segala tugas dapat dilakukan secara cekap dan berkesan. Secara tidak langsung, sikap bersih iaitu tidak mengharapkan ganjaran semata-mata dan berkhidmat untuk faedah negara dan rakyat, dan juga sikap amanah iaitu tidak menyeleweng semasa menjalankan

tugas dapat dipupuk. Dengan itu, tidak mustahil Malaysia akan lahir sebagai sebuah negara yang masyarakatnya bertamadun dan bermoral, sesuai dengan agama rasminya iaitu Islam

KEPENTINGAN ETIKA DALAM PERKHIDMATAN AWAM Etika dalam perkhidmatan awam adalah penting dalam menyokong nilai-nilai yang telah diperkenal. Menurut Mok S.S. (2010), etika boleh ditakrifkan sebagai tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap pelanggannya atau masyarakat. Menurut Fieser J.(2009), bidang etika melibatkan penyusunan yang bersistem, pertahanan dan pengesyoran konsep perilaku betul dan salah. Dapat diringkaskan bahawa etika adalah tingkahlaku atau adab individu terhadap kehidupan seharian dan persekitarannya. Bagi menerangkan tentang etika kerja pula, Mok S.S. (2010) menerangkan bahawa etika kerja dalam perkhidmatan awam merupakan prinsip-prinsip moral yang ditetap oleh institusi kerajaan dengan tujuan mengawal tingkah laku anggota-anggota organisasi, demi memastikan tingkah laku mereka tidak bercanggah dengan sistem nilai organisasi berkenaan. Etika kerja ini dapat dijadikan panduan bagi setiap kakitangan awam sebagai prinsip tingkah laku yang berlandaskan nilai-nilai murni dalam perkhidmatan awam. Dalam perkhidmatan awam, satu etika yang dinamakan Etika Perkhidmatan awam telah diwujudkan sejak Malaysia mencapai kemerdekaan. Etika ini bertujuan untuk memastikan pembangunan yang dirancang untuk rakyat dapat memberi faedah kepada rakyat seterusnya kepada negara. Sekiranya pelaksanaan rancangan pembangunan tidak berjalan dengan lancar kerana adanya anggota perkhidmatan awam yang tidak berdedikasi, maka sia-sia sahaja pihak kerajaan memberikan sejumlah peruntukan untuk pembangunan negara. Atas hal yang demikian, etika ini digubal untuk memenuhi permintaan rakyat yang menginginkan perkhidmatan awam yang bersistematik, cekap dan cemerlang. Di samping itu, dengan adanya etika ini, negara boleh terhindar daripada ancaman-ancaman luar yang boleh menjejaskan kestabilan dan keselamatan negara. Apabila ancaman-ancaman luar, terutamanya dari kawasan serantau, boleh dihindari maka akan lahirlah satu bangsa yang lebih berdaya tahan dalam mengharungi cabaran globalisasi, sosial ekonomi dan politik seperti yang terkandung dalam konsep 1Malaysia.Selain itu, terdapat juga etika-etika lain seperti etiket sosial dan etika pakaian ke tempat kerja.Dengan adanya etika-etika ini, penjawat awam akan lebih berkeyakinan dalam menjalankan tugas di samping berkeyakinan untuk berhadapan dengan pelanggan. Sebagai contoh, etika pakaian ketempat kerja memberikan garis panduan kepada penjawat awam tentang tatacara pemakaian pakaian yang sesuai. Sekiranya penjawat awam bebas memakai apa-apa jenis pakaian tanpa adanya panduan, maka akan muncullah berbagai-bagai fesyen pakaian, masalah

kekemasan dan masalah pakaian yang menjolok mata. Dengan adanya etika pakaian, kakitangan awam akan muncul dengan pakaian yang selesa, sesuai dan kemas. Apabila berurusan dengan pelanggan, pelanggan akan berasa yakin dengan kakitangan tersebut dan perkhidmatan yang baik dapat diberi dan diurusdengan lancar.Etika sosial atau etiket sosial pula memberi panduan tentang adab-adab seperti adab di meja makan dan adab berjalan. Seorang kakitangan awam hendaklah memberi imej yang positif terhadap dirinya terlebih dahulu dalam memberikan persepsi yang positif terhadap masyarakat. Imej ini jugaakan mempengaruhi persepsi positif masyarakat terhadap kerajaan. Jika kakitangan awam dilihat mempunyai imej yang elegan dan bersopan-santun, kepercayaan dan keyakinan rakyat untuk berurusan dengan kakitangan awam dan kerajaan akan meningkat. Perselisihan faham di kalangan masyarakat terhadap kerajaan juga akan berkurang. Sebaliknya, jika kepercayaan dan keyakinan masyarakat tidak dapat diperoleh, maka akan timbullah rasa tidak puas hati dan huru-hara dalam negara yang tentunya akan menjejaskan keamanan dan kestabilan negara. Dengan pengenalan etika dalam perkhidmatan awam, anggota-anggota

perkhidmatan dapat meningkatkan prestasi kerja dalam menjalankan tugas-tugas harian mereka. Etika Perkhidmatan Awam dapat dihayati melalui tujuh teras iaitu berazam meninggikan mutu perkhidmatan, bekerja dengan penuh tanggungjawab, berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri, berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan, bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara, bekerjasama dalam membanteraskan kelemahan dan musuh-musuh negara,dan berpegang teguh kepada ajaran agama (Mok S.S., 2010 dan Malaysia Kita, 2009). Jika ketujuh-tujuh teras ini diamalkan, mutu perkhidmatan awam dapat ditingkatkan. Apabila prestasi perkhidmatan dapat ditingkatkan, khidmat kepada orang awam dapat diberikan dengan cemerlang dan maklum balas daripada orang awam juga akan menjadi positif. Serentak dengan itu,kepercayaan orang awam kepada kerajaan juga akan bertambah baik. Disebabkan itu, adalah sangat penting bagi setiap kakitangan awam untuk mematuhi etika supaya hubungan antara setiap anggota masyarakat akan menjadi lebih kukuh dan bersatu padu untuk mencapai perpaduan negara berdasarkan Rukun Negara. Tambahan lagi, kemakmuran negara yang berbilang kaum dapat ditingkatkan seterusnya dapat melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan konsep 1Malaysia.Pentingnya nilai dan etika dalam kehidupan seharian dapat dilihat melalui akibat buruk yang berlaku di sekeliling. Contoh yang paling mudah adalah suasana di tempat kerja yang boleh mempengaruhi prestasi seisi warga kerja sekaligus prestasi organisasi. Jika keseluruhan warga kerja mengamalkan nilainilai seperti amanah, bersih, jujur dan bertanggungjawab, dan etika kerja seperti adil dan saksama, nescaya tidak akan timbul isu pecah amanah, rasuah dan berat sebelah.

Sekaligus,warga kerja dan organisasi dapat mencapai segala matlamat, program atau projek yang dirancang.Sebaliknya, jika nilai dan etika kerja ini tidak dipatuhi, maka akan timbul pelbagai masalah dalam organisasi tersebut yang mana boleh mengakibatkan kejatuhan prestasi organisasi. Akan timbul isu seperti tidak percaya antara staf dengan pelanggan, staf dengan staf dan staf dengan pihak pentadbir organisasi. Apabila timbulnya suatu masalah, masalah ini akan mengakibatkan timbulnya masalah yang lain, dan apabila terlalu banyak masalah yang timbul, maka akan jatuhlah organisasi tersebut daripada tempat berdirinya.Oleh itu, etika sangat penting dalam perkhidmatan awam. Pelbagai etika yang telah kerajaan perkenalkan bukanlah semata-mata gimik untuk menarik sokongan rakyat tetapi sebagai satu panduan dalam usaha untuk memperbaik dan mempertingkat kemajuan negara dari pelbagai segi terutamanya pembangunan dan ekonomi. Selain itu, tamadun manusia juga dapat dikekalkan,organisasi dan negara dapat dijaga dan prestasi dapat ditingkatkan. Sehubungan dengan itu,masyarakat khususnya kakitangan di sektor awam haruslah menanam dan memahami dengan mendalam setiap etika yang telah diperkenal. Untuk mencapai status negara maju danmerealisasikan Wawasan 2020 bukanlah hanya bergantung kepada pentadbiran negara semata-mata tetapi setiap golongan masyarakat tanpa mengira kaum, jantina, darjat dan status pendidikan perlu menyemai dan melaksanakan nilai dan etika demi kebaikan dan masa depan negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang. (b) i. NILAI TAAT SETIA Dalam kehidupan seharian, manusia telah didedahkan dengan konsep ketaatan dan kesetiaan sepertitaat kepada Tuhan, taat kepada ibu bapa, taat kepada agama dan setia kepada Raja dan negara.Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), taat setia bermaksud tidak berlaku curang, jujur dansetia. Istilah 'taat setia' terkandung dalam Perintah Am Bab D yang berkaitan dengan Peraturan- peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Dalam Perenggan 4 Perintah Am Bab Dada menyebutkan bahawa seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan taat setianyakepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan kerajaan (Perintah-perintah Am dan Arahan Pentadbiran, 2010). Perintah ini bermaksud pegawai kerajaan hendaklah setia kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan kerajaan dengan tidak sekali-kali membelakangkan mereka dan segala perintah yang telah diberikan. Jika ada penjawat awam membelakangkan Raja, negara dan kerajaan,sebagai contoh menjadi tali barut musuh negara, bererti individu itu telah ingkar kepada perintah yang diberikan dan boleh dihukum mengikut undang-undang. Nilai taat setia juga secara tidak langsung terkandung dalam Prinsip Rukun Negara iaitu kesetiaan kepada Raja dan negara, dan Konsep 1Malaysia di mana semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada

kaum dan kelompok sendiri (Jabatan Penerangan Malaysia, 2009). Setiap rakyat Malaysia tidak kira agamadan bangsa, hendaklah menunjukkan ketaatan dan kesetiaan kepada Raja, negara dan kerajaan dengan menyokong dasar-dasar dan rancangan-rancangan yang diperkenal. Kejayaan dasar danrancangan yang telah dirancang sudah pasti akan dapat dicapai sekiranya rakyat khususnya penjawat awam mengamalkan nilai taat setia dengan bekerja bersungguh-sungguh tanpa rungutan dan pemberontakan. Tetapi, jika tiada nilai taat setia dalam diri, maka akan berlakulah kepincangan dalam negara kerana segala dasar dan rancangan yang dirancang tidak mahu disokong sebaliknya menimbulkan huru-hara seperti mengadakan rusuhan terhadap pihak kerajaan.Setiap anggota perkhidmatan awam perlulah menanam nilai taat setia disertai dengan semangat keikhlasan dan kerelaan dalam melaksanakan tugas. Apabila nilai-nilai ini ada dalam diri penjawat awam, maka segala arahan dan dasar yang telah ditetapkan akan dipatuhi tanpa dipaksa.Sekiranya terdapat pihak-pihak yang mempersoal atau membangkang arahan dan dasar tersebut, penjawat awam pasti dapat mempertahankannya dengan rela hati. Pelbagai masalah akan timbul jika nilai ini tidak disemai yang mana selain mempersoal dasar negara dan arahan kerajaan, institusi diraja tidak akan dihormati dan penyelewengan akan berlaku. Produktiviti negara akan terjejas dan pengkhianatan terhadap negara akan berlaku sekaligus akan menjejaskan kestabilan dan keselamatan negara. Oleh itu, penjawat awam perlulah menyemai dan memahami nilai taat setia kepada Raja, negara dan kerajaan agar segala kerja yang dilakukan akan mendatangkan keberkesanan dalam semua aspek untuk mencapai prestasi yang terbilang dalam kalangan terbaik. ii. NILAI BERKECUALI Berkecuali telah diterapkan dalam nilai utama perkhidmatan awam di samping menjadi dasar kepada hubungan Malaysia dengan negara luar. Berkecuali bermaksud tidak memihak kepada mana-mana pihak dalam apa-apa sahaja keadaan. Dasar berkecuali telah diamalkan oleh Malaysia sejak sebelum merdeka lagi. Kerajaan Malaysia mengambil keputusan untuk tidak memihak kepada mana-mana negara jika berlaku perselisihan antara dua negara atau lebih. Dalam perkhidmatan awam, berkecuali bermaksud bahawa kakitangan awam hendaklah melaksanakan tugasnya seperti yang telah ditetapkan tanpa dipengaruhi oleh tekanan luar. Tugas tersebut hendaklah dilaksanakan dengan berhemah, adil dan saksama. Perkara ini telah tersirat dalam Perintah Am Bab D.Secara praktikalnya, nilai berkecuali ini hendaklah diamalkan oleh kakitangan awam dalam meneruskan setiap tugasannya walaupun berlaku apa-apa sahaja perubahan dalam organisasi kerajaan. Nilai berkecuali berkait rapat dengan nilai taat setia di mana kedua-dua nilai ini perlu berjalan seiring agar khidmat yang diberikan oleh kakitangan awam adalah berterusan dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pengaruh luar. Sebagai contoh, sekiranya berlaku perubahan

dalam pentadbiran kerajaan di mana parti politik yang lain telah mengambil alih tampuk pemerintahan daripada kerajaan yang sebelumnya, setiap kakitangan kerajaan hendaklah terus dan tetap melaksanakan tugas dengan bersungguh-sungguh terhadap kerajaan yang baru dan melaksanakan segala dasar dan perintah yang telah ditetapkan seperti ikrar taat setianya kepada kerajaan.Walaupun berbeza tampuk pemerintahan dari segi politik, namun pemerintah baru itu tetap adalah pemerintah atau kerajaan bagi negeri atau persekutuan. Jika ada kakitangan awam yang tidak menerapkan nilai berkecuali, maka akan timbul kesusahan dalam menjalankan kerja dan memberikesan yang negatif terhadap pencapaian prestasi individu dan organisasi di atasnya.

Anda mungkin juga menyukai