Anda di halaman 1dari 1

Terima kasih, Saudari Pengacara Majlis; Yang Dihormati, Ketua Kampung Parit

Salleh Ros, En Imam Muhlas Bin Kasiran, yang dihormati, Penyelia Pendidikan Awal
Kanak-kanak, Cik Aida Afiza Binti Mohamad Mustafa, Yang berusaha guru- guru
tabika, serta Ahli-ahli Jawatankuasa dan ibu bapa sekalian.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Selamat Pagi. Alhamdulillah
syukur kita ke hadrat Allah SWT, atas limpah kurnia-Nya yang mengizinkan kita
berhimpun di dalam program Majlis penerangan pada hari yang berbahagia ini.
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih serta mengalu-
alukan kehadiran Yang Dihormati En Imam Muhlas serta Puan penyelia, Cik Aida,
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga saya rakamkan kepada guru-guru
serta AJK sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam kejayaan program ini.
Saya juga amat menghargai kesudian ibu bapa untuk menghadiri sesi bengkel
keibubapaan pada hari ini.
Majlis Penerangan ini adalah bagi Memberi penerangan. kepada ibu bapa/ penjaga
mengenai Maklumat penting berkaitan Pengajaran dan pembelajaran di Tabika Kemas
serta program program yang akan dilaksanakan. Ia juga mendedahkan tentang
strategi, matlamat KEMAS
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Sebelum saya mengakhiri ucapan, sekali lagi saya merakamkan ucapan terima kasih
yang tidak terhingga kepada semua yang hadir menjayakan majlis pada hari ini.
Kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak adalah asset yang amat bernilai dalam
sesebuah keluarga. Lantaran itu, permuafakatan antara ibu bapa dan guru adalah
tunjang pemangkin kepada kejayaan dan kecemerlangan sesebuah institusi pendidikan.
Sekian wabilahitaufiq walhidayah wasalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai