Anda di halaman 1dari 3

EDUP3083 ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME

GURU : KOD ETIKA KEGURUAN MALAYSIA

Disediakan oleh : Siti Hawa binti Abdul Rahim


Kelas : Matematik 2

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, profesion ialah suatu pekerjaan


terutamanya yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan khas. Daripada dahulu
hingga sekarang, profesion telah menjadi unsur utama dalam pembangunan sesebuah
masyarakat dan negara. Oleh yang demikian, profesion perlulah mempunyai satu
standard moral yang tinggi. Kod etika profesional adalah salah satu 'alat kawalan' sosial
yang digunakan sebagai salah satu panduan dalam mendisiplinkan diri ke arah yang
lebih beretika. Etika adalah aspek yang berkaitan dengan tingkah laku seseorang yang
diterima dan dipersetujui oleh sekumpulan masyarakat. Etika menggambarkan nilai-nilai
baik yang harus diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat. Tingkah laku yang
dikatakan beretika adalah tingkah laku yang baik, mengandungi nilai-nilai murni dan
boleh menjamin kesempurnaan dan keharmonian hidup individu dalam kumpulannya.

Daripada video yang telah ditonton, isu yang timbul ialah berkaitan dengan
profesion keguruan yang melanggar kod etika keguruan. Jelas dapat dilihat bahawa
keperluan terhadap amalan atau kod etika yang terbaik amat dituntut bagi
membendung isu tersebut. Prinsip akauntabiliti dan integriti amat penting untuk
diterapkan di dalam diri setiap penjawat awam melalui dua kaedah iaitu usaha yang
berterusan oleh penjawat awam itu sendiri seperti penghayatan nilai-nilai murni dan
keadah kedua pula melalui penguatkuasaan daripada pihak kerajaan seperti
penubuhan Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP), Pelan Integriti Nasional (PIN),
kursus-kursus berkaitan akauntabiliti dan integriti serta Piagam Pelanggan dan Kod
Etika Kerja yang dapat membantu ke arah meningkatkan akauntabiliti dan integriti
dalam diri penjawat awam terutamanya bagi pihak guru yang terlibat dengan isu etika
keguruan.

Akauntabiliti bermaksud sifat bertanggungjawab terhadap seseorang atau


terhadap sesuatu tindakan, keputusan dan sebagainya serta bersedia memberikan
penjelasan dan justifikasi yang diperlukan (Kamus Dewan, 2007). Maka, akauntabiliti
berkait rapat dengan disiplin dan keperluan untuk memberikan justifiasi dan menerima
kebertanggungjawaban terhadap sesuatu keputusan atau tindakan yang telah diambil.
Akauntabiliti keguruan bermaksud tanggungjawab yang harus difahami dan
dilaksanakan oleh seorang guru terhadap profesionalisme keguruan. Integriti pula
merujuk kepada kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu kepada
individu dan organisasi (Institut Integriti Malaysia, 2004). Integriti berkait rapat dengan
etika. Integriti berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari.
Lanjutan itu, integriti guru sebagai penjawatan awam membawa makna bahawa guru
perlu melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut
kepentingan umum. Integriti pula dikaitkan dengan nilai-nilai murni seperti amanah, jujur
serta adil dan saksama. Setiap penjawat awam terutamanya guru yang mempunyai dan
mengamalkan prinsip ini tidak akan bersikap mementingkan diri sendiri malah
sebaliknya lebih mengutamakan kepentingan orang ramai khususnya murid-murid.
Prinsip-prinsip ini mampu mengelakkan seorang guru daripada terjebak dengan isu
etika keguruan yang boleh mencemarkan imej profesion perguruan. Sebagaimana yang
dipertontonkan dalam video tersebut, nyawa orang lain menjadi taruhan akibat daripada
perlanggaran kod etika keguruan.

Kegagalan kepada kepatuhan kod etika dalam kalangan guru seperti ketirisan
integriti yang terus berlaku adalah berpunca daripada sikap dan peribadi individu itu
sendiri seperti perlakuan egoistik dan individualistik. Sifat tamak atau tekanan hidup
yang tinggi juga menjadi punca kepada isu tersebut. Hal ini dapat dibuktikan melalui
kajian yang telah dilakukan oleh Megat Ayop dan Abd. Halim (2016) iaitu tentang
kepentingan budaya integriti dan etika kerja dalam organisasi di Malaysia. Selain itu,
sistem dan prosedur yang kurang telus dalam sesuatu organisasi serta mempunyai
kelemahan yang tidak ditambah baik menjadi punca kepada kegagalan guru dalam
mematuhi kod etika keguruan. Sistem dan prosedur yang lapuk, kurang jelas dan
wujudnya percanggahan akan menjejaskan integriti dan kelemahan ini boleh
menyebabkan ketidakcekapan dan memberi ruang untuk salah guna kuasa dalam
profesion keguruan. Organisasi perlu menyediakan diskripsi kerja, kod etika dan
peraturan yang jelas menerangkan tingkah laku beretika. Kesannya, integriti yang
konsisten dapat dipupuk dalam kalangan pekerja. Dalam hal ini, pengaruh kepimpinan
(ketua jabatan) sangat besar ke atas perlakuan beretika atau tindakan para kakitangan.
Di samping itu, budaya buruk yang diamalkan oleh rakan seprofesion seperti sikap tidak
ambil peduli, takut membuat laporan serta budaya “angguk dan ampu” turut
menyumbang kepada isu tersebut. Budaya organisasi yang berlandaskan standard
etika yang tinggi boleh menjadi penggerak dan pengaruh positif kepada amalan tingkah
laku beretika dalam kalangan pekerja. Oleh itu,

Kesimpulannya, dalam konteks integriti ianya bukan hanya terfokus kepada isu-
isu rasuah sahaja, malah ia merupakan satu konsep yang lebih besar seperti
melibatkan juga amalan budaya kerja yang menuntut amalan berintegriti seperti integriti
dalam ketepatan waktu, integriti dalam menyampaikan maklumat, integriti dalam
memberi perkhidmatan terbaik, integriti dalam berhubung dengan ketua jabatan, rakan
sekerja, masyarakat dan juga kakitangan sokongan. Jelasnya, etika itu wujud dari
dalam diri seseorang individu dengan adanya disiplin dan kekuatan diri yang utuh.

(719 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai