Anda di halaman 1dari 9

1.

0: Pendahuluan
Ketika dunia hari ini merentasi arus teknologi yang semakin canggih, isu-isu kesantunan
dalam masyarakat Malaysia pula semakin berleluasa dan menunjukkan belang (Dr.
Nazariyah Sani, 2015). Sifat positif dalam diri masyarakat Malaysia saban hari semakin
luntur, ketidak prihatinan yang ditunjukkan oleh masyarakat menjadi semakin runcing kerana
kesantunan dalam berbahasa semakin rapuh dan ampuh. Bahkan, kita sendiri mula merasa
bahangnya apabila di persekitaran kita semakin banyak tamsilan kerapuhan nilai
kesantunan yang terjadi dihadapan mata kita sendiri.

Oleh hal yang demikian, aspek kesantunan ini perlu dititikberatkan dalam kehidupan
kita sehari-hari kerana ia melambangkan imej dan peribadi seseorang insan itu.Masyarakat
perlu sedar bahawa nilai kesantunan itu bukan merupakan perkara yang remeh-temeh,
tetapi ia merupakan perkara yang perlu dititikberatkan dan di dajidikan amalan dalam
kehidupan mereka.

1
2.0: Kesantunan Berbahasa
2.1: Konsep Kesantunan Berbahasa
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), santun membawa maksud halus
sesuatu budi bahasa atau budi pekerti, beradab serta bersopan. Kesantunan pula
merujuk kepada kehalusan sesuatu budi bahasa dan budi pekerti. Berbahasa pula
membawa maksud memakai atau menggunakan bahasa. Maka, kesantunan
berbabahasa dapat dirumuskan sebagai kehalusan budi bahasa dalam memakai
atau penggunaan sesuatu bahasa.

3.0: Bentuk Dan Jenis Kesantunan

3.1: Kesantunan verbal

Kesantunan verbal bermaksud komunikasi secara lisan yang berlaku setiap hari
(Dr.Nazariyah Sani, 2015). Hal ini demikian kerana kita sentiasa berhubung dengan
orang lain yang bertujuan untuk melahirkan pendapat atau perasaan kita. Dengan ini,
kita dapat berkongsi atau bertukar- tukar fikiran, idea, maklumat dan perasaan.
Tuntasnya, kesantunan verbal melibatkan percakapan yang bersopan santun dan
beradab agar perbincangan dapat dijalankan dengan lancar.

3.2: Kesantunan Non- Verbal

Kesantunan berbahasa daripada segi non verbal pula merujuk kepada perbuatan,
ekspresi wajah, bahasa tubuh dan isyarat(Dr Nazariyah Sani,2015). Konsep
kesantunan berbahasa non verbal ini merujuk kepada semua perlakuan yang tidak
menggunakan bahasa lisan untuk menyampaikan mesej yang dapat difahami.
Sebagai contoh, non verbal melalui media cetak seperti surat khabar, majalah, jurnal
dan buku. Justeru, bahasa tubuh, ekspresi wajah yang merangkumi hubungan mata
juga memainkan peranan yang sama penting untuk melestarikan konsep kesantunan
berbahasa.

3.3: Kesantunan Lisan

Kesantunan lisan merupakan komunikasi dua hala yang berlaku secara langsung
ketika dua orang berbual(Dr Nazariyah Sani,2015). Kesantunan lisan ini dapat dilihat
dalam aktiviti seperti perbualan, wawancara, ucapan pengacara majlis, pengumunan
dan arahan dalam perhimpunan, mesyuarat, protokol, pertemuan dengan
murid,rakan setugas dan sebgainya.

2
3.4: Kesantunan Penulisan

Kesantunan Penulisan pula melibatkan pemikiran. Penyampai perlu berfikir secara


serius sebelum melahirkan sesuatu mesej kerana penerima mesej tidak dapat
berkomunikasi secara langsung kepada penyampai tersebut(Dr Nazariyah
Sani,2015). Dalam Kesantunan penulisan, terdapat beberapa aspek yang perlu
diberi perhatian seperti penggunaan kata panggilan yang betul, kata sapaan yang
betul, gaya bahasa yang betul, pemilihan kata dan ayat yang sesuai dan juga isi
yang tidak sensitif.

4.0: Ulasan Secara Kritis Isu-Isu Kesantunan Masyarakat Malaysia

4.1: Isu Pendidikan

4.1.1: Mengulas Isu Pendidkan dari Aspek Kesantunan Verbal

Golongan remaja sekolah didapati mula mengabaikan nilai kesantunan berbahasa


ketika berinteraksi. Fenomena ini timbul apabila berlaku kejadian interaksi remaja
yang berkelakuan dan berbahasa kasar terhadap guru mereka sendiri. Contohnya
seperti kes yang dilaporkan berlaku di Nebong Tebal, iaitu seorang pelajar yang tidak
berpuas hati dengan gurunya telah bercakap kasar, iaitu kalau tak mau keluar, lu
mau buat apa (Berita Harian, 15 Januari 2010). Dalam hal ini (Yahya Othman ,2005)
menyatakan bahawa institusi sekolah tidak terkecuali daripada persoalan amalan
budi bahasa , terutama dalam kalangan pelajar. Hal ini dapat dilihat melalui
pertuturan serta tingkah laku yang tidak sopan yang berlaku dalam kalangan pelajar
dan terhadap guru mereka sendiri.

Pada pendapat saya, perbuatan yang dilakukan oleh pelajar tersebut


terhadap gurunya amatlah melampui batas kerana perbuatan tersebut
menggambarkan betapa rendahnya nilai kesantunan verbal pelajar tersebut terhadap
gurunya. Amalan budi bahasa dalam pelajar perlu diterapkan di dalam diri mereka
sejak dari kecil lagi bak kata peribahasa melayu meluntur buluh biarlah dari
rebungnya. Apabila amalan budi bahasa ini sudah menjadi amalan di dalam diri
pelajar, maka secara tidak langsung mereka dapat memelihara kesantunan verbal
dalam mereka berkomunikasi dengan orang lain khususnya dengan guru-guru
mereka.

3
4.1.2: Cadangan Mengatsai Isu Kesantunan Dalam Masalah Pendidikan

Untuk mengelakkan masalah kesantunan berbahasa terus terhakis dalam diri


pelajar, pihak ibu-bapa perlu menerapkan nilai kesantunan di dalam diri anak mereka
sejak dari kecil lagi. Hal ini jelas terbukti dalam pepatah melayu yang berbunyi
meluntur buluh biarlah dari rebungnya (Kamus Peribahasa,2011). Apabila nilai
kesantunan ini ditanam di dalam diri mereka sejak dari kecil lagi, lama-kelamaan
apabila mereka dewasa kelak, amalan kesantunan ini dijadikan amalan dalam
kehidupan mereka sehari-hari. Selain itu, pihak guru juga memainkan peranan yang
penting dalam mengajar konsep kesantunan kepada pelajar. Jika dilihat kepada
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (1992), terdapat frasa yang menggariskan
pendidikan sebagai usaha berterusan untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmoni dari aspek intelek, rohani, jasmani dan emosi dan sosial. Hal ini demikian
kerana, pendidikan yang berterusan akan dapat meluaskan horizon pemikiran
seseorang itu untuk berfikir secara matang. Secara tidak langsung, para pelajar
dapat menghayati dan dan memahami konsep kesantunan itu.

4.2: Isu Media

4.2.1: Mengulas secara kritis isu media dari aspek kesantunan non verbal

Di dunia yang semakin maju ini, media massa memainkan peranan yang amat
penting. Kesantunan berbahasa semakin luntur dalam penggunaan media massa.
Penggunaan kata-kata yang kasar untuk menunjukkan keakraban di laman sosial
seperti whassap telah menjadi kebiasaan oleh masyarakat pada masa kini. Filem-
filem yang ditayangkan di kaca televisyen seperti filem KL GANGSTER banyak
mempamerkan aksi-aksi yang merbahaya dan bahasa yang tidak elok dan kesat
seperti perkataan sakai, sembang, langsi dan sebagainya. Kesannya ia memberikan
contoh yang tidak baik kepada masyarakat dan melambangkan betapa rendahnya
nilai kesantunan non verbal serta menjadi ikutan khususnya kepada golongan kanak-
kanak yang suka meniru dan mempelajari sesuatu yang baharu. Menurut Sandra L.
Calvert dalam bukunya Childrens Journeys Through the Information Age telah
menyatakan, dalam rancangan televisyen yang disiarkan ketika masa kemuncak, 70
peratus daripada rancangan televisyen tersebut mengandungi unsur-unsur
keganasan. Aksi-aksi ganas ini ditunjukkan sebanyak lima kali dalam satu jam dan
hampir kesemua watak dalam program televisyen melibatkan diri dalam kegiatan
yang ganas malah melibatkan adegan seperti pergaduhan malahan pembunuhan.

4
Berdasarkan kepada dapatan dan pemerhatian saya, kebanyakkan filem
pada masa kini banyak menayangkan aksi-aksi yang merbahaya dan penggunaan
kata-kata yang kotor dan kesat yang tidak elok untuk ditonton buat masyarkat di
Malaysia. Di sini kita dapat lihat hilangnya nilai kesantunan non verbal yang berlaku
melalui media massa pada masa kini. Pada dasarnya, masyarakat tidak sedar
bahawa media dan teknologi ini semakin hari semakin menghakis nilai kesantunan
non verbal dalam diri masyarakat generasi kini dan secara tidak langsung hilangnya
nilai kesantunan berbahasa dalam pergaulan seharian mereka.

Akibatnya, masyarakat kini khususnya generasi kini akan hilang nilai


kesantunan dalam komunikasi seharian mereka dan ia juga banyak memberi kesan
yang negatif berbanding kebaikan. Kesannya ia akan melahirkan lebih ramai
masyarakat dan golongan yang tidak beradab.

4.2.2: Cadangan Mengatasi Isu Kesantunan Dalam Masalah Media

Ibu bapa berperanan penting dalam mendidik anak-anak mereka agar generasi
muda ini dilatih dengan disiplin dan pertuturan bahasa yang sopan tidak kira di mana
mereka berada terutamanya ketika menggunakan laman sosial. Selain itu, pihak
sekolah juga betanggungjawab memantau para pelajar dari segi tingkah laku serta
peradaban mereka terutama sekali dari segi pertuturan yang diucapkan semasa
mereka berada di dalam dan luar sekolah. Selain itu, pihak yang berwajib hendaklah
menapis filem-filem yang akan ditayangkan di televisyen agar filem yang ditayangkan
tersebut tidak mempunyai unsur carutan, keganasan dan seks.

5
5.0: Penutup

Kesimpulannya, terdapat pelbagai isu kesantunan berbahasa dalam masyarakat Malaysia.


Semua pihak memainkan peranan penting dalam usaha mengatasi isu-isu kesantunan
dalam masyarakat Malaysia (Dr. Nazariyah Sani, 2015). Kita perlulah mengambi langkah
yang kreatif, kritis dan pragmatik supaya dapat memanifestasikan generasi pelapis negara
yang tidak akan lupa akan warisan mereka ibarat kacang lupakan kulit. Generasi pada hari
ini perlu digarap agar menghargai dan menjunjungi pegangan nilai budi bahasa dan
kesantunan yang diwarisi sejak turun-temurun. Generasi muda juga perlu berusaha
bersungguh-sungguh untuk memastikan norma ini tidak hanyut ditelan zaman. Oleh itu,
semua pihak perlulah berganding bahu bagai lebah menghimpun madu, agar impian ini
tidak akan dipersia-siakan begitu sahaja dan terus dapat dihidupkan dari semasa ke
semasa.

6
Rujukan

Alaggio, R., Coffin, C. M., Dall'Igna, P., Bisogno, G., Olivotto, A., Di Venosa, B., & Fassina,
A.
(2012). Myxoinflammatory fibroblastic sarcoma: report of a case and review of the
literature. Pediatric and Developmental Pathology, 15(3), 254-258.

Calvert, S. L. (1999). Children's journeys through the information age. McGraw-Hill

Diah, Abdul Halim Hj Mat. Pendidikan Islam di Malaysia: serjarah dan pemikiran.
Angkatan Belia Islam Malaysia, Wilayah Persekutuan, 1989.

Dr Nazariyah Sani. (2015). Kesantunan Masyarakat Malaysia. SASBADI SDN.BHD.


Petaling Jaya.

Hassan, A., & Mohd, A. (2011). Kamus Peribahasa Kontemporari Edisi Ketiga. PTS.
Publications & Distributors Sdn Bhd

Keempat, K. D. E. (2005). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Malaysia, K. P. (1992). Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kuala Lumpur: KPM.

Othman, Y. (2005). Trend dalam pengajaran bahasa Melayu. PTS Professional.

7
Lampiran

Pelajar berani memukul guru

8
Filem yang banyak menayangkan unsur gangsterism dan bahasa kesat

Anda mungkin juga menyukai