Anda di halaman 1dari 2

Teks Ucapan Guru Besar

Sempena Program Jom Baca 10 Minit

Bismillah….Assalamualaikum….
Selamat Pagi dan Salam Sejahtera …
Yang saya hormati Barisan Penolong Kanan, Guru-guru dan murid-murid yang
cikgu sayangi…
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Pusat Sumber yang
menbgelolakan Program Jom Baca Peringkat Kebangsaan pada hari ini 22 April
2021. Untuk makluman murid, Program Jom Baca selama 10 minit ini merupakan
aktiviti seluruh negara. Semua murid di semua sekolah dalam Malaysia akan
membaca bersama-sama secara serentak.
Membaca adalah merupakan amalan yang mulia dan seharusnya dijadikan
budaya seumur hidup kita. Membaca adalah langkah untuk kita menimba ilmu.
Selain itu dapat meningkatkan ilmu pengetahuan, memperkayakan maklumat dan
memantapkan lagi kebolehan serta kemahiran diri kita.
Dalam erti kata lain, melalui membaca kita dapat mendidik diri sendiri dalam
pelbagai aspek ilmu, pengetahuan dan juga maklumat.
Dengan ilmu kita dapat mempertingkatkan taraf hidup, mampu berdaya saing dan
bergerak maju dalam era dunia globalisasi yang semakin hari semakin mencabar
dan berteknologi tinggi.
Rakyat yang suka membaca merupakan asset negara yang tinggi nilainya kerana
dengan ilmu pengetahuan sahajalah yang dapat membezakan tamadun sesuatu
bangsa.
Untuk makluman murid, Hari Buku Sedunia adalah pada 23 April. Oleh itu saya
menyeru kepada semua murid dan guru, luangkanlah masa untuk membaca…
Lebih-lebih lagi terdapat penegasan menuntut ilmu dalam Islam..iaitu dalah surah
Al-Alaq, Ayat 1-8 : bermaksud …Bacalah Wahai Muhammad, dengan nama
Tuhanmu yang menciptakan sekalian makhluk…..Perkataan suruhan Allah swt
iaitu Bacalah sudah cukup untuk kita fahami dan ikuti dengan cara menuntut ilmu.
Akhir kata, saya ucapokan tahniah kepada semua murid dan guru yang menyertai
Program Jom Baca 2021.

Anda mungkin juga menyukai