Anda di halaman 1dari 17

1.

0: Pendahuluan
Pada zaman yang kian mencabar ini, dunia yang dilingkari dengan kemajuan sains
dan teknologi telah banyak memberi kesan kepada makhluk yang digelar manusia
yang dicipta oleh tuhan. Zaman sekarang yang digelar sebagai zaman globalisasi
telah menyebabkan tidak wujudnya sempadan antara negara-negara dunia. Kini,
kebejatan moral antara manusia telah menyebabkan keruntuhan sesebuah tamadun
manusia pada masa ini semakin tidak berperikemanusiaan disebabkan oleh
ketamakan yang lahir dalam diri mereka. Disebabkan oleh ketamakan mereka inilah
yang meyebabkan saudara-saudara mereka yang lain yang tidak berdosa turut
menjadi mangsa korban.

Sebagai contoh,isu peperangan yang berlaku pada masa sekarang bukan lagi
suatu perkara yang baru kepada penduduk dunia. Nama negara-negara yang terlibat
dalam peperangan seperti Syria, Palestine, Israel dan Mesir adalah tidak asing lagi
sehingga ke hari ini, malah ianya menjadi lebih teruk dan kritikal dari hari ke hari dan
jumlah mangsa yang tidak berdosa yang terkorban juga meningkat saban hari.

Walaupun wujud pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) yang dianggap


sebagai satu pertubuhan yang boleh membela nasib dan hak serta kedaulatan
sesebuah negara dunia, tetapi peranan pertubuhan tersebut adalah tidak berkesan
kerana sesetengah negara masih bermaharajarela pada masa ini. Sebagai contoh,
apabila kuasa-kuasa veto dunia bersuara dan bertindak kejam, PBB juga tidak mampu
untuk menyekat kemaraan kuasa-kuasa tersebut. Oleh hal yang demikian, esei ini
akan mengupas lebih lanjut isu berkaitan konflik dunia yang berlaku pada masa
sekarang iaitu konflik yang berlaku di negara eropah iaitu negara Bosnia-Herzegovina
dan di timur tengah iaitu negara Palestine dan Israel serta implikasinya terhadap
system pendidikan di Malaysia.

1
2.0 : Konflik yang berlaku di negara eropah

2.1: Konflik yang berlaku di negara Bosnia-Herzegovina

2.1.1: Latar belakang konflik

Perang di Bosnia-Herzogovina yang lebih dikenali sebagai Perang Bosnia adalah


sebuah konflik senjata antarabangsa yang berlaku pada Mac 1992 hingga November 1995.
Perang ini melibatkan beberapa pihak iaitu Bosnia, dan Republik Persekutuan Yugoslovia
(kini Serbia dan Montenegro) dan juga Croatia. Serbia telah memberi sokongan ketenteraan
dan kewangan kepada angkatan tentera Serb yang terdiri daripada tentera rakyat Yogoslav.
Croatia memberi sokongan ketenteraan kepada tentera Croat untuk untuk mengisytiharkan
diri mereka sebagai komuniti Croatia Herzeg-Bosnia.

Sebuah perbicaraan telah diadakan di mahkamah keadilan antarabangsa, berikutan


daripada pengeluaran saman daripada Bosnia-Herzegovina pada tahun 1993 menentang
Serbia dan Montenegro yang mendakwa berlakunya pembunuhan kaum di sana. Mahkamah
keadilan Antarabangsa (ICJ) membuat keputusan pada 26 Februari 2007 dan mementukan
bahawa perang itu bersifat antarabangsa meskipun Serbia bertanggungjawab untuk
pembunuhan kaum yang dilakukan oleh tentera Serb daripada republik Srpska tetapi pihak
Serbia telah gagal untuk mengelakkan pembunuhan kaum yang dilakukan oleh tentera Serb
daripada berlaku dan mereka juga gagal untuk menghukum mereka yang melakukannya,
terutamanya Jeneral Ratko Mladiac serta membawa mereka ke muka pengadilan.

Walaupun terdapat bukti pembunuhan, pengepungan bandar, pemusnahan etnik dan


penderaan di kem dan pusat tahanan yang dikendalikan oleh tentera Serb, hakim mengatakan
bahawa kriteria pembunuhan beramai-ramai itu dilakukan atas niat tertentu untuk
memusnahkan orang islam di Bosnia dan hanya berlaku di Srebrenica dan Bosnia Timur
sahaja pada tahun 1995. Mahkamah juga menyifatkan jenayah yang dilakukan sepanjang
tahun 1992 hingga 1995 oleh tentera Serb sebagai perang kemanusiaan berpandukan
kepada undang-undang antarabnagsa , akan tetapi akta ini tidak membentuk akta berkaitan
pembunuhan kaum.

Penyertaan NATO(North Atlantic Treaty Organzation), semasa operasi ketenteraan


terancang,1995 telah menentang kedudukan Tentera Republik Sprska dan
mengantarabangsakan konflik ini. Konflik ini berakhir apabila suatu rundingan keamanan yang
telah diadakan di Dayton ,Ochio dan mencapai kata putus pada 21 Disember 1995.
Rundingan ini dikenali sebagai perjanjian Dayton untuk memastikan keamanan rakyat di
Bosnia Herzegovina.

2
2.1.2: Konflik di Bosnia-Herzegovina

Negara bersekutu Yugoslavia dibahagikan kepada enam republik berasaskan etnik


yang berbahasa Slav iaitu Serbia, Croatia, Bosnia-Herzegovina, Slovenia, Macedonia, dan
Montenegro. Bibit-bibit persengketaan etnik di wilayah ini bermula sebelum penubuhan
Yugoslavia lagi.Pada 28 Jun 1914, segolongan pemuda Serb telah membunuh Putera
Mahkota Austro-Hungary, Duke Ferdinand dan isterinya Sophia. Tindakan ini merupakan
faktor tercetusnya perang dunia pertama yang turut menghancurkan empayar Austro-
Hungarian dan negara-negara jirannya. Dalam keadaan ini, sebuah negara baru ditubuhkan
iaitu Yugoslavia.

Semangat dan revolusi komunisme pada masa tersebut hasil daripada kejayaan
perjuangan pekerja-pekerja Rusia telah mempengaruhi golongan pekerja-pekerja dan kaum
intelek Yugoslavia yang baru wujud. Semangat ini telah mewujudkan perpaduan dalam
kalangan rakyat Yugoslavia dan mencegah daripada berlakunya permusuhan sesama sendiri.
Pada tahun 1921, Yugoslavia telah diisytiharkan menjadi negara yang mengamalkan sistem
pemerintahan beraja. Sistem ini berpanjangan sehingga bermulanya perang dunia kedua
yang mengakibatkan Yugoslavia dilanggar oleh pihak Jerman pada 6 April 1941.

Tito dan ahli-ahli parlimen komunis dan rakyat Yugoslavia memberontak menentang
tentera Jerman. Pada masa yang sama,perang saudara di antara pelbagai etnik telah tercetus
di Yugoslavia. Keadaan ini menyebabkan Yugoslavia menerima kerosakan yang teruk dan
lebih kurang 1.75 juta dari 15 juta rakyat telah terkorban kebanyakannya disebabkan
peperangan sesama sendiri. Selepas perang dunia kedua berakhir pada tahun
1945,Yugoslavia telah diisytiharkan sebagai sebuah Negara bersekutu di bawah pimpinan
Tito yang memerintah secara diktator. Beliau berjaya mengekalkan perpaduan semua etnik.Di
samping itu, beliau berjaya mewujudkan sedikit kestabilan dan kemakmuran.

Pada tahun 1974, Tito telah menggubal satu perlembagaan baru untuk Yugoslavia
bagi mewujudkan pemerintahan presiden bersama. Tito mati dalam tahun 1980 dan kuasanya
telah diambil oleh Slobodan Milosevic.Milosevic gagal mengekalkan perpaduan dan
kerjasama di antara etnik di Yugoslavia. Keadaan ini menyebabkan perasaan tidak puas hati
merebak. Seterusnya sikap tidak mempercayai dan syak wasangka di antara etnik yang telah
diwarisi sejak zaman berzaman kembali menyemarak. Hal ini menjadikan ekonomi serta
industri di Yugoslavia semakin merosot dan inflasi semakin meningkat. Keadaan menjadi lebih
teruk apabila berbagai etnik terutamanya pihak Serb menuntut kuasa autonomi yang lebih.

3
Oleh itu, Yugoslavia berpecah belah dan gagal berfungsi sebagai negara persekutuan.
Hal ini demikian kerana, rakyat yang pelbagai etnik tidak lagi dapat bekerjasama. Kehancuran
fahaman komunis juga turut menyebabkan perpecahan tersebut. Pada tahun 1991, rakyat
Bosnia- Herzegovina menyertai pilihan raya bebas yang pertama iaitu majoritinya mengundi
untuk keluar dari Yugoslavia dan membentuk sebuah Negara bebas merdeka.Namun,
keadaan yang lebih teruk ialah sikap golongan Serb yang berhasrat menguasai semua etnik
di Yugoslavia dengan memaksa mereka menggunakan bahasa Serb dan menganut agama
Kristian Orthodoks.

Golongan Serb juga menggempar-gempurkan propaganda kononnya mereka akan


menjadi mangsa penindasan Pope, umat islam, keturunan Croat dan Albania. Dakyah
berkenaan diperhebatkan dengan gembar-gembur kononnya orang Bosnia hendak
menubuhkan sebuah Islam Fundamentalist di Bosnia- Herzegovina. Akibat dari dakyah-
dakyah tersebut, golongan Serb memutuskan bahawa mereka hendaklah bertindak untuk
mencegah umat islam Bosnia dan presiden Alija Izetbegovic daripada menubuhkan sebuah
negara islam Fundamentalist ala-Iran. Pihak Serb juga menganggap bahawa tindakan umat
Islam Bosnia itu akan menjadi satu ancaman besar kepada seluruh Eropah. Dakyah-dakyah
yang telah disebarkan ini telah mengakibatkan berpuluh ribu tentera simpanan Serbia
dikerahkan masuk ke Bosnia- Herzegovina.

Golongan Serb berharap menerusi tekanan tentera ini, orang Bosnia akan terpaksa
meninggalkan kebebasan dan tanah air mereka. Peperangan di Bosnia-Herzegovina meletus
pada 6 April 1992. Tentera simpanan Serbia ini telah memulakan keganasannya dengan
membunuh, merogol dan memusnahkan rumah-rumah orang awam, keretapi, dan bas
kepunyaan rakyat Bosnia- Herzegovina yang beragama islam dan Roman Katholik.

Bagaimanapun, apabila pihak yang dizalimi berjaya menahan keganasan tersebut,


golongan Serb seterusnya memulakan tekanan secara ekonomi. Mata wang dicetak secara
berleluasa dan tanpa kawalan serta jaminan semata-mata untuk membiayai perbelanjaan
tentera Tentera Nasional Yugoslavia (YNA). Tindakan tersebut telah merosakkan ekonomi
Bosnia-Herzegovina. Bosnia-Herzegovina yang merupakan negara yang berdaulat dan
diiktiraf oleh PBB telah diragut kekejaman dan kezaliman daripada golongan Serb.

4
2.1.3: Implikasi Konflik Bosnia Herzegovina Terhadap Sistem Pendidikan Di Malaysia

Melalui Konflik Bosnia-Herzegovina, kita dapat melihat kepentingan pendidikan di


sesebuah negara.Oleh itu, untuk mengelakkan peristiwa seperti konflik Bosnia-Herzegovina
berlaku di Malaysia kerajan telah mewajibkan semua rakyat di Malaysia berhak untuk
mendapatkan peluang pendidikan.Hal ini kerana manusia yang mendapat pendidikan
mempunyai fikiran yang berbeza dengan manusia yang tidak pendidikan.Contohnya, manusia
yang berpendidikan mereka akan menjaga kepentingan orang lain tanpa mengabaikan
kepentingan diri tetapi manusia yang tidak berpendidikan maka mereka akan hanya menjaga
kepentingan diri sahaja.Walaupun mereka mengetahui tindakan yang mereka laksanakan
akan menyusahkan orang lain tetapi mereka tidak peduli. Bagi mereka kepentingan mereka
adalah paling penting berbanding dengan kepentingan orang lain.Oleh itu, mereka akan
mengambil tindakan dengan mengikut hawa nafsu sendiri.

Selain itu, kita juga dapat melihat betapa pentingnya pendidikan moral dan sivik di
sesebuah negara.Hal ini disebabkan kerana pendidkan moral dan sivik akan mengajar murid-
murid bagaimana menghormati seseorang, toleransi, bertolak ansur dan sebagainya.Punca-
punca konflik Bosnia-Herzegovina berlaku adalah sebab sikap golongan Serb yang berhasrat
menguasai semua etnik di Yugoslavia. Hal ini telah mencetuskan konflik ini.Jika mereka
diterapkan nilai toleransi dan bertolak ansur maka negara mereka juga akan menikmati
keamanan.

Sebenarnya Malaysia telah berlaku satu peristiwa seperti Konflik yang berlaku di
Bosnia-Herzegovina tetapi tidak begitu serius yang mana ia telah melibatkan perhatian
antarabangsa. Peristiwa ini ialah peristiwa 13 Mei. Peristiwa ini merupakan satu krisis
perkauman yang terbesar di negara ini, yang melibatkan tiga kaum terbesar iaitu Melayu, Cina
dan India. Pertelingkahan itu telah mengorbankan ramai manusia yang tidak bersalah iaitu
seramai 196 orang mati, dan 149 orang cedera. Melalui peristiwa ini kerajaan telah mengambil
cakna bahawa sesebuah negara dapat mengekalkan keamanan sekiranya perpaduan dalam
sesebuah kaum itu dapat dikekalkan.

5
2.2: Konflik Israel-Palestine

Menurut fakta sejarah, bangsa yang terawal mendiami bumi Palestin adalah sebuah
bangsa dari keturunan Kanaan yang berasal daripada Semenanjung Tanah Arab dan telah
berhijrah ke Palestin sejak 45 000 tahun dahulu. Bangsa ini juga dikenali sebagai Bangsa
Filistin. Terdapat pendapat lain yang mengatakan bahawa Filistin dan Kanaan adalah dua
bangsa Arab Kuno yang berbeza yang kemudiannya bersatu membentuk sebuah entity
bangsa yang baru yang dikenali sebagai bangsa Palestin. Keputusan untuk bersatu diambil
berikutan ancaman daripada orang-orang Israel yang berhijrah dari Mesir. Di bawah
kepimpinan Yoshua, bangsa Israel telah menakluk Palestin.

Bagi kedua-dua pihak Islam dan Yahudi, tanah yang didiami oleh Palestin dan Israel
sekarang merupakan tanah yang istimewa, yang telah ditentukan oleh Allah sejak ribuan
tahun lampau. Bagi umat Islam, di tanah inilah terbinanya Masjidil Aqsa, iaitu masjid ketiga
paling mulia di dunia ini, setelah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Bagi penganut Yahudi
pula, tanah tersebut merupakan Tanah Yang Dijanjikan Tuhan kepada mereka. Di situlah
nenek moyang mereka berasal (Bani Israel), dan di situlah kampung halaman mereka. Mereka
percaya, di tanah itulah terletaknya Bukit Zion, dan situlah tertanamnya Temple of Solomon,
iaitu kuil suci mereka. Atas kedua-dua sebab inilah, tanah tersebut menjadi rebutan antara
Muslim dan Yahudi sejak dari dahulu, hinggalah membawa kepada pertumpahan darah
hingga sekarang.

Konflik antara Palestin dan Israel telah berlanjutan selama lebih 60 tahun sehingga
sekarang. Zionis telah berpakat dengan British dan mendesaknya supaya menyokong
penghijrahan beramai-ramai orang Yahudi ke Palestin dan sebagai balasannya mereka
berjanji akan menjaga kepentingan British di Terusan Suez. Pada masa yang sama British
juga berjanji untuk memberi kemerdekaan kepada orang Arab Palestin dengan syarat mereka
akan bangun menentang orang Turki. Kemudian berlakulah Arab Spring (Kebangkitan Orang
Arab) dan akhirnya menyebabkan kekalahan Turki. Turki yang selama ini menjadi penyatu
kepada negara-negara Arab akhirnya tewas menyebabkan wilayah Islam yang sebelum ini
bernaung di bawah perlindungannya menjadi sasaran musuh.

British dan Perancis secara senyap telah memeterai perjanjian sulit di mana kedua-
dua kuasa ini merancangkan pembahagian Timur Tengah melalui Perjanjian Sykes-Picot.
Pada 2 November 1917,Setiausaha Luar Negara Britain, Lord Balfour mengumumkan
sokongan bersepadu kerajaan Britain kepada pembentukan sebuah negara kebangsaan bagi
orang Yahudi di Palestin. Keadaan menjadi lebih parah pada 1920 hingga 1939 apabila
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dengan persetujuan British meluluskan penghijrahan

6
beramai-ramai orang Yahudi ke bumi Palestin. Populasi Yahudi di Palestin bertambah dari
58000 kepada 348000 orang antara tahun 1923-1936.

Pada tahun 1945, berlaku pertempuran antara orang Arab Palestin dengan orang
Yahudi. Oleh kerana gagal mengawal keadaan British menyerahkan konflik ini kepada PBB
dan sebagai langkah penyelesaian PBB telah mengusulkan Resolusi Pemecahan yang
melibatkan pembahagian tanah Palestin kepada orang Arab dan Yahudi. Sebagai
kesinambungan daripada usul ini, bermulalah beberapa siri peperangan antara beberapa
negara Arab dan Negara haram Israel. Contohnya Perang 6 Hari yang menyaksikan
kekalahan negara-negara Arab apabila tentera Yahudi berjaya menawan Semenanjung Sinai,
Tebing Barat, Bukit Golan dan Semenanjung Gaza. Selepas Perang 6 Hari, berlaku
pengusiran bangsa Palestin secara besar-besaran. Daripada 1 juta orang penduduk Palestin,
300 000 orang menjadi pelarian ke Jordan apabila wilayah mereka dirampas iaitu sebanyak
70% daripada kawasan mandat Britain ke atas Palestin. Pada tahun 2015, Menurut Pejabat
Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),
Israel telah memusnahkan hampir 42 buah bangunan milik penduduk Palestin di Ramallah,
al-Quds, Jericho, dan al-Khalil sejak 20 Januari lalu. (Utusan Online, 6 Mei 2015).

Sudahlah tanah tempat tinggal dirampas, Israel juga telah meragut kebebasan
beribadah di Masjid al-Aqsa yang menjadi tempat ibadah yang ketiga paling utama dalam
Islam. Bagi umat Islam, perjuangan mendapatkan semula bumi Palestin adalah satu
perjuangan jihad yang wajib. Justeru itu, bangsa Arab Palestin tidak pernah berputus asa
menuntut semula hak mereka walaupun terpaksa menggadai nyawa sehingga sekarang.
Kemelut ini berlanjutan sehingga ke hari ini walaupun sudah beberapa perjanjian telah
dimeterai dan rundingan juga telah diadakan.

2.2.1: Implikasi Konflik Israel- Palestine Terhadap Sistem Pendidikan Di Malaysia

Seperti mana yang kita maklum, isu ini merupakan isu global yang mendapat tafsiran
daripada pelbagai pihak di mana ada yang melabel Israel sebagai pengganas dalam jenayah
perang namun ada juga yang memandang Israel telah mendapatkan tanah itu secara sah dan
rasmi. Walaupun Malaysia secara rasmi mengutuk kekejaman Israel di Palestin serta
menegaskan pendiriannya yang tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara yang sah
namun, tidak dinafikan masih terdapat segelintir rakyat di negara kita yang berbeza
pandangan atas pengaruh tertentu seperti hak kemanusiaan. Oleh kerana itu, pendedahan
terhadap isu dunia semasa tanpa batasan dalam kalangan pelajar berisiko menjerumus diri
mereka ke dalam fahaman ekstrimisme. Pelajaran mereka akan terabai apabila mereka
terlibat dalam perbalahan maya di laman-laman social semata-mata ingin memenangkan
pendirian mereka terhadap isu ini.

7
Lebih parah lagi, mereka menyertai perhimpunan-perhimpunan anjuran badan bukan
kerajaan tanpa mengambil kira kesesuaian peringkat umur, keutamaan terhadap pelajaran
dan masa yang seharusnya digunakan untuk belajar. Buktinya, padda tanggal 2 Ogos 2014
yang lalu seramai lebih daripada 50 ribu rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelajar-pelajar
universiti tempatan, golongan wanita dan kanak-kanak telah menyertai suatu perhimpunan
anjuran Pertubuhan Viva Palestine dan Aqsa Sharif yang bertempat di Dataran Merdeka.
Pendirian menyokong Palestin tidak salah, namun yang menjadi kebimbangan adalah para
pelajar yang bakal menerajui tampuk kepimpinan negara akan terdedah dengan sebarang
bentuk fahaman yang ekstrim apabila mereka dengan sengaja melibatkan diri dalam badan
atau gerakan tertentu tanpa mengira batas dan kesesuaian umur yang boleh menyebabkan
kepada salah faham.

Iktibar yang boleh direnungkan adalah seperti pendedahan yang mengejutkan pada
tahun 2010 oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dalam Utusan Malaysia
yang menyatakan kumpulan militan, Jemaah Islamiah (JI) menggunakan strategi dan taktik
baru dengan cuba merekrut mahasiswa untuk berjihad di luar negara. Hal ini terbongkar
apabila polis berjaya mengusir 10 anggota JI dan menyelamatkan 20 mahasiswa dari
terpengaruh dengan perjuangan tersebut (Anwar Muttaqin, 2013). Ini membawa implikasi
jangka masa panjang terhadap masa hadapan negara dan tidak mustahil jika tidak dibendung
dengan langkah pengawalan yang serius, situasi ini berisiko mengancam kestabilan politik,
ekonomi dan sosial.

Selain itu, konflik antara Israel dan Palestin juga telah mendorong kepada kenaikan
harga minyak pada tahun 1973. Sebagai tindak balas kepada sokongan Amerika Syarikat
terhadap Israel, ahli-ahli OPEC, yang diketuai oleh Arab Saudi, bersetuju memutuskan untuk
mengurangkan pengeluaran minyak dengan 5% setiap bulan pada 17 Oktober. Situasi ini
sebenarnya bukan sahaja memberi kesan terhadap Amerika Syarikat malah juga kepada
negara-negara pengeluar minyak seperti Malaysia. Di Malaysia, apabila harga minyak
meningkat, kerajaan terpaksa mennanggung lebih banyak subsidi. Apabila kerajaan terpaksa
memperuntukkan lebih banyak bajet untuk menanggung subsidi, fokus dan tumpuan untuk
pembangunan sektor lain seperti perindustrian dan pendidikan telah terjejas. Hal ini kerana
peruntukkan terpaksa dikurangkan terhadap sektor-sektor tersebut demi menanggung jumlah
subsidi untuk rakyat. Krisis ini jelas memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia
yang hanya meningkat 0.8%pada 1975 iaitu paras terendah dalam tempoh 1970-1980.
Rentak kemajuan negara menjadi perlahan termasuklah dalam bidang pendidikan.

8
3.0: Menilai dan Mengulas Secara Kritis Artikel Berkaitan Isu-Isu Global Semasa

3.1: Isu keganasan Dan Penindasan Etnik Di Rohingya

Dalam mengejar arus modenisasi yang menggila ini, masih terdapat etnik yang
mengalami pergolakan konflik yang telah berlarutan sejak bertahun yang lalu iaitu etnik di
Rakhine atau lebih tepat lagi adalah di barat Myanmar. Mereka ialah etnik Rohingya yang
beragama Islam dan telah melalui pelbagai penindasan dan kekejaman pihak kerajaan Junta.
Masalah mereka bukan sekadar perbalahan politik seperti yang berlaku di Mesir dan Syria,
bukan sekadar perbalahan antara agama Islam dan Buddha, tetapi merupakan masalah
penghapusan etnik bagi etnik Rohingya. Etnik Rohingya telah menjadi mangsa ketidak
perikemanusiaan di Myanmar selama beberapa tahun. Mereka ditindas, dibunuh, dicabuli hak
kemanusiaan. Bukan sahaja itu, bantuan yang diberikan kepada mereka tidak semuanya
disampaikan. Setiap hari, orang Rohingya berhijrah mencari tempat yang lebih selamat untuk
diduduki. Perkara ini bertambah serius apabila terdapat ramai wanita yang dirogol oleh tentera
kerajaan Junta setiap hari. Namun,masalah ini telah dipandang serius dan tiada sebarang
tindakan yang sistematik untuk melindungi dan mempertahankan golongan ini supaya hidup
sejahtera di bumi ini.

3.1.1: Implikasi Terhadap Sistem Pendidikan

Kesan Isu keganasan Dan Penindasan Etnik Di Rohingya ialah tidak mustahil jika
suatu hari nanti tajuk yang berkaitan dengan isu keganasan dan penghapusan etnik Rohingya
ini akan wujud dalam sistem pendidikan di Malaysia terutamanya dalam subjek sejarah. Tajuk
ini mungkin akan diwujudkan kerana untuk memberikan pengajaran dan iktibar kepada murid-
murid tentang pentingnya persefahaman masyarakat yang berbeza agama dalam sesebuah
negara. Murid-murid juga akan didedahkan dengan kekejaman yang berlaku di sana dan
murid-murid pada ketika itu akan mengeluarkan pandangan dan persepsi masing-masing
terhadap isu yang berlaku tersebut. Guru-guru pula akan menerapkan perasaan bantu-
membantu dalam diri murid-murid.

Kesan yang kedua ialah para pelajar akan didedahkan dan dikaitkan dengan isu
keganasan dan penghapusan etnik dalam sistem pembelajaran mereka pada masa kini.
Perkara ini boleh diwujudkan dalam mana-mana subjek melalui sistem pembelajaran yang
diamalkan kini. Hal ini juga dapat menimbulkan rasa empti dalam diri murid itu sendiri serta
nilai-nilai kemanusiaan yang dapat mewujudkan perasaan kasih sayang. Hal ini ia akan
menggalakkan mereka untuk menderma dan memberi sunbangan kepada mangsa-mangsa
di Rohingya tersebut.

9
3.2: Isu Peperangan Saudara Di Syria

Syria telah melaksanakan Undang-undang Darurat 1963-2011 dan perlembagaannya


telah digantung. Keadaan ini sama seperti Syria berperang dengan Israel. Sejak tahun 1963,
kejatuhan Baath, pada waktu itu, parti Baath telah mengawal Syria. Sejak itu, rakyat Syria
melantik Presiden melalui refrendum dan tidak lagi mengadaka pilihan raya pelbagai parti bagi
memilih Presiden. Walaupun Rampasan kuasa 1966 dan Revolusi Syria 1970 telah berlaku,
namun Parti Baath tetap kekal berkuasa.

Setelah berlaku Revolusi Syria 1970, Presiden Syria Hafez al-Assad telah memimpin
Syria selama 30 tahun. Pada 1982 pemberontakan Islam telah berlaku kerana tidak tahan
dengan sikap pemerintah yang menggunakan sistem kediktatoran dalam pemerintahan dan
rakyat Islam di Syria mempunyai fahaman yang berbeza dengan pemerintah. Namun begitu,
setelah Hafez al-Assad menjalankan dasar bumi hangus terhadap bandar Hama bagi
memusnahkan pemberontakan oleh puak Sunni, termasuklah Ikhwanul Muslimin dan lain-lain
maka berpuluh ribu orang telah terbunuh dalam peristiwa tersebut.

Pemberontakan sekali lagi telah berlaku di latakia 1999 apabila keluarnya isu siapa
yang akan mengganti tempat Hafez al-Assad sebagai Presiden Syria. Pemberontakan ini
meletus selepas proses pilihan raya 1998. Pertelingkahan telah berlaku antara Hafez al-
Assad dengan saudaranya, Rifaat. Penentangan ini mengakibatkan beratus-ratus orang mati
dan cedera. Namun kerajaan menafikan kenyataan tersebut. Setahun kemudian, Hafez al-
Assad meninggal dunia akibat masalah paru-paru. Beliau telah digantikan oleh anaknya iaitu
Bashar al-Assad. Bashar dilantik selepas pindaan perlembagaan iaitu mengurangkan syarat
umur untuk menjadi Presiden dari umur 40 kepada umur 34 tahun.

Keluarga al-Assad sebenarnya merupakan kumpulan minoriti, tradisional miskin dan


berasal dari mazhab Alawite. Mereka telah menguasai perkhidmatan keselamatan Syria dan
menanam rasa benci terhadap umat Islam Sunni yang membentuk 70 penduduk Syria.
Minoriti Kurdi telah membuat bantahan. Presiden Bashar mendakwa bahawa Syria kebal dari
apa yang telah berlaku di Mesir, iaitu penggulingan kerajaan.

10
3.2.1: Implikasi Terhadap Sistem Pendidikan

Segala konflik yang berlaku di Syria turut memberi kesan kepada Institusi Pendidikan
Malaysia. Hal ini dapat dibuktikan dengan melihat tercetus peperangan antara rakyat Syria
dengan golongan pemerintah. Apabila berlaku peperangan tersebut maka akan berlaku huru-
hara di negara tersebut. Oleh itu, perkara ini boleh mendatangkan kemudaratan kepada
pelajar-pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di negara tersebut. Dengan itu, pihak
kerajaan Malaysia telah mengambil langkah keselamatan dengan membawa pulang pelajar-
pelajar Malaysia agar tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.

Namun begitu, terdapat pelajar Malaysia yang terlibat dengan demonstrasi-


demonstrasi yang dilakukan oleh rakyat Syria tanda sokongan terhadap rakyat Syria.
Daripada tindakan para pelajar yang terlibat dengan demonstrari tersebut sedikit sebanyak
telah menjejaskan proses pembelajaran di Malaysia kerana pembelajaran di Syria terpaksa
ditangguhkan sehingga krisisi yang dihadapi oleh kerajaan Syria selesai.

Namun begitu, apabila berlaku konflik Syria ini maka pelajar-pelajar Malaysia akan
berasa takut untuk menyambung pembelajaran ke negara tersebut kerana bimbang akan
keselamatan diri. Sedangkan di Syria merupakan bumi para anbiya yang menjadi lembah
ilmu, tetapi selepas berlaku konflik yang agak parah maka pelajar Malaysia sukar untuk
melanjutkan pelajaran ke Negara tersebut.

Hal ini jelas menunjukkan bahawa konflik yang berlaku di Syria telah memberi kesan
kepada pendidikan di Malaysia. Dan pihak kerajaan Malaysia telah mengambil tindakan yang
wajar bagi menyelesaikan masalah ini.

11
3.3: Isu Kemajuan Teknologi Dan Maklumat

Suasana dunia menjadi lebih gusar dan runcing apabila kemajuan teknologi
komunikasi dan Internet menghasilkan ledakan maklumat yang banyak tanpa sekatan dan
hadnya. Jelas sekali maklumat tidak berasaskan ilmu disebarkan rentas sempadan secara
pantas dan semasa.

Walaupun kemajuan teknologi dialu-alukan, di masa sama ia boleh membawa kesan


negatif kepada keamanan dan keselamatan. Kesannya, satu anutan budaya dan gaya hidup
baru lebih-lebih lagi dalam kalangan golongan muda menghakis adab dan tertib serta
melahirkan sikap anti pentadbiran dan politik.

Masyarakat yang terlalu celik dan memiliki maklumat walaupun ada baiknya,
sebaliknya kerana tanpa ilmu ia akan menyebabkan mereka mengambil tindakan tanpa
tanggungjawab yang boleh mengancam keamanan dan keselamatan. Dengan ledakan ilmu,
mereka berupaya membuat analisis tersendiri terhadap isu-isu terkini tetapi mengecewakan
apabila ia membentuk sikap keras dan ganas. Lambakan maklumat tanpa disemak sama ada
benar ataupun tidak boleh mempengaruhi dan membentuk amalan dan tindakan yang
merugikan ummah.

3.3.1: Implikasi terhadap sistem pendidikan

Dalam kemajuan teknologi dan maklumat pada masa kini, ia telah memberikan impak yang
banyak terhadap sisitem pendidikan di negara Malaysia. Antara impak positif terhadap sistem
pendidikan ialah maklumat dan ilmu dapat disampaikan dengan mudah tanpa batasan dan
halangan. Hal ini demikian kerana pencarian maklumat di internet tidak memerlukan banyak
tenaga. Seseorang itu hanya perlu menaip dan Search di laman sesawang yang berkenaan
dan hanya mengambil masa selama dua ke tiga saat maklumat yang ingin dicari akan
terpapar,

Selain itu, kemajuan dalam teknologi dan maklumat juga dapat memberi kemudahan
dalam proses pembelajaran di sekolah-sekolah dan di institut pengajian tinggi. Sebagai
tamsilannya,guru-guru di sekolah rendah memerlukan bahan bantu mengajar dalam menarik
perhatian pelajar-pelajar sekolah rendah. Dengan kecanggihan teknologi dan maklumat yang
ada pada masa kini telah memudahkan para guru untuk mengajar di sekolah. Mereka boleh
memaparkan video semasa mengajar berkaitan dengan topik yang hendak diajar kerana
kanak-kanak lebih tertarik kepada video.

Namun begitu, kecanggihan teknologi dan maklumat yang ada pada masa kini
mempunyai impak negatifnya antaranya ialah para pelajar lebih terdedah kepada kepada

12
unsur kuning ataupun perkara lucah. Penyebaran gambar-gambar dan video-video di laman-
laman sesawang tanpa batasan telah menyebabkan para pelajar terdedah kepada unsur-
unsur kuning ini. Kesan daripada perkara ini akan menyebabkan mereka tertagih dan menjadi
kebiasaan melihat gambar dan video-video porno ini.

Kesimpulannya, semua pihak perlu menggembleng sinergi untuk menggunakan


teknologi yang canggih pada masa kini dengan betul dan berhemah.Sekiranya penggunaan
teknologi dan maklumat digunakan dengan betul dan berhemah, maka ia akan menghasilkan
suatu produk yang menakjubkan serta melahirkan modal insan yang berilmu, berintegriti dan
mempunyai peribadi yang unggul dan bertamadun.

13
4.0: Penutup

Berdasarkan penelitian yang mendalam terhadap konflik-konflik yang tercetus di


Eropah dan Timur Tengah, dapatlah kita simpulkan bahawa, walaupun Malaysia seringkali
mengambil langkah berkecuali dan tidak melibatkan diri dalam konflik tersebut, negara kita
tetap diheret sekali untuk merasai implikasinya sama ada ianya berbentuk kesan positif
mahupun negatif. Namun, apa yang menjadi keutamaan ialah, bagaimana kerajaan
mengambil langkah bagi berhadapan dengan implikasi-implikasi ini. Konflik-konflik yang
berlaku di peringkat global, tidak harus dibiarkan lapuk di dalam buku-buku Sejarah sebaliknya
perlu sentiasa diingatkan kepada masyarakat dunia terutamanya dalam kalangan anak muda.

Peringatan ini bertujuan supaya anak muda dapat mengambil iktibar dari faktor-faktor
utama yang menjadi pencetus kepada konflik. Apabila mereka memahami faktor-faktornya,
mereka dapat mencegah konflik berdarah ini daripada berulang sebagaimana yang
diungkapkan oleh seorang ahli falsafah berbangsa Sepanyol iaitu George Santayana :

Sesiapa yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya semula

Mahukah kita menyaksikan Peristiwa 13 Mei berulang kembali? Adakah kita tidak
kisah perpecahan ini akan mengundang semula penjajah-penjajah untuk menguasai
kekayaan hasil bumi kita? Sudah pasti tidak. Justeru itu, kita perlu menanam sikap inkuiri atau
ambil tahu tentang sejarah-sejarah silam dan mengambil iktibar dari peristiwa-peristiwa
tersebut supaya konflik seperti perbalahan etnik di Bosnia tidak akan sesekali terjadi di
Malaysia dan konflik penguasaan Israel ke atas Palestin tidak akan menimpa watan kita yang
tercinta ini.

14
Rujukan

Dr. Abd Monir dan Mohd Sahri. (1994). Penjelasan Isu Semasa. Kuala Lumpur: Institut
Kefahaman Islam.

Dr. Yusuf Al-Qaradawi. (1997). Islam dan Isu Semasa bersama Yusuf Al-Qaradawi. Kuala
Lumpur: Suruhanjaya Sekuriti.

Dipetik melalui:http://www.utusan.com.my/rencana/cabaran-politik-dunia-masa-kini-
1.192501.

Ismail dan Mohd Nasir. (1991). Cabaran dan Isu Semasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka,1991.

Hafiz (2012). Apa yang berlaku sebenar di Syria. Dicapai pada 21 Ogos 2017 dari
http://hafizamri.com/apa-yang-berlaku-sebenarnya-di-syria/ .

Memperingati Perang di Bosnia. (07.04.2012). Dilayari pada 27.9.2016 dan


diperoleh dari https://peperangan.wordpress.com/2011/08/18/perang-
bosnia-perang-bosnia-dan-herzegovina/.

Noor Atika. (2016). Syria Peperangan Yang Mengelirukan. Dicapai pada 21 Ogos 2017 dari
http://jalurgemilang.my/2016/09/syria-peperangan-mengelirukan-dunia/.

15
Lampiran

Peta Persekutuan Yugoslavia

Peta Israel-Palestine

16
Rujukan

17

Anda mungkin juga menyukai