Anda di halaman 1dari 13

FASA PERMULAAN DAKWAH PERUTUSAN WAHYU

PERTAMA SEHINGGA PERISTIWA HIJRAH KE MADINAH

PENENTANGAN KAUM
QURAISY DI MEKAH
Penentangan dan penyiksaan terhadap nabi
Muhammad SAW

PRESENTER : ASYRAF FIKRI


PENGENALAN
KAUM QURAISY PADA AWALNYA TIDAK BIMBANG
DENGAN KEHADIRAN AGAMA ISLAM

Semasa Nabi Muhammad menyampaikan seruannya secara sulit,tidak terdapat


sebarang bentuk penentangan yang ketara dari kaum Quraisy. Semasa seruan mula
dijalankan kepada keluarga Abdul Mutalib, penentangan hanya timbul daripada
kalangan kaum kerabat baginda sendiri. Kaum Quraisy yang lain pula menganggapnya
sebagai masalah dalaman keluarga Bani Hasyim yang boleh diselesaikan sesama
mereka sendiri.
Namun setelah seruan secara terbuka dijalankan dan ia mendapat sambutan di luar
dugaan dan setelah Nabi Muhammad mula menyentuh soal-soal penyembahan dan
ajaran nenek moyang mereka, maka kaum Quraisy mula bimbang lantas mengadakan
pelbagai usaha untuk membendung perkembangan Islam.
POLITIK
Muhammad adalah dari kaum Quraisy yang berketurunan Bani
Hasyim. Keunggulan peribadi Muhammad yang terkenal sebagai
seorang yang amanah dan mempunyai budi pekerti yang tinggi
membimbangkan bani-bani lain.

EKONOMI
Pengharaman berhala akan menyebabkan kedudukan
musyirikin Mekah terjejas. Agama Islam menentang
penyembahan berhala kerana ia dianggap syirik. Pengharaman
ini akan menyebabkan pengukir patung, peniaga berhala dan
juga penjaga Kaabah kehilangan sumber pendapatan.

SOSIAL
Ajaran Islam mengganggap semua manusia adalah sama tanpa
mengira bangsa atau pangkat. Yang berbeza hanya dari segi
SEBAB
ketaqwaannya. Golongan musyirikin juga menentang konsep
persaudaraan Islam. Mereka turut menentang segala amalan sosial
PENENTANGAN
yang dianjurkan oleh Islam seharian kerana ia bertentangan
dengan kehidupan biasa mereka.
CARA PENENTANGAN KAUM
QURAISY TERHADAP NABI

Perang Saraf :-
Orang musyirikin melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Nabi dengan
harapan masyarakat Arab tidak terpengaruh dengan dakwah yang
disampaikan.
Menyeksa Nabi dan Orang Islam :-
Pada peringkat awal, seksaan hanya ditujukan kepada pengikut Nabi,
terutamanya golongan lemah seperti golongan miskin dan hamba.
Sebagai contoh, Bilal bin Rabbah.
Menawarkan Kekayaan :-
Orang musyirikin telah mengemukakan pelbagai tawaran bagi memujuk
Nabi supaya meninggalkan tugas-tugas dakwah. Antaranya termasuklah
harta kekayaan, pangkat dan wanita-wanita cantik.
CARA PENENTANGAN KAUM
QURAISY TERHADAP NABI

Merancang Pembunuhan Nabi :-


Apabila orang musyirikin gagal menyekat usaha Nabi,mereka akhirnya
bersepakat untuk membunuh Nabi. Rancangan ini telah diberitahu oleh
Allah kepada Nabi melalui wahyu. Oleh itu, pada malam rumah dikepung,
Nabi ditemani oleh Abu Bakar telah keluar tanpa disedari oleh orang
musyirikin. Sebelum bertolak ke Mekah, Nabi dan AbuBakar telah
bersembunyi di Gua Tsur selama 3 hari.
Memerangi Orang Islam :-
Setelah Nabi dan orang Islam berhijrah ke Madinah, orang musyirikin
telah berasa tidakpuas hati.Oleh itu,mereka telah melancarkan serangan
ke atas orang Islam.Terdapat 3 peperangan penting yang berlaku iaitu
Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khadak(Ahzab).
cara Nabi 1. Bersabar
Pada peringkat awal, Nabi meminta orang Islam

menghadapinya supaya bersabar menghadapi tindakan dari orang


musyirikin.

2. Berhijrah ke Habsyah 3. Berundur ke taif


Apabila orang musyirikin menunjukkan penentangan
Sebelum berlakunya Bai'at Aqabah, Nabi dan anak angkatnya
yang semakin hebat, maka Nabi mengarahkan orang-orang
Zaid Bin Harithah telah pergi ke Taif untuk berdakwah
Islam supaya berhijrah ke Habsyah. Al-Najasyi yang
kepada Bani Thaqif. namun gagal kerana mereka
memerintah Habsyah ialah seorang pemerintah yang baik
dan sanggup melindungi orang Islam.
mempunyai hubungan dnegan penduduk musyrikin

4. Bai'at Aqabah 5. Berhijrah ke Yathrib


pada tahun 11 selepas kerasulan Nabi, Bai'at Aqabah I telah Pada tahun ke-13 selepas kerasulan Nabi, Nabi bersama orang
berjaya diadakan. Hal ini diikuti pada tahun berikutnya dengan Islam telah berhijrah ke Yathrib bagi mengelakkan tindakan
Bai'at Aqabah II. Melalui Bai'at Aqabah II, Nabi dan orang Islam yang lebih keras dilakukan oleh orang musyirikin Mekah.
dijemput ke Yathrib (Madinah). Hijrah ini dilakukan secara bersembunyi.

6. Perang
Setelah 2 tahun Nabi berhijrah, turun wahyu yang membenarkan orang Islam berperang bagi mempertahankan diri dan agama. Oleh itu, di
dalam Perang Badar yang berlaku pada tahun 2 Hijrah, orang Islam telah mencapai kemenangan yang besar. Kemenangan ini kemudiannya
telah menyebabkan orang musyirikin melancarkan serang kedua pada 3 Hijrah yang berakhir dengan kekalahan tentera Islam. Pada 5 Hijrah,
orang musyirikin sekali lagi membentuk pasukan tentera bersekutu yang bukan sahaja melibatkan orang musyirikin Mekah, tetapi juga
golongan Yahudi, Munafik, kabilah-kabilah Arab kecil seperti Bani Asad, Bani Salim, Bani Yasyjab dan sebagainya.
NABI MUHAMMAD MENGHADAPI PERJUANGAN YANG SUKAR UNTUK MENGEMBANGKAN
ISLAM DI SESETENGAH MASYARAKAT QURAISY YANG MENGAGUNG-AGUNGKAN
PATUNG- PATUNG BERHALA MEREKA.
NAMUN DALAM TEMPOH HAMPIR 13 TAHUN ITU JUGA KAUM QURAISY BERASA AMAT
SUKAR UNTUK MEMBENDUNG PERKEMBANGAN ISLAM WALAUPUN MEREKA TELAH
MELAKUKAN PELBAGAI TINDAKAN. PERJUANGAN NABI MUHAMMAD TIDAK PERNAH
MENGENAL ERTI KEJAYAAN

RUMUSAN
HIJRAH KE HABSYAH
DAN
TAHUN KESEDIHAN

Fasa permulaan dakwah perutusan wahyu


pertama sehingga peristiwa hijrah ke madinah
PRESENTER : ASYRAF FIKRI
HIJRAH KE HABSYAH
PERISTIWA HIJRAH

Apabila pembesar-pembesar quraisy melihat dakwah nabi Muhammad s.a.w makin diterima oleh
masyarakat Quraisy, mereka mempertingkatkan tentangan dan ancaman kepada orang-orang yang
memeluk Islam. Ada diantara mereka terbunuh akibat daripada seksaan yang diterima, seperti keluarga
Amru bin Yasir.
Melihatkan kepada keadaan penderitaan kaum muslimin Makkah, Rasulallah s.a.w telah meminta mereka
supaya berhijrah ke Habsyah. Peristiwa hijrah ke Habsyah berlaku pada tahun 615 masihi iaitu tahun ke-5
kerasullan nabi Muhammad s.a.w dan berlaku sebanyak dua kali. Kali pertama seramai 15 orang telah
berpindah ke Habsyah, melibatkan 10 orang lelaki dan 5 orang perempuan. Antara mereka ialah: Saidina
Uthman bin Affan, Az-zubir bin Awam, Abdul Rahman bin Auff, Usman bin Mazun, Rokiyah putri
Rasulullah s.a.w dan lain-lain. Mereka kembali, semula ke Makkah setelah tiga bulan menetap di Habsyah.
Setelah berlaku pemulauan dan peningkatan tekanan dan penyiksaan dari kaum Quraisy terhadap bani
Hashim dan orang islam.
HIJRAH KE HABSYAH
PERISTIWA HIJRAH

Rasulullah s.a.w telah memerintahkan semua orang Islam berhijrah buat kali kedua ke Habsyah. Peristiwa
ini berlaku pada, 617 masihi iaitu tahun ke tujuh ke nabian. Hijrah kali kedua ini melibatkan, seramai 101
orang yang berhijrah. Ia melibatkan 83 lelaki dan18 perempuan. Rombongan ini,di ketuai oleh sepupu
Rasulullah s.a.w iaitu Ja'affar bin Abi Talib.

DEFINISI
Hijrah bermaksud, berpindah dari satu tempat ke suatu tempat
yang lain. Dengan kata lain, perpindahan rasul allah s.a.w dan
orang - orang islam dari Makkah ke Madinah atau Habsyah.
HIJRAH KE HABSYAH
TARIKH & SEBAB HIJRAH
Tarikh Hijrah Pertama berlaku pada tahun kelima kenabian, 615 masihi. Dan sebab
hijrah pertama ; 1. Orang-orang Islam disakiti. 2. Orang Islam mendapat tentangan
hebat orang Musyrikin.
Tarikh Hijrah Kedua berlaku pada tahun ketujuh kenabian bersamaan 617 masihi.
Dan sebab hijrah kedua; 1. Orang-orang Islam terus diseksa dan dibunuh oleh orang
Musyrikin. 2. Menyebarkan dakwah Islam.

KESAN HIJRAH
Raja An-Najasyi memeluk Islam.
Dakwah Islam semakin tersebar luas.
TAHUN
KESEDIHAN
5 PERISTIWA PAHIT YANG MEMPENGARUHI
KEJIWAAN NABI MUHAMMAD SAW

1. Tahun terjadinya 2. Meninggalnya bapa


klimaks dari tiga tahun saudara Rasulullah SAW

5. Penolakan Dakwah oleh Penduduk Thaif


selepas sebulan wafatnya isteri Rasulullah

3. Meninggalnya Isteri Tercinta: 4. Intimidasi semakin menjadi-jadi


Khadijah binti Khuwalid pasca wafatnya kerabat Nabi

Anda mungkin juga menyukai