Anda di halaman 1dari 2

UCAPAN ALU-ALUAN WAKIL IPG KAMPUS KOTA BHARU

Terima kasih saudari pengerusi majlis, yang saya muliakan, Yang Berusaha (guru besar) guru

besar sekolah kebangsaan Pantai senak, Yang saya alukan juga guru-guru SK Pantai Senak,

fasilitator program Clique Hunters dan murid-murid yang dikasihi sekalian

Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Salam Kelantan Bumi Serambi Makkah.

Hadirin sekalian.

Alhamdulillahirabbil alamin wasalatu wasalamu ala syaidina Muhammadin wa ala alihi

wasohbihi ajmain. Segala pujian bagi Allah Subhanahu Wataala dan salam sejahtera ke atas

junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Dengan izin Allah kita dapat bersama-sama pada tengahari

ini di dalam majlis penutup program Clique Hunters.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir pada

tengahari ini kerana sudi meluangkan masa untuk kita sama-sama menyempurnakan program

ini. Majlis pada hari ini tidak akan dapat direalisasikan jika tiada sokongan daripada mereka

iaitu pelajar pendidikan Islam 4 daripada IPG kampus kota Bharu dalam menjayakan Program

Clique Hunters ini. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada setiap tetamu.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

Besarlah harapan saya agar program yang dirancang dapat mencapai objektifnya iaitu dalam
membentuk murid-murid sk pantai senak ke arah generasi yang soleh dan taat kepada Allah
SWT. Seterusnya, Saya mewakili pihak pengurusan berharap agar program kali ini dapat
memberi manfaat kepada semua murid-murid di sekolah kebangsaan pantai senak. Semoga
majlis ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama kita dan matlamat program kali ini dapat
dicapai.
Akhir kata, saya mahu mengambil kesempatan sekali lagi untuk mengucapkan terima kasih
kepada tetamu yang sudi hadir dan meluangkan masa ke majlis penutup Program Clique
Hunters yang dianjurkan oleh pelajar ipg kampus kota bharu. Pihak kami mengucapkan ribuan
terima kasih di atas kerjasama dan keperihatinan semua pihak yang terlibat sama ada secara
langsung ataupun tidak langsung

Sekian daripada saya, semoga kita berjumpa lagi di lain hari.

Anda mungkin juga menyukai