Anda di halaman 1dari 22

GSB1012

KM alaysia
esantunan

MNR2019
asyarakat
!
Peringatan
• Rekod Kehadiran
• Kerja kursus
• Kuliah ganti (jika ada)
• Schoology

MNR2019
Soalan Tutorial
!
1. Leech (1983) telah memperkenalkan “Prinsip Kesopanan”.
a) Senaraikan lima maksim yang menjadi asas kepada “Prinsip Kesopanan Leech (1983)”
ini.
[5 markah]

b) Mengapakah “maksim kerendahan hati” penting mengikut model ini?


[5 markah]

MNR2019
KESANTUNAN
2
Bab

BERBAHASA

MNR2019
2
KANDUNGAN BAB

MNR2019
Penjagaan Air Muka Sebagai
Asas Kesantunan

• Perubahan yang berlaku pada wajah seseorang semasa berinteraksi dapat


diterjemahkan menjadi satu bentuk dan imej perlambangan yang amat bermakna.
• Lambang yang dipaparkan itu lazimnya melibatkan perasaan dalaman seseorang
penutur dan pendengar seperti benci, geram, marah, suka, seronok dan sebagainya.
• Perasaan ini kemudiannya dijelmakan melalui mimik muka seseorang.
• Tidak semua air muka dapat dibaca atau difahami oleh individu lain, tetapi
kebanyakan air muka yang ditonjolkan itu memaparkan perasaan dalaman seseorang.
• Walaupun kita akrab dengan seseorang, ada beberapa situasi yang gagal untuk kita
fahami tentang kemahuan atau perasaan yang ditunjukkan pada wajahnya.

MNR2019
Perbincangan

wujud dalam keadaan yang berbeza-beza

?
Bagaimanakah air muka seseorang itu dapat

antara seseorang dengan seseorang yang lain

MNR2019
Anda menerima satu
pemberitahuan sedih
melalui aplikasi
WhatsApp atau
Telegram yang
memaklumkan rakan
anda telah terlibat
dengan kemalangan
jalan raya semasa anda
sedang bermesyuarat.

?
Apakah tindakan
spontan anda pada
ketika itu
MNR2019
Walaupun paparan satu imej muka pada
grafik yang kita terima itu kecil sahaja
saiznya, namun kesannya sangat besar
sehingga dapat mengganggu emosi
mereka yang menerimanya.

MNR2019
?
Apakah maksud emoji-emoji berikut

MNR2019
MNR2019
Penjagaan Air Muka Sebagai
Asas Kesantunan

• Wajah atau muka sangat berkait rapat dengan maruah diri sehingga wujudnya
banyak simpulan bahasa atau peribahasa berkait dengan muka.
• Contohnya jika kita terserempak dengan orang yang tidak tahu malu, maka akan
diberikan jolokan sebagai “muka tembok”, “muka bantal” dan “muka papan”.
• Maruah dan harga diri seseorang itu perlu dijaga dengan baik serta berpegang kuat
pada konsep malu, iaitu penjagaan air muka.
• Mohamed Mansor Abdullah (1993) berpendapat bahawa malu dapat difahami sebagai
nilai murni yang menjadi asas kepercayaan yang diterima oleh masyarakat sebagai
suatu perkara yang suci dan mulia di samping sebagai maruah sesebuah bangsa.

MNR2019
Konsep Malu
dalam Masyarakat Melayu

• Konsep malu bertujuan menjaga maruah dan air


muka.
• Malu juga dapat berlaku akibat kesilapan memilih
kata-kata yang sesuai semasa menggunakan bahasa.
• Perkataan yang keluar daripada bibir hendaklah
bersantun dan tidak mengandungi apa-apa unsur
yang dapat memalukan diri sendiri.
• Individu yang mempunyai perasaan malu yang tinggi
akan lebih dihargai, dipercayai tutur katanya,
bermaruah dan dipandang mulia.

MNR2019
KonsepMalu
dalam Masyarakat Melayu

Contoh Ungkapan…

&
MNR2019
Teori Kesantunan Brown &
Levinson (1978 & 1987)
• Teori ini telah diperkenalkan pada 1978 oleh Penelope Brown dan
Stephen C. Levinson.
• Ia bertujuan memperbaik apa-apa bentuk ancaman air muka yang
berpunca daripada Face Threatening Act (FTA) atau “Peraturan
Ugutan Muka” yang berlaku dalam kalangan pendengar.
• Menurut mereka, setiap individu berhak untuk memiliki air muka
(face) sendiri.
• Konsep air muka bermaksud imej atau maruah diri penutur di
tempat awam (public self-image).
• Menurut teori ini, air muka seseorang itu boleh dibahagikan
kepada dua, iaitu air muka +ve dan air muka –ve.
MNR2019
Teori Kesantunan Brown &
Levinson (1978 & 1987)
• Air muka +ve merupakan keinginan oleh seseorang untuk
merasakan yang diri dan air mukanya dihargai orang lain.
• Air muka –ve merujuk keinginan individu untuk memiliki
hak, kebebasan dan kuasa autonomi terhadap tindakan atau
perlakuan yang dilakukan.
• Penutur akan sedaya upaya memelihara air muka
pendengarnya kecuali atas kehendak penutur sendiri.

MNR2019
Teori Rundingan Air Muka
(Face-Negotiation Theory)
• Teori ini dibangunkan oleh Stella Ting-Toomey pada 1985.
• Ia bertujuan menjelaskan beberapa perbezaan budaya semasa
mengendalikan konflik dalam aspek komunikasi.
• Konsep penting yang terdapat dalam teori ini ialah faktor air muka.
• Air muka merupakan gambaran perasaan atau sikap seseorang sebagai
timbal balas yang berlaku ketika itu.
• Gaya air muka yang ditonjolkan oleh setiap individu itu berbeza-beza
mengikut situasi tertentu.
• Orang normal akan menunjukkan pelbagai reaksi spontan pada wajahnya
sama ada secara langsung atau tidak langsung semasa mengalami peristiwa
yang “memalukan”.
• Reaksi tersebut dapat ditunjukkan melalui perbuatan, tindakan, tutur kata,
bahasa badan, perubahan air muka, perubahan suara dan sebagainya.

MNR2019
Teori Rundingan Air Muka
(Face-Negotiation Theory)
• Kadar perubahan sama ada sedikit atau banyak pada air muka
seseorang itu banyak bergantung pada peristiwa “malu”
yang dialaminya dan jumlah khalayak yang menyaksikan
peristiwa malu itu.
• Perubahan pada bentuk air muka juga bergantung pada cara
individu berkenaan menguruskan air mukanya apabila
mendapat ancaman malu.
• Keadaan ini berasaskan pandangan tentang kebimbangan air
muka (face concern) dan keperluan air muka (face need).

MNR2019
Teori Rundingan Air Muka
(Face-Negotiation Theory)

MNR2019
Teori Rundingan Air Muka
(Face-Negotiation Theory)

MNR2019
Secara berkumpulan anda diminta
menyediakan slide persembahan MS
PowerPoint bagi menjelaskan konsep
kesantunan merentas budaya.

MNR2019
Sekian…terima
kasih
MNR2019

Anda mungkin juga menyukai