Anda di halaman 1dari 2

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SALAM

SEJAHTERA
Terima kasih tn pengerusi majlis
Yang di hormati Pengerusi KRT Taman Aan Jaya Tn Hj Henry Hj Hamdan
Yang dihormati Pengerusi Surau As Syafie Taman Aman Jaya En Sulaimanshah Masri
Barisan AJK KRT Aman Jaya dan Surau As Syafie
Tuan-tuan, puan-puan dan anak-anak yang dikasihi sekalian

syukur ke hadrat allah swt kerana dengan izinnya kita dapat berkumpul bersama-sama pada
pagi ini bagi menjayakan hari keluarga kraftangan malaysia tahun 2010. terlebih dahulu saya
merakamkan ucapan terima kasih kepada jawatankuasa hari keluarga kraftangan malaysia
yang sudi menjemput saya untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan hari
keluarga kraftangan malaysia bagi tahun ini.
dengan izin allah swt juga, kita diberi kesempatan untuk berehat dan meluangkan masa
bersama-sama, jauh dari kesibukan harian dan tugasan pejabat. semoga kita dapat
menggunakan kesempatan ini sepenuhnya untuk bergembira dan melepaskan tekanan yang
dialami di tempat kerja. sesungguhnya aktiviti seperti ini sangatlah dialu-alukan kerana ia
dapat memberikan ruang dan peluang kepada semua warga kraftangan malaysia untuk
berada dalam satu majlis.

penganjuran hari keluarga yang terlaksana hari ini adalah salah satu usaha untuk
mewujudkan masyarakat penyayang. gejala sosial yang berlaku pada hari ini semakin
membimbangkan semua pihak. justeru, saya mengambil kesempatan ini untuk
mengingatkan semua pihak termasuk diri saya supaya meluangkan masa bersama keluarga.
libatkanlah diri kita dalam aktiviti anak-anak seperti beriadah bersama keluarga pada waktu
petang. dengan cara ini, hubungan kekeluargaan akan bertambah erat dan prestasi kerja
juga akan meningkat.
saya percaya bahawa hubungan akrab yang terjalin erat di antara semua warga kerja dan
suasana harmoni yang sedia wujud di organisasi ini akan memudahkan pelaksanaan
program pembangunan yang telah dirancang sebagaimana yang telah dijadualkan dalam
takwim tahunan.

syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua ahli jawatankuasa di atas kejayaan dalam
menganjurkan hari keluarga pada tahun ini. semoga acara begini akan dapat diteruskan
pada masa akan datang. dengan lafaz bismillah hirrahman nirrahim saya dengan ini
merasmikan sambutan hari keluarga kraftangan malaysia tahun 2010.

saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun:


tuan puteri pergi ke rasah
pulang semula sebelah pagi
kita bertemu a dan berpisah
diizin tuhan bersua lagi
Acara menyambut sambutan Hari Keluarga adalah satu acara yang amat digalakkan supaya
dapat mempereratkan hubungan silatulrahim dan kemesraan melalui pelbagai program
yang diaturkan. Pertemuan sebigini amat berbeza dibandingkan dengan suasana formal di
pejabat. Dengan keadaan pelbagai masalah sosial yang kita baca dalam akhbar harian, kita
perlu mengukuhkan kembali institusi kekeluargaan kerana keluarga merupakan paksi atau
tiang utama kehidupan setiap individu. Kita perlu wujudkan semangat kekeluargaan dan
menjalin hubungan yang rapat antara ahli-ahli keluarga kita, hormat menghormati, 7 bantu
membantu, menghargai dan memberi penghargaan, bertolak ansur serta jujur dalam semua
aspek kehidupan.

Anda mungkin juga menyukai