Anda di halaman 1dari 23

BAHAGIAN A

1.0 Pengenalan
Istilah etika berasal dari perkataaan Yunani kuno iaitu ‘ethos’ yang membawa erti
kebiasaan, adat, akhlak, keperibadian dan watak. Ethos juga membawa maksud adat
kebiasaan. Ia juga membawa maksud karakter. Perkataan ethos juga terdapat dalam
kamus bahasa inggeris yang bermaksud sifat moral dalam sesuatu bangsa. Dalam bahasa
Inggeris, ethic bermaksud akhlak, tatasusila, kesusilaan dan etika. Manakala ethics
bermaksud prinsip akhlak, ketatasusilaan dan ilmu etika. Menurut kamus lain, ethic
bermaksud system of moral and principal rules of conduct yang bermaksud sistem
prinsip akhlak, peraturan-peraturan perilaku. Manakala ethics pula bermaksud sains yang
menumpukan perhatian kepada akhlak. Dalam bahasa Melayu, etika bermaksud
kepercayaan ataupun tanggapan terhadap sesuatu perkara sama ada ianya benar, salah,
baik atau buruk. Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga pula, etika bermaksud
ilmu berkaitan prinsip akhlak atau moral yang menjadi pegangan seseorang individu atau
sesuatu kumpulan. Oleh itu, analisis akan dilakukan ke atas kepentingan etika dalam
pendidikan dengan merujuk artikal bertajuk ‘Pendidikan Etika, Moral dan Integriti
dalam Organisasi Sektor Awam di Malaysia’.

2.0 Pandangan Penulis Tentang Pendidikan Etika, Moral dan Integriti


Berdasarkan kepada artikal yang dianalisis, penulis melihat etika, moral dan integriti
sebagai tiga elemen yang saling berkait dan mempunyai perhubungan. Ini kerana,
seseorang yang beretika akan sentiasa menunjukkan moral dan integriti dalam
melaksanakan tugasan harian. Dalam pada itu, seseorang yang tidak beretika akan
sentiasa mengutamakan kepentingan diri sendiri walaupun terpaksa mengetepikan nilai-
nilai moral dan falsafah integriti dalam organisasi mereka. Justeri, penulis melihat peri
pentingnya pendidikan etika, moral dan integriti dalam sesebuah organisasi khususnya
dalam organisasi awam. Ini kerana, ianya akan memberikan persepsi positif dalam
kalangan masyarakat tentang perkhidmatan yang diberikan oleh organisasi sektor awam
di Malaysia.

1
Seseorang yang beretika, bermoral dan berintegriti akan sentiasa melaksanakan tugas
dan amanah mereka dengan tanggung jawab yang tinggi. Sebenarnya, setiap kakitangan
kerajaan harus mengamalkan nilai amanah dalam menjalankan urusannya untuk
menjamin kemajuan dan keamanan Negara. Mereka harus mempunyai sikap
bertanggungjawab yang kekal kerana mereka diamanah untuk menguatkuasakan undang-
undang dan menegakkan keadilan. Tambahan pula, kakitangan kerajaan yang amanah
dapat menimbulkan kepercayaan rakyat terhadapnya. sesebuah Negara akan berkembang
maju dan mencapai keamanan jika wujudnya kepercayaan antara rakyat terhadap pihak
kerajaan. Oleh itu, amalan rasuah harus dibanteraskan kerana itu bukan sahaja
mengakibatkan rakyat hilang keyakinan terhadap kerajaan tetapi juga membentuk
masyarakat yang tidak sihat. Secara tidak langsung, imej Negara akan terjejas.

Di samping itu, setiap kakitangan kerajaan juga harus mengamalkan nilai mematuhi
peraturan dan undang-undang. Mereka yang sepatut menjadikan contoh kepada rakyat
malah telah mewujudkan masalah ketelusan sistem pentadbiran kerajaan kita.
Sehubungan dengan itu, masyarakat menganggap masalah rasuah ini bermaharajalela
kerana undang-undang yang longgar terutama dalam aspek pemberian tender dan projek
lain telah menyebabkan ramai pekerja awam mengambil kesempatan daripada
kelemahan itu untuk mengambil wang secara haram ini. Hal ini telah membuktikan
betapa pentingnya untuk seorang kakitangan kerajaan untuk menerima dan memahuthi
peraturan serta undang-undang Negara.

Oleh itu, adalah penting setiap organisasi sector awam dapat melaksanakan tugas dan
peranan mereka dengan penuh beretika, bermoral dan berintegriti seperti mana yang
diharapkan oleh masyarakat.

3.0 Dapatan Kajian


Berdasrkan kepada dapatan kajian yang dinyatakan dalam artikal, terdapat beberapa
dapatan kajian yang boleh dirumuskan. Antaranya adalah seperti mana yang berikut:-

2
1) Tujuan Pendidikan Etika, Moral dan Integriti
Dapatan kajian pertama yang dinyatakan dalam artikal yang dianalisis adalah
berkenaan dengan tujuan pendidikan etika, moral dan integriti. Penulis menyatakan
bahawa pendidikan yang dilakukan adalah untuk membentuk tingkah laku dalam
kalangan pelajarnya. Begitu juga dengan aspek pendidikan etika, moral dan
inetgriti dalam organisasi sektor awam yang mana bertujuan untuk membentuk
tingkah laku beretika dalam kalangan kakitangan awam. Ini penting agar setiap
kakitangan awam sentiasa mengamalkan etika, moral dan integriti dalam setiap
kerja yang dilakukan.

2) Pendekatan Pendidikan Etika, Moral dan Integriti


Dapatan kajian kedua yang dinyatakan dalam artikal adalah berkenaan dengan
pendekatan pendidikan etika, moral dan integriti dalam organisasi sektor awam.
Menurut penulis, peraturan dan undang-undang adalah antara cara yang dapat
membentuk etika, moral dan integriti dalam kalangan organisasi sektor awam.
Walau bagaimanapun, pendekatan yang paling penting dan berkesan adalah
menerusi kepimpinan yang ditunjukkan oleh pemimpin dalam organisasi. Ini
penting agar golongan pekerja yang dipimpin seperti guru akan sentiasa
melaksanakan tugas mereka dengan lebih berkesan dan cemerlang khususnya
dalam mendidik pelajar mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang akademik.
Dalam masa yang sama, amalan etika dalam pendidikan juga akan sentiasa
mewujudkan komunikasi dalam kalangan organisasi yang mana mampu membawa
kejayaan yang cemerlang dalam bidang pendidikan negara. Ini bemakna bahawa
amalan etika dalam aspek pengurusan pendidikan negara memberikan banyak
kesan positif yang memuaskan kepada ramai pihak. Ianya tidak hanya terhad
kepada pemimpim. Malah, turut memberi kesan kepada mereka yang dipimpin
khususnya guru dan juga para pelajar. Secara tidak langsung, matlamat yang
terkandung dalam falsafah pendidikan kebangsaan akan dapat dicapai dengan lebih
cemerlang dan memuaskan.

3
3) Faktor Yang Mempengaruhi Tahap Etika, Moral dan Integriti
Dapatan kajian ketiga pula adalah berkenaan dengan faktor yang mempengaruhi
tahap etika, moral dan integriti dalam kalangan organisasi sektor awam. Menurut
penulis, faktor kepimpinan pemimpin, faktor pengurusan organisasi dan faktor
peraturan adalah antara faktor yang mampu mempengaruhi tahap etika, moral dan
integriti dalam kalangan organisasi awam. Perlu diingat bahawa seorang pemimpin
dalam organisasi yang peka terhadap amalan beretika akan sentiasa berusaha
mewujudkan persekitaran beretika dan moral dalam organisasinya. Secara tidak
langsung, perkara ini akan turut mempengaruhi amalan etika, moral dan integriti
dalam kalangan kakitangan yang dipimpin. Ini juga akan turut mempengaruhi
peningkatan tahap etika, moral dan integriti dalam kalangan kakitangan awam.

4) Masalah Pengurusan Pendidikan Etika, Moral dan Integriti


Dapatan kajian lain yang juga dinyatakan oleh penulis adalah berkenaan dengan
maslah yang wujud dalam aspek pengurusan pendidikan etika, moral dan integriti.
Menurut penulis, organisasi sektor awam pada masa kini lebih cenderung
menganjurkan program dan aktiviti yang dapat meningkatkan kecemerlangan
organisasi. Sebaliknya, penganjuran program pendidikan etika, moral dan integriti
adalah kurang. Secara tidak langsung, perkara ini menyebabkan penghayatan
kakitangan sektor awam terhadap etika, moral dan integriti masih kurang
memuaskan. Dalam masa yang sama, kakitangan sektor awam juga dilihat tidak
mempunyai pengetahuan yang luas terhadap aspek etika, moral dan integriti.
Keadaan ini menyebabkan amalan etika, moral dan integriti dalam organisasi
awam juga masih kurang memuaskan.

Daripada penerangan dan penjelasan di atas, dapat dirumuskan bahawa terdapat


beberapa dapatan kajian yang telah dibincangkan dalam artikal yang dianalisis.

4
4.0 Masalah Pengurusan Pendidikan Etika, Moral dan Integriti
Daripada maklumat dan perbincangan yang dinyatakan dalam artikal, terdapat beberapa
masalah yang dinyatakan oleh penulis dalam aspek pengurusan pendidikan etika, moral
dan integriti. Antaranya adalah seperti mana yang berikut:-
1) Kebanyakan jabatan atau organisasi sektor awam tidak mempunyai garis panduan
yang berkaitan dengan pendidikan etika, moral dan integriti. Ini menyukarkan
kakitangan tersebut untuk mempraktikkan amalan etika, moral dan integriti dalam
tugasan harian.
2) Pengurus atau pemimpin dalam organisasi juga tidak mendapat maklumat lengkap
berkenaan dengan amalan etika, moral dan integriti dalam organisasi. Ini juga
menyukarkan pemimpin dalam organisasi awam untuk menerapkan amalan etika,
moral dan integriti dalam organisasi.
3) Pengetahuan yang rendah dalam kalangan kakitangan awam juga menyebabkan
amalan etika, moral dan integriti dalam kalangan kakitangan sektor awam masih
kurang memuaskan.
4) Kebanyakan organisasi sektor awam juga lebih cenderung menganjurkan program
dan aktiviti yang tidak menjurus kepada pendidikan etika, moral dan integriti.
Sebaliknya, lebih cenderung kepada program berbentuk teras dan teknikal.
5) Pengajuran program pendidikan etika, moral dan integriti juga dilihat kurang
mendapat sambutan daripada kakitangan awam. Perkara ini mungkin disebabkan
oleh pengisian program yang kurang menarik sehingga mendorong kakitangan
untuk tidak beminat dengan program pendidikan etika, moral dan integriti yang
dianjurkan.

Ini bermakna bahawa terdapat banyak masalah yang wujud dalam aspek pengurusan
pendidikan etika, moral dan integriti seperti mana yang dinyatakan di atas.

5.0 Implikasi Dapatan Kajian


Berdasarkan kepada penerangan di atas, dapat dilihat bahawa pendidikan etika, moral
dan integriti adalah sangat penting dalam organisasi sektor awam. Justeru, setiap

5
organisasi sektor awam perlu berusaha untuk meningkatkan amalan etika, moral dan
integriti dalam organisasi. Dalam masa yang sama, setiap pemimpin organisasi juga
perlu memainkan peranan dan tanggung jawab untuk memastikan amalan etika, moral
dan integriti dalam organisasi dapat ditingkatkan. Contohnya seperti melakukan perkara-
pekara di bawah:-
1) Komitmen terhadap kecemerlangan. Pemimpin perlu memastikan nilai ini
diturunkan ke peringkat bawahan dengan cara pemimpin sendiri menunjukkan
komitmen beliau kepada kecemerlangan dalam apa sahaja yang dilakukannya.
2) Pemimpin sebagai role model - contohnya pemimpin yang meletakkan piawai
integriti yang tinggi bagi dirinya akan menjadi role model bagi semua pekerja
dalam organisasi.
3) Bersikap terbuka terhadap kritikan, kegagalan dan cadangan. Pemimpin yang
berkesan adalah pemimpin yang dapat menerima tiga perkara tersebut dengan baik.
Pemimpin yang mengamalkan tingkah laku beretika akan sentiasa mendengar dan
menerima pandangan orang lain kerana dirinya juga adalah manusia biasa.
4) Menghargai tugas baik /bermutu yang dilaksanakan. Ini penting kerana ianya
bukan sekadar menggembirakan pekerja yang bermotivasi malah ianya memberi
perangsang kepada mereka untuk terus bekerja keras dalam mencapai matlamat
organisasi.
5) Elakkan jalan pintas. Membangunkan sebuah organisasi yang baik memerlukan
usaha keras. Sekiranya ia dibina melalui usaha yang jujur dan ikhlas kemungkinan
untuk kekal berjaya adalah lebih kukuh.
6) Mempertahankan kebenaran.
7) Telus dalam semua keputusan dan tindakan.
8) Menggalakkan hubungan interpersonal yang berkesan dalam organisasi.
9) Memberi peluang untuk membangunkan diri kepada semua kakitangan.
10) Menggalakkan penyertaan kakitangan dan proses demokratik dalam organisasi.

Dengan melaksanakan perkara-perkara di atas, maka kakitangan sektor awam akan dapat
dididik untuk sentiasa mempraktikkan etika, moral dan integriti dalam organisasi sektor
awam.

6
6.0 Kesimpulan
Kepimpinan merupakan satu pengertian yang sukar untuk dihuraikan dan didefinisikan
oleh semua orang. Namun begitu, kebanyakan pakar yang mahir dalam bidang
kepimpinan melihat kepimpinan ini sebagai peneraju yang utama kepada kecemerlangan
organisasi. Kepimpinan dapat dilihat dalam diri seseorang apabila seseorang itu
mempunyai kebolehan mendorong, memujuk dan mempengaruhi orang bawahannya
untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh ke arah mencapai visi dan misi. Ini selari
dengan pendapat penyelidik Ramaiah (1999) yang mengemukakan bahawa kepimpinan
adalah satu fenomena yang melibatkan sesuatu proses bagi manusia menggunakan
kemahiran akal fikiran dan potensinya yang melibatkan keupayaan, kebolehan dan
kebijaksanaan bagi seseorang untuk memerintah, mengarah, mendorong atau pun untuk
mempengaruhi.

7
BAHAGIAN B

Amalan etika yang baik akan menjadi amalan kakitangan organisasi yang bekerja dengan
jujur, amanah, menepati masa, cekap, berhemah dan produktif Etika yang baik memberi
gambaran atau imej positif kepada organisasi, syarikat dan jabatan. Etika ini juga
mempunyai hubungan rapat dengan tingkah laku kakitangan organisasi tersebut. Etika
yang bersih, menggambarkan kecekapan sesuatu organisasi dan begitu juga jika
sebaliknya yang berlaku. Etika kerja sering kali dibincangkan dalam konteks nilai,
kepercayaan, norma dan sifat peribadi seseorang kakitangan dalam menyempurnakan
tanggungjawab mereka terhadap organisasi.

Rakyat Malaysia adalah rakyat berilang kaum yang menganut pelbagai agama dan
kepercayaan. Walau bagaimanapun, ianya tidak menghalang masyarakat Malaysia untuk
sentiasa mengutamakan etika dan moral dalam konteks kehidupan seharian. Penghayatan
nilai-nilai baik dari setiap agama dapat membantu menjadi Malaysia terus aman dan
makmur. Hubungan yang harmonis antara kaum di Malaysia mestilah terus dipupuk dan
ditanam dengan nilai-nilai baik yang disarankan oleh setiap agama yang dianuti oleh
rakyat Malaysia. Rasa hormat-menghormati kepercayaan dan agama kaum lain perlu
disemai dalam kalangan generasi kepada generasi agar diteruskan bagi mengekalkan
keunikan negara kita ini.

Pegangan agama adalah benteng bagi segala perbuatan yang keji dan mungkar .
Kekuatan iman akan dapat mengekang individu daripada perbuatan tidak beretika serta
menjadi panduan dalam menentukan sesuatu perbuatan dan tingkah laku. Penghayataan
terhadap agama mewujudkan budaya mencintai kebenaran dan kesaksamaan. Dalam
Islam, kefahaman dan keyakinan adalah dua perkara yang berlainan tetapi saling
memerlukan. Sebagai contohnya, kita memahami bahawa ibadat solat adalah wajib,
namum kita seolah tidak yakin aka balasan tuhan ke atas kita, maka seolah kita pincang
dalam salah satu dualisme kefahaman dan keyakinan . Ada juga orang yang faham
bahawa rasuah adalah berdosa, boleh dikenakan azab akibat perbuatannya. Namun
demikian, mereka berani menerima dan memberi rasuah kerana tidak sampai lagi tahap

8
keyakinan mereka akan balasan yang bakal diterima sekirannya mereka tetap merasuah
dam bakal mendapat ganjaran dan pujian sekiranya bertahan untuk tidak menerima
rasuah. Kefahaman dalam agama perlu disertai dengan keyakinan yang mendalam.
Jelaslah dengan pegangan agama yang kuat segala perbuatan tidak beretika dapat
dielakkan apabila mereka mula menceburi bidang pekerjaan.

Budaya masyarakat Melayu misalnya menggabungkan unsur agama iaitu Islam adat.
Kedua-dua aspek ini menjadi asas yang utama dalam proses sosialisasi dan
pembudayaan.Adat dan budaya yang menjadi asas dalam proses sosialisasi mesti tidak
bertentangan dengan ajaran Islam yang dianuti masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu
menggunapakai kaedah menegur, member nasihat dan juga merotan dengan kadar yang
sepatutnya sejak kecil antara budaya masyarakat Melayu yang menggabungkan unsur
agama iaitu Islam dan adat. Kedua-dua aspek ini menjadi asas dalam proses sosialisasi
dan pembudayaan. Ini bermakna bahawa masyarakat Melayu sentiasa mengutamakan
ajaran Islam dalam memandu kehidupan mereka.

Perkara seperti ini juga turut menjadi ajaran dalam agama lain di Malaysia seperti agama
Kristian, Buddha dan juga Hindu. Bagi masyarakat Cina kepercayaan dan agama
merupakan perkara yang peribadi. Mereka bebas mengamalkan beberapa agama dan
kepercayaan yang dirasakan boleh memberikan kesejahteraan dan kebahagian hidup
selagi tidak bercanggah dengan adat dan budaya mereka.Masyarakat cina
menggambarkan kewujudan tuhan mereka dalam bentuk dewa-dewi dan mempunyai
perwatakan manusia yang mencerminkan kepercayaan mereka iaitu mementingkan
manusia berhubung dengan kebaikan dunia dan akhirat.

Begitu juga dengan masyarakat Cina yang mempercayai unsur dan amalan yang
terkandung dalam ajaran konfusiunisme. Falsafah Konfusianisme merupakan doktrin
kenegaraan yang merangkumi aspek-aspek falsafah, keagamaan dan sosiopolitik yang
termaktub dalam ajaran Konfusius (551SM-479SM). Konfusianisme menekan
pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia,terutama mengenai perikemanusiaan.Selain
itu, ketaatan kepada ibu bapa juga dititikberatkan oleh ajaran Konfusius.Manusia

9
dikatakan mempunyai sifat semulajadi yang lebih kurang sama pada peringkat
permulaan hayat. Kesemua nilai yang mulia ini diteladani orang yang bermoral dan
bersikap mulia(xiao). Mensius menegaskan sifat semulajadi manusia baik ketika
dilahirkan. Xunzi menyatakan sifat semulajadi manusia adalah jahat di mana usaha
individu yang membentuk peribadi kearah kebaikan.Gaozi menyatakan sifat semulajadi
manusia tidak baik dan tidak jahat.(Soo Khin Wah 2001 : 306-308).

Dalam pada itu, agama Hindu menitik beratkan kehidupan yang lebih baik berbanding
kehidupan sebelumnya. Setiap individu perlu melakukan kebaikan dan tidak melakukan
kerosakan terhadap makhluk lain sama ada manusia atau haiwan.Sekiranya mempunyai
nilai-nilai murni dan mengamalkannya mereka akan dilahirkan semula dengan
mempunyai darjat yang tinggi pada kelahiran akan datang sehingga mencapai Mokhsa
iaitu bebas daripada pusingan kelahiran. Kepercayaan inilah yang membentuk
keperibadian masyarakat India dari segi etika dan moral yang mantap agar kehidupan
mereka menjurus ke arah yang lebih baik dan dapat menghindarkan masyarakat tersebut
dari melakukan perkara-perkara yang menyalahi norma-norma dan garis panduan dalam
kepercayaan mereka.

Berdasarkan kepada penerangan dan penjelasan di atas, setiap agama dan kepercayaan di
Malaysia sangat menganjurkan amalan etika dalam konteks kehidupan seharian. Ini
adalah untuk memastikan agar suatu kumpulan masyarakat yang mempunyai
kepelbagaian seperti Malaysia dalam hidup dalam suasana aman, harmoni dan bersatu
padu. Nilai toleransi mesti diamalkan oleh setiap warganegara supaya keamanan dan
keharmonian dalam negara tercapai. Dalam masyarakat yang majmuk ini, sikap bertolak
ansur sesama bangsa dan agama yang berlainan amat dititikberatkan supaya
pertelingkahan antara kaum tidak wujud. Dengan ini, rakyat pelbagai kaum boleh bebas
mengamalkan idea, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa
yang sama meletakkan kesetiaan mereka pada satu negara. Selain itu, setiap warganegara
harus mengawal perkataan dan kelakuan diri pada bila-bila masa supay tidak meyentuh
isu sensitif seperti hak-hak dan kedudukan raja, agama, kewarganegaraan dan hak-hak
istimewa bumiputera. Inilah untuk menjamin kesejahteraan Negara sejagat.

10
Tambahan pula, setiap warganegara harus selalu hidup bersama secara aman.
Masyarakat patut hidup berbaik-baik antara satu sama lain supaya Negara kita dapat
mencapai perpaduan kaum dan berkembang maju. Sesebuah Negara yang menghadapi
konflik dalaman akan menjejaskan status ekonomi dan tidak akan mencapai kemajuan.
Oleh itu, setiap kaum mesti mengutamakan kedaimaian dan keharmonian hidup tanpa
mengira agama, bangsa dan budaya. Rakyat yang selalu bersatu-padu penting dalam
masyarakat majmuk seperti bak kata perkata ‘ bersatu teguh, bercerai roboh’.

Kesimpulannya, sebagai seorang rakyat yang cinta akan Negara, kita harus selalu
bertolak ansur dan menghormati sesama kaum supaya konflik dalaman tidak wujud.
Secara tidak langsung, rakyat yang perpaduan merupakan aset sesebuah Negara untuk
mencapai kemajuan.

11
BAHAGIAN C

1.0 Pengenalan
Etika adalah suatu perkara yang sangat penting kepada setiap individu yang akan
membantunya menilai suatu perkara sama ada baik atau buruk. Menerusi penghayatan
terhadap etika, maka setiap tindakan yang ingin dilakukan akan dinilai terlebih dahulu
sama ada mempunyai kesan kepada pihak lain atau sebaliknya. Ini adalah untuk
memastikan agar tindakan yang dilakukan tidak akan memudarkan pihak lain khususnya
dalam konteks masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

Seseorang yang tidak mengutamakan etika dalam kehidupan harian mereka akan sentiasa
membelakangkan kepentingan masyarakat. Sebaliknya, hanya mengutamakan
kepentingan peribadi semata-mata walaupun terpaksa menyebabkan kesan negatif
kepada orang lain. Contohnya seperti amalan rasuah yang dilakukan oleh segelintir
masyarakat Malaysia. Dalam konteks ekonomi yang berkaitan dengan amalan rasuah
misalnya, mereka yang terlibat dengan budaya dan amalan seperti ini tidak melihat kesan
tindakan mereka terhadap amalan rasuah yang dilakukan. Sebaliknya, hanya
mementingkan diri sendiri dan sikap tamak dalam mengaut keuntungan.

2.0 Etika Menurut Agama Islam


Etika dalam Islam adalah akhlak. Ia merujuk kepada nilai akhlak atau prinsip moral yang
berdasarkan al-Quran dan Hadith. Etika Islam juga merujuk kepada nilai-nilai baik dan
dengan melakukannya seseorang akan mendapat ganjaran pahala. Selain itu ia juga dapat
ditakrifkan sebagai ilmu pengetahuan yang mengajarkan mana baik dan mana yang
buruk berdasarkan ajaran Allah dan RasulNya. Etika Islam mempunyai ciri-cirinya yang
tersendiri yang membezakannya daripada etika menurut perspektif barat. Ciri-cirinya
yang istimewa ini tidak terkandung di dalam etika mengikut falsafah barat. Antara ciri-
cirinya adalah seperti indeks untuk menentukan etika diukur berdasarkan Al-Qur’an dan
As-Sunnah dan bukannya akal semata-mata. Etika Islam bersifat universal dan
komprehensif serta dapat diterima oleh seluruh manusia di setiap masa dan tempat

12
termasuk dalam bidang politik dan kepimpinan. Etika Islam berkait rapat dengan hukum
halal dan haram, pahala dan dosa. Termasuk dalam konsep ibadah. Ia tertakluk kepada
konsep matlamat tidak menghalalkan cara.

Oleh itu, amalan etika dalam kehidupan seharian adalah suatu perkara yang perlu
diutamakan oleh setiap umat Islam. Ianya mencakupi beberapa perkara. Antaranya
adalah seperti mana yang berikut:-

1) Niat Kerana Allah


Setiap tindakan atau aktiviti yang ingin dilakukan perlulah berdasarkan kepada
matlamat untuk mencapai keredhaan Allah. Orang yang tidak mempunyai niat
yang betul semasa bekerja tidak akan bekerja dengan baik. Orang itu tidak akan
mempunyai komitmen terhadap kerja yang dilakukannya. Ramai orang yang
bekerja tetapi tidak faham atau mengerti kenapa mereka bekerja selain daripada
ingin menyara hidup. Persepsi seorang pekerja itu terhadap kerjanya boleh
disimpulkan dalam sebuah kisah pendek mengenai tiga orang pekerja binaan.

Oleh itu, setiap kerja yang ingin kita lakukan hendaklah ikhlas dan didasarkan
untuk mendapat keredhaan Allah. Ikhlas itu bermaksud murni atau bersih, tidak
ada campuran. Ibarat emas yang tulen, bersih tanpa campuran daripada lain-lain
bahan seperti perak, tembaga dan sebagainya. Maksud bersih di sini ialah,
bersihnya sesuatu pekerjaaan dari campuran motif atau tujuan seperti ingin dipuji
orang, ingin mendapat nama dan sebagainya. Contohnya, dua orang yang memberi
derma kepada fakir miskin. Seorang menderma kerana Allah semata-mata,
manakala seorang lagi menderma kerana mahukan pujian dan nama sebagai
seorang dermawan. Dari segi lahiriah, kedua-dua mereka itu sama sahaja iaitu
memberi bantuan kepada fakir miskin, tetapi nilai murni dan akhlak orang yang
pertama lebih tinggi daripada orang yang kedua.

13
2) Bertanggung Jawab dan Komited Terhadap Kerja
Etika kerja profesional turut menekankan tanggungjawab terhadap masyarakat.
Tidak wajar mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan akibat
pekerjaan tersebut kepada masyarakat dan alam sekitar. Sebagai contoh, sesebuah
syarikat pemaju perumahan tidak wajar menggondolkan suatu kawasan hutan
dengan sesuka hati demi apa yang dikatakan sebagai pembangunan. Perbuatan
tersebut bukan sahaja menjejaskan alam sekitar, malah juga sumber pendapatan
penduduk setempat. Tanggungjawab terhadap masyarakat amat penting kerana
banyak projek-projek dewasa ini hampir melupakan faktor-faktor yang memberi
kesan kepada masyarakat. Peranan ahli-ahli teknokrat amat penting dalam
menekankan etika tanggungjawab mereka kepada masyarakat.

Kunci kejayaan seseorang individu ialah komited terhadap kerjaya yang


diceburinya. Komited yang dimaksudkan di sini ialah menumpukan perhatian dan
bersungguh-sungguh terhadap apa yang dilakukan. Sifat komited ini dapat
menyumbang ke arah terhasilnya mutu kerja atau khidmat yang cemerlang. Kerja
yang dilakukan mestilah sentiasa mencari peluang-peluang untuk meraih
kecemerlangan dalam kerja. Pekerja akan sentiassa melihat da merebut peluang
yang tercipta atau dicipta sendiri. Kata-kata hikmat dalam perniagaan yang sering
dijadikan pegangan usahawan ternama iaitu, ‘Peluang mesti dicari, ianya tidak
diberi’. Ini merupakan faktor penting dalam mencapai kejayaan.

3) Amalan Jujur Dalam Setiap Kerja Yang Dilakukan


Islam juga sentiasa mengamanahkan umatnya untuk jujur dalam melakukan suatu
perkara. Di dalam pekerjaan misalnya, sifat jujur atau benar dapat membentuk
hubungan yang sihat di antara sesama pekerja, pekerja dan majikan dan sesama
pelanggan atau pun orang yang berurusan di dalam pekerjaan tersebut. Sifat jujur
dan benar dapat membendung segala perasaan syak wasangka dan tipu daya atau
pun dusta. Contoh tipu daya dalam pekerjaan ialah seorang peniaga yang suka
menipu pelanggannya dengan tujuan melipat gandakan keuntungan.

14
4) Sentiasa Bersyukur
Bersyukur adalah susulan kepada kejayaan-kejayaan dan keuntungan yang
diperoleh hasil sesuatu pekerjaan. Harus diingat bahawa keuntungan yang
diperoleh adalah nikmat kurniaan Allah. Kewajipan bersyukur dinyatakan oleh
Allah dalam firman-Nya yang bermaksud :

‘Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu, Demi sesungguhnya!


Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu,
dan demi sesungguhnya azab-Ku amatlah keras’
(Surah Ibrahim Ayat 7)

Menjadi lumrah manusia, apabila ditimpa kesusahan mereka tabah menghadapinya


dan keimanan mereka pada masa ini kuat sekali. Namun apabila memperoleh
pangkat dan kesenangan, mereka lupa diri dan Tuhan. Inilah yang dinamakan
‘Kufur Nikmat’. Harus diingat bahawa Allah boleh menarik balik nikmat yang
telah dikurniakan kepada hambaNya. Termasuk dalam golongan yang kufur nikmat
ialah orang yang mengamalkan rasuah di dalam pekerjaan. Orang yang
mengamalkan rasuah seolah-olah tidak bersyukur dan berasa cukup dengan apa
yang dikurniakan oleh Allah. Rasuah dilakukan untuk mendapatkan sesuatu yang
bukan haknya dan menguntungkan kedua-dua pihak (pemberi dan penerima
rasuah) dengan cara yang mudah tetapi menyalahi undang-undang dalam bentuk
imbuhan. Imbuhan rasuah pada masa kini berbentuk wang, saham, wanita cantik
dan apa jua yang diatas nama sebagai hadiah. Amalan rasuah akan melumpuhkan
ekonomi negara kerana yang kaya bertambah kaya manakala yang miskin semakin
terbiar. Islam dengan tegas melarang perbuatan rasuah kerana ia tergolong dalam
dosa-dosa besar.

5) Muhasabah Diri
Muhasabah bermaksud menilai diri, menghitung kebaikan dan keburukan yang
telah kita lakukan. Kita perlu menghisap diri di waktu malam tentang apa yang
telah kita lakukan sepanjang hari terutama dalam pekerjaan. Kita perlu menghisap

15
diri di hujung minggu tentang apa yang telah kita laksanakan sepanjang minggu.
Dan seterusnya kita perlu menghisap diri di akhir tahun untuk mempastikan apa
sebenarnya yang telah kita lakukan (untuk diri kita, keluarga kita, bangsa kita,
negara kita, agama kita) di sepanjang tahun.

Penilaian diri (self-evaluation) ini tidak sama ertinya atau kurang bermakna jika
seorang itu pada awalnya tidak menggariskan, merancang atau menentukan apa
yang ia hendak laksanakan dalam tempoh tertentu. 3 Begitu juga penilaian diri ini
juga bukan bermaksud agar kita menguji orang-orang lain dengannya, tetapi agar
kita menguji diri sendiri, dan setelah mengetahui kekurangan dalam diri kita dan
kesilapan strategi di dalam pekerjaan.

Muhasabah ini tidak akan mendatangkan apa-apa manfaat kepada bangsa dan
negara melainkan seorang itu menyedari bahawa dia ada peranan dan kewajipan
sebagai anggota masyarakat. Jika muhasabah atau penilaian semula itu hanya
setakat mengukur kejayaan diri secara sempit, tanpa mengambil kira sumbangan
yang telah dapat dicurahkan kepada sanak saudara, kepada masyarakat setempat,
kepada bangsa dan negara, kepada agamanya, ia belum lagi mencapai maksud
sebenar.

6) Sikap Berinisiatif
Pekerja yang mempunyai sikap berinisiatif adalah mereka yang melakukan usaha
atau sesuatu sebelum dipaksa oleh keadaan atau diarah melakukannya. Sesuatu
kerja itu perlu dilakukan dengan tekun dan teliti untuk mengelakkan berlakunya
kesilapan. Kesilapan dalam melakukan pekerjaan memanglah boleh dimaafkan
tetapi jika dilakukan berulang kali akan menimbulkan masalah kepada diri sendiri
dan orang lain. Setiap pekerja mempunyai kebolehan tersendiri dalam bidang-
bidang yang mereka ceburi. Oleh itu mereka yang beretika dalam kerjanya akan
sentiasa giat berusaha untuk mengembangkan syarikat di mana mereka bekerja.
Contohnya dalam bidang perniagaan pekerja akan berusaha untuk mengembangkan

16
perniagaan syarikat dalam bidang-bidang baru seperti keluaran atau perkhidmatan
yang baru.

Oleh yang demikian, dapat dirumuskan bahawa terdapat beberapa perkara yang
ditekankan dalam etika Islam sama ada yang berkaitan dengan aktiviti yang dilakukan
setiap hari ataupun semasa bekerja.

3.0 Etika Menurut Konfusianisme


Pembentukan pemikiran masyarakat dan tamadun Cina adalah banyak diwarnai oleh
falsafah etika dan kehidupan yang dipelupuri oleh Kung Fu Tze (551-479 BC). Terdapat
dua fokus utama dalam membahaskan persoalan etika dan kehidupan yang dikemukakan
oleh Confucius, iaitu, Lima Kebaikan (Five Virtues), dan Lima Hubungan (Five
Cardinal Relations). Sebagaimana juga dalam falsafah etika agama yang dibincangkan
sebelum ini, lima kebaikan adalah nerujuk kepada sifat-sifat yang perlu dimiliki oleh
setiap individu dan bersifat pedoman dalam kehidupan. Manakala lima hubungan
sterusnya adalah merujuk kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan hubungan
kemasyarakatan dan bernegara seperti mana yang dijelaskan di bawah:-

1) Lima Kebaikan
Lima kebaikan yang dimaksudkan ialah Ren, iaitu peringkat tertinggi dalam
kehidupan dan standard moral yang mutlak. Ren membawa maksud
perikemanusiaan yang merangkumi beberapa perkara seperti berikut:-
o Bersopan santun (courtesy): kesopanan dan ketinggian budi
seseorang menjadikan dia dihormati dan dihargai.
o Hati terbuka (breadth): berlapang dada dan mendengar pandangan
orang lain dalam melakukan sesuatu.
o Kebolehpercayaan (good-faith): kejujuran dan sifat amanah yang
terpuji.
o Ketekunan (diligence): Lambang kepada kejayaan dalam setiap
lapangan kerjanya.

17
o Bersifat lemah lembut (clemency).
Sifat Ren perlu bermula dan bertapak dalam diri seseorang dan kemudian ia akan
mewarnai kehidupannya dan memungkinkan ia mampu menyelesaikan segala
masalah dalam kehidupannya. Hasilnya, menjadikan seseorang itu lebih bersedia
untuk berhadapan dengan masyarakat. Antara sifat sampingan lain yang
diutamakan dalam Ren juga seperti berani (Couregeous), bijaksana (wise) dan
berperikemanusiaan. Kebaikan kedua ialah, Li (propriety), sifat ini mewakili
prinsip etika yang utama dan norma-norma kehidupan yang melibatkan adapt
resam, upacara, peribadatan dan sistem politik dan pemerintahan. Kebaikan ketiga
ialah, Yi (righteousness) ditafsirkan melakukan sesuatu secara betul (right conduct)
dan persoalan moral yang berpandukan kepada kejernihan hati. Melakukan yang
terbaik dan meninggalkan perbuatan yang keji. Kebaikan keempat ialah, Zhi
(wisdom), kehebatan dan kebijaksanaan manusia dalam melakukan sesuatu,
menjaga hubungan sesama masyarakat. Sifat ini penting untuk memahami Yi dan
mengamalkan Li. Menjaga hubungan baik antara orang bawahan dan atasan. Dan
sifat kebaikan yang terakhir ialah, Sin (truthworthiness), kebolehpercayaan dan
diamalkan dalam semua aspek kehidupan manusia.

2) Lima Hubungan
Wu Lun adalah lima hubungan asas manusia yang merangkumi hubungan antara
pemerintah dengan menteri, anak dengan bapa, abang dengan adik, suami dan isteri
dan hubungan sesama kawan. Orang yang lebih tua mempunyai hak yang lebih
keatas yang lebih muda berdasarkan kepada peraturan etika yang betul. Kelima-
lima hubungan ini dapat dijelaskan Rajah 1 di bawah:-

18
Hubungan Pemerintah dan Menteri Hubungan Abang dan Adik
Berasaskan perinsip Ren, Li dan Zhong berasaskan sifat Liang iaitu saling
(taat setia) membantu antara satu sama lain. Dan
adik perlukan sifat Ti iaitu
menghormati orang yang lebih tua

Hubungan Suami dan Isteri


Hubungan Bapa dan Anak Berasaskan sifat Yi iaitu
Berasaskan prinsip Ci dan Wu Lun bertanggungjawab antara satu
Xiau atau kasih saying antara sama lain. Saling
kedua belah pihak. menghormati dan menjaga
kehormatan

Hubungan Antara Kawan


Beasaskan kepada sifat Xin dan
Cheng iaitu ikhlas dan jujur
antara kedua pihak.

Rajah 2 : Lima Hubungan Ajaran Konfusiusnisme

Penekanan yang diberikan oleh Confucius terhadap lima hubungan yang menjadi
asas sesebuah masyarakat dan negara diatas adalah amat penting dalam konteks:-
o Membina hubungan yang baik sesama manusia tanpa mengira
pangkat dan kedudukan manusia
o Mewujudkan hubungan kasih sayang yang berpanjangan sesama
manusia yang berasaskan kejujuran dan amanah
o Mendidik manusia supaya saling menghormati antara satu sama lain
dan bertanggungjawab

Idea yang dikemukakan ini tidak dapat tidak merupakan asas yang amat penting
dalam membina dan membangunkan pengurusan dan kehidupan manusia kearah
yang lebih cemerlang. Tegasnya, kepelbagaian agama dan sistem kepercayaan
dalam masyarakat Malaysia sekiranya difahami dan dihayati secara mendalam,
pastinya tidak akan menimbulkan sebarang perkara yang buruk khususnya dalam
konteks kepercayaan, amalan kehidupan dan budaya dan sebagainya. Semua agama
menggariskan satu sistem etika yang unik dan mengarahkan kepada kebaikan,

19
namun sekiranya nilai yang dikemukakan sahaja baik tapi tidak dilaksanakan,
maka ianya hanya akan kekal sebagai ajaran yang tidak membantu kearah kebaikan
manusia. Secara keseluruhannya, nilai yang dikemukakan dalam agama
sememangnya mempunyai persamaan, mencegah keburukan dan menyeru kepada
kebaikan sebagaimana yang menjadi teras agama Islam.

Menurut Konfusius dan para pengikutnya, orang yang berbudi mesti memiliki dan selalu
mengamalkan 8 sikap yang mulia seperti mana yang berikut:-

1) Cinta Kasih, Ren


Menurut Konfusius manusia yang bermartabat adalah manusia yang memiliki Ren
(cinta kasih): kasihilah sesama manusia seperti diri sendiri. Bagi Konfusius,
mengasihi seseorang bererti mendorongnya untuk menjadi rajin. Ren merupakan
pusat kualitas moral manusia. Ren adalah intisari dari cinta terhadap sesama,
perikemanusiaan, hati nurani, keadilan, dan kasih sayang. Dalam Konfusianisme,
Ren adalah landasan utama bagi menjadi budiman. Jadi, Ren adalah idealisme
moral tertinggi yang melandasi dan merupakan roh terhadap etika lain, seperti
kebenaran, kesusilaan, bijaksana dan sikap dapat dipercaya.

2) Kebenaran/keadilan/kebaikan/kewajiban, Yi
Menurut Fung Yu-Lan, Yi bererti keadaan yang seharusnya terjadi yang harus
dilakukan oleh manusia tanpa syarat. Untuk melakukan hal yang adil dan benar,
pertama-tama bukan untuk mengharapkan balasan, tetapi karana perbuatan itu
sendiri harus dilakukan sebagai hal yang benar.

3) Kesusilaan, Li
Ketika salah seorang muridnya, Yan Yuan bertanya tentang cinta kasih, Konfusius
menjawab ‘mengendalikan diri dan berpegang teguh pada kesusilaan, itulah cinta
kasih’.

20
4) Kebijaksanaan, Zhi
Seseorang dikatakan bijaksana jika setiap hari Anda memiliki kesedaran untuk
melakukan yang baik dan benar. Dalam Analects (atau Lun Yu), konsep Konfusius
tentang kebijaksanaan cukup mendalam. Konfusius berkata : ‘‘jika melihat seorang
yang bijaksana, berusahalah menyamainya dan jika melihat seorang yang tidak
bijaksana, periksalah dirimu sendiri (Lun Yu), bila melakukan kesalahan, jangan
takut untuk memperbaikinya (Lun Yu), bila kamu tahu berlakulah sebagai orang
yang tahu, bila kamu tidak tahu katakanlah bahwa kamu tidak tahu, itulah yang
disebut mengetahui (Lun Yu), orang yang suka cinta kasih (Ren) tetapi tidak suka
belajar, ia akan menanggung cacat bodoh. Orang yang suka kebijaksanaan tetapi
tidak suka belajar, ia akan menanggung cacat kalut jalan fikiran (Lun Yu).

5) Dapat dipercayai, Xin


Perkataan xin berasal dari gabungan kata Ren (manusia) dan Yan (kata-kata atau
ucapan). Manusia bersandar pada kata-katanya mengandung arti bahwa jika
manusia konsisten dengan kata-katanya maka ia layak dipercaya. Seorang
pemimpin harus layak dipercaya oleh rakyatnya. Caranya adalah berlaku bijak dan
melakukan hal yang benar dan baik sesuai titah Surga.

6) Setia, Zhong
Setia (zhong) terdiri dari dua kata: xin (hati) dan zhong (tengah). Ertinya, orang
yang berperilaku setia adalah orang yang memiliki hati yang terletak di tengah (hati
yang terletak di tempat yang semestinya). Setia kepada seseorang berarti selalu
membimbingnya (Lun Yu 14.7). Shu (tepa sarira atau tenggang rasa) juga terdiri
dari dua kata : Ru (seperti) dan xin (hati). Ertinya, tenggang rasa adalah perbuatan
yang muncul dari hati. Maka orang yang sudah tumpul hatinya, tentu juga kurang
mampu untuk bertenggang rasa.

7) Takdir,Tian Ming
Konfusius mengidealkan orang yang memiliki semangat Tian Ming adalah seperti
Junzi yang selalu bersikap sungguh-sungguh, mengamalkan kesusilaan, cinta kasih,

21
kebijaksanaan, kebenaran dan sikap dapat dipercaya. Junzi tidak memperkarakan
soal kaya, mati, hidup, kerana Junzi percaya bahawa jika manusia berlaku
sebagaimana yang dititahkan Syurga (melakukan yang baik dan benar serta yang
seharusnya dilakukan), ia akan memperoleh segalanya tanpa ia tuntut dan
harapkan.

8) Manusia budiman, Junzi


Bagi Konfusianisme, Junzi bererti menjadi manusia yang memiliki idealisme moral
yang tertinggi. ‘Seorang Junzi memegang kebenaran sebagai pokok pendiriannya,
kesusilaan sebagai pedoman perbuatannya, mengalah dalam pergaulan dan
menyempurnakan diri dengan sikap dapat dipercayai (Lun Yu). Seorang Junzi
mengutamakan kepentingan umum bukan kepentingan kelompoknya sahaja (Lun
Yu). Seorang Junzi mahu berlumba tetapi tidak mahu berebut, mahu berkumpul
tetapi tidak mahu berkomplot (Lun Yu)’.

Oleh yang demikian, dapat dirumuskan bahawa terdapat beberapa perkara yang menjadi
penekanan dalam ajaran konfusianisme seperti mana yang dijelaskan di atas.

4.0 Kesimpulan
Setiap manusia perlu memahami dan mengamalkan etika dan moral dalam setiap aspek
kehidupan. Ini juga selari dengan corak kehidupan manusia pada hari ini yang menuntut
setiap lapisan masyarakat perlu mengamalkan etika dan moral dalam kehidupan seharian
mereka. Moral dan etika merupakan prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang diyakini individu
dan masyarakat malah dapat diterima dan dilaksanakan dengan baik. Menurut Chang
Lee Hoon (2005), terdapat dua prinsip moral atau etika yang asas iaitu adil dan
penyayang. Prinsip adil menekankan hak manakala prinsip penyayang menekankan
hormat dalam kalangan manusia.

22
Rujukan
Buchnolz, R. A. (1989). Fundamental Concepts and Problems in Business Ethics, Prentice
Hall: Englewood Cliffs, New Jersey

French, W. A. & John Granrose, (1995). Practical Business Ethics, Prentice Hall: Englewood
Cliffs, New Jersey

H.Hamzah Ya’kub. Dr. (1991), Etika Islam: Pembinaan Akhlaqul Karimah. C.5. Bandung

Hosmer, L. R. T. (1994). Moral Leadership in Business, Boston: Irwin Inc.

Hosmer, L. R. T. (1991). The Ethics in Management, Boston: Irwin Inc.

Mohd. Diah Jurini, Professional Ethics, Open University Malaysia, Kuala Lumpur, 2006

Mustaffa Daud (1996). Etika Pengurusan, Utusan Pub. & Dist. Sdn. Bhd., Kuala Lumpur

Myra Windwiller, Nadine Lambert & Elliot Turiel. (1980). Moral Development and
Socialization, Allyn and Bacon Inc., Amerika Syarikat

White, T. I. (1993). Business Ethics : A Philosophical Reader, MacMiller Pub. Co., New York

23

Anda mungkin juga menyukai